Quantcast
Channel: Pengajar 4.0
Viewing all 517 articles
Browse latest View live

Mayat Pelajar Unimas Hilang Ditemui Terapung Dalam Parit Kawasan Kampus

$
0
0

KOTA SAMARAHAN: Polis menemui mayat seorang wanita dalam hutan di kawasan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) petang semalam, berkemungkinan mayat seorang pelajar universiti berkenaan yang dilaporkan hilang baru-baru ini.

Pelajar tersebut, Siti Najwa Atikah Azhar, 19, dikatakan hilang sejak 5 Januari lalu.

Selain itu, mangsa yang berasal dari Pulau Pinang juga sepatutnya pulang bercuti ke negeri asalnya pada 12 Januari lalu.

“Mangsa hilang sejak 5 Januari lalu, apabila dia dikatakan tidak hadir peperiksaan pada hari berkenaan dan dia yang sepatutnya pulang ke Pulau Pinang juga tidak menaiki pesawat pada 12 Januari lalu seperti yang dijadualkan,” kata sumber.

Justeru, satu laporan polis  telah dibuat oleh pihak universiti dan keluarga mangsa berhubung perkara tersebut.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan DSP Lee Chong Chern semasa dihubungi mengesahkan mengenai penemuan mayat wanita berkenaan.

Bagaimanapun Lee tidak dapat mengesahkan bahawa mayat itu adalah Siti Najwa Atikah kerana ia sudah reput.

“Sebelum ini kami ada menerima laporan berhubung kejadian di mana mangsa dilaporkan hilang dan kami telah melancarkan operasi mencari dan menyelamat mangsa serta-merta,”katanya sambil menambah operasi tersebut semalam turut menggunakan khidmat anjing pengesan.

Beberapa anggota polis daripada Unit Forensik juga telah dikejarkan ke tempat penemuan mayat itu untuk menjalankan siasatan.

Mayat yang reput itu kemudian telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat.

Kes tersebut setakat ini hanya diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu keputusan bedah siasat.

Operasi tersebut turut disertai anggota daripada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Pasukan Sukarelawan Malaysia(RELA),Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) dan Unit Keselamatan UNIMAS.

- The Borneo Post

Keputusan MUET Sesi Nov 2013 Akan Diumumkan Pada 16 Jan 2014 (Khamis)

$
0
0

KUALA LUMPUR 13 Jan. - Keputusan Malaysian University English Test (MUET) Sesi November 2013 akan diumumkan pada Khamis ini.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan seramai 72, 099 calon menduduki ujian berkenaan.

Calon yang mendaftar di sekolah atau institusi boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah dan institusi masing-masing mulai pukul 10 pagi, manakala calon persendirian pula boleh mendapatkan keputusan MUET mereka melalui pos pada tarikh tersebut.

Keputusan juga boleh disemak menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip MUET jarak RESULT jarak nombor kad pengenalan dan hantar ke 15888 mulai pukul 12 tengah malam atau melayari portal MPM di http://www.mpm.edu.my mulai pukul 9 pagi pada tarikh berkenaan. - UTUSAN

Minat Seorang Penuntut IPTA Menaiki Bertukar Tragedi Maut

$
0
0
Soleha Abd Rahman, 25, semasa dibawa menaiki helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat ke Hospital Kuala Lumpur bagi menerima rawatan lanjut selepas terjatuh ke dalam gaung sedalam 60 meter di Bukit Tabur, Taman Melawati. 

AMPANG – Minat seorang penuntut sebuah universiti tempatan terhadap aktiviti lasak membawa padah, apabila hobi itu akhirnya meragut nyawanya dalam kejadian awal pagi semalam.

Mangsa, Soleha Abdul Rahman, 25, dilaporkan terjatuh dari Bukit Tabur kira-kira 60 meter ke dalam gaung selepas mendaki bersama kakak dan rakannya kira-kira jam 10.40 pagi.

Ketua Pusat Operasi Bomba dan penyelamat Selangor, Amer Haizal Sahak berkata, mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri pada jam 1.46 petang.

Menurutnya, seramai 55 anggota polis, bomba dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa yang mengambil masa selama tiga jam.

“Mangsa dikeluarkan dari gaung pada jam 2 petang, sebelum bantuan dari anggota helikopter unit udara bomba tiba kira-kira jam 3.30 petang.

“Mangsa ditarik ke atas dengan menggunakan pengusung dan dibawa keluar dengan helikopter,”katanya.

Beliau berkata, mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur kira-kira jam 4 petang untuk rawatan lanjut.

“Bagaimanapun, mangsa yang mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan disahkan meninggal dunia kira-kira setengah jam kemudian,”katanya.

Sementara itu, kakak sulung mangsa yang enggan dikenali berkata, dia tiba di hospital kira-kira jam 3.30 petang, selepas dimaklumkan oleh sahabat adiknya berhubung kejadian.

Menurutnya, Solehah sangat menyukai aktiviti luar tetapi dia tidak menyangka adiknya turut menggemari aktiviti mendaki.

“Saya memang tahu minat dia, tetapi tidak sangka ia boleh mengancam nyawanya.

“Ibu bapa kami yang berada di Manir, Terengganu dalam perjalanan ke sini dan jenazah adik akan dibawa pulang setelah selesai bedah siasat,”katanya.

Difahamkan, mangsa yang merupakan jurusan ekonomi di Universiti Putra Malaysia juga bekerja sambilan di sebuah bank di ibu negara.

- SH

Siasatan Guru Mualaf SJKC Diarah Buka Tudung Selesai

$
0
0
SENAI – Siasatan berhubung kes seorang guru mualaf di sebuah sekolah  yang diarahkan membuka tudung, di Kota Tinggi, selesai.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman mengesahkan telah mengambil keterangan daripada empat individu berhubung isu tersebut.

“Kita tidak rekod percakapan selain ambil keterangan daripada empat individu yang dikaitkan dalam perkara ini.

“Kes ini dilaporkan pada 8 Januari lalu, di mana pengadu (guru) telah membuat laporan polis dan susulan itu, guru besar dan individu yang dikatakan mengarahkan tindakan terbabit serta seorang penduduk telah diambil keterangan.

“Siasatan kes ini telah selesai dan kita telah hantar ke Peguam Negara bagi tindakan lanjut,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Sementara itu, tindakan mengarahkan guru wanita berusia 25 tahun itu membuka aurat disifatkan menghina agama Islam.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut mempersoalkan adakah kualiti pengajaran seseorang guru itu akan terjejas apabila tenaga pengajar ini menutup aurat dengan mengikut syariat Islam sehingga memaksanya membuka tudung.

“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku dan tindakan  individu tersebut bukan sahaja melanggar undang-undang dan perlembagaan negara, tetapi ia juga jelas menghina agama Islam dan penganutnya.

“Saya amat kecewa dengan perkara yang berlaku dan  saya mendesak pihak berwajib antaranya Jabatan  Pelajaran negeri untuk mengambil tindakan segera  terhadap pihak bertanggungjawab dan jangan bersikap lepas tangan dalam isu ini,” katanya.

Rabu lalu,  seorang guru mualaf  diarah membuka tudungnya oleh ahli jemaah pengurus sekolah  selain diancam keselamatannya sekiranya guru  tersebut enggan berbuat demikian.

Susulan kejadian itu, penduduk di kampung berkenaan, menggantung beberapa kain rentang dan menampal puluhan poster bagi membantah tindakan tersebut kelmarin.

- SH

Pendaftaran MUET Sesi Julai 2014 Dibuka Mulai 16 Januari Sehingga 17 Mac

$
0
0
1
SYARAT KELAYAKAN UNTUK MENDUDUKI MUET

Tiada sebarang syarat yang dikenakan untuk menduduki MUET.

