Quantcast
Channel: Pengajar 4.0
Viewing all 517 articles
Browse latest View live

Kursus Pemasangan Perancah Tahap 1 & 100% Jaminan Pekerjaan

$
0
0
Salam Sejahtera,
IKM Bintulu bekerjasama dengan SR Scaffold Resources akan menganjurkan kursus jangka pendek Pemasangan Perancah Tahap 1. Kepada semua belia Bumiputera berumur 18-28 tahun yang berminat mendapatkan sijil kopetensi ini serta peluang pekerjaan dalam bidang oil & gas digalakkan untuk memohon. Maklumat kursus adalah seperti berikut:
Kursus : Pemasangan Perancah Tahap 1 (Scaffolding Level 1)
Tempoh kursus : 30 Hari
Bermula Ogos 2017
Yuran Kursus : Skim Biasiswa Pinjaman Teknikal.
Makan, minum serta tempat tinggal beserta elaun disediakan semasa kursus berjalan.
Tempat Kursus : IKM Bintulu, Sarawak & ADTEC Kemaman, Terengganu. 
[JAMINAN PEKERJAAN]
Pelatih akan mendapat sijil-sijil seperti berikut :-
i. Kad OGSP
ii. Kad CIDB
iii. Sijil JKKP ( DOSH)
iv. Sijil kehadiran kursus daripada SR Scaffold Resources.
https://www.facebook.com/images/emoji.php/v9/f25/1.5/16/27a1.png Untuk permohonan hantarkan:
[Nama Penuh] [No IC] [Email] dan WHATSAPP kan kepada:
>> 0112 681 2093 (Encik Zainul)
Tempat adalah TERHAD kepada 64 pelatih sahaja!
[Boleh SHARE agar info ini sampai kepada mereka yg memerlukan. TERIMA KASIH]

Academic Vacancy of Language Teacher at UNIMAS

$
0
0

Universiti Malaysia Sarawak invites qualified and dynamic individuals with an explorative spirit to join its academic team. Applicants are invited to fill the vacancy of LANGUAGE TEACHER as contract staff:
Fields Required
- Korean Language
- English Language
- Iban Language
- Malay Language
Application Period: 24th July 2017 - 4th August 2017
Please refer to the attachment below for further information.
Attachment(s):

Jawatan Kosong di Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu, Sabah

$
0
0


Peluang Kerjaya Bersama MARA
Jawatan Kosong
1. Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV29 - Automotif (1 Kekosongan)
2. Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV29 - Bangunan (1 Kekosongan)
3. Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV29 - Baikpulih Badan Kenderaan (2 Kekosongan)
4. Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV29 - Penyamanan Udara & Penyejukan (1 Kekosongan)

Tempat kekosongan: Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu, Sabah
Cara Memohon
Menulis surat permohonan beserta resume penuh dengan salinan dokumen-dokumen yang berkaitan dengan jawatan yang ditawarkan dan telah DISAHKAN.
Sila hantar permohonan sebelum 11 OGOS 2017 di alamatkan seperti di bawah:
Pengarah,
Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu,
No. 3 (Lot 5), Malawa Zone,
Jalan 2 KKIP Selatan 2,
Kota Kinabalu Industrial Park,
88460 Kota Kinabalu, Sabah.

