Quantcast
Channel: Pengajar 4.0
Viewing all 517 articles
Browse latest View live

Subject Matter Experts: English, Biology, Chemistry, Physics and Maths

$
0
0


STC are currently recruiting a number of Subject Matter Experts to work in a dynamic and fast-paced environment. The SME positions are for Experts in English, Biology, Chemistry, Physics and Maths, and they will be instrumental in researching and designing curricula for IGCSE level e-learning programmes. 

The positions are based in Kuala Lumpur, Malaysia and are available for an immediate start. 

Job description
• Content research for IGCSE/SPM level subjects
• Bringing research through to a storyboard stage for production of e-learning content
• Working in a team with other SMEs, Graphic Designers, Writers and Instructional Designers in order to produce effective learning solutions in context with the implementation of self-learning methodologies

Job Requirements
• Candidates must possess at least a Bachelor's Degree or Master's Degree specialising in their core subject area. Candidates without higher degrees can be considered if they can demonstrate substantial experience of teaching their core subject at GCSE level, in a high/secondary school environment.
• 5+ years of relevant experience in teaching or research (preferably at GCSE level) and should have a thorough understanding of how best to interest and engage today's teenagers with their core subject.
• Candidates must be comfortable and confident using a computer, especially PowerPoint.
• In addition candidates must have classroom experience. This position is office based and so candidates should be adaptable to a fast-paced environment, as well as working to deadlines. 
• Must have an excellent command of the English language. Preferably native speakers of English, however if English is not the first language, the candidates should hold a professional qualification equivalent to an IELTS score of at least 6.5

Benefits 
• Extremely competitive salary ($40,000 - $60,000 per annum)
• Flights, visa and medical insurance costs covered by the company
• Opportunity for development within a dynamic and expanding company.

If you are interested in this position, please send your CV, quoting "Subject Matter Expert MYS 303" in the subject heading, to Susan at international@stcconsortium.co.uk

Source: STC

Master of Art in Education Teaching Scholarship in Kuala Lumpur

$
0
0


This vacancy is for PGCE graduates to teach full-time in a World IB school while gaining a free Master's in Education. Location is optional, as the international school has campuses in Kuala Lumpur, Penang, Johor Bahru and Subang.

Position: IB Teacher/Master's student
Location: Kuala Lumpur, Penang, Johor Bahru, Subang
Start Date: August/September 2014
Salary: Rm4,000
Requirements: PGCE Qualification
Contract: 3 years
Package: 
Full waiver of fee for Master's course, flights at the start and end of the contract, medical cover, visas, en-suite accommodation, yearly bonus

About the school: The school is a globally recognised international school with a 30+ year track record of excellent academic performance and a student body comprised of over 55 nationalities. The school boasts a network of four international schools in major cities in Malaysia, with plans to expand further into Asia. It is the only school which offers all three IB programs: PYP, MYP and DP and is dedicated to delivering a balanced and well-rounded education.


About the course: During your tenure as an IB teacher the school will cover the cost of a full Master's degree in Education, provided by Sheffield Hallam University. This will include online learning as well as on-site research into education policies of your choice, which you can then apply to your practical teaching. You will also gain CDP and CIDTT certificates and attend international IB workshops and conferences to gain an IB level 2 award. 


About the locations: 

- Kuala Lumpur is the country's capital and is a vibrant and exotic city where Malay, Chinese and Tamil cultures meet. The KL campus is located 20-30 minutes outside of the centre of KL. 
- Penang is an intriguing mixture of modernity and traditional charm, as evidenced by its well-preserved heritage buildings and its status as a UNESCO World Cultural heritage Site. It is also popular for its beaches and is considered the food capital of Malaysia. 
- Johor Bahru is a sprawling and cosmopolitan city and is the second largest in Malaysia. It is connected directly to Singapore by road and rail allowing for easy travel on weekends and holidays.
- Subang is a quiet and affluent residential area southwest of Kuala Lumpur, famous for its 5 star hotels as much as its pristine golf courses. 

Please note that you can choose to remain in one campus, or transfer between any of the four to experience Malaysia's rich variety of environments.


