Quantcast
Channel: Pengajar 4.0
Viewing all articles
Browse latest Browse all 517

Semakan Panggilan Temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 (MARA) di IKM Kuching

$
0
0

Sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan dipelawa mengikuti sesi “MARA Assessment Centre (MAC)” iaitu sesi pemilihan dan temuduga ke jawatan “Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41  seperti makluman berikut :-

TARIKH   :
27 & 28 November 2013Seperti di lampiran  ( rujuk no. ID di lampiran c. Senarai Nama)
MASA     :
7.00 pagi
TEMPAT : 
IKM Kuching, Jalan Kemahiran, Off Jalan Sultan Tengah, Peti Surat 3271, 93764 Kuching, Sarawak,  Tel  : 082-441149 / 441113

Muat turun senarai nama di bawah berikut:


PERHATIAN :
Sila bawa DOKUMEN ASAL dan satu salinan fotokopi seperti berikut :-
Ø  Resume yang lengkap
Ø  Kad Pengenalan
Ø  Kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia  (SPM)
Ø  Kelulusan Diploma Perguruan/Pendidikan dan Transkrip (jika ada)
Ø  Kelulusan Ijazah Sarjana Muda dan Transkrip
Ø  Dua (2) keping Gambar Berukuran Passport
Ø  Cetak & Lengkapkan Borang (disertakan dalam lampiran)
                                                                    i.                        Employment Application – 1 salinan
                                                                  ii.                        Micro Teaching Form – 2 salinan
                                                                iii.                        Interview Form – 3 salinan

KAEDAH PENILAIAN :
A.      Ujian Psychometric
B.      Penilaian Temu Duga
C.      Tugasan Individu ( Micro Teaching/Amali Pra- Mengajar)
ü  Pemilihan tajuk pengajaran adalah bebas mengikut Subjek yang bakal diajar.
ü  Penyampaian mengajar dalam Bahasa Inggeris diwajibkan kepada subjek Business Studies/ Accounting, Science Computer, Mathematic, Physic, Chemistry & Biology.
ü  Silibus pengajaran adalah berdasarkan peringkat pembelajaran di Sekolah Menengah (MRSM) .
ü  Subjek Business Studies/Accounting adalah berdasarkan silibus peringkat Diploma.
ü  Tempoh masa persembahan pra – mengajar  yang diperuntukan adalah 10 minit sahaja.
ü  Sediakan satu salinan set induksi mengajar.
ü  Calon dikehendaki mempraktikan kaedah pengajaran dalam bilik darjah dengan menggunakan papan putih sahaja.
ü  Calon dinilai dari segi personaliti, suara, kreativiti dan kebolehan (bakat mengajar). Kelebihan berbahasa inggeris akan diberi perhatian.
               
                KEHADIRAN

ü  Sila hadir 30 minit awal sebelum sesi MARA Assessment Centre (MAC)  bermula untuk urusan pendaftaran dan penyelarasan dokumentasi.
ü  Pemilihan tarikh adalah muktamad.
ü  Calon yang berjaya sahaja akan dihubungi oleh pihak MARA untuk urusan penempatan. ( Sila semak laman web MARA dari semasa ke semasa)
ü  Calon yang tidak menerima sebarang panggilan selepas 6 bulan dari tarikh temuduga diadakan, dengan itu dianggap tidak berjaya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 517