Hidup Berubah, Dulu Gaji RM800 Kini RM5000 Setelah Ikuti SKM

$
0
0
KLUANG: Seorang pemuda Orang Asli membuat keputusan tepat apabila bertukar kerjaya daripada tukang masak kepada kakitangan di syarikat minyak dan gas apabila memperoleh pendapatan lebih RM5,000 sebulan.
Muhd Aidil Arshad, 24, Orang Asli Suku Semai dari Kampung Chendriang, Tapah, Perak sudah dua tahun bertugas di sebuah syarikat penyediaan perkhidmatan minyak dan gas di Pengerang, Kota Tinggi.
Beliau berkata, kehidupannya berubah selepas mengikuti Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) anjuran Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).  
"Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), selama empat tahun saya bekerja sebagai pembantu dapur dan tukang masak dengan gaji asas RM800.
"Namun pada 2016, saya mengikuti Jelajah PLKK di Perak dan tertarik mengikuti Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam bidang gas dan minyak yang ditawarkan sebuah syarikat gas dan minyak di Seremban selama tiga bulan sebelum diserap sebagai kakitangan mereka selepas itu.
"Alhamdulillah, selepas hanya bekerja selama enam bulan, saya mendapat tawaran bekerja dengan sebuah syarikat penyediaan perkhidmatan minyak dan gas di Pengerang, Kota Tinggi pula dengan gaji asas RM5,000 sekali gus ia berjaya mengubah kehidupan saya," katanya.
Beliau yang juga salah seorang Ikon PLKK Orang Asli berkata demikian selepas perasmian Jelajah PLKK 2017 Peringkat Johor, di Pusat Latihan JAKOA, di sini, hari ini.
Terdahulu, program itu dirasmikan Senator Orang Asli, Datuk Isa Ab Hamid.
Muhd Aidil berkata, beliau bersyukur kerana program kemahiran bagi meningkatkan taraf hidup generasi muda Orang Asli di negara ini amat bermanfaat kepada golongan belia sepertinya.
"Pada mulanya, saya pun agak ragu-ragu mengikuti PLKK kerana sudah bekerja serta tidak yakin mampu belajar lagi selepas hanya mencatat keputusan cukup makan dalam SPM.
"Namun PLKK hanya menumpukan tiga bulan untuk mendapatkan SKM sebelum enam bulan secara praktikal dan diserap bekerja menjadikan ia lebih mudah buat saya," katanya.
Sumber : Berita Harian

Jawatan Kosong di Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani

Permohonan Diploma Lanjutan Pengajar Vokasional (DLPV) & Sijil Pengajar Vokasional (VTO) Sesi Januari 2018

$
0
0

  • Permohonan kemasukan Kursus VTO di Kampus CIAST & Kampus Satelit CIAST boleh dipohon DI SINI
  • Sila dapatkan maklumat kemasukan di pautan berikut :
  • Makluman Penting:
    • Tarikh Buka Permohonan : 31 Julai 2017 (Isnin)
    • Tarikh Tutup Permohonan :  25 September 2017 (Isnin)   
    • Semakan panggilan temuduga boleh disemak melalui laman web www.ciast.gov.my mulai 6 Oktober 2017 (Jumaat).  
    • Tarikh temuduga : 23 Oktober 2017 (Isnin) hingga 27 Oktober 2017 (Jumaat).  
    • Semakan keputusan tawaran kemasukan melalui laman web www.ciast.gov.my mulai 8 Disember 2017 (Jumaat).  
    • * Sebarang perubahan tarikh akan dimaklumkan melalui portal CIAST. 

Permohonan Ke Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sesi 2 2017/2018

$
0
0

SALAM 1UiTM...
Tidak berjaya kemasukan ke Sesi 1???
Masih di rumah???
Termenung???
Tidak mampu ke tawaran lain-lain???

JANGAN BERDUKA & KECEWA...
KERANA KAMI MENAWARKAN...
SESI 2 2017/2018 - UiTM

Layari Laman Web...
pengambilan.uitm.edu.my

Iklan Permohonan ke UiTM Sesi 2 Lepasan SPM/Setaraf 
(Kemasukn Nov 2017)

Prog2 Ditawarkn;
- Asasi (1 Prog)
- Diploma (65 Prog)
- Sarjana Muda (1 Prog)

- DILANJUTKAN dari 3 Julai - 14 Ogos 2017
- No PIN - Bank Simpanan Nasional (RM10.06 termasuk GST)
- Permohonan secara Online di online.uitm.edu.my
- Semak syarat secara Online di selangkah.uitm.edu.my
- Tarikh2 Penting;
i) 3 Jul - 14 Ogos 2017 ~ Iklan
ii) 20 Sep 2017 ~ Hebahan Pggln Temuduga
iii) 30 Sep - 1 Okt 2017 ~ Temuduga
(bg prog2 yg berkaitan)
iv) 30 Okt 2017 ~ HEBAHAN KEPUTUSAN
v) 30 Okt - 10 Nov 2017 ~ Aplikasi e-Rayuan dibuka
vi) 26 Nov 2017 ~ Pendaftaran Kolej
vii) 4 Dis 2017 ~ KULIAH BERMULA
viii) 13 Dis 2017 ~ HEBAHAN KEPUTUSAN RAYUAN
ix) 18 Dis 2017 - Pendaftaran Jaya Rayuan
x) BELAJAR SEHINGGA TAMAT & BERJAYA.....Aamiin.....