2
TEMPOH SAH LAKU

Keputusan MUET yang dikeluarkan sebelum tahun 2009, tempoh sah lakunya adalah sehingga 8 Julai 2013manakala keputusan MUET yang dikeluarkan mulai tahun 2009, tempoh sah lakunya ialah lima tahun mulai tarikh keputusan ujian dikeluarkan.
3
KOMPONEN MUET

Kertas yang ditawarkan dalam ujian MUET meliputi empat kertas seperti yang berikut:


 


Kod Kertas
Nama Kertas


800/1
Listening (30 minit)


800/2
Speaking (30 minit)


800/3
Reading (90 minit)


800/4
Writing (90 minit)



 


*

Maklumat lanjut sila rujuk Sukatan Pelajaran MUET (Regulations, Test Specifications, Test Format, and Sample Questions) yang dapat diperoleh melalui portal MPM www.mpm.edu.my.

4
BAYARAN UNTUK MENDUDUKI UJIAN

(a)
Bayaran untuk menduduki ujian MUET adalah seperti yang berikut:




Yuran pendaftaran
RM  40.00


Yuran mata pelajaran
RM  60.00


Jumlah
RM100.00

         



Bayaran perlu dibuat dengan cara membeli nombor PIN MEC di kaunter atau kiosk Bank Simpanan Nasional (BSN) atau secara perbankan internet. Maklumat lanjut sila layari http://online.mpm.edu.my .
Nota: BSN akan mengenakan caj sebanyak RM1.00 bagi setiap pembelian nombor PIN MEC.

(b)
Bayaran yang telah dibuat akan terpapar pada Slip Pendaftaran MUET (MUET/PP) untuk rujukan calon.

(c)
Bayaran pembelian PIN MEC tidak akan dikembalikan sekiranya calon gagal mendaftar pada tarikh yang telah ditetapkan. PIN MEC yang telah dibeli itu juga tidak boleh digunakan untuk mendaftar MUET sesi yang berikutnya.
5
CARA PENDAFTARAN CALON MUET

5.1

Calon Sekolah/Institusi



(a)
Pendaftaran calon sekolah/institusi dibuat secara online melalui portal MPM www.mpm.edu.my atauhttp://mesp.mpm.edu.my/online.


(b)
Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri (SPP JPN) hendaklah terlebih dahulu mengemas kini maklumat sekolah/institusi yang akan menjadi pusat ujian sebelum pendaftaran dibuka.


(c)
Pengetua sekolah/institusi hendaklah memaklumkan nama Setiausaha Peperiksaan (SUP) sekolah/institusinya kepada SPP JPN dan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD). 


(d)
Taklimat tentang kaedah pendaftaran secara online di peringkat daerah kepada semua SUP sekolah/institusi hendaklah diberikan oleh PPD.


(e)
Pihak sekolah/institusi juga boleh mendapatkan maklumat tentang pendaftaran calon MUET untuk sekolah/institusi melalui portal MPM www.mpm.edu.my.


(f)
Pihak sekolah/institusi perlu mendapatkan Nama Pengguna dan Kata Laluan daripada SPP JPN  untuk masuk ke dalam sistem pendaftaran online ini. SUP sekolah/institusi dinasihatkan untuk memuat turun/mencetak Manual Sekolah dalam http://online.mpm.edu.my yang terpapar pada ikon sekolah untuk rujukan sebelum memulakan aplikasi sistem pendaftaran online tersebut.


(g)
Pengetua sekolah/institusi hendaklah mengarahkan SUP untuk mengurus pendaftaran sekolah/institusinya dengan mengambil tindakan yang berikut:



(i)
Mengemaskini maklumat sekolah yang terdapat dalam sistem pendaftaran online



(ii)
Mengisi data maklumat pendaftaran calon bagi sekolah/institusinya yang ingin menduduki MUET



(iii)
Mengenalpasti calon kurang upaya dari segi penglihatan (buta) dan kurang upaya dari segi anggota/spastik, rabun, kurang dengar/pekak, atau sengau dan mendaftarkannya bersama-sama calon lain tetapi pemberitahuan bahawa calon tersebut adalah calon istimewa dan keistimewaan yang dipohon adalah seperti tindakan pada para 6.



(iv)
Memastikan nombor PIN MEC disediakan dengan secukupnya oleh calon sekolah/institusi  yang ingin menduduki MUET



(v)
Menyemak maklumat awal pendaftaran calon melalui slip pendaftaran MUET (MUET/PP) seperti ejaan nama, nombor Kad Pengenalan dan maklumat lain yang tercatat pada MUET/PP adalah betul, dan mengemaskininya jika terdapat pindaan oleh calon sebelum talian pendaftaran online di sekolah ditamatkan. MUET/PP ini boleh digunakan sebagai bukti pendaftaran telah dibuat bagi menuntut Slip Daftar MUET (MUET/D) calon (jika maklumat calon tiada dalam semakan MUET/D).



(vi)
Memastikan data maklumat pendaftaran calon adalah betul sebelum talian pendaftaranonline di sekolah/institusi ditamatkan



(vii)
Menyemak Slip Daftar MUET (MUET/D) bagi calon sekolah/institusinya dan memastikan MUET/D dicetak oleh calon sebagai tiket untuk menduduki ujian



(viii)
Memaklumkan maklumat calon sekolah/institusinya yang tercicir kepada SPP JPN atau Majlis Peperiksan Malaysia jika terdapat calon yang telah didaftarkan tiada dalam semakan MUET/D dengan kadar SEGERA



(ix)
Mematuhi tarikh akhir talian pendaftaran online dibuka dan penghantaran maklumat pendaftaran/bahan/dokumen pendaftaran yang berkaitan seperti yang telah ditetapkan oleh SPP JPN

5.2

Calon Persendirian individu



(a)
Pendaftaran calon persendirian individu dibuat secara online melalui portal MPM www.mpm.edu.myatau http://online.mpm.edu.my.


(b)
Calon persendirian individu dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat tentang pendaftaran MUET melalui portal MPM dan merujuk kepada Manual Calon Persendirian Individu yang terpapar pada ikon calon persendirian individu dalam http://online.mpm.edu.my untuk rujukan sebelum memulakan aplikasi sistem pendaftaran online tersebut.


(c)
Calon boleh memilih pusat ujian yang dikehendaki semasa membuat pendaftaran secara onlinetetapi kelulusan adalah tertakluk kepada SPP JPN. SPP JPN berhak untuk memindahkan calon persendirian individu ke pusat lain selain daripada yang telah dipilih.


(d)
Calon yang kurang upaya dari segi penglihatan seperti buta, rabun, atau ketidakupayaan dari segi anggota/spastik, atau ketidakupayaan dari segi pendengaran seperti kurang dengar/pekak atau ketidakupayaan dari segi pertuturan seperti sengau atau ketidakupayaan yang lain juga mendaftar secara online tetapi pemberitahuan bahawa calon tersebut adalah calon istimewa dan keistimewaan yang dipohon adalah seperti tindakan pada para 6.
6
CALON ISTIMEWA

(a)
Calon istimewa dari segi penglihatan (buta atau rabun), anggota (spastik), pendengaran (kurang dengar/pekak), pertuturan (sengau), dan selain daripada yang dinyatakan hendaklah dimaklumkan kepada SPP JPN selewat-lewatnya pada 22 November 2013 bagi MUET  Sesi Mac 2014, 25 April 2014 bagi MUET Sesi Julai 2014, dan 1 Ogos 2014 bagi MUET Sesi November 2014.

(b)
Maklumat tentang ketidakupayaan dan keistimewaan yang dipohon hendaklah dimaklumkan dengan jelas dan lengkap dalam borang MUET/C5 atau MUET/C6(Pindaan 2006) (mana-mana yang berkenaan) mengikut jenis ketidakupayaan. Sila sertakan salinan dokumen sebagai bukti ketidakupayaan yang dialami seperti laporan perubatan, Kad Jabatan Kebajikan Masyarakat, dan pengesahan Pengetua (jika calon sekolah/institusi). Kemudahan yang boleh diberikan kepada calon istimewa hanya akan dipertimbang jika borang MUET/C5 atau MUET/C6 (Pindaan 2006) (mana-mana yang berkenaan) diterima oleh MPM.