Curriculum and teaching: The international school has a dedication and commitment to the value of teaching the International Baccalaureate program across all levels. The Primary Years Programme (PYP) for pupils from age 3 focuses on the development of the whole child in the classroom and the outside world. The Middle Years Program (MYP) for students aged 11 onwards provides a framework for challenging students and developing life skills through traditional subjects. The Diploma Program (DP) for students from age 16 is a two-year curriculum that leads to a qualification similar to iGCSE or A Level and is internationally recognised by universities. As a teacher at this school you will gain an unparalleled understanding of the IB as represented by your IB Level 2 certificate. Students on the teacher development program will work alongside senior, experienced professionals. 

Job Vacancy Kindergarten Teacher at Tadika Methodist Trinity, Kuching

$
0
0
Jawatan Kosong Guru Tadika Methodist Trinity

Kelayakan:
  • Minimum SPM qualification
  • Preferably able to communicate fluently in Bahasa English, Bahasa Malaysia and Mandarin.
  • Loves children
  • Teaching experience an advantage but not essential


Interest candidate please send in your detailded resume with recent passport photo, current anda expected salary to tadika@tmc.org.my or fax to 082-416717.

OR you can write-in to the address below:

TADIKA METHODIST TRINITY

NO. 57, Ellis Road, 93300 Kuching, Sarawak. 

PBS Akan Dikaji Semula & Ditangguhkan Sehingga 1 April 2014

$
0
0

Putrajaya: Kementerian Pendidikan akan mengkaji semula pelaksanaan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) selepas menerima banyak aduan daripada guru di seluruh negara.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pendidikan berkata, kementerian membuat keputusan itu selepas mengambil kira bebanan terhadap guru terutama bagi memasukkan data pelajar dalam sistem aplikasi PBS itu. 

Menurutnya, PBS akan dikaji secara menyeluruh dalam satu mesyuarat yang akan diadakan dalam tempoh terdekat. 

"Buat masa ini, guru-guru mengeluh kerana kerap berdepan masalah ketika memasukkan data pelajar dalam pangkalan data PBS menerusi dalam talian," katanya pada sidang media selepas mengadakan mesyuarat tertutup mengenai pelaksanaan PBS bersama guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya P8 (1) di sini sebentar tadi.

Katanya, sistem pangkalan data PBS itu juga ditangguhkan sehingga 1 April depan bagi tujuan menaik taraf dan menyelesaikan isu-isu capaian.

Bengkel Penyediaan Rancangan Perniagaan di Kuching, Sibu & Miri

$
0
0


Bengkel Penyediaan Rancangan Perniagaan di Kuching, Sibu & Miri

Kuching: 17 hingga 20 Febuari 2014
Sibu: 24 hingga 27 Febuari 2014
Miri: 25 hingga 28 Febuari 2014

Penyertaan Adalah Percuma.


Untuk keterangan lanjut sila hubungi Pejabat MARA yang berikut:
Pejabat MARA Negeri Sarawak: 082-448121/443102

(Pn Faridah / En Zulkifli / Pn Haniah)

Guru Diingatkan Tidak Sertai #Himpunan222MansuhPBS pada 22 Febuari ini

$
0
0
KUALA TERENGGANU, Sabtu - Warga pendidik diingatkan supaya tidak mudah terpengaruh dan menyertai himpunan mansuh pelaksanaan sistem aplikasi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)’, pada 22 Feb depan di Putrajaya. Yang Dipertua Majlis Pegawai Pendidikan Daerah Malaysia (MPPDM) Shafruddin Ali Hussin berkata himpunan berkenaan merupakan dakyah pihak tertentu yang mahu menjatuhkan kerajaan dan menggugat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) semata-mata, demi kepentingan diri.

"Kita akan ingatkan setiap pengetua dan guru besar melalui infoblast, khidmat pesanan ringkas (SMS), Whatsapp, e-mel dan surat supaya memastikan guru-guru tidak terlibat dalam perarakan," katanya kepada Bernama ketika ditemui pada Majlis Bersama Guru-guru Besar Hulu Terengganu di sini hari ini. Shafruddin yang juga Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) Hulu Terengganu secara peribadi tidak bersetuju dengan himpunan berkenaan kerana ia bukanlah cara terbaik untuk meluahkan ketidakpuasan hati kerana KPM sentiasa memberi ruang bagi menyuarakan pendapat.

