Quantcast
Channel: Pengajar 4.0
Viewing all 517 articles
Browse latest View live

ADTEC Bintulu first intake Jan ’14

$
0
0

BINTULU: Technical training centre ADTEC Bintulu hopes to have its first intake of students in January next year with Oil and Gas Engineering Technology among seven diploma courses in engineering offered.

Its advisory panel, which is chaired by Assistant Minister of Communications and Assistant Minister of Sports Datuk Lee Kim Shin, held its inaugural meeting at its premises yesterday.

The panel, comprising experienced multi-discipline members from the public and private sectors, resolved to hasten the Ministry of Human Resource to expedite manpower resource allocation and delivery of training equipments.

Interest among locals towards ADTEC Bintulu is said to be strong.

SPM school leavers must have at least three credits in Science, Mathematics, Bahasa Malaysia, and a pass in English to apply for admission. Those from technical institutions must have SKM Level III qualification to be eligible for the relevant diploma courses.

ADTEC Bintulu is the first for the eastern region covering Sarawak, Sabah and Labuan. Sitting on a 60-acre site, it can accommodate 720 students at any one time. It offers engineering courses with dual certification: Malaysians Skills Diploma (DKM) and Diploma in Engineering (certified by Malaysian Qualification Agency).

It prides itself as the only one of the eight in the country to offer Oil and Gas Engineering Technology (Piping System and Plant Design), Computer Engineering, Electrical Engineering, Mechatronics, Refrigeration and Air-conditioning, and Welding Engineering courses.

The panel has given the January intake of students top priority attention, and had deliberated on future plans which include collaborations with industries and engineering schools of higher learning.

Lee said ADTEC Bintulu had a great future and that it was well positioned to provide opportunities for local Sarawakians to be equipped with skills to meet huge demand, particularly in SCORE.

ADTEC Bintulu director Dr Ramli Rashidi said their Diploma of Oil and Gas Technology (Pipling System & Plant Design) and Diploma in Electrical Engineering (Power & Solar) were tailored to meet demand in the state.

“ADTEC Bintulu has been chosen as Centre of Excellence for the Diploma in engineering course in oil and gas.”

Source: The Borneo Post, 22 June


Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)

$
0
0
Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon jawatan tetap secara
atas talian (online) melalui portal Jobsmalaysia di www.jobsmalaysia.gov.my.

Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi
  • Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41
  • Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH29
Anggota Kumpulan Pelaksana
  • Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred N17
  • Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17
  • Pembantu Makmal Gred C17
  • Penyelia Asrama Gred N17
  • Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N17
  • Pembantu Pengurusan Murid Gred N17.
Permohonan adalah dibuka sepanjang masa. Urusan pengambilan akan dijalankan berdasarkan maklumat kekosongan jawatan yang dikemukakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

OUM Buka Pusat Pembelajaran Baharu di Bintulu, Sarawak

$
0
0


KUCHING: Universiti Terbuka Malaysia (OUM) akan membuka sebuah lagi pusat pembelajaran baharu di Bintulu September tahun ini sekali gus menyumbang kepada penghasilan tenaga kerja mahir yang diperlukan di Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).

Naib Presiden OUM (Pengurusan Pelajar dan Pembangunan Kampus) Profesor Dr Rosli Hamir berkata, pembukaan pusat pembelajaran baharu akan memenuhi permintaan yang semakin meningkat di negeri ini.
“Buat masa ini kami mempunyai tiga pusat pembelajaran iaitu di Kuching, Sibu serta Miri dan kami sedang dalam proses untuk membuka satu lagi pusat baharu di Bintulu.

“Oleh itu, kami tidak menghadapi masalah untuk menyumbang kepada penghasilan tenaga kerja mahir yang diperlukan oleh SCORE nanti,” katanya sambil memberitahu bahawa OUM menawarkan kira-kira 60 program daripada diploma hingga doktor falsafah.

Beliau berkata demikian pada sidang media pada Majlis Makan Malam Graduasi dan Alumni OUM Sarawak di sebuah hotel di sini malam kelmarin.