(c)
Borang MUET/C5 atau MUET/C6(Pindaan 2006) dapat diperoleh dan dicetak daripada portal MPMwww.mpm.edu.my.
Untuk mendapatkan borang yang berkaitan, sila klik borang MUET/C5 atau MUET/C6 (Pindaan 2006) .
7
SLIP PENDAFTARAN CALON (MUET/PP)

(a)
Butiran pendaftaran awal calon boleh disemak melalui slip pendaftaran calon (MUET/PP).  Bagi calon sekolah/institusi, jika terdapat sebarang pindaan pada nombor Kad Pengendalan atau ejaan nama, sila kemukakan pindaan tersebut kepada SUP sekolah/institusi untuk dikemaskinikan.

(b)
Calon persendirian individu perlu mengemaskini butiran pendaftaran sendiri secara online tetapi pengemaskinian tersebut hanya dihadkan sebanyak dua kali sahaja.
8
TARIKH PENDAFTARAN DAN TARIKH UJIAN

Kalendar MUET 2014 dapat diperoleh dan dicetak di portal MPM www.mpm.edu.my
9
ANGKA GILIRAN CALON DAN PUSAT UJIAN

(a)
Angka giliran calon bagi semua calon akan ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Angka giliran calon ini akan diberitahu melalui Slip Daftar MUET (MUET/D). 

(b)
Penempatan calon persendirian individu di sesebuah pusat ujian adalah tertakluk kepada kelulusan SPP JPN. SPP JPN berhak untuk memindahkan calon persendirian individu ke pusat lain selain daripada yang telah dipilih.

(c)
SPP JPN juga boleh menumpangkan calon sekolah/institusi di pusat lain jika difikirkan bilangan calon di sekolah/institusi tersebut tidak ekonomik dari segi pengendalian ujian. Namun demikian, pertimbangan ini perlu mengambil kira beberapa faktor seperti kedudukan geografi/lokasi dan latar belakang calon di sekolah/institusi tersebut. Namun demikian, perbincangan/perundingan dengan Pengetua sekolah/institusi yang berkenaan perlu dibuat sebelum tindakan ini diambil.  
10
SLIP DAFTAR MUET (MUET/D)

(a)
Pengesahan butiran pendaftaran calon untuk menduduki MUET akan diberitahu kepada calon dalam Slip Daftar MUET (MUET/D) melalui portal MPM www.mpm.edu.my mulai 3 Januari 2014 bagi MUET Sesi Mac 2014, 16 Mei 2014 bagi MUET Sesi Julai 2014, dan 5 September 2014 bagi MUET Sesi November 2014. Jika maklumat calon tiada dalam semakan MUET/D, sila hubungi terus Majlis Peperiksaan Malaysia dengan kadar SEGERA.  Bagi calon sekolah/institusi, sila hubungi Majlis Peperiksaan Malaysia melalui Pengetua sekolah/institusi masing-masing.

(b)
Calon perlu mencetak MUET/D sendiri dan membawanya ke pusat ujian pada hari ujian sebagai tiket untuk menduduki ujian.

(c)
Calon hendaklah menyemak butiran yang tercatat pada MUET/D seperti nombor Kad Pengenalan, ejaan nama, angka giliran, pusat untuk menduduki ujian, tarikh, dan waktu ujian. Jika terdapat kesilapan, calon dikehendaki membuat pindaan pada slip MUET/D tersebut dan memulangkannya ke Majlis Peperiksaan Malaysia (u.p. Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET) melalui Pengetua sekolah/institusi masing-masing bagi calon sekolah/institusi atau menghantarnya terus ke Majlis Peperiksaan Malaysia (u.p. Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET) bagi calon persendirian individu sebelum ujian pertama bermula. Pembetulan maklumat juga hendaklah dimaklumkan kepada Ketua Pengawas di pusat ujian untuk dicatatkan dalam Buku Rekod Pengawasan. Pembetulan hanya akan dibuat pada slip keputusan MUET yang akan dikeluarkan kelak.

(d)
Calon hendaklah memastikan bahawa ejaan nama dan nombor Kad Pengenalan yang betul tertera pada Slip Daftar MUET (MUET/D). Calon hendaklah menggunakan nombor Kad Pengenalan yang sama semasa ujian kelak. Sebarang kesilapan akan menimbulkan salah faham dengan Pengawas ujian kelak dan akan menyusahkan calon sendiri.

(e)
Calon boleh menyemak status pendaftaran melalui Sistem Mesej Singkat (SMS) dengan menaipMUET<jarak>INFO<jarak>No. Kad Pengenalan dan hantar ke 15888.
11
PERPINDAHAN PUSAT UJIAN

(a)
Perpindahan dari satu pusat ke satu pusat ujian yang lain hanya akan dibenarkan jika alasan yang dikemukakan oleh calon adalah munasabah. Permohonan untuk berpindah pusat ujian dalam bandar yang sama tidak dibenarkan. Pemohon hendaklah melengkapkan borang  Permohonan Perpindahan Pusat Ujian (MUET/C2) yang dapat diperoleh dan dicetak daripada portal MPM www.mpm.edu.my. Permohonan hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia (u.p. Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET) melalui Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri.

(b)
Bayaran perpindahan pusat ujian ialah RM25.00 dan dibuat dalam bentuk Wang Pos/Kiriman Wang atas nama Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia. Bayaran akan dikembalikan jika permohonan tidak diluluskan.

(c)
Tarikh tutup permohonan perpindahan pusat ujian ialah pada 16 Januari 2014 bagi MUET Sesi Mac 2014,30 Mei 2014 bagi MUET Sesi Julai 2014, dan 19 September 2014 bagi MUET Sesi November 2014. Status permohonan perpindahan pusat ujian boleh disemak di portal MPM www.mpm.edu.my.
Untuk mendapatkan borang MUET/C2, sila klik di sini
12
PENARIKAN DIRI

(a)
Calon yang menarik diri daripada menduduki MUET dikehendaki mengisi borang Calon Menarik Diri (MUET/C4) yang dapat diperoleh dan dicetak daripada portal MPM www.mpm.edu.myBorang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia bersama dengan surat buktinya sekalisebelum calon menduduki kertas ujian MUET yang pertama.

(b)
Calon yang menarik diri daripada menduduki ujian tidak akan dikembalikan yuran ujian kecuali calon yang sakit berpanjangan (surat pengesahan daripada Pegawai Perubatan hendaklah dikemukakan) atau calon yang meninggal dunia (salinan surat Perakuan Kematian hendaklah dikemukakan oleh warisnya).
Untuk mendapatkan borang MUET/C4, sila klik di sini
13
KEPUTUSAN MUET

Keputusan MUET bagi calon sekolah/institusi akan dihantar kepada Pengetua sekolah/institusi berkenaan melaluiSPP JPN manakala bagi calon persendirian individu, keputusan akan dihantar melalui pos.

Calon juga boleh menyemak keputusan ujian melalui portal MPM www.mpm.edu.my atau melalui SMS dengan menaip MUET<jarak>RESULT<jarak>No. Kad Pengenalan dan hantar ke 15888.
14
RAYUAN SEMAK SEMULA KEPUTUSAN MUET

Calon boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan ujian MUET. Caj bagi rayuan menyemak semula keputusan ujian MUET ialah RM70.00. Tarikh tutup rayuan semak semula ini ialah seminggu selepas tarikh keputusan ujian MUET diumumkan. Maklumat lanjut tentang rayuan penyemakan semula keputusan ujian MUET dapat diperoleh melalui portal MPM www.mpm.edu.my.

Zina Di Dalam Kereta, Guru Besar & Guru Diperintah Bela Diri

$
0
0

KOTA BHARU - Seorang guru besar dan guru sebuah sekolah rendah di Pasir Mas diarah Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam supaya membela diri atas tuduhan mukadimah zina, April lalu.

Perintah dibuat Hakim Syarie, Nik Najib Che Hassan terhadap guru besar berusia 54 tahun dari Kampung Perupok, Chetok, Pasir Mas, dan pasangan berusia 26 tahun dari Taman Lubok Jong, daerah sama.