UiTM
Usaha...Taqwa...Mulia

Sebarang Pertanyaan, Hubungi;
Unit Diploma/Asasi: 03-5544 3194/3196/8067

Sekian, Terima Kasih...

Jawatan Kosong Penerbit Rancangan Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM)

$
0
0

Penerbit Rancangan

  • Gred: B19, B21, B25, B29/B30, B31, B37, B41, B43, B47, B51 , B53
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan dan Profesional, Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
  • Jadual Gaji

SYARAT LANTIKAN :
1.Calon bagi lantikan hendaklah mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta memiliki kelayakan seperti berikut:
(a)warganegara Malaysia;
(b)
berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED B19
(c)
(i)
mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang perfileman dan/atau penerbitan rancangan radio atau televisyen termasuk pementasan, teater, drama, hiburan, ehwal semasa dan lain-lain serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,360.00); atau
(ii)
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,360.00); atau
(iii)
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,418.12); atau
(iv)
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,476.24).
KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED B29
(d)
(i)
mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang perfileman dan/atau penerbitan rancangan radio atau televisyen termasuk pementasan, teater, drama, hiburan, ehwal semasa dan lain-lain serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B29: RM1,499.00); atau
(ii)
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B29: RM1,499.00); atau
(iii)
Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B29: RM1,499.00); atau
(iv)
diploma dalam bidang animasi, komunikasi massa, multimedia, pengajian media, grafik komunikasi, fotografi, penyiaran atau perfileman atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B29: RM1,777.78).
KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED B41
(e)
(i)mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang perfileman dan/atau penerbitan rancangan radio atau televisyen termasuk pementasan, teater, drama, hiburan, ehwal semasa dan lain-lain.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B41: RM2,095.00); atau
(ii)
ijazah sarjana muda dalam bidang animasi, komunikasi massa, multimedia, pengajian media, grafik komunikasi, fotografi, penyiaran atau perfileman atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B41: RM2,302.30); atau
(iii)
ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang animasi, komunikasi massa, multimedia, pengajian media, grafik komunikasi, fotografi, penyiaran atau perfileman atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B41: RM2,302.30).
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
2.Calon yang memiliki kelayakan di perenggan 1(c)(ii),1(c)(iii), 1(c)(iv),1(d)(ii),1(d)(iii),1(d)(iv) atau 1(e)(ii),1(e)(iii) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
SYARAT LANTIKAN TERUS KE JAWATAN PENERBIT RANCANGAN GRED B21 ATAU B25
3.Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan bagi lantikan terus ke jawatan Penerbit Rancangan Gred B21 atau B25 yang kosong jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut
(a)memenuhi syarat lantikan seperti di perenggan 1(c) dan 2; dan
(b)
(i)memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang berkaitan; dan/atau
(ii)
memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
(Gaji permulaan lantikan pada Gred B21: RM2,047.00 /
Gaji permulaan lantikan pada Gred B25: RM2,597.00).
SYARAT LANTIKAN TERUS KE JAWATAN PENERBIT RANCANGAN GRED B31 ATAU B37
4.Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan bagi lantikan terus ke jawatan Penerbit Rancangan Gred B31 atau B37 yang kosong jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
(a)memenuhi syarat lantikan seperti di perenggan 1(d) dan 2; dan
(b)
(i)memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang berkaitan; dan/atau
(ii)
memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
(Gaji permulaan lantikan pada Gred B31: RM2,851.00/
Gaji permulaan lantikan pada Gred B37: RM3,565.00).
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN
5.Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Jurufotografi Gred B29/30, B31/32, B37/38 atau B39/40 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penerbit Rancangan Gred B41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
(a)mempunyai kelayakan di perenggan 1(e); dan
(b)had umur pelantikan:
(i)berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
(ii)
berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
(iii)
berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
SYARAT LANTIKAN TERUS KE JAWATAN PENERBIT RANCANGAN GRED B43, B47, B51, B53
6.Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan bagi lantikan terus ke jawatan Penerbit Rancangan Gred B43, B47, B51 atau B53 yang kosong jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
(a)memenuhi syarat lantikan seperti di perenggan 1(e) dan 2; dan
(b)
(i)memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang berkaitan; dan/atau
(ii)
memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
(Gaji permulaan lantikan pada Gred B43: RM3,600.00/
Gaji permulaan lantikan pada Gred B47: RM5,162.00/
Gaji permulaan lantikan pada Gred B51: RM5,797.00/
Gaji permulaan lantikan pada Gred B53: RM6,124.00).
SYARAT UJIAN KHAS
Calon lantikan adalah dikehendaki lulus Ujian Khas bagi menentukan kesesuaian mutu dan tahap bakat, kebolehan dan daya kreativiti dalam bidang perfileman dan/atau penerbitan rancangan radio atau televisyen termasuk pementasan, teater, drama, hiburan, ehwal semasa dan lain-lain sebelum lantikan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan.
DESKRIPSI TUGAS :
Bertanggungjawab dan mempunyai kemampuan berkomunikasi dengan jelas dan lancar, menerbit rancangan kategori berat dalam bentuk rencana, dokumentari, majalah dan hiburan. Berkebolehan menguasai Bahasa Malaysia dan berkemampuan membuat analisis perkembangan semasa tanah air dalam bidang ekonomi, politik, sosial dan juga antarabangsa.