Pada masa yang sama Dr Rosli memberitahu bahawa buat masa ini OUM mempunyai 35,000 pelajar di 22 pusat pembelajaran di seluruh negara.

“Kami telah melahirkan kira-kira 47,000 graduan dari peringkat diploma hingga doktor falsafah,” tambahnya.

Selain itu, beliau berkata, OUM turut mempunyai sembilan pusat pembelajaran di luar negara dan pelajarnya seramai 2,000 orang.

Menyentuh mengenai perkembangan terkini sistem pembelajaran di OUM Dr Rosli berkata, pihaknya kini menyediakan aplikasi bahan pembelajaran yang akan dilancarkan 2 Julai ini.

“Selari dengan perkembangan teknologi pada masa, kami kini ada menyediakan satu aplikasi pembelajaran khas untuk pelajar yang boleh dimuat turun ke dalam tablet mereka.

“Ini akan memudahkan mereka belajar di mana sahaja. Selain itu kami juga akan menyediakan lebih banyak bahan rujukan dan pembelajaran dalam bahasa Melayu,” ujarnya.

Hadir sama pada sidang media itu Pengurus Besar Kanan (Pendaftar) Kamariah Mohd Nor, Pengarah Pusat Pengurusan Pelajar Profesor Dr Santhi Raghavan dan Pengarah OUM Sarawak Lindsay Brangking.

Sumber: Utusan Borneo

OUM Set to Establish Centre in Bintulu, Sarawak

$
0
0

KUCHING: Open Universiti Malaysia (OUM) is set to open up another centre in Bintulu come September to cater for the needs of the numerous industries there.

Its national vice-president (Students Affairs and Campus Development) Dr Rosli Hamir said the Bintulu centre is a way for OUM to help the government meet the demand of Sarawak Corridor of Renewable Energy (SCORE) for skilled and semi-skilled workers.

Rosli said theBintulu centre will be OUM’s fourth in Sarawak after Kuching, Sibu and Miri.
OUM offers around 60 programmes from diploma right up to PhD level, he told a press conference before OUM Sarawak’s graduation and alumni dinner at a hotel here on Sunday night.

OUM has about 35,000 students from 22 centres in the nation. It has nine overseas centres catering to about 2,000 students.

Rosli said OUM will be providing study materials and references that can be downloaded into tablets from July 2 – the launch date for application.

“This will enable our students to study anywhere they like. On top of that, references and study materials in Bahasa Malaysia can be obtained through the application,” he said.

Also present at the press conference were senior general manager cum registrar Kamariah Mohd Noor; OUM director of Centre for Student Management, Prof Dr Santhi Raghavan; OUM Sarawak Learning Centre director Lindsay Brangking; and president of Students’ Club and OUM Sarawak Alumni, Rahmah Lariwoo.

Lindsay said the most popular course in Kuching centre is linked to early childhood education whereas it’s occupational safety and health in Miri or Bintulu.

These courses are the most popular because of increasing demand in the job market and business world, she added.