Lelaki tersebut didakwa melakukan perbuatan mukadimah zina iaitu berada di atas tubuh seorang perempuan yang bukan isteri atau muhramnya dalam keadaan separuh bogel dalam sebuah kereta Perodua Kancil pada jam 8.30 malam, 28 April lalu.

Wanita tersebut pula didakwa atas tuduhan sama dalam keadaan separuh bogel dengan memakai t-shirt tetapi seluar ditanggalkan serta berada di bawah badan lelaki tersebut masa dan tarikh yang sama.

Perbuatan dilakukan dengan di tempat duduk hadapan dalam sebuah kereta yang dipakir di bahu Lebuh raya Pasir Mas-Rantau Panjang, Kampung Gaung, Pasir Mas.

Pada prosiding semalam, pihak pendakwaan berjaya menimbulkan prima facie kes pada keputusan pada akhir kes pendakwaan.

Peguam mereka, Yuslan Yusof bagaimanapun memohon tarikh lain berikutan kedua-dua anak guamnya belum bersedia untuk perintah itu. Nik Najib kemudian bersetuju dan menetapkan sebutan semula pada 27 Mac depan.

Kedua-dua ditahan dalam serbuan kakitangan Pejabat Agama daerah itu. Kes dikendalikan, Timbalan Pendakwa Syarie (Kanan), Norhasney Ridhwan Hassan.

- Sinar Harian

Permohonan Kemasukan Ke IPTA & Politeknik, Kolej Komuniti & Institut Latihan Kemahiran Awam 2014

$
0
0

Permohonan Kemasukan Ke IPTA & Politeknik Premier Sesi Akademik 2014 / 2015
& Permohonan Kemasukan Ke Politeknik Konvensional / Metro, Kolej Komuniti,
& Institut Latihan Kemahiran Awam Bagi Ambilan Tahun 2014


Tempoh Permohonan: 20 Januari 2014 hingga 4 April 2014

20,000 Guru BI Akan Dilatih Tahun Ini

$
0
0

PUTRAJAYA 20 Jan. - Kementerian Pendidikan akan melatih sebanyak 20,000 guru Bahasa Inggeris (BI) tahun ini bagi meningkatkan kemahiran mengajar dalam kalangan para guru.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, bagi perancangan tahun hadapan, jumlah yang sama akan turut dilatih bagi memperkasakan kemahiran guru Bahasa Inggeris.

Beliau berkata, inisiatif di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) itu adalah bagi memastikan kemahiran menguasai Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar dapat dicapai.

"Penekanan terhadap kepentingan penggunaan Bahasa Inggeris sentiasa dititikberatkan dan pada tahun lalu sahaja sebanyak 5,000 guru telah dilatih.

"Mulai bulan depan sebanyak 9,000 orang guru Bahasa Inggeris akan memulakan latihan," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis penyerahan peserta Fulbright English Teaching Assistant (ETA) 2014, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Dr. Madinah Mohamad dan Kaunselor Hal Ehwal Awam Kedutaan Amerika Syarikat, Bonnie S. Gutman.

Peserta ETA itu terdiri daripada 100 siswazah dari universiti terkemuka di Amerika Syarikat (AS) untuk membantu guru Bahasa Inggeris tempatan mengajar para pelajar menggunakan bahasa antarabangsa tersebut dengan lebih sistematik.

Sementara itu, Idris berkata, siswazah terbabit akan ditempatkan selama 10 bulan bermula 2 Februari ini di sekolah rendah dan menengah terpilih sekitar Terengganu, Johor, Pahang, Perak, Sabah dan Sarawak.

"Mereka akan menjadi pembantu kepada guru di dalam bilik darjah bagi memudahkan kefahaman pelajar bertutur dalam Bahasa Inggeris.

"Selain itu, mereka akan turut menganjurkan aktiviti kokurikulum termasuk mengadakan kem Bahasa Inggeris ketika musim cuti sekolah untuk menarik perhatian pelajar," katanya.

Beliau menjelaskan, program ETA yang bermula pada 2012 hanya disertai oleh 50 peserta dan ditempatkan di Terengganu, Pahang dan Johor.

"Pada tahun lalu, program ini telah diperluaskan ke Perak dan jumlah sekolah yang terlibat ditingkatkan kepada 75 buah.

"Pihak kementerian juga akan mengkaji dari semasa ke semasa untuk mempertingkatkan jumlah penyertaan sekolah dan perkara itu perlu dibincangkan dengan kerajaan AS terlebih dahulu," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, program kerjasama kali ketiga antara Malaysia dengan AS itu yang membabitkan kos RM9 juta setahun dapat mengeratkan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.



100 Siswazah Dari Amerika Untuk Program Pembantu Guru BI Selama 10 Bulan Di 6 Negeri

$
0
0

KUALA LUMPUR - Sebanyak 100 siswazah dari universiti terkemuka di Amerika Syarikat (AS) tiba di Malaysia baru-baru ini bagi memulakan program Pembantu Guru Bahasa Inggeris (ETA) Fulbright selama 10 bulan di enam negeri.
Duta AS di Malaysia, Joseph Yun berkata, ETA ini akan ditugaskan di sekolah rendah dan menengah di Terengganu, Johor, Pahang, Perak, Sabah dan Sarawak.
"Berdasarkan kepada kejayaan cemerlangnya, program ETA dikembangkan di Sabah dan Sarawak serta bilangan ETA ini meningkat daripada 75 kepada 100, menjadikannya satu daripada program ETA terbesar di dunia," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata memandangkan program itu terus berkembang, persahabatan yang dijalin ETA akan mengeratkan lagi hubungan diplomatik antara AS dan Malaysia.
Menurutnya objektif program itu untuk meningkatkan persefahaman antara rakyat AS dan rakyat lain di seluruh dunia.
Selain kerja kelas mereka, ETA menganjurkan aktiviti luar kurikulum yang dijalankan dalam Bahasa Inggeris (BI) selain mereka juga dapat memahami dengan lebih mendalam budaya Malaysia apabila tinggal dan bekerja di enam negeri berkenaan.
Yun berkata, AS menyediakan sokongan teknikal kepada ETA menerusi lawatan oleh pakar BI yang juga membantu melatih guru di Malaysia dan memberi nasihat mengenai kurikulum.
ETA akan membawa bahan-bahan pengajaran terkini yang disediakan secara percuma oleh Jabatan Negara AS. - Bernama, 7/1/2014

Kelayakan & Ganjaran Yang Lebih Tinggi, Perlu Diiringi Dengan Pencapaian Lebih HEBAT & BERKUALITI

$
0
0
GOLONGAN guru yang memperoleh pendidikan tinggi boleh memberi inspirasi kepada semua pihak bagi menjayakan matlamat pendidikan negara. - Gambar hiasan.
Pengumuman Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengenai penawaran tangga gaji lebih tinggi kepada guru yang mempunyai ijazah sarjana dan doktor falsafah (PhD) menunjukkan betapa komitednya kerajaan menaikkan martabat guru.
Biarpun mungkin segelintir pihak melihatnya tidak adil, secara positif ia bakal meningkat taraf profesion pendidik.
Ia juga dianggap pencetus semangat kepada guru lain mengejar taraf pendidikan serupa bagi menikmati ganjaran ditawarkan.

Bagaimanapun, masih boleh dipersoalkan taraf dan kualiti guru itu sama ada mampu mempunyai kelebihan berbanding guru bertaraf ijazah sarjana muda, diploma atau sijil.
Adakah mereka yang lebih tinggi kelayakan ini boleh memberi impak lebih besar kepada dunia pendidikan negara dengan sumbangan idea lebih jitu serta menggalas tanggungjawab lebih komited.

Atau hanya sekadar tinggi kelayakan, namun kredibiliti masih di takuk lama?