Selasa lepas, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata KPM akan mengkaji semula dan menangguhkan sehingga April pelaksanaan sistem aplikasi PBS selepas pelbagai aduan diterima daripada golongan guru. PBS merupakan transformasi daripada berfokuskan peperiksaan kepada sistem pentaksiran pendidikan yang lebih holistik. Bagaimanapun, sejak tahun lepas, para guru mendakwa ia membebankan mereka berikutan sistem aplikasi pengkomputeran itu sering tergendala menyebabkan data pelajar terpaksa dimasukkan pada lewat malam. -- BERNAMA

KGBS Larang Ahli Sertai Perhimpunan Mansuh PBS di Putrajaya Sabtu Ini

$
0
0

KUCHING: Kesatuan Guru Bumi­putera Sarawak (KGBS) melarang ahlinya menyertai perhimpunan meminta kerajaan memansuhkan pelaksanaan sistem aplikasi Pentak­siran Berasaskan Sekolah (PBS) di Putrajaya, Sabtu ini.

Presidennya Ahmad Malie dalam kenyataannya semalam turut menyeru warga pendidik yang berada di sekitar Putrajaya agar menjauhkan diri serta jangan menyokong tindakan kumpu­lan berkenaan yang dianggapnya menangguk di air keruh.

“KGBS membantah sekeras-kerasnya rancangan kumpulan yang berura-ura untuk menganjurkan perhimpunan memansuhkan PBS di Putrajaya pada 22 Februari ini.

“KGBS membantah atas alasan dikhuatiri perhimpunan itu nanti akan menimbulkan huru-hara seterusnya boleh menggugat ketenteraman awam dan paling teruk ia akan menjejaskan imej warga pendidik di negara ini,” ujarnya.

Ahmad yang juga Setiausaha Ke­satuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CEUPACS) Sarawak berkata perbuatan itu seolah-olah tidak menghargai usaha kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menangguh pelak­sanaan dan mengkaji semula PBS setelah mendengar rintihan guru.

Tambahnya, semua pihak harus memberi kepercayaan kepada kemente­rian untuk membuat kajian semula yang pastinya untuk kebaikan bersama.

Dalam pada itu beliau menggesa KPM memanggil kesatuan-kesatuan dan persatuan guru dari seluruh negara dalam sesi meja bulat untuk membincangkan perkara berkenaan seterusnya mencari resolusi terbaik menangani isu PBS.

“KGBS amat berharap Kementerian Pendidikan prihatin dengan cadangan ini demi kebaikan bersama,” katanya.

Terdahulu, Bernama Sabtu lepas melaporkan bahawa Yang Dipertua Majlis Pegawai Pendidikan Daerah Malaysia (MPPDM) Shafruddin Ali Hussien sebagai berkata perhimpunan berkenaan merupakan dakyah pihak tertentu yang mahu menjatuhkan ker­ajaan dan menggugat KPM semata-mata demi kepentingan peribadi.

“Kita akan ingatkan semua pengetua dan guru besar melalui infoblast, sistem pesanan ringkas (SMS), Whatsapp, e-mel dan surat supaya memastikan guru-guru tidak terlibat dalam perarakan ini,” katanya.

Selasa lepas Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kementeriannya akan mengkaji semula dan menangguhkan pelaksanaan sistem aplikasi PBS sehingga April depan selepas pelbagai aduan diterima daripada golongan guru.

PBS merupakan transformasi daripada berfokuskan peperiksaan kepada sistem pentaksiran pendidikan yang lebih holistik.

Bagaimanapun sejak tahun lalu para guru mendakwa ia membebankan mereka berikutan sistem aplikasi pengkomputeran yang sering tergendala menyebabkan data pelajar terpaksa dimasukkan pada lewat malam.

Pegawai Dae­rah Serian Sinde Muling dan Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Serian Dr Simon Sindang Bada.