Sumber: The Borneo Post

Lebih 1,000 guru diperlukan ajar mata pelajaran Bahasa Iban di Sarawak

Jawatan Kosong di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak

$
0
0
Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia bagi mengisikekosongan jawatan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak, Kampus Samarahan 2 seperti berikut:-
1. JURUTERA (GRED J41)
2. PEGAWAI KESELAMATAN (GRED KP41)
3. PENOLONG PENDAFTAR (GRED N41)
4. PUSTAKAWAN (GRED S41
5. PEGAWAI PSIKOLOGI (GRED S41)
6. PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM (GRED S41)
7. PEGAWAI BELIA DAN SUKAN (GRED S41
8. PEGAWAI PERUBATAN (GRED UD47)
9. PENOLONG BENDAHARI (GRED W41)
10. PENOLONG PEGAWAI SAINS (GRED C27)
11. PENOLONG JURUTERA (GRED J29)
12. PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN (GRED KP27)
13. PEGAWAI EKSEKUTIF (GRED N27)
14. PENOLONG PENGURUS ASRAMA (GRED N27)
15. PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM (GRED S27)
16. PENOLONG PEGAWAI KESATRIA (GRED S27
17. PENOLONG PEGAWAI BELIA DAN SUKAN (GRED S27)
18. PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN (GRED U29
19. JURURAWAT (GRED U29)
20. PENOLONG PEGAWAI FARMASI (GRED U29)
21. PENOLONG AKAUNTAN (GRED W27
22. PEMBANTU KESELAMATAN (GRED KP17)
23. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT (GRED N17)
24. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) (GRED N17)
25. PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN (GRED N17)
26. PENYELIA ASRAMA (GRED N17)
27. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK (GRED R17)
28. PEMBANTU PERPUSTAKAAN (GRED S17)
29. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM (GRED S 1
7)
30. PEMBANTU KESATRIA (GRED S17)
31. PEMBANTU BELIA DAN SUKAN (GRED S17)
32. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) (W17)
33. PENGAWAL KESELAMATAN (GRED KP11)
34. PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN (GRED U3)
35. PEMANDU (GRED R3)
36. PEMBANTU AM PEJABAT (GRED N1)


Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
PERMOHONAN
Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang boleh didapati sendiri di Bahagian Pentadbiran, UiTM (Sarawak), Kampus Samarahan 1 atau boleh juga diperoleh dengan melayari laman sesawang UiTM (Sarawak) di http://www.sarawak.uitm.edu.my
Tarikh tutup permohonan adalah pada hari ISNIN, 15 JULAI 2013.

Jawatan Kosong di Maktab Rendah Sains Mara (MSRM) Johor Bahru

$
0
0
1. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH
Pemohon hendaklah membuat surat permohonan beserta “Resume” yang mengandungi maklumat-maklumat berikut:-
-Nama jawatan yang dipohon
-Butir-butir peribadi
-No. telefon & alamat e-mail ( untuk urusan panggilan temuduga )
-Butir-butir akademik
-Pengalaman kerja
-Salinan sijil-sijil persekolahan/SPM/STP/Ijazah ( hendaklah disahkan benar )
-Salinan kad pengenalan
-Gambar terbaru berukuran passport.
Permohonan yang berikut AKAN DITOLAK:-
-Tidak disertakan dengan dokumen yang diperlukan
-Tidak lengkap atau tidak terang
-Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan
-Tidak ditulis nombor kad pengenalan
-Tidak ditandatangani.
-Calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk ditemuduga.
Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada:-
Pengetua
Maktab Rendah Sains MARA Johor Bahru
Jalan Persiaran Sinaran Ilmu,
Bandar Seri Alam,
81750 , Masai
Johor.
Tarikh Tutup Permohonan:- 12 Julai 2013

Dua Blok Bangunan Dua Tingkat SMK Simanggang Musnah Teruk Dalam Kebakaran

$
0
0
Bangunan pentadbiran, kelas tingkatan empat SMK Simanggang ranap dalam kebakaran

SRI AMAN: Duah blok bangunan dua tingkat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simanggang di sini musnah teruk dalam kejadian kebakaran pada kira-kira jam 4.50 petang semalam.

Dua blok bangunan yang musnah terbakar itu ialah bangunan pentadbiran guru dan bangunan kelas pelajar tingkatan empat sekolah terbabit.

Kejadian dipercayai bermula dari blok bangunan kelas tingkatan empat sebelum ia mula merebak ke blok bangunan pentadbiran guru yang berdekatan.

Sementara itu api marak dengan pantas berikutan angin bertiup kencang semasa kejadian menyebabkan dua blok bangunan itu musnah sepenuhnya pada jam 5.30 petang.

Bagaimanapun tiada kehilangan nyawa berlaku dalam kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Sri Aman DSP Mat Jusoh Muhammad berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian itu pada jam 5.03 petang.

Sejurus menerima panggilan itu, pihaknya terus memaklumkan perkara itu kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Bahagian Sri Aman, ujarnya.