Dekan Pusat Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Datuk Dr Abdul Rashid Mohamed berkata kelayakan dan ganjaran yang lebih tinggi perlu diiringi dengan pencapaian lebih hebat dan berkualiti.

Beliau berkata, biarpun ada segelintir menganggap kelulusan tidak dapat menggambarkan secara tepat kemampuan sebenar, secara logik mereka yang mempunyai ijazah sarjana atau Phd memiliki kelebihan ilmu.

“Justeru dengan kelebihan ini, pastinya tahap intelektual mereka lebih ke hadapan dengan idea atau cara pembelajaran lebih baik.

“Ini berpadanan dengan kelayakan disandang serta ganjaran diperoleh selain memanfaatkan demi kesejahteraan menyeluruh,” katanya.

Bagaimanapun, perkara itu adalah subjektif kerana terpulang kepada mereka untuk mentafsirkan kelebihan atau kebolehan masing-masing.

“Sebenarnya terpulang pada individu (guru) untuk menunjukkan kebolehan atau kelebihan semasa proses pembelajaran dan pengajaran.

“Namun, pastinya mereka yang mempunyai kelayakan lebih tinggi mempunyai lebih banyak keistimewaan.

“Dalam konteks ini, dua aspek perlu dilihat sama ada melalui kandungan atau pedagogi (kemahiran) guru sendiri ketika melaksanakan tugasan,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Dekan Fakulti Pendidikan Institut Pengajian Tinggi Awam berkata kelayakan atas sekeping kertas bukan penentu kejayaan total kemampuan guru.

“Rasionalnya belajar untuk memperoleh sijil, diploma dan ijazah sarjana muda prosesnya tidak akan sama untuk memperoleh ijazah sarjana atau PhD.
“Di situ wujud kelebihan dan perbezaan.

“Bagaimanapun, untuk menjadi guru yang baik bukan saja memerlukan kelayakan, tapi elemen lain seperti pengalaman dan kaedah pembelajaran mantap,” katanya mengakui ganjaran diberikan itu sepatutnya menaikkan semangat guru untuk gigih berusaha.

“Guru adalah golongan istimewa yang jasanya sukar dibalas.

“Dan, kerana keistimewaan itu mereka perlu diletakkan pada satu tahap istimewa untuk lebih dihormati.

“Penghargaan penting bukan saja untuk menghargai jasa mereka, malah mengembalikan kegemilangan golongan itu yang semakin tercalar kebelakangan ini,” katanya.

Mengenai andaian kemungkinan wujud konflik perbezaan darjat antara kedua-dua pihak di sekolah, beliau berkata ia tidak mungkin berlaku.

“Sesiapa saja boleh belajar untuk memperoleh kelayakan dan ganjaran itu. Tiada halangan berbuat demikian.

“Jika rasa kelayakan sedia ada sudah memuaskan hati (tidak perlu menyambung pengajian). Begitu juga sebaliknya.

“Namun, sebagai guru mereka perlu profesional dan tahu meletakkan keperluan mana lebih penting,” katanya.

Guru masa kini juga katanya perlu sentiasa ada keinginan tinggi untuk meningkatkan pencapaian diri.

“Kita bukan semakin bergerak ke belakang tapi ke depan. Apa yang berlaku pada masa depan termasuk dalam sektor pendidikan tidak dapat dijangka.

“Guru sepatutnya tidak boleh selesa dengan keadaan diri. Peluang sudah ada kenapa tidak memanfaatkannya untuk mempertingkatkan taraf diri.

“Jika halangan masa atau kekangan tanggungjawab menjadi penyebab itu bukan alasan yang baik,” katanya.

Berkenaan pelbagai ganjaran diberikan kepada guru, beliau berkata ia perlu dilihat dalam pelbagai konteks berbeza.

“Ada yang melihatnya sebagai satu penghargaan, tapi ada juga sebaliknya.

“Pandangan peribadi saya, untuk menjadi guru perlu ada keinginan dan minat yang tinggi.

“Malangnya tidak semua sanggup menjadi guru, mungkin tiada pekerjaan lain atau sebab peribadi, mereka memilih guru,” katanya.

Malah, dengan nisbah 1:13 iaitu satu guru untuk 13 pelajar, katanya, negara memiliki antara teramai guru di dunia.

“Ini menunjukkan kita boleh melahirkan ramai guru berkualiti, berkelayakan serta mampu menjadi tenaga pengajar terbaik.

“Guru pula perlu melihat cabaran dunia perguruan dengan cara berilmu sebab itu anda dipanggil guru.

“Jangan lagi dibuai tanggapan kerjaya guru ini mudah sebab bergelar guru hari ini hanya untuk mereka yang berminat dan tabah berdepan sepak terajang dunia perguruan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/20

Kenapa Keputusan SPM Baik, Tetapi Gagal Mendapat Tempat di IPTA?

$
0
0
Satu kes yang telah dirujuk mengenai kegagalan beberapa orang pelajar yang mendapat keputusan baik dalam SPM iaitu mendapat 5A dan 7A tetapi gagal mendapat tempat di IPTA di dalam program yang dipohon. Analisa terperinci daripada beberapa calon yang dirujuk sebagaimana berikut.

Keputusan SPM yang diperolehi 2 calon 

(contoh Berdasarkan Keputusan SPM Sebenar)



Andaian untuk pelajar C (aliran sains)

- Digunakan sebagai benchmark
- Mendapat gred A dalam 5 mata pelajaran utama dan gred B & C dalam matapelajaran lain

Pelaksanaan Dasar Meritokrasi Pengambilan Pelajar ke IPTA

Kementerian Pengajian Tinggi telah melaksanakan dasar pengambilan pelajar ke IPTA berasaskan kepada prinsip meritokrasi yang mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah ko-kurikulum untuk menentukan merit setiap pemohon. Untuk sesi 2012/2013 tiga(3) buah politeknik Premier juga akan mengguna pakai dasar yang sama. Berdasarkan kepada contoh-contoh di atas berikut adalah bagaimana pencapaian pelajar dinilai berdasarkan kepada kaedah meritokrasi yang diamalkan

 Sebagai Perbandingan dan Panduan

  • Walaupun calon A dan calon C sama-sama mendapat 5A tetapi calon C mendapat jumlah mata merit yang lebih tinggi dari calon A dengan perbezaan markah merit yang sangat besar sebanyak 31.50 markah
  • Begitu juga calon B yang mendapat 7A tetapi di dalam pengiraan meritnya beliau hanya mendapat 71.99 berbanding dengan calon C yang hanya mendapat 5A tetapi jumlah mata meritnya adalah 80.50 dengan perbezaan sebanyak 8.51 markah
  • Walaupun calon B mendapat markah merit yang agak tinggi, namun beliau tidak berjaya mendapat tempat di IPT kerana mendapat gred D dalam mata pelajaran matematik – yang merupakan syarat khas program untuk kemasukan ke semua program pra-universiti(asasi/matrikulasi) dan menjadi syarat pada hampir kesemua program diploma di IPTA dan juga Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi.
Di UPU, markah merit yang diperolehi oleh setiap pemohon akan disusun mengikut program yang dipohon oleh pelajar dari yang paling tinggi hingga yang terendah
  • Jika ada tie atau persamaan markah – bilangan gred A+ akan di ambil kira
  • Jika masih ada tie atau persamaan markah markah akademik dan ko-kurikulum akan diambil kira
  • Jika masih ada tie atau persamaan markah lagi, jumlah gred A (A+, A dan A-) akan diambil kira
  • Kedudukan ini akan menentukan peluang untuk pelajar yang memohon untuk mendapat tempat
Pelajar sebenarnya boleh membuat pengiraan sendiri markah merit yang akan diperolehi; Malah pelajar boleh mula cuba mengira seawal mereka mendapat keputusan peperiksaan percubaan SPM