PBB Cadang Tubuh Institut Pemikiran Pehin Sri Abdul Taib Mahmud

$
0
0
KUCHING: Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bu­miputera (PBB) mencadan­gkan penubuhan Institut Pemikiran Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebagai meng­hargai jasa dan sumbangan pemimpin yang disegani ini kepada kemakmuran dan kemajuan negeri Sarawak.

Ketua Pergerakan Pemuda PBB Datuk Fadillah Yusof berkata cadangan tersebut telah dipersetujui dalam mesyuarat exco negeri se­malam dan akan diusulkan kepada Majlis Kerja Ter­tinggi (MKT) PBB bagi mendapatkan persetujuan serta sokongan.

“Pada mesyuarat petang tadi, kami sependapat dan ingin mengusulkan kepada MKT PBB tentang cadangan untuk menubuhkan Institut Pemikiran Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebagai meng­hargai jasa dan sumbangan beliau kepada Sarawak.

“Penubuhan institut ini amat penting kerana Pehin Sri Taib mendokumen­tasikan pemikiran beliau untuk dijadikan sebagai ba­han rujukan berguna kepada kita semua.

“Lebih utama, institut ini akan membolehkan kita men­gadakan program kepimpi­nan bagaimana beliau (Taib) dapat mentransformasikan Sarawak kepada sebuah negeri yang dahulunya pada kedudukan ekonomi yang jauh ke belakang tetapi kini muncul sebagai antara negeri terkaya di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di se­buah hotel terkemuka di sini semalam selepas mem­pengerusikan Mesyuarat Exco Negeri Pergerakan Pemuda PBB.

Mengulas lebih lanjut men­genai cadangan penubuhan institut tersebut, Fadillah berkata ia akan diwujudkan di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan jika diper­setujui cadangan ini akan diu­sulkan kepada Kementerian Pendidikan.

Penubuhan institut ini ka­tanya, amat penting kerana Taib bukan sahaja seorang pembuat polisi tetapi da­pat menterjemahkan idea menjadi satu tindakan yang dapat kita lihat kejayaannya hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Fadillah bagi pihak Pergerakan Pemuda PBB menyatakan rasa hormat serta penghargaan kepada Taib yang telah meletakkan batu asas yang cukup kukuh untuk negeri ini sebelum me­letak jawatan sebagai Ketua Menteri.

Pergerakan Pemuda PBB katanya, bukan sahaja meng­hormati hasrat Taib malah sepertimana mandat yang diberikan, mereka akan memberi sokongan penuh kepada Ketua Menteri ba­haru Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem.

Malah katanya, Perger­akan Pemuda PBB juga sentiasa bersiap sedia un­tuk menghadapi sebarang kemungkinan termasuk Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian jika kerusi tersebut dikosongkan susulan pe­letakan jawatan Taib sebagai Ketua Menteri.

“Kami tidak hanya bekerja ketika pilihan raya, tetapi bekerja sepanjang masa dan jika pilihan raya diumumkan untuk DUN Balingian kami telah bersedia dan akan memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) dan PBB khasnya.

“Malah sesiapa sahaja calon yang bakal diletakkan nanti ia akan disokong oleh kami dan kami yakin pucuk kepimpi­nan pasti akan memberi pel­uang kepada golongan muda untuk mengetengahkan keu­payaan mereka,” katanya.

- Utusan Borneo




Guru Maut Selepas Kereta Dipandu Merempuh Pokok

$
0
0

KUCHING: Hasrat seorang guru sekolah menengah untuk balik ke rumahnya di Serian tidak kesampaian apabila lelaki tersebut maut dalam kemalangan di Batu 9 Jalan Penrissen di sini, awal pagi semalam.

Cikgu Jimmy dalam kenangan
Mangsa yang dikenal pasti sebagai Jimmy Then Choon Jing, 35, dari Jalan Bukit Ensuna di Serian mati serta-merta di tempat kejadian akibat pelbagai kecederaan dialami.

Difahamkan, guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Joseph yang memandu Toyota Altis menghala ke Serian itu hilang kawalan ke atas kenderaan lalu merempuh pokok sebelum berputar di jalan raya.

