Quantcast
Channel: Pengajar 4.0
Viewing all 517 articles
Browse latest View live

Tawaran Biasiswa Pendidikan Lembaga Zakat Negeri Kedah 2018

$
0
0


📢 TAWARAN BIASISWA PENDIDIKAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH (IPTA) KINI DIBUKA

Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) mempelawa calon-calon berkelayakkan untuk memohon biasiswa Pendidikan dalam negara (Universiti Awam tempatan) seperti maklumat berikut :

 Bidang Pengajian (Ijazah Pertama) dan Syarat Kelayakan akademik :

1⃣ Kejuruteraan/Bioteknologi/Sains gunaan/Sains Kuantitatif, Sains Tulen dan Sains Perubatan

Diploma/Matrikulasi/STPM A-Level/Asasi/Faundation Studies dalam bidang berkaitan dengan pencapaian *CGPA 3.50* keatas atau setaraf dengannya.

2⃣ Kewangan/Perbankan/Perakaunan/Ekonomi

Diploma/Matrikulasi/STPM A-Level/Asasi/Faundation Studies dalam bidang berkaitan dengan pencapaian *CGPA 3.50* keatas atau setaraf denganya.

3⃣ Pengajian Islam / Sains Sosial

 Diploma/Matrikulasi/STPM A-Level/Asasi/Faundation Studies dalam bidang berkaitan dengan pencapaian *CGPA 3.50* keatas atau sekurang-kurangnya *Jayyid Jiddan* bagi lepasan STAM


 Kelayakkan Permohonan?


1- Islam

2- Anak Negeri Kedah atau telah bermastautin di Negeri Kedah sekurang-kurangnya 2 tahun.

3- Berumur bawah 25 tahun pada tarikh permohonan ditutup

4- Pelajar tahun pertama pengajian sahaja

5- Tidak mendapat sebarang tajaan, biasiswa atau pinjaman dari mana-mana pihak

6- Telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama pengajian.

 Cara Memohon?



 PERMOHONAN ONLINE >>KLIK SINI<<

 Tarikh Tutup Permohonan?

📍sebelum *31 Oktober 2018.*

📍 *Calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga*



Iklan Kekosongan Jawatan Guru Takmir (26 Kekosongan)

$
0
0




JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI PERAK

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan ini berbesar hati mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon jawatan berikut ;

Jawatan – Guru Takmir
Taraf – Separuh Masa/Sambilan
Deskripsi Tugas – Mengajar mata pelajaran Tafsir, Hadith, Aqidah, Fiqh, Sirah & 
Tasawwuf/Akhlak di Masjid/Surau
Kadar Elaun – RM100 per sesi pengajaran & layak dituntut untuk lapan (8)
kali sesi pengajaran dalam sebulan
Syarat Permohonan – Pemegang Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Perak
Kekosongan Jawatan – *seperti dalam gambar*

Borang Permohonan yang telah lengkap hendaklah sampai ke Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah (PPMD) atau Unit Takmir, Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Negeri Perak, Masjid Sultan Idris Shah II, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh Perak sebelum atau pada 

*31 Oktober 2018 / 22 Safar 1440H (Rabu)*.

Iklan Jawatan Guru KAFA Kementerian Pendidikan Malaysia

$
0
0

Borang PERMOHONAN boleh didapati di PPD Machang. 

Unit KAFA >> 09-7877613

Tarikh Tutup : 15.10.2018

Jawatan Kosong Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

$
0
0


Jawatan kosong terkini yang diiklankan adalah seperti berikut:
Pegawai Penyelidik Q41
Hantarkan resume ke: 
the_malaysian_cohort@yahoo.com
Tarikh Tutup : 16.10.2018 


Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Maktab Tentera Diraja 2019

$
0
0


Online application for admission to form four Royal Military College (RMC) 2019-2020 Session was opened. Please using on the links below.
Application Form For Student Admission – Sign Up
Student Login – Sign In

Job Vacancy Technical Support Executive - Sarawak

Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Tabika/Taska) KEMAS Tahun 2019

$
0
0



Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (Tabika/Taska)Tahun 2019

1. SYARAT

1.1 Calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan;
(c) diploma dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan; dan
(d) Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan.