“Kemudian kami bersama anggota bomba bergerak ke tempat kejadian pada jam 5.13 petang untuk menangani kejadian terbabit,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian, di sini, semalam.

Menurutnya lagi, punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak polis.

“Maklumat awal mengatakan tiada guru atau pelajar yang berada di blok bangunan itu ketika berlaku kebakaran terbabit,” ujar beliau.

Difahamkan masalah tekanan air rendah telah mengganggu usaha awal anggota bomba memadamkan kebakaran itu.
Anggota bomba yang melakukan kerja memadam kebakaran terpaksa bergantung dengan sebuah lori tangki simpanan air yang terpaksa dibawa masuk ke lokasi kejadian.

Sementara itu anggota bomba berjaya mengawal sepenuhnya kebakaran itu pada jam 6.30 petang.

Kejadian tersebut mendapat perhatian orang ramai berikutan SMK Simanggang yang dibina pada 1962 itu jaraknya hanya kira-kira tiga kilometer dari pusat bandar.

Ada segelintir ibu bapa sebaik sahaja menerima berita kebakaran itu terus ke tempat kejadian bagi memastikan keselamatan anak-anak mereka yang tinggal di asrama sekolah tersebut.








Syarat Minimum 7A Dalam SPM Untuk Mohon Jadi Guru Mulai Tahun Ini

Polis Buka Kertas Siasatan Kes Buli Pelajar di Julau, Sarawak

$
0
0

SIBU: Polis sudah membuka kertas siasatan bagi menyiasat kes buli pelajar di sebuah sekolah menengah di Julau, dipercayai berlaku empat hari lalu.

Ini berdasarkan video rakaman kejadian yang kini tersebar luas di laman sosial.

Ketua Polis Daerah Julau DSP Bidol Noyeng berkata, pihaknya telah menerima laporan kes berkenaan.

“Satu laporan polis telah dibuat oleh bapa mangsa pada Jumaat lalu di Balai Polis Julau.

“Polis akan bekerjasama dengan pihak sekolah bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai kejadian tersebut,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurut Bidol, seramai lima pelajar sekolah menengah terbabit telah dipanggil untuk direkodkan keterangan.
Kesemua mereka bagaimanapun dibebaskan dengan ikat jamin polis.

Bidol berkata pihaknya masih menyiasat lanjut kes terbabit bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
Rakaman video selama satu jam empat minit 21 saat itu kini tersebar luas di media sosial termasuk  YouTube sejak kelmarin yang mengundang kemarahan pelbagai pihak.

Rakaman tersebut memaparkan aksi sekumpulan pelajar menampar pipi, menumbuk dan menendang mangsa berulang kali di dalam sebuah asrama sekolah.

Mangsa yang tidak berbaju dan berseluar Hawaii berwarna hijau turut dipukul dengan sekeping papan lapis tanpa memberi reaksi untuk melawan.

Manakala Pejabat Pelajaran Daerah Julau berkata pegawainya Kerebo Bugik kini sedang berada di Kuching.

Sumber: Utusan Borneo, Youtube

Jawatan Kosong Pensyarah di Tokuyama Malaysia Sdn. Bhd.

$
0
0

Lecturer (Based in Samalaju, Bintulu)

Interested candidates are invited to submit their application together with their detailed resume, current and expected salary, copies of certificates and relevant documents with one recent passport size photo (N.R.) to the following address:

Human Resource Department 
Tokuyama Malaysia Sdn. Bhd. (868774-M)
P O Box 2831, 97012 Bintulu



Closing date: 28 July 2013
*Only shortlisted candidates will be notified for intiview

Program Felo Perdana Libatkan 70 Lepasan Graduan IPT Bantu Menteri Kabinet Memimpin Dasar Kerajaan

$
0
0
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin bersama menteri-menteri kabinet serta peserta-peserta Felo Perdana pada majlis penyerahan peserta program felo perdana di Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur pada Isnin. 