Akibat impak tersebut bahagian pemandu kenderaan tersebut mengalami kerosakan teruk sehingga tertanggal.

Menurut seorang pengusaha kilang memproses ayam berhampiran lokasi kemalangan yang enggan dikenali, dia hanya menyedari insiden itu setelah dimaklumkan oleh pekerjanya sekitar jam 5 pagi.

“Saya tidak menyedari apa-apa mahupun mendengar sebarang bunyi ketika tiba di tempat kerja ini kira-kira jam 3 pagi,” katanya.

Mereka kemudiannya memaklumkan insiden itu kepada pihak polis dan menghubungi ambulans.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat.

Dilaporkan lokasi sama turut meragut nyawa seorang remaja berusia 17 tahun dan pada 1 Januari lalu, dua lelaki masing-masing berusia 34 tahun maut setelah terbabit dalam kemalangan di lokasi sama.

- Utusan Borneo

Permohonan Kemasukan Ke Politeknik Malaysia Sesi Jun 2014

$
0
0

Permohonan Kemasukan ke Program Diploma Lanjutan, Diploma dan Pra Diploma Politeknik KPM Sesi Jun 2014 Bagi Calon Lepasan Sijil dan Diploma


Borang permohonan akan dibuka mulai Isnin, 17 Februari 2014 sehingga Isnin, 7 April 2014.

Iklan permohonan boleh dilihat Disini

Calon Lepasan :-

  • Diploma Politeknik
  • Sijil Politeknik
  • Sijil Kolej Komuniti
  • Sijil Institut Pertanian
  • Sijil Institut Kemahiran
  • Sijil Kemahiran Malaysia
dipelawa untuk memohon ke Program Diploma Lanjutan, Diploma dan Pra Diploma Politeknik KPM Sesi Jun 2014

Permohonan boleh dibuat dengan membeli Nombor Unik ID Kategori A berharga RM 10.60 di semua cawangan Bank Simpanan Nasional di seluruh negara.

Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) Universiti Utara Malaysia (UUM) Sesi April 2014

$
0
0

KEMASUKAN PJJ

> JANUARI

> APRIL

> JULAI

> OKTOBER

SYARAT KEMASUKAN PJJ


SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ peperiksaan setaraf; DAN
  • Lulus dengan kepujian dalam Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia Lulus dengan kepujian bagi mana-mana 3 mata pelajaran lain
  • Lulus Matematik (bagi semua program)
  • Sekurang-kurangnya 21 tahun
SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA (STPM)
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ peperiksaan setaraf; DAN
  • Lulus dengan kepujian dalam Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia pada peringkat SPM (atau lulus dengan sekurang-kurangnya Gred C dalam Bahasa Melayu / Kesusasteraan Melayu pada peringkat STPM boleh diterima sebagai ganti keperluan kredit dalam Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu pada peringkat SPM); DAN
  • Lulus Matematik / Matematik Tambahan / Prinsip Perakaunan (Perdagangan / Ekonomi Asas) pada peringkat SPM; DAN
  • Lulus STPM dengan sekurang-kurangnya:
  1. CGPA mestilah 2,00 atas; DAN
  2. Gred C (NGMP 2.00) dalam Kertas Pengajian Am; DAN
  3. Gred C (NGMP 2.00) dalam dua mata pelajaran.
Nota: Pas Gred C adalah bersamaan dengan Gred E (STPM sebelum tahun 2003)
DIPLOMA/LAIN-LAIN
  • Memiliki Diploma dari institusi yang diiktiraf; ATAU
  • Memiliki Sijil Matrikulasi UUM atau lain-lain universiti tempatan yang diiktiraf;
  • Kelayakan lain yang diiktiraf sebagai yang setaraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti;
  • DAN
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); DAN
  • Lulus dengan kepujian dalam Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia di peringkat SPM

Semakan Temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 (Guru MARA) 2014

$
0
0

Tawaran berkhidmat di Majlis Amanah Rakyat sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) boleh disemak dihttp://www3.mara.gov.my//TawaranDG_21022014/INDEX.HTM



Kepada anda yang berjaya tahniah diucapkan. Melalui info yang kami terima calon yang berjaya wajib mengikuti program “MARA On Boarding” pada 4 – 11 Mac 2014 yang bertempat di Perak. Sila lengkapkan borang setuju terima tawaran anda dengan segera. 