1.2 Terbuka kepada calon lelaki atau perempuan.
1.3 Telah menamatkan pengajian dan mempunyai diploma serta transkrip
1.4 Nilai CGPA 2.70 ke atas
1.5 Tidak berkhidmat sebagai kakitangan tetap kerajaan

2. MAKLUMAT ASAS KURSUS
2.1 Tempat : Institut / Pusat Latihan KEMAS
2.2 Tempoh : Tiga (3) bulan atau tertakluk kepada
perubahan yang ditetapkan oleh Jabatan
2.3 Kursus ini bukanlah satu jaminan kepada calon untuk dilantik sebagai kakitangan kontrak KEMAS. Sekiranya dilantik, calon akan ditempatkan
mengikut keperluan dan kekosongan di seluruh negeri.

3. CARA MEMOHON
3.1 Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di http://ejawatan.totalconfigure.com/ ;
3.2 calon tidak dibenarkan untuk mengisi lebih daripada satu permohonan;
3.3 permohonan yang lewat diterima atau tidak mengikut syarat yang dinyatakan
akan ditolak;
3.4 Hanya permohonan yang dibuat secara atas talian di
http://ejawatan.totalconfigure.com/ sahaja yang akan diterima.

4. TARIKH TUTUP PERMOHONAN :05 November 2018

5. PANGGILAN TEMU DUGA
5.1 hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk sesi temu duga.
5.2 calon yang tidak dihubungi selepas tiga (3) bulan daripada tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya. Surat pemberitahuan tidak akan dikeluarkan oleh Jabatan.

Muat Turun IKLAN Lengkap PDF >>KLIK SINI<<

Permohonan ONLINE >>KLIK SINI<<

Temuduga Terbuka Sapura Fabrication Sdn. Bhd.

$
0
0




Temuduga Terbuka

MIRI
Tarikh : 27/10/18 – 28/10/18


Masa : 8.30am – 6.00pm
Lokasi : ILP Miri

BINTULU
Tarikh : 3/11/18 – 5/11/2018
Masa : 8.30am – 6.00pm
Lokasi : IKM Bintulu

KOTA KINABALU
Tarikh : 10/11/18 – 12/11/2018
Masa : 8.30am – 6.00pm
Lokasi : IKM Kota Kinabalu

WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
Tarikh : 17/11/18 – 19/11/2018
Masa : 8.30am – 6.00pm

Lokasi : ILP Labuan

Bidang

ü  Struktur
ü  Perancah
ü  Mekanikal
ü  Paip
ü  Elektrik
ü  Instrumentasi
ü  Kimpalan
ü  Blasting & Painting
ü  Ringging 


Teaching Vacancies at St Joseph International School

$
0
0

Working location : Kuching, Sarawak 

Interested candidates please send in your detailed resume with recent passport photo, current and expected salary to : vacancy@stjosephkuching.edu.my 


Skim Siswazah Pembantu Universiti Sains Malaysia (USM) Ambilan 2/2018 (Disember)

$
0
0


AKTIVITI SKIM SISWAZAH PEMBANTU UNTUK AMBILAN BARU 2/2018 (Disember) 
(Universiti Sains Malaysia, USM)

Institut Pengajian Siswazah akan membuka tawaran Siswazah Pembantu kepada pelajar Sarjana dan Doktor Falsafah yang belum mendaftar dan sedang mengikuti pengajian penuh masa secara mod penyelidikan di USM mulai 19 Oktober 2018 sehingga 31 Oktober 2018.

Untuk maklumat lanjut, tuan/puan juga boleh melayari www.ips.usm.my untuk maklumat tambahan seperti panduan mengisi borang dan berkaitan atau hubungi Puan Haliza bt. Hassan di samb. 2982

Jawatan Kosong di Institut Teknologi Maklumat Nusantara (NIIT College)

$
0
0


NIIT College is a government-approved institute of higher learning based in Kuching, Sarawak. It offers courses from certificates, diploma to degree levels. The college is seeking for strong candidate to join in team. 

