Quantcast
Channel: Pengajar 4.0
Viewing all articles
Browse latest Browse all 517

Nasib Guru Interim Insiatif Pengumpulan Data 90:10 Negeri Sarawak

$
0
0

1. Pada Oktober 2015 JPN Sarawak membuat inisiatif pengumpulan maklumat dengan membuka Borang pengumpulan maklumat graduan IPTA / IPTS (dengan pendidikan/ tanpa pendidikan) yang berminat untuk berkhidmat sebagai guru sekolah rendah / menengah di Sarawak.
2. BERIBU permohonan diterima daripada anak tempatan Sarawak yang mempunyai Ijazah meskipun inisiatif ini dalam masa yang singkat serta kurang hebahan. (Facebook JPN Sarawak mengatakan beribu permohonan diterima – Status Oktober 2015.)
3. Ketegasan bekas Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan bin Haji Satem yang lalu mahukan lebih ramai guru yang berasal dari Sarawak mengajar di negeri Sarawak. Ini merupakan salah satu daripada 13 kuasa penurunan kuasa penadbiran yang dikemukan Adenan kepada Perdana Menteri Malaysia.
4. Dasar 90:10 diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi memastikan 90% guru sekolah di Sabah & Sarawak diisi oleh anak tempatan menjelang 2018. Terima Kasih kepada Datuk Fatimah Abdullah (Menteri Kebajikan, Wanita & Kesejahteraan Masyarakat Negeri Sarawak mewakili Sarawak yang banyak keluar di akhbar tempatan memperjelaskan dasar nisbah 90:10 ini.
5. Sekitar Mac 2016 yang lalu di laman web JPN Sarawak telah menyenaraikan 819 calon Guru Interim untuk ditemuduga.
6. Daripada jumlah tersebut 231 terpilih menjadi Guru Interim Sekolah Menengah di Sarawak (Fasa 1) Mac 2016.
7. “Maaf. Anda tidak berjaya di dalam urusan temu duga ini. Begitulah keputusan rata-rata calon yang mengikuti temuduga bulan 12/2016 lalu baru-baru ini. Hanya beberapa calon berjaya temuduga SPP.
8. Sejauh manakah keberkesanan Inisiatif Pengumpulan Data 90:10 bagi merealisasikan 90% guru di Sabah & Sarawak adalah dikalangan anak tempatan dalam tempoh 3 tahun akan datang seperti yang diberitakan ini benar-benar mahukan guru-guru tempatan untuk mendidik anak Sabah Sarawak?
9. Guru Interim ini sanggup meninggalkan kerja lama untuk menjadi seorang pendidik. Mereka telah mendidik selama setahun di sekolah yang ditugaskan. Bagaimana nasib Guru Interim yang ini selepas ini?
10. Ini cerita 231 Guru Interim yang berjaya temuduga daripada 819 calon dipilih, tetapi daripada 231 Guru Interim hanya beberapa orang sahaja lulus. Jumlah yang lulus temuduga SPP agak TIDAK LOGIK. Mun Tok Nan masih ada tentu nya nulong. Mohon JPN Sarawak, SPP, KPM, Menteri Pendidikan bantu Nasib Guru Interim (Fasa 1) Mac 2016 ini.
Ikhlas,
26/01/2017

Viewing all articles
Browse latest Browse all 517