Walaupun pada tawaran jenis lantikan adalah kontrak, mereka yang berjaya mendapat tawaran ini tidak perlulah risau kerana pihak MARA akan menawarkan lantikan TETAP setelah anda berjaya menyiapkan Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI) serta mempunyai minat dan cita-cita yang tinggi dalam profesion perguruan. 

Kepada yang tidak berjaya cuba lagi di interview akan datang.


Pelajar Asrama Trauma Diliwat Empat Pelajar Tingkatan Lima

$
0
0
KUALA PILAH – Seorang pelajar berusia 15 tahun trauma selepas diliwat empat pelajar tingkatan lima yang menuntut di sekolah yang sama dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Azmi Abdul Rahim berkata, penjaga mangsa berusia 34 tahun yang bertugas sebagai pengawal keselamatan hanya mengetahui kejadian itu setelah dimaklumkan pihak sekolah.

Menurutnya, dia yang terkejut apabila mengetahui anak tirinya diliwat bertindak membuat laporan polis pada 13 Mac jam 3.15 petang.

“Kejadian liwat itu berlaku sebanyak tiga kali sejak pertengahan Februari dan kali terakhir pada 10 Mac lalu.

“Susulan laporan polis yang dibuat penjaga berkenaan, pada 14 Mac, sepasukan polis yang diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kuala Pilah, Asisten Superintendan Normanshah Din menahan empat suspek pada hari yang sama di sekolah tersebut.

“Semua suspek tinggal di asrama begitu juga dengan mangsa,” katanya.

Tambahnya, keempat-empat suspek ditahan reman selama empat hari mulai 15 Mac dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana melakukan seks di luar tabii yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi 20 tahun jika sabit kesalahan.

Azmi menambah, kes liwat merupakan masalah serius yang perlu ditangani dengan segera.

“Pihak sekolah sepatutnya tidak perlu berselindung berhubung perkara ini sebaliknya terus bertindak melaporkan kepada pihak polis serta ibu bapa mangsa.

“Walaupun kes ini boleh mencemarkan imej sekolah namun ia perlu dipandang serius dan diharapkan pihak sekolah dapat memberi kerjasama yang baik kerana melibatkan pelajar mereka," katanya.

Selain itu, peranan ibu bapa juga penting untuk mengetahui aktiviti dan kegiatan anak-anak mereka sama ada di sekolah mahupun di luar rumah.

- Sinar Harian

Kajian Penambahbaikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Diumum Selasa

$
0
0

KAJANG, 16 Mac (Bernama) -- Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keputusan kajian bagi penambahbaikan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang ditangguhkan pelaksanaannya akan diumumkan pada Selasa ini.

Timbalan Perdana Menteri ketika memaklumkan perkara itu berkata antara perubahan yang diputuskan ialah guru tidak perlu lagi memasukkan data maklumat pencapaian murid secara dalam talian ke dalam sistem PBS seperti sebelum ini.

Beliau, yang juga Menteri Pendidikan berkata penambahbaikan hasil bengkel melibatkan kira-kira 1,000 guru juga mencadangkan para guru tidak perlu lagi menyertakan eviden dan hanya menyimpan data secara 'offline'.

"Data hanya perlu dikemukakan apabila ibu bapa perlu melihatnya. Perincian lanjut akan diumumkan pada 18 Mac ini," katanya ketika berucap pada Program Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti di Sekolah Menengah Kebangsan Tinggi, di sini, Ahad.

Keputusan penangguhan pelaksanaan PBS telah diumumkan Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Khair Mohamad Yusof pada 23 Feb lepas untuk memberi ruang kepada satu kajian bagi penambahbaikan diadakan.

Ini bermakna guru tidak perlu meneruskan pelaksanaan PBS sehingga kenyataan mengenainya dibuat Kementerian Pendidikan kelak.