Tawaran Ke Ijazah Sarjana Muda UTHM Sesi September 2017

$
0
0

*Tawaran kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda di Jabatan Teknologi Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Teknologi Kejuruteraan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) kampus Pagoh* bagi sesi kemasukan September 2017 (bagi yang terlepas untuk mengisi UPU online tempoh hari)
_Program yang ditawarkan:_
1) Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Tekstil Industri) dengan Kepujian
2) Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Pembungkusan Industri) dengan Kepujian
3) Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Loji) dengan Kepujian

_Syarat kemasukan:_
*STPM*
Lulus STPM dengan sekurang-kurangnya:
- gred C (NGMP 2.00) dalam Matematik dan Fizik ATAU Matematik dan Kimia/Biologi
- MUET band 2

*Matrikulasi*
- Gred 2.00 dalam Matematik dan Fizik/Pengajian Kej. Mekanikal ATAU Matematik dan Kimia/Biologi
- MUET band 2

*Diploma Kejuruteraan/Teknologi*
- CPA/PNGK 2.5 ATAU Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)/Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) dalam Kej. Mekanikal/Teknologi dengan CPA/PNGK 3.00 / Gred B / >80% markah
- MUET band 2

_Sekiranya syarat kemasukan dipenuhi, dokumen berikut perlu disediakan:_
1) Borang permohonan manual - rujuk http://bit.ly/2vo8KHN
2) Salinan sijil SPM
3) Salinan keputusan MUET
4) Salinan IC calon
5) Salinan IC ibu dan bapa
6) Salinan sijil kelahiran (surat beranak) calon
7) Sijil kelahiran ibu dan bapa
8) Salinan surat berhenti sekolah
9) Salinan keputusan STPM/Matrikulasi/Diploma lengkap semua semester @ Transkrip peperiksaan

_Emailkan scan doc/softcopy (format pdf atau jpeg) ke:_
sitihana@uthm.edu.my

*Kesemua program ini mendapat pengiktirafan akreditasi MQA dan ETAC BEM.*
_Maklumat lanjut boleh hubungi:_
Dr Azrin: 019-7786049 (Program Tekstil Industri)
En. Md Zin: 019-7424623 / Dr Yong: 016-4156414 (Program Pembungkusan Industri)
Dr Hezri: 012-6986004 (Program Loji)

*Tarikh tutup permohonan: 21 Ogos 2017*

Kursus Aerospace Composites Manufacturing Sesi September 2017

$
0
0
Peluang mengikuti kursus Aerospace Composites Manufacturing (ACM) SKM Tahap 2 kepada semua yang berminat serta memenuhi syarat yang telah ditetapkan.
Rebutlah peluang ini dengan segera.
Peluang Pekerjaan Dijamin sebagai Juruteknik Aeroangkasa di CTRM Malaysia.
Your career starts here and possibility to move further in advance courses in Aerospace Manufacturing is waiting for you! Local and abroad.

Mekar Anak Sunggau Peroleh RM10K Sebulan Sertai Program Yayasan Peneraju

$
0
0

“Agi idup agi ngelaban!” slogan dalam Bahasa Iban yang begitu popular membawa maksud 'Pantang Menyerah Selagi Hidup' 

Mekar Anak Sunggau, 27, merupakan anak Iban dari Sarawak. 

