Quantcast
Channel: Pengajar 4.0
Viewing all articles
Browse latest Browse all 517

Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2014

$
0
0


Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) seperti yang berikut:

Nama Program : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Jenis Ijazah : Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
Mod Kursus : Sepenuh Masa

STRUKTUR PROGRAM
Program Persediaan Dua Belas (12) Bulan/Dua (2) Semester
Program Ijazah Empat (4) Tahun/Lapan (8) Semester

SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS
-Warganegara Malaysia.
-Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2014 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2014. 
--Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
-Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
-Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dengan mendapat cemerlang dalam mana-mana tiga (3) mata pelajaran. DAN sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga (3) mata pelajaran yang berikut: Bahasa Melayu; Sejarah; Satu (1) mata pelajaran yang lain; serta lulus Bahasa Inggeris. 
-Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon (Rujuk e-Panduan Permohonan semasa membuat permohonan nanti).

CARA MEMOHON
-Iklan pengambilan guru pada tahun ini dijangka akan diwar-warkan pada 9 Mac 2014 di media massa.
Calon tidak perlu lagi membeli nombor pin di BSN seperti tahun-tahun sebelum ini.

-Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di pautan:http://www.moe.gov.my/ mulai 10 Mac 2014

-Pemohon dinasihatkan memuat turun e-Panduan:http://www.moe.gov.my/artikelkplspm.pdf bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.

-Calon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan sahaja.

-Permohonan boleh dikemaskini pada bila-bila masa sahaja dan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup permohonan iaitu 30 MAC 2014 (11.59 MALAM). Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.

-Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 517