Muhyiddin berkata walaupun ada guru memaklumkan PBS adalah satu sistem yang baik dan harus diteruskan, kementerian mengambil pendirian menyeluruh dan menangguhkan pelaksanaannya untuk kebaikan bersama.

Beliau berkata kementerian memahami rungutan dan masalah yang dihadapi para guru, malah peka dengan kesulitan suami jika isterinya seorang guru yang marah dan mendakwa pelaksanaan PBS menyebabkan masa bersama keluarga terhad.

"Sebab itu kita tangguh seketika bagi ditambah baik...saya juga faham guru mesti mengajar, bukan hanya memasukkan data," katanya merujuk kepada keperluan guru memasukkan data secara online sebelum ini.

-- BERNAMA

Pelatih Program Latihan & Kerjaya Tajaan Penuh

$
0
0
Kelayakan
1. Berumur antara 18- 35
2. Minima SPM (Pemegang STPM/Sijil/Sijil Kemahiran Malaysia atau kelayakkan yang lebih tinggi digalakkan memohon)
3. Berminat untuk bekerja didalam bidang Perhubungan Pelanggan (Customer Service)
Kemudahan yang disediakan
1. Elaun bulanan RM 400 + semasa latihan (elaun latihan RM 150 + elaun makan RM 250)
2. Latihan dibiayai oleh Kerajaan
3. Jaminan pekerjaan bagi yang berjaya
4. Gaji yang menarik, minima RM 1500 + elaun semasa bekerja

Tempat Latihan: Kuching, Sarawak 

Berminat sila emailkan
1. Nama
2. Kelayakkan
3. Alamat
4. No Telefon/Handphone
5. Pekerjaan bapa/penjaga

kepada digitalgrowthsb@yahoo.com
atau sms kepada 011 2915 1999

Tarikh Tutup: 28 Mar 2014

Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2014

$
0
0


Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) seperti yang berikut:

Nama Program : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Jenis Ijazah : Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
Mod Kursus : Sepenuh Masa

STRUKTUR PROGRAM
Program Persediaan Dua Belas (12) Bulan/Dua (2) Semester
Program Ijazah Empat (4) Tahun/Lapan (8) Semester

SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS
-Warganegara Malaysia.
-Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2014 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2014. 
--Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
-Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
-Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dengan mendapat cemerlang dalam mana-mana tiga (3) mata pelajaran. DAN sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga (3) mata pelajaran yang berikut: Bahasa Melayu; Sejarah; Satu (1) mata pelajaran yang lain; serta lulus Bahasa Inggeris. 
-Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon (Rujuk e-Panduan Permohonan semasa membuat permohonan nanti).

CARA MEMOHON
-Iklan pengambilan guru pada tahun ini dijangka akan diwar-warkan pada 9 Mac 2014 di media massa.
Calon tidak perlu lagi membeli nombor pin di BSN seperti tahun-tahun sebelum ini.

-Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di pautan:http://www.moe.gov.my/ mulai 10 Mac 2014

-Pemohon dinasihatkan memuat turun e-Panduan:http://www.moe.gov.my/artikelkplspm.pdf bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.

-Calon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan sahaja.

-Permohonan boleh dikemaskini pada bila-bila masa sahaja dan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup permohonan iaitu 30 MAC 2014 (11.59 MALAM). Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.

-Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

Program PERINTIS Learning Port, Pelawaan Graduan Bumiputera Mengusahakan Pusat Tuisyen

$
0
0

Pelawaan bagi Graduan Bumiputera mengusahakan Pusat Tuisyen di seluruh negara. Modal perniagaan disediakan sepenuhnya oleh TEKUN Nasional. Pendapatan mencecah RM500K Setahun. Permohonan terhad kepada 100 pusat pembelajaran di seluruh negara.