Andaian Salah oleh pelajar

Di dalam kes yang dirujuk ini calon mengakui beberapa perkara berikut
  • Calon A bercita-cita untuk melanjutkan pengajian ke UIAM untuk mengikuti pengajian Asasi Undang-undang dan bercita-cita untuk meneruskan pengajian dalam bidang undang-undang dan syariah (double degree). Beliau membuat andaian bahawa untuk menjadi seorang peguam mata pelajaran Bahasa, Sejarah, Pendidiakn Al-Quran & As-Sunnah; Pendidikan Syariah Islamiah sangat penting untuk menjadi seorang peguam atau pengamal undang-undang sivil dan juga perundangan Islam – secara logiknya.
  • Beliau juga tidak memberikan perhatian kepada mata pelajaran sains dan juga matematik yang sebenarnya lebih penting sebagai mata pelajaran utama dalam pengiraan merit untuk calon dari aliran sains.
  • Keadaan yang hampir sama juga dengan calon B, tetapi yang agak malang sedikit adalah beliau hanya mendapat gred D dalam mata pelajaran Matematics – yang merupakan antara syarat yang kemasukan yang ‘standard’ di dalam hampir semua program pengajian di IPTA

Rumusan dan panduan

  1. Pelajar MESTI memastikan mendapat gred yang terbaik untuk 5 mata pelajaran utamabagi setiap aliran pengajian sebagaimana berikut
    1. Aliran Sains – Matematik; Matematik Tambahan, Fizik & Kimia dan Biologi atau 1 subjek lain
    2. Aliran Sastera – Bahasa Melayu, Matematik, Sains, Sejarah dan 1 subjek lain 
  2. Memastikan mendapat gred yang baik dalam 3 lagi mata pelajaran lain – yang sebaiknya mata pelajaran yang berkaitan dengap program pengajian yang ingin dipohon
  3. Jangan mudah rasa gembira dengan hanya melihat bilangan gred A yang diperolehi; Tetapi hendaklah melihat gred yang diperolehi untuk mata pelajaran tertentu (5 mata pelajaran utama mengikut aliran dan 3 mata pelajaran lain serta syarat khas program) yang akan menjamin peluang untuk mendapat tempat di IPTA terpilih dalam program pengajian yang diinginkan – berdasarkan kepada dasar meritokrasi.

Sumber Rujukan 

Job Vacancies at Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS)

$
0
0
ACADEMICS POSITIONS
A) LECTURER (KUCHING)
i) Malaysian Studies
Requirements:-
  • Possess Master / Bachelor's Degree in Malaysian Studies or any related disciplines.
ii) Mathematics
Requirements:-
  • Possess Master / Bachelor's Degree in Science mathematics or any related disciplines.
Added Advantages:-
  • Excellent communication skills and presentation skills.
  • Good interpersonal skills, analytical and leadership skills.
  • Interest and experience in curriculum development issues as well as student support.
  • Teaching experience will be an added advantage.
TECHNICAL & VOCATIONAL TRAINING POSITIONS
A) INSTRUCTOR (KUCHING)
i) Plantation
Qualification:-
  • Possess SKM Level 3/ DKM in Plantation
ii) Mechatronic
Qualification:-
  • Possess SKM Level 3/ DKM in Mechatronic
iii) Graphic Design
Qualification:-
  • Possess SKM Level 3/ DKM in Graphic Design
iv) Electrical
Qualification:-
  • Possess SKM Level 3/ DKM in Electrical
v) Information System
Qualification:-
  • Possess SKM Level 3/ DKM in Information System
Requirements:-
  • At least 21 years old
  • Possess PP&PPD induction course certificate
  • Possess Vocational Training Officer certificate (VTO)
Added Advantages:-
  • At least 1 - 2 years of working experience in the related field.
  • Excellent communication and presentation skills.
  • Good interpersonal skills, analytical and leadership skills.
  • Interest and experience in curriculum development issues as well as student support and performance issues
ADMINISTRATIVE POSITIONS
A) Business Development Executive
Requirements:-
  • Diploma or Degree in Business Studies / Marketing or any related disciplines.
  • Energetic & charismatic
  • Good looking & presentable
  • Good personality
  • Fluent spoken English & Bahasa Malaysia
  • Good communication skills
  • 2-3 years of sales/marketing experience
B) Bus Driver
Requirements:-
  • Candidate must possess at least a Primary/Secondary School/SPM/"O" Level, any field
  • Driving Licence E
  • Required language(s): Bahasa Malaysia, English
  • At least 1 year(s) of working experience in the related field is required for this position
C) General Worker
Requiments:-
  • Must be independantly self motivated, trustworthy, able to create and manage their own workload
  • Enthusiastic, hard working, well-organised and able to prioritise
  • Able to meet deadlines – self-starter.
  • Able to work with others, and willing to contribute to team

PPKS MIRI

ADMINISTRATIVE POSITIONS
A) Admin & HR Executive
Requiments:-
  • Degree or Diploma in Administration Management / Human Resource Development or any related discipline.
  • Minimum 3-4 years working experience in related field.
  • A good understanding of the latest / best HR practices will be an added advantage.
  • Excellent command of spoken and written English and Bahasa Malaysia.
  • Excellent facilitation, interpersonal and communication skills.
  • Computer literate.
  • Self motivated, highly responsible and hard working.
  • A team player.

PPKS MUKAH

TECHNICAL & VOCATIONAL TRAINING POSITIONS
A) Instructor (MUKAH)
i) Electrical
Requirements:-
  • At least 21 years old
  • Possess SKM Level 3/ DKM In Electrical
  • Possess PP&PPD induction course certificate
  • Possess Vocational Training Officer certificate (VTO)
Added Advantages:-
  • At least 1 - 2 years of working experience in the related field.
  • Excellent communication and presentation skills.
  • Good interpersonal skills, analytical and leadership skills.
  • Interest and experience in curriculum development issues as well as student support and performance issues
B) Pegawai Penilai (MUKAH)
i) Mechatronic
ii) Motorcycle Mechanic
iii) Plantation
Requirements:-
  • At least 21 years old
  • Possess SKM Level 3/ DKM In related fields
  • Possess PP&PPD induction course certificate
  • Possess Vocational Training Officer certificate (VTO)
Added Advantages:-
  • At least 1 - 2 years of working experience in the related field.
  • Excellent communication and presentation skills.
  • Good interpersonal skills, analytical and leadership skills.
  • Interest and experience in curriculum development issues as well as student support and performance issues
C) Pegawai Pengesahan (MUKAH)
i) Mechatronic
ii) Motorcycle Mechanic
iii) Plantation
Requirements:-
  • At least 21 years old
  • Possess SKM Level 3/ DKM In related fields
  • Possess PP&PPD induction course certificate
  • Possess Vocational Training Officer certificate (VTO)
Added Advantages:-
  • At least 1 - 2 years of working experience in the related field.
  • Excellent communication and presentation skills.
  • Good interpersonal skills, analytical and leadership skills.
  • Interest and experience in curriculum development issues as well as student support and performance issues
Download Job Application Form ]

Those interested are invited to apply with a comprehensive cover letter & resume stating education history/qualifications/ employment history/experience together with your current & expected salary and recent passport-size photograph(n.r), to:
for PPKS Kuching,
Executive Director/ Chief Executive Officer
PUSAT PEMBANGUNAN KEMAHIRAN SARAWAK
Jalan Canna Off Jalan Wan Alwi, Tabuan Jaya
93350 Kuching
(Attn: Human Resource Unit)
Tel : +6082-364198 ext 207 Fax : +6082-364197 Email: hresource@ppks.edu.my
for PPKS Miri,
Pengarah Wilayah
Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak Lutong
Block 1 MCLD, Jalan Shell, Lutong
98000 Miri
Tel : +6085-622184 / 622194 Fax : +6085-622164 Email: ppkslutong@ppks.edu.my
for PPKS Mukah,
Pengarah Wilayah
Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak Mukah
Lot 21, Mukah Light Industrial Estate
96400 MUKAH
Tel : 084-872198 Faks : 084-873198 Email: ppksmukah@ppks.edu.my
Closing Date : 28th February 2014

Siasatan PPD Batang Padang: Loceng Hanya Diselit di Butang Baju

$
0
0

  • Siasatan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Batang Padang, mendapati loceng yang digunakan untuk mendenda dua murid tahun empat di Sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) Khai Meng di Sungkai, Perak "hanya diselit di butang baju sekolah, bukan diikat dileher".

