Quantcast
Channel: Pengajar 4.0
Viewing all articles
Browse latest Browse all 517

Jawatan Kosong IPG Kampus Rajang, Bintangor, Sarawak

$
0
0
Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang, Bintangor, Sarawak, Kementerian Pendidikan Malaysia menawarkan beberapa jawatan kosong bagi pegawai perkhidmatan pendidikan. Syarat-syarat umum permohonan adalah seperti berikut:
Pensyarah Akademik PPP Gred DG44 (Opsyen Bahasa Iban sahaja)
-   Disahkan dalam perkhidmatan
-   Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan 
-   Bebas daripada tindakan tatatertib 
-   Lulus peristiharan harta 
-   Bebas daripada disenaraikan sebagai peminjam tegar institut pendidikan 
-   Berada di Gred PPP Siswazah DG44 Hakiki / KUP
-   Memiliki Ijazah Sarjana /Ph.D
-   Bidang pengajaran Pendidikan Bahasa Iban atau yang berkaitan
Permohonan
Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang PPPM1A yang boleh di dapati di mana-mana Institut Pendidikan Guru yang berdekatan. Klik Disini untuk mendapatkan Borang PPPM1A.
Permohonan hendaklah melalui Ketua Jabatan/ Pengetua/Guru Besar dan hendaklah dihantar terus ke IPG Kampus Rajang, Bintangor, Sarawak.
Permohonan hendaklah disertakan dokumen-dokumen berikut:-
  1. 1 Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan disahkan oleh Ketua Jabatan
  2. 1 Salinan Laporan Prestasi Tahunan bagi 3 tahun terkini yang disahkan
  3. Salinan Sijil/Diploma /Ijazah dan dokumen-dokumen yang berkaitan yang disahkan oleh Ketua Jabatan / Pengetua /Guru Besar yang disahkan
  4. 1 Salinan Pengesahan Laporan Pengisytiharan Harta yang disahkan
  5. 1 Salinan Laporan Kenyataan Tatatertib yang disahkan
Permohonan hendaklah sampai ke Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang, Bintangor Sarawak  tidak lewat 30 Ogos 2016 (Selasa)
Permohonan yang berjaya akan dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga pada tempat dan masa yang ditetapkan kelak. Perbelanjaan menghadiri temuduga ini adalah ditanggung sendiri oleh pemohon.

Sumber: IPG Kampus Rajang 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 517