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata peserta atau 'mentee' Program Felo Perdana yang diperkenalkan kerajaan disifatkan sebagai 'jurucakap tidak rasmi' bagi kerajaan untuk merapatkan hubungan dengan golongan muda.

Beliau berkata, program itu melibatkan seramai 70 anak muda daripada lepasan graduan dan penuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) dalam dan luar negara dengan diberi peluang pengalaman dalam urusan tadbir negara.

"Diharapkan supaya orang muda yang menyertai Program Felo Perdana ini selain mendapat pengalaman, mereka juga diharapkan dapat membantu menghubungkan kerajaan dengan generasi muda.

"Apabila saya berbicara dengan sebahagian daripada orang muda, mereka beritahu pada saya bahawa mereka tak tahu apa yang kerajaan buat. Saya merasakan kita belum 'connected' (berhubung) dengan orang muda.

"Melalui program ini, saya harap program ini akan ada 'well-connected' (hubungan yang baik) dengan orang-orang muda," katanyakatanya pada Majlis Penyerahan Felo Perdana kepada Menteri-Menteri Kabinet di Dewan Bankuet Parlimen di sini, Isnin.

Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan barisan menteri-menteri Kabinet.

Program Felo Perdana ini melibatkan pemilihan mentor di kalangan menteri-menteri Kabinet yang akan menggariskan rangka kerja dan tanggungjawab untuk felo atau mentee masing-masing.

Najib berkata, 'mentee-mentee' ini perlu menggunakan media sosial dan menyebarkan apa yang baik dilakukan oleh kerajaan.

"Juga apa tujuan sesuatu dasar kerajaan dan apa juga (memperjelaskan) yang tidak benar. Banyak karut-marut dalam media sosial dan ada juga sesetengah orang termakan dengan hasutan media sosial itu.

"Dan kita perlukan saudara-saudari sebagai orang muda untuk terangkan apa yang sebenarnya berlaku dalam kerajaan. Kita akan memupuk hubungan kerajaan dengan orang muda secara kukuh dan lebih berkesan," katanya.

Menurut Najib, beliau yakin bahawa program itu merupakan satu wahana dan kaedah yang amat sesuai kerana memberi peluang bermakna kepada orang muda untuk mendapat pengalaman kerja yang sebenar.

"Dan kalau kita hendak melihat masa depan negara kita sebagai negara yang berjaya, ada banyak faktor yang menyumbang kepada kejayaan itu. Dan satu perkara yang kita boleh lakukan adalah menyediakan generasi muda untuk masa dpn negara kita.

"Ini merupakan satu pelaburan. Ini merupakan satu peluang untuk kita mengasah bakat di kalangan anak muda. Ini adalah peluang bagi anak muda memahami apa yang sebenarnya dasar, program kerajaan dan cabaran sebagai sebuah kerajaan," katanya.

- mStar

Kursus Separuh Masa (Hujung Minggu) Chargeman & Wireman di ILP Miri

$
0
0

Advertisement to Sarawakian -Part Time Course at ILP MIRI,Competency as Chargeman L3,Chargeman L1 ,Wireman 1st Grade,Wireman 2nd Grade.

That Competency granted/Accreditation by EIU Sarawak under Provision the Law of Sarawak Goverment-Electricity Ordinance and Rules. 

Contact Person:
Jilan Anak Gawing: 019-8060493
Wat Anak Ramba: 011-29913566


Kursus Pemborongan Antarabangsa Anjuran Pejabat MARA Daerah Bintulu Pada 3-5/9/2013

$
0
0
Gambar: Sebahagian daripada peserta Kursus Taktikal E-Pemasaran yang dianjurkan MARA Bintulu pada Jun lalu. 

KURSUS PEMBORONGAN ANTARABANGSA (INDONESIA,VIETNAM,CHINA)

Penganjur: Pejabat MARA Dearah Bintulu

Tarikh: 3 - 5 September 2013

Yuran : RM150 Sahaja

Pendaftaran kini telah dibuka, daftar sekarang! Tempat adalah terhad.