    Pengarah Pendidikan negeri Muhamat Roli Hassan berkata selain menyelit loceng pada butang baju, guru bahasa Inggeris itu mendenda dengan merotan dua kali dan mengeluarkan kata-kata tidak sesuai kepada murid berkenaan, lapor Mingguan Malaysia hari ini.

    "Siasatan PPD Batang Padang juga mendapati denda berkenaan bertujuan memberi amaran kepada muridnya supaya menyelesaikan kerja rumah.

    "Bagaimanapun, denda itu dilihat tidak sesuai dan PPD Batang Padang meminta SJKC Khai Meng mengeluarkan surat amaran pentadbiran kepada guru terbabit," katanya seperti dilaporkan akhbar itu.

    Muhamat Roli berkata guru itu juga memaklumkan denda itu bertujuan memberi pengajaran kepada kedua-dua murid tersebut sekaligus menafikan denda itu berunsut perkauman.

    Dilaporkan dua murid Muhammad Nasvinder Muhammad Amit dan Mohd Izat Iqbal didenda dengan didakwa diberi rumput dan digantung loceng di leher kerana gagal menyiapkan kerja rumah bagi mata pelajaran bahasa Inggeris.

    Kejadian yang berlaku pada Khamis lalu yang mana guru lelaki berusia 26 tahun didakwa menggelarkan mereka "lembu". Mereka antara empat murid yang didenda. Dua lagi pelajar tidak dihukum kerana mempunyai masalah kesihatan.

    Selain dirotan sebanyak dua kali, Nasvinder dan Mohd Izat diarah memakai loceng sejak jam 9 pagi hingga tamat waktu persekolahan pada jam 1.30 petang dan berdepan dengan ejekan "lembu" oleh rakan sekelas dan guru mereka.

    Hal demikian telah mencetuskan kemarahan bagi keluarga kedua-dua murid berkenaan dan mereka telah membuat laporan polis ekoran insiden itu.

    Sementara itu, Berita Minggu hari ini memetik Ketua Polis Daerah Tapah Superintendan Som Sak Din Keliaw sebagai berkata guru bahasa Inggeris itu baru dua tahun mengajar di sekolah itu.

    Menurutnya, guru tersebut mengaku melakukan perbuatan terbabit tetapi menafikan memberi murid memakan rumput.

Ditukarkan Ke Sekolah Lain, Hukuman Guru BI SJKC Terhadap Murid Tidak Wajar

$
0
0

KUALA LUMPUR 26 Jan. - Guru lelaki Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khai Meng, Sungkai yang bertindak melampau dengan menggantung loceng dan memaksa dua murid memakan rumput telah ditukarkan ke sekolah lain.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Khair Mohamad Yusof berkata, keputusan itu dibuat setelah meneliti hasil siasatan Jabatan Pendidikan Perak yang mendapati adalah tidak wajar guru berkenaan mendenda murid sedemikian rupa yang boleh dianggap keterlaluan.

“Tindakan guru berkenaan juga didapati telah memberikan imej yang kurang baik kepada Kementerian Pendidikan dan sehubungan itu kementerian telah bersetuju untuk mengenakan tindakan menukarkan guru tersebut ke sekolah lain," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Dalam insiden Khamis lalu, guru berusia 26 tahun itu menggantung loceng dan memaksa dua murid Tahun Empat iaitu Muhammad Nasvinder Muhammad Amit dan Mohd. Izat Iqbal Mohd. Harith memakan rumput kerana gagal menyiapkan kerja sekolah. 

- Utusan Malaysia 

Bukan Hanya Dipindahkan, KJ Gesa SPP Ambil Tindakan Tegas Buang Guru Daripada Perkhidmatan

$
0
0
SHAH ALAM - Susulan insiden seorang guru yang memaksa dua murid makan rumput selepas gagal menyiapkan tugasan, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin hari ini menggesa Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) mengambil tindakan tegas dan drastik terhadap tenaga pengajar tersebut.

Menurutnya, tindakan menukar tempat perkhidmatan guru itu tidak mencukupi sebaliknya perlu dibuang daripada perkhidmatan tersebut mengikut tatacara yang terdapat dalam suruhanjaya itu.

"Saya minta SPP mengambil tindakan tegas terhadap guru itu, bukan hanya dengan pindahkan guru tersebut, ia tak cukup, sebab ramai orang di luar sana marah dengan tindakan guru itu.

"SPP perlu menggunakan tatacara yang ada termasuk membuang guru tersebut daripada perkhidmatannya," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Minggu lalu, guru berkenaan bertindak menggantung loceng di leher Muhammad Nasvinder Muhammad Amit dan Mohd. Izat Iqbal Mohd. Harith masing-masing 10 tahun dan memaksa mereka makan rumput selepas gagal menyiapkan tugasan mata pelajaran Bahasa Inggeris.

Semalam, media melaporkan guru yang mengajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khai Meng dekat Sungkai, Perak telah ditukar ke sekolah lain dan turut diberi surat amaran yang atas tindakan keterlaluannya.

- Sinar Harian 

Jawatan Kosong Pensyarah Sambilan Harian Gred DH41 di Kolej Komuniti Miri

$
0
0

Sila hantarkan permohonan bersama resume salinan sijil-sijil berkaitan yang disahkan beserta dengan gambar berukuran passport yang tidak dikembalikan dalam sampul surat yang bertanda “Jawatan Kosong” kepada:

Pengarah
Kolej Komuniti Miri
Lot 5600 Jalan Permyjaya Utama
Pusat Bandar Permyjaya
98000 Miri
Sarawak

Tel : 085 - 653545

Tarikh tutup: 7 Febuari 2014

Jawatan Kosong Pembantu Tadbir di Kolej Komuniti Miri

$
0
0

Sila hantarkan permohonan bersama resume salinan sijil-sijil berkaitan yang disahkan beserta dengan gambar berukuran passport yang tidak dikembalikan dalam sampul surat yang bertanda “Jawatan Kosong” kepada:

Pengarah
Kolej Komuniti Miri
Lot 5600 Jalan Permyjaya Utama
Pusat Bandar Permyjaya
98000 Miri
Sarawak

Tel : 085 - 653545

Tarikh tutup: 7 Febuari 2014

Murid Dituduh Mencuri Duit Guru Disiasat Secara Ganas

$
0
0
BALQIS menunjukkan baju sekolah yang koyak ditarik cikgu.
Kajang: Tidak cukup digelar pencuri, seorang murid tahun lima sebuah sekolah rendah di Bangi dekat sini, mendakwa diheret guru disiplin lelaki hingga koyak baju selain dikurung beberapa minit dalam stor sekolah selain cuba dipukul dengan penyapu.
Mangsa yang dikenali sebagai Balqis, 11, berkata, dia diperlakukan demikian oleh guru berkenaan dalam usaha memaksanya membuat pengakuan palsu kononnya dia bertanggungjawab mencuri wang tunai RM290 milik seorang guru di sekolah itu.

Menurutnya, walaupun kejadian itu sudah berlaku lima bulan lalu, namun hingga kini dia masih digelar pencuri di sekolahnya, malah turut dilucutkan jawatan sebagai pengawas Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) sejak kejadian itu.
“Pada hari kejadian 23 Ogos tahun lalu, saya bersama 12 rakan sekelas yang semuanya perempuan diminta membersihkan makmal sains sehari sebelum cuti sekolah dan selepas mengemas, kami terus pulang ke rumah.

“Bagaimanapun, selepas pulang daripada cuti sekolah, kami semua dipanggil untuk disoal siasat mengenai wang milik seorang guru yang mengajar subjek Kajian Tempatan sebanyak RM290 dikatakan hilang dan ketika itu, rakan sekelas mengaku mengambil wang itu, tetapi dia turut membabitkan nama saya,” katanya ketika ditemui, semalam.