Interested applicant kindly contact 082- 242 411 or email your resume, certificate & expected salary to recruitment@niit.edu.my 

Tiada Dasar Jamin Graduan Pendidikan Jadi Guru

$
0
0
KUALA LUMPUR: Lebih 6,500 graduan pendidikan universiti awam (UA) yang masih menganggur tidak dijamin diserap menjadi guru di sekolah kerajaan, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching.
Katanya, ia berikutan jumlah itu melebihi kekosongan sedia ada, selain bergantung sama ada mereka lulus ujian psikometrik dan mata pelajaran diajar.
Malah, katanya, jumlah graduan pendidikan yang belum ditempatkan sebagai guru itu adalah untuk sekolah menengah sahaja, sedangkan lebih 4,000 kekosongan jawatan ketika ini adalah bagi sekolah rendah dan menengah.
"Kita tidak ada dasar menjamin semua graduan UA diserap sebagai guru. Tiada janji ini daripada kerajaan dan ini bukan perkara baharu, tetapi sejak zaman Barisan Nasional (BN) lagi.
"Masalah lain termasuklah ketika zaman BN, ada arahan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengenai pembekuan pengambilan penjawat awam baharu bagi semua sektor termasuk pendidikan, jadi kita perlu atasi perkara ini.
"Apabila masuk UA, graduan sepatutnya dimaklumkan mengenai perkara ini (tiada jaminan diserap) kerana pengisian tertakluk kepada kelulusan JPA, lulus ujian psikometrik serta temuduga dan bergantung pada subjek mereka," katanya ditemui di lobi Parlimen, hari ini.
Beliau diminta mengulas pendedahan wakil Gerakan Graduan Pendidikan Universiti Awam (GGPUA), Mohd Azrinsyah Abd Aziz, mengenai kutipan data pihaknya mendapati 6,516 graduan pendidikan belum ditempatkan sebagai guru walaupun ada yang sudah lima tahun menamatkan pengajian.
Ahad lalu, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dilaporkan berkata, masalah kekurangan guru semakin meruncing di bandar utama negara, terutama Johor dan Selangor berikutan ramai memilih kembali ke tempat asal untuk bertugas.
Nie Ching berkata, kementerian kini kekurangan guru Bahasa Inggeris, namun berlaku lebihan guru bagi beberapa subjek lain.
"Kita dalam proses berbincang dengan JPA supaya pembekuan dikecualikan bagi sektor pendidikan kerana ada sekolah dan kelas baharu yang perlukan tambahan guru," katanya.
- BH, 25 Julai 2018 

Lebih 7 Ribu Graduan ILKKM Diserap Mulai 1 Jan 2019

$
0
0

IPOH - Lebih 7,000 graduan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) yang belum mendapat penempatan tugas akan diserap secara kontrak bermula 1 Januari depan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, untuk peringkat awal, tempoh lantikan selama empat tahun itu diberi keutamaan kepada graduan Jun 2017 melibatkan lebih 4,000 orang.

Menurutnya, kementerian perlu mewujudkan lantikan secara kontrak memandangkan jawatan sedia ada untuk diisi secara tetap tidak mencukupi.

"Kementerian sebelum ini telah mengemukakan permohonan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan secara prinsipnya telah bersetuju dengan cadangan ini.

"Kita boleh ambil (graduan) menerusi kontrak dan mereka berpeluang berkhidmat, jadi mana-mana yang menunjukkan prestasi cemerlang boleh diserap (terus) dalam sistem penjawatan kementerian," katanya pada sidang media, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis Konvokesyen 2018 Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) di Dewan Seri Perdana ILKKM Sultan Azlan Shah.

Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian, Datuk Hasnol Zam Zam Ahmad.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Gopeng itu berkata, proses serapan secara kontrak akan dilakukan secara berterusan.

Katanya, Bahagian Sumber Manusia Kementerian telah mengambil beberapa langkah membantu menyegerakan pelantikan graduan ILKKM.

Antaranya mewujudkan jawatan-jawatan tambahan dalam skim paramedik dan auksiliari menerusi 'trade off' jawatan-jawatan skim perkhidmatan yang lain.

Juga melaksanakan pengisian jawatan-jawatan naik pangkat menerusi urusan pemangkuan serta pengisian. Ini bertujuan untuk membantu mengosongkan jawatan di gred lantikan," katanya.

"Kita faham kebimbangan graduan dan ibu bapa berkaitan isu ini, kita di kementerian juga sedar sebahagian graduan Jun 2017, menghadapi kelewatan lantikan kerana tidak ada jawatan kosong yang mencukupi bagi skim-skim berkaitan," katanya.