Lebih cenderung ke arah pendidikan vokasional, sejak berumur 19 tahun, Mekar bekerja di tapak pembinaan bermula sebagai sebagai seorang pembina perancah (scaffolder). Di situ Mekar didedahkan dengan pelbagai pekerjaan dan yang menarik minatnya adalah welding. Berdasarkan minat tu, Mekar mula mengumpul duit untuk mengambil sijil asas kimpalan. Dari situ, Mekar bermula dengan projek-projek kecilan yang membawanya ke seluruh Malaysia.

Mekar dapat tau pasal program ni melalui Facebook. Yang menarik perhatiannya adalah pensijilan Llyod’s Register. Dan yang LAGI menarik perhatiannya adalah jaminan pekerjaan! Zas! Terus Mekar apply. Dari situ, projek-projek yang ditawarkan kepada Mekar mula membawanya luar negara. Terrer kan?

Bila ditanya, “If you could turn back time, what would you say to your 17 year old self?”.

Jawabnya “Cubalah benda yang baru dan pastikan apa yang kita buat, ada hasilnya!”.

Info lanjut >> Yayasan Peneraju

Bidayuh Girl Inspires With Her Success Story Blazing A Trail In A Male-Dominated Field

$
0
0
When looking at this woman, it might seem as though she is just like any other Malaysian, but alas, there is actually an amazing story that lies behind her eyes.
Who would have thought Ayesha Asri, a 28-year-old Bidayuh woman from Kampung Pelaman Dunuk Padawan has a career far different from the norm!
Clocking in as a heavy machinery operator, this Sarawakian beauty thrives on pursuing things that can challenge her and today, she has proven that women too are capable of working in a male-dominated field.
“In the year 2009, I studied in the Malaysian Marine Aqueduct and had received a Diploma in Nautical Science.
"After that I worked in shipping as a Cadet Deck until 2015," she said, Sarawakiana reports.
But according to her, she had to stop working afterwards when her son had a health problems that needed her full attention.
"After my son was operated and his health improved, I secretly applied for a heavy machinery license at CIDB.
"I attended a heavy machinery operation for six months and today I have started my career as a Heavy Machinery Operator (Crane) at Senari Port," she said.
Further explaining, Ayesha said it is time for women to be be brave enough to take on challenges and do not expect to get easy jobs.
Today's teens need to find opportunities to build a life and not be too sidetracked by technology, if only for fun, she added.
"Women are capable of doing anything a man can do as long as their spirit never fades and be fully disciplined," she said. 
Commenting further on her career, she credits her mother as the great driving force behind her success.
We hope Ayesha’s story would inspire all Malaysian women out there to go beyond your comfort zone and if come a day when a man tells you he is better, remember that anything he can do, you can too.
Source : Malaysian Digest 

Kursus Pendawai Elektrik Tajaan Penuh Kelas Sabtu & Ahad Sahaja!

$
0
0

TAJAAN PENUH / PERCUMA
KURSUS ELEKTRIK PENDAWAI ELEKTRIK (PW2 & PW4) UNTUK WARGA PAHANG.
Intake - 16 SEPT 2017.

Part Time - Kelas Sabtu & Ahad Sahaja
Lokasi - Pahang Skills, Kuantan, Pahang.


============================================
SIJIL DIKELUARKAN OLEH SURUHANJAYA TENAGA (ST)
============================================

YURAN DITAJA PENUH... WOOOW!!!!
✎✎TERHAD 40 ORANG SAHAJA✎✎

Pahang Skills Menawarkan Kursus HUJUNG MINGGU untuk:
"PENDAWAI ELEKTRIK PW2", 
"PENDAWAI ELEKTRIK PW4"
__________________
Tenaga Pengajar BERPENGALAMAN dalam bidang elektrik 
dan berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga (ST)
----------------------------------------------------------------------------------------

Sertai KAMI SEGERA!!! JANGAN LEPASKAN PELUANG DI DEPAN MATA.
klil link di bawah ini untuk wasap. EN. AFIZAN... 
SEGERA.....!

PM >> 6014-508 0683

**PELUANG UNTUK 40 ORANG TERAWAL SAHAJA**
**JANGAN LEPASKAN PELUANG ANDA**

Sumber : Pahang Skils Development Centre 

Diploma In Nursing Fully Sponsored by Institut Jantung Negara

Permohonan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) Sesi 2017/2018

$
0
0


IKLAN BIASISWA PINJAMAN KERAJAAN NEGERI SARAWAK (BPKNS) SESI AKADEMIK 2017/2018
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak mempelawa pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam untuk memohon Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) Sesi 2017/2018.