Sekiranya berminat, sertai sesi taklimat terbuka Program Perintis:

12 April 2014, 10:00am – 12:30pm : Grand Margherita Hotel (Holiday Inn), Kuching Sarawak

 13 April 2014, 10:00am – 12:30pm : Promenade Hotel, Kota Kinabalu, sabah


Pengambilan Kadet Tajaan Bumi Armada 2014

$
0
0

Bumi Armada Berhad is the largest owner and operator of offshore support vessels in Malaysia and well established and trusted service provider in the oil and gas industry. It is growing in FPSO,Engineering, Process, Construction, Installation and Commissioning (EPCIC) and fleet management. Bumi Armada currently serves clients in Malaysia, South-East Asia, India, Mexico, Congo, Angola and Nigeria.


Malaysia-based international company with over 1,500 employees from 22 nationalities, we are looking for outstanding young Malaysians to join our team as Cadet Officers.

BUILDING A FUTURE IN DEEPWATER OIL AND GAS TECHNOLOGY

Courses offered for Year 2014 Cadet Sponsorship Programme

DIPLOMA IN NAUTICAL STUDIES

DIPLOMA IN MARINE ENGINEERING

- (Navigating Cadet Officer)
Leading to rank as Captain
- (Marine Engineering Cadet Officer)
Leading to rank as Chief Engineer

Info lanjut: Website Bumi Armada

CAREER BENEFITS

- Graduates have the opportunity to sail worldwide with our fleets with an attractive employment packages and benefits.

Interested applicants please contact us at:

Bumi Armada Cadet Sponsorship Program 

Bumi Armada Berhad (370398-X)
Level 21, Menara Perak, 24 Jalan Perak, 50450 Kuala Lumpur
Email: all.crew@bumiarmada.com

A PROMISING CAREER AT SEA WITH BUMI ARMADA

Teaching Vacancies at Chung Ching Middle School, Brunei

$
0
0

Jawatan Kosong Chung Ching Middle School, Brunei Darussalam

  1. Deputy Principal
  2. Head of Kindergarden
  3. Secondary School Teacher
  4. Primary School Teacher

The Principal
Kosong Chung Ching Middle School,
P.O BOX 70, SERIA KB 1190
BRUNEI DARUSSALAM
Email: ccms1938@gamil.com


Guru Tampar Pelajar Mohon Maaf Bayar RM10,000 Ganti Rugi

$
0
0
Marang – Seorang bapa bersetuju untuk menyelesaikan kes di luar mahkamah apabila seorang guru memohon maaf dan membayar ganti rugi sebanyak RM10,000 selepas secara tidak sengaja mendatangkan kecederaan kepada anak lelakinya.

Bapa mangsa, Jailani Jawan, 43, berkata, pihaknya juga berhasrat membatalkan laporan polis dibuat sebelum ini termasuk tidak meneruskan tindakan undang-undang terhadap guru terbabit kerana menganggap ia telah diselesaikan cara baik.

“Jumlah ganti rugi yang diterima akan digunakan sepenuhnya untuk merawat kecederaan pada bahagian gegendang telinga kiri anak saya memandangkan kos perubatan dianggarkan menelan belanja lebih kurang RM10,000,” katanya.

Terdahulu, pada Jun tahun lalu, anaknya, Mohd Jazman, 16, mendakwa ditampar guru lelaki kira-kira jam 11 pagi selepas dituduh memancitkan tayar sebuah kereta milik seorang guru perempuan bersama beberapa pelajar lain di sebuah sekolah, di sini.

Jailani berkata, dia dan isteri, Norlaila Jusoh, 42, hanya mengetahui kejadian menimpa anak keempat daripada tujuh beradik itu apabila mangsa mengadu sakit pada bahagian telinga apabila bangun tidur.

Isterinya kemudian membawa anak mereka ke Klinik Kesihatan Gong Balai, Merchang sebelum ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu untuk pemeriksaan lanjut dan doktor mengesahkan terdapat kecederaan pada gegendang telinganya.
Berikutan insiden itu, keluarga Jailani turut membuat laporan polis di Balai Polis Merchang dan Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya mengesahkan menerima laporan.
Mengulas lanjut, Jailani berkata, pihaknya juga membuat satu perjanjian dengan guru terbabit untuk tidak lagi mengungkit mengenai perkara itu pada masa akan datang termasuk menerima ganti rugi atas persetujuan kedua belah pihak. - Sinar Harian 
Viewing all 517 articles
Browse latest View live