Konvokesyen ILKKM kali ke-8 telah berlangsung selama tiga hari bermula, Sabtu lepas menampilkan 8,124 graduan diploma lanjutan, diploma dan sijil pengkhususan.

Majlis turut menyampaikan sijil kepada dua graduan yang telah meninggal dunia iaitu Allahyarham Muhammad Zahiruddin Mat Jusoh (Sijil Pembantu Kesihatan Awam) dan Hazwan Aliff Abdul Razak (Diploma Radiografi) yang diterima waris masing-masing.
Kedua-duanya meninggal dunia dalam nahas  pada 30 Mac dan 1 Oktober lalu.

- Sinar Harian 

Jawatan Kosong Guru / Pensyarah MARA 2019

Jawatan Kosong Majlis Amanah Rakyat (MARA) - PPLV DV19


Jawatan Kosong Guru Interim di Kolej Vokasional (KV) di Sarawak, Sabah & Labuan (Fasa 2) 2019

Jawatan Kosong Pegawai Latihan Vokasional DV41 MARA

Pek Jasa unifi Mobile RM59 UNLIMITED buat Penjawat Awam

$
0
0

Khabar baik untuk kakitangan kerajaan. TM kini menawarkan unifi Mobile hanya RM59 sebulan *harga tidak termasuk SST dengan Data, Panggilan &amp; SMS tanpa henti.

Pek Jasa ini bermula 12 April 2019. Promosi ini adalah tempoh terhad! Tiada sebarang kontrak akan dikenakan jika melanggan sebelum 30 Jun 2019 ini! Selepas tempoh promosi ini akan terikat kontrak 24 bulan bagi langganan Pek Jasa.

Pemohon: 

Semua penjawat awam kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri berstatus tetap layak mohon Pek Jasa.

Cara Daftar :

1. Pergi daftar di TMpoint berdekatan anda.
2. Bawa kad pengenalan dan apa-apa surat yang mengesahkan anda kakitangan kerajaan.
3. Bayar RM100 untuk permulaan. Nanti bil bulan pertama akan dipotong dari situ.
3. Anda boleh mengekalkan nombor lama. Senang kan!

#kbabarbaik
#PekJasaUnifi

Jawatan Kosong Pensyarah di Universiti Teknologi MARA (UiTM)

750 Kuota Guru Interim, Hanya 296 Sudah Diisi, Lebih 400 Kekosongan Guru di Sabah

$
0
0


KOTA KINABALU: Sabah masih ada lebih 400 kekosongan jawatan guru interim di sekolah rendah dan menengah seluruh negeri, tahun ini.
Pengarah Pendidikan Sabah, Mistirine Radin, berkata Jabatan Pendidikan Sabah diberikan peruntukan kuota 750 guru interim dan setakat ini hanya 296 sudah diisi.
“Kita sudah melantik 130 guru interim untuk subjek Pendidikan Islam, manakala 166 lagi bagi pelbagai mata pelajaran lain.
“Masih ada kira-kira 400 kekosongan. Sehubungan itu, kami mengalu-alukan mereka yang memiliki ijazah pertama dan belum ada pekerjaan, untuk memohon.
“Kita akan membuat pemilihan. Mereka yang terpilih akan dipanggil untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) kerana kita mahu melantik guru yang berkualiti untuk ditempatkan di sekolah.
“Saya berharap dengan adanya guru interim ini, masalah kekurangan guru di Sabah dapat diatasi. Sabah ada lebih 40,000 guru tetapi belum mencukupi,” katanya ketika ditemui selepas menyerahkan surat penempatan kepada 166 guru interim di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya, di sini, hari ini.
Sementara itu, beliau berkata, dasar nisbah 90:10 bagi penempatan guru berasal dari Sabah di negeri ini berjalan lancar dan hampir mencapai sasarannya.
“Setakat ini, dasar nisbah 90:10 itu untuk sekolah rendah sudah mencapai 94 peratus, manakala sekolah menengah kini sebanyak 98 peratus.
“Proses ini masih berjalan dan akan berlanjutan hingga 2021,” katanya.

Sumber : BH, 25 Julai 2019
Viewing all 517 articles
Browse latest View live