Syarat-Syarat Tawaran :

(i) Merupakan Warganegara Malaysia dan pemastautin tetap di Sarawak.
(ii) Sedang mengikuti pengajian bagi kursus-kursus di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di Intitusi Pengajian Tinggi Awam sahaja.
(iii) Pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam/ Badan Berkanun yang bercuti belajar dan menerima Separuh Gaji atau Bergaji Penuh adalah TIDAK LAYAK memohon.
Cara Permohonan :
(i) Semua permohonan hendaklah dikemukakan secara dalam talian (online) melalui di laman web : http://escholarship.sarawak.gov.my/psc…/maintenance/main.jsp
(ii) Permohonan secara dalam talian yang telah diisi hendaklah lengkap dan tepat seperti yang tercatat dalam dokumen dan sijil asal.
(iii) Permohonan yang tidak lengkap dan tidak tepat akan DITOLAK.
Bidang-Bidang Pengajian Tajaan :
Kejuruteraan / Teknologi Maklumat / Ekonomi dan Perniagaan / Sains dan Sains Gunaan / Undang-Undang / Pengurusan / Sains Sosial

Tempoh Permohonan :

(i) Tempoh permohonan adalah dari 13 Ogos 2017 sehingga 26 Ogos 2017.
(ii) Pemohon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi untuk temuduga. Mereka yang tidak dihubungi dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.
082-236325 / 082-236554

SL1M Graduates Employability Enhancement Scheme | PETRONAS

$
0
0

SLIM GEES Program (Sarawak)

Mun ada anak sedara or anak kawan2 kah yang unemployed (ada degree. sik kerja 6-12 bulan ) boleh apply for program under PETRONAS tok. 

Student kan dihantar training di KK, Sabah for 2 months (semua di tanggung by PETRONAS), On job training di petronas office (di SARAWAK) selama 6 bulan, allowance 1.3k - peluang utk absorb jadi permanent tinggi.

Syarat-syarat: 

1. Umur tidak melebihi 26 tahun. 
2. Unemployed selama 6-12 bulan
3. Ada degree with cgpa 3.0 above
4. Sarawakian. 

siapa2 mok apply sila hanta ngan kamek CV haritok juak (PROGRAM STARTS ON 4/9/17) sebab our education office akan finalized listing terus.
email : (1) ahmadfadhli@petronas. com.my atau
(2) sarashafrina.azaman@petronas.com.my

Kerajaan Persekutuan Perlu Pertimbang Tukar IPG Rajang & IPG Miri

$
0
0
MIRI: Kerajaan persekutuan perlu mempertimbang semula langkah menukar dua Institut
Pendidikan Guru (IPG) di negeri ini kepada Pusat Pendidikan Vokasional (PPV).

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional Sarawak, Wan Zain Syed Mohdzar berkata jika perkara itu tidak dapat dielak maka fasiliti itu perlu diserah kepada Sarawak.

“Kerajaan persekutuan sepatutnya menggunakan fasiliti lain bagi tujuan pendidikan teknikal mahupun vokasional, bukan menutup IPG Miri dan IPG Rajang,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Sebelum ini, dua IPG diumum bakal ditutup ialah IPG Rajang merupakan pakar melahirkan akademik Iban dan IPG Miri pakar dalam pendidikan Penan.

Mengulas lanjut, sama ada IPG itu ditutup atau bertukar fungsinya, maka kerajaan persekutuan perlu berunding dengan kerajaan negeri lebih lanjut.

“Hal ini kerana kita perlu tahu apa sebenarnya perancangan kerajaan persekutuan kerana kedua-dua IPG ini penting dan telah melahirkan ramai guru,” jelasnya.

Menurutnya, jika berubah fungsi kepada PPV, maka kerajaan negeri perlu mengambil alih
kepentingan dalam institusi itu demi untuk manfaat rakyat Sarawak sendiri.

“Sebagai contoh, hasrat mentransformasikan bidang pertanian di Sarawak akan lebih terancang kerana PPV ini dapat melahirkan graduan tempatan berkemahiran,” katanya.

Pada masa sama, Sarawak juga mempunyai Petroleum Sarawak (Petros) yang juga memerlukan tenaga kerja mahir tempatan dalam bidang minyak dan gas.

“Sudah pasti kita mahu setiap perubahan ini memberi manfaat kepada rakyat tempatan dan
bukannya dilakukan kerana kepentingan tertentu,” jelasnya.