Menurutnya, apabila dia menafikan terbabit dengan kecurian itu, gurunya tidak mempercayai pengakuannya sebelum menuduh dia mencuri wang berkenaan dan bukan rakan sekelasnya yang mengaku berbuat demikian.

“Saya disoal siasat tiga hari oleh beberapa guru dan pada hari kedua, saya duduk di foyer sekolah dan ketika itu, guru disiplin berjalan ke arah saya dan menuduh saya mengambil wang itu dan apabila saya enggan mengaku, dia menjerit ke arah saya sebelum menarik dan mengheret saya dari foyer ke keretanya kononnya mahu membawa saya ke balai polis.

“Saya cuba menahan, tetapi tidak berdaya dan ketika itu guru itu menarik tangan saya dengan kuat hingga lengan baju terkoyak sambil dia memegang sejadah pula untuk menarik saya,” katanya.
Katanya, guru disiplin itu memaksanya mengaku termasuk menyatakan jika tidak mahu mengaku, dia akan dipukul dengan penyapu manakala hari seterusnya, seorang guru wanita mengheret dan mengurungnya dalam stor sekolah kerana enggan memberitahu tempat wang yang dicuri itu disimpan.
“Sejak kejadian itu, saya malu untuk ke sekolah dan rakan turut menjauhkan diri daripada saya kerana menyangkakan saya adalah pencuri. Saya tidak bersalah, tetapi diperlakukan begini,” katanya.

Sementara itu, ibu Balqis, Zalina Zakaria, 30, berkata, dia dan suaminya dipanggil ke sekolah selepas dua minggu anaknya disoal siasat dengan ganas.

“Dalam pertemuan dengan guru kaunseling, dia hanya memaklumkan anak saya mencuri wang dan tidak menyatakan dia dipukul, diheret, malah dikurung dalam stor sekolah.

“Apabila saya meminta untuk bercakap dengan rakan anak yang mengaku mencuri itu, guru berkenaan enggan memberi kebenaran dan seolah-olah mahu melindungi murid berkenaan,” katanya.

Menurutnya, dia kecewa dengan tindakan pihak sekolah yang menyiasat murid dengan ganas dan selepas mendapat tahu mengenai kejadian itu, dia kemudian pergi semula ke sekolah.
“Apabila saya menyoal tindakan guru disiplin yang mengheret dan memukul anak saya, guru itu dengan selamba menyatakan itu adalah cara soal siasat polis.


“Sejak kejadian itu, anak sulung saya tidak lalu makan, malah bertindak agresif hingga saya terpaksa membawanya berjumpa pakar psikiatri di Hospital Serdang sebanyak dua kali,” katanya.

Katanya, dia sudah membuat dua laporan polis dan kes itu juga sudah dirujuk kepada Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat, namun hingga sekarang tiada tindakan.

- hMetro

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/29

Permohonan Kemasukan Sesi Akademik 1 2014/2015 UiTM

$
0
0

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon BUMIPUTERA WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan untuk mengikuti Program di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

1. Pemohon dikehendaki melayari http://online.uitm.edu.my/ bermula 13 Januari 2014 (Isnin).
2. Pemohon dinasihat menyemak syarat kelayakan program yang ingin dimohon di http://esyarat.uitm.edu.my/ atau
 di http://www.selangkah.uitm.edu.my/semak-syarat-kelayakan.cfm
3. Pemohon dikehendaki membeli No. Slip melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 13 Januari 2014 (Isnin) hingga 31 Mac 2014 (Isnin) dengan menggunakan nombor 
 kad pengenalan pemohon (bukan wakil) melalui cawangan BSN/Mesin ATM/MyBSN/SMS Banking.
 (no. Slip yang dibeli sebelum 13 Januari 2014 (Isnin) adalah TIDAK SAH untuk permohonan ini). 
4. Sila nyatakan Peringkat Program (PENERAPAN / PROFESIONAL / PLK) seperti jadual di bawah semasa pembelian no. Slip di BSN. 
5. Sila pastikan peringkat program yang betul pada slip yang dibeli sebelum meninggalkan kaunter. Sebarang kesilapan pembelian no. Slip, TIADA pemulangan bayaran.

SYARAT KEMASUKAN KE UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA:
● Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun pada tarikh tutup permohonan
● Bumiputera Warganegara Malaysia
● Memenuhi syarat kelayakan minima bagi setiap program dipohon
● Tidak pernah disabitkan atas sebarang kesalahan jenayah atau bukan dalam proses menunggu prosiding jenayah terhadapnya
● Pelajar-pelajar yang sedang belajar dimana-mana IPT TIDAK DIBENARKAN memohon kecuali pelajar UiTM.

Guru SMK Kidurong Sempat Mengajar Sebelum Meninggal

$
0
0
BINTULU, Rabu — Seorang guru lelaki yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kidurong di sini meninggal dunia akibat serangan sakit jantung pagi tadi. Mangsa Dadoi Iregai, 46, berbangsa Bidayuh dan berasal dari Kota Padawan, Kuching.

Mangsa dikejarkan ke hospital setelah jatuh pengsan di sekolah dan meninggal di Unit Kecemasan, Hospital Bintulu kira-kira jam 8.40 pagi tadi. Isteri mangsa, Lambon Medin berkata, suaminya kelihatan sihat semasa turun mengajar ke sekolah seperti biasa. "Semasa turun ke sekolah awal pagi tadi, saya sempat nasihat suami saya untuk mengambil cuti rehat sebab suami saya mempunyai masalah sakit jantung.

"Namun, teguran saya tidak dipedulikan, malah beliau memberi banyak alasan," kata Lambon semasa ditemui pemberita di Bilik Mayat, Hospital Bintulu di sini hari ini. Selain itu, arwah juga meninggalkan tiga orang anak yang berusia 13 tahun, 9 tahun dan 5 tahun.

Menurut Izuandy Yassin, iaitu salah seorang teman sekerja dan rapat arwah berkata mangsa seorang yang sangat aktif dan banyak berjasa kepada pihak sekolah, Persatuan Pengakap Kelana Malaysia Cawangan Bintulu dan aktif menjalankan aktiviti kebajikan bersama badan-badan bukan kerajaan di sekitar daerah ini. "Saya selaku mewakili Persatuan Pengakap Kelana Malaysia Cawangan Bintulu, ingin melafazkan ucapan takziah kepada ahli keluarga.

"Arwah merupakan Pesuruhjaya Unit Latihan Persatuan Pengakap Kelana Malaysia Cawangan Bintulu dan merupakan seorang yang sangat aktif dan berbudi bahasa," jelas Izuandy yang juga merupakan Penolong Pesuruhjaya Pengakap Kelana Malaysia Cawangan Bintulu. Katanya, Dadoi juga memegang jawatan penting dalam Kesatuan Guru-guru Sarawak (STU) Bintulu iaitu sebagai setiausaha agung.

Dalam pada itu, Pengerusi STU Bintulu, Soo Siew Huong turut memberitahu beliau benar-benar rasa kehilangan seorang setiausaha yang rajin dan baik hati sejak berkhidmat dari tahun 2011 sehingga sekarang.

Seluruh warga pendidik SMK Kidurong, Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu dan semua pelajar mengucapkan takziah atas pemergian seorang guru yang sangat disayangi serta berjasa kepada pihak sekolah. Mayat mangsa telah dikeluarkan dari Hospital Bintulu dan dibawa ke rumah kediaman mereka di Taman Putra Jaya, Batu 5, Jalan Bintulu-Miri.

Turut bersama melawat arwah mangsa di Bilik Mayat, Hospital Bintulu ialah Ketua Unit Pembangunan, Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu, Fred Entau, Ketua Zon Jabatan Bomba dan Penyelamat Bintulu, Gregory Kurung Suwen, Pengetua SMK Kidurong Then Chew Nyiew, warga pendidik SMK Kidurong, pelajar-pelajar dan ahli keluarga.

- Utusan Sarawak
Viewing all 517 articles
Browse latest View live