Beliau bagaimanapun tetap tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan persekutuan menukar fungsi dua IPG berkenaan.

“Kita mahu nisbah 9: 1 guru di Sarawak, kerana kita masih kekurangan guru tempatan mengajar di luar bandar, jika IPG ini ditukar fungsinya, ia menjejaskan hasrat kerajaan negeri,” tegasnya.

Bagi guru, Safrina Masni berkata pertukaran fungsi IPG kepada PPV mempunyai kebaikan dan keburukannya tersendiri.

“Jika IPG ini ditutup, maka ia akan mengurangkan guru-guru terlatih tempatan kerana kemungkinan guru guru ini terpaksa mengajar di luar Sarawak,” jelasnya.

Pada masa sama, sekolahsekolah juga terpaksa mengambil guru- guru tidak mempunyai latar belakang pendidikan mengajar di sekolah mereka.

Sumber : Utusan Borneo (10 Sept 2017)

Dayak Think-Tank Group (DTTG) Tidak Bersetuju IPG Rajang Ditutup

$
0
0
KUCHING: Kumpulan Pemikir Dayak (DTTG) tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menutup Institut Pendidikan Guru (IPG) Rajang.

Pengasas DTTG Wellie Henry Majang berkata IPG Rajang merupakan kampus tunggal di Malaysia yang menawarkan pengajian program Ijazah Sarjana Muda Bahasa Iban sejak Januari 2013.

Justeru katanya, penutupan IPG ini akan membantutkan usaha kerajaan untuk melatih lebih ramai guru yang mahir dalam bahasa Iban untuk ditempatkan ke sekolah-sekolah dalam negeri ini.

“Kampus yang beroperasi sejak 1967 ini telah menjadi ikon bagi Meradong dan telah mengeluarkan ramai guru terlatih yang berkhidmat di seluruh pelosok negeri ini.

“Kampus ini juga amat diperlukan memandangkan lokasinya yang strategik dan mempunyai prasarana lengkap dengan staf yang berkemahiran.

“Sehubungan itu, kami menggesa kementerian dan jabatan yang berkenaan agar mengecualikan kampus ini daripada ditutup,” katanya.

Dalam pada itu, IPG Rajang merupakan antara sembilan daripada 27 kampus di seluruh negara yang akan ditutup termasuk IPG Miri.

Langkah ini turut tidak mendapat persetujuan daripada kerajaan negeri dan merancang untuk memperkenalkan program yang bersesuaian untuk kedua-dua kampus ini.

IPG Miri berkemungkinan besar akan dijadikan sebagai pusat Latihan Pendidikan Teknologi dan Vokasional (TVET) kerana disokong oleh pembangunan industri.

Manakala IPG Rajang masih belum ditentukan bentuk program yang akan diperkenalkan dan sebaik keputusan dicapai Ketua Menteri akan memaklumkan kepada Perdana Menteri.

Sumber : Utusan Borneo (11 Sept 2017)

Vacancies at I-Systems College Miri

Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Dilaksanakan Semula 5 Tahun Lagi

$
0
0

GEORGETOWN - Kementerian Pendidikan akan melaksanakan semula Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dalam tempoh lima tahun akan datang sekiranya berdepan masalah kekurangan guru di sekolah.

Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Chong Sin Woon berkata, KPLI itu akan dilaksanakan untuk kesemua jenis sekolah termasuk sekolah kebangsaan.


Bagaimanapun, untuk tahun lalu dan tahun ini, negara tidak berdepan masalah itu kerana jumlah guru yang ada kini mencukupi untuk memenuhi kekosongan di semua sekolah.

"Kita juga menjangkakan masalah kekurangan guru tidak akan berlaku pada tahun hadapan. Cuma sepanjang tahun, ada guru yang bersara, cuti sakit, bersalin dan sebagainya menyebabkan kekosongan, itu lumrah. Kementerian tidak boleh melatih guru terlalu ramai sebagai guru simpanan.

"Sebab itu kita buat unjuran untuk meletak guru yang diperlukan (tidak akan diisi sepenuhnya sepanjang tahun)," katanya selepas merasmikan Konvensyen Pendidikan Persatuan Kebangsaan Guru-guru Besar 2017 di sini tadi.

Sumber : Sinar Harian, 12 Okt 2017 
Viewing all 517 articles
Browse latest View live