Kepada yang berminat boleh hubungi: 

Pejabat MARA daerah Bintulu: 086 331578

Haji Razman: 019-3651282

Haidir: 0145771568

Mohd Saja

$
0
0

Hai, Selamat datang ke page Mohd Saja! 

Page ini bertujuan untuk membantu pelajar IKM Bintulu untuk mendapatkan nota keusahawanan.

Page ini sedang dikemaskini, Terima Kasih 

Ayah Kecewa Anak Dapat 7A Dalam SPM Tidak Diterima Masuk Ke IPG

$
0
0

SIBU: Seorang ayah melahirkan rasa kecewa rentetan kegagalan anak perempuannya diterima masuk ke Institut Pendidikan Guru (IPG).

Umin Dantang, 49, berkata beliau berasa hairan bagaimana anak perempuannya itu boleh diketepikan daripada mengikuti pengajian sedangkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) anaknya memenuhi syarat diperlukan.

“Baru-baru ini, anak perempuan saya, Ollymena Sua, 17, dipanggil temu duga untuk memasuki maktab di Miri.

“Bagaimanapun, selepas dua kali pemilihan, anak saya masih tidak terpilih,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurutnya, anak kedua daripada empat adik-beradik itu meminati profesion perguruan sejak kecil lagi.
Pada peperiksaan UPSR, anaknya itu memperolehi 4A dan 1B manakala dalam peperiksaan PMR, Ollymena memperolehi 6A.

Menurut Umin, Ollymena juga sebelum ini pernah ditawar untuk bersekolah di asrama penuh.
Bagaimanapun, tawaran tersebut terpaksa ditolak kerana tidak mahu berpisah jauh daripada keluarga.

Umin berkata Ollymena memperolehi 7A dalam peperiksaan SPM lalu dan keputusan tersebut telah melepasi syarat kemasukan ke IPG.

Katanya, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menetapkan 5A untuk kemasukan ke IPG bagi Sabah dan Sarawak dan 7A bagi Semenanjung Malaysia.

“Kalau anak saya berasa kecewa kerana gagal dipilih masuk ke IPG, saya faham kerana dia amat meminati tugas sebagai seorang pendidik,” jelasnya.

Justeru, beliau berharap pihak berkenaan dapat mempertimbang semula tindakan mengetepikan anaknya daripada mengikuti pengajian di IPG.

Dalam pada itu, Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah dalam kenyataannya pada 10 Julai lalu dipetik sebagai berkata: “Lepasan SPM di negeri ini kurang minat untuk menjadi guru. Ini kerana, mereka lebih cenderung melanjutkan pengajian dalam bidang lain.

“Lepasan SPM di negeri ini lebih gemar mendalami ilmu kedoktoran, kejuruteraan dan kesenian,” katanya.
Fatimah yang bertanggungjawab dalam hal ehwal pendidikan negeri, berkata bagi menangani isu itu, Kementerian Pendidikan menetapkan anak Sarawak dan Sabah yang memperolehi 5A dalam SPM layak memohon ke IPG berbanding 7A bagi calon dari Semenanjung Malaysia.

“Penetapan syarat minimum itu juga mengambil kira jumlah penduduk di kedua-dua negeri serta jumlah lepasan SPM dari Sabah dan Sarawak yang memperolehi keputusan 7A,” katanya.

- Utusan Borneo

Kolej Matrikulasi Sarawak Beroperasi Sementara di SMT Sejingkat Memudahkan Pelajar Lepasan SPM Dari Sarawak

$
0
0
KURSUS MATRIKULASI: Fatimah memberitahu bahawa pembukaan Kolej Matrikulasi Sarawak membolehkan para pelajar mengikuti kursus matrikulasi tanpa merantau jauh. Turut kelihatan wakil kolej James Tiri Maran (tengah) dan Mohd Mahyuddin Mohd Noordin.

Pelajar berpeluang ikutinya di Kolej Matrikulasi Sarawak yang beroperasi sementara di SMT Sejingkat

KUCHING: Para pelajar lepasan SPM dari Sarawak kini berpeluang mengikuti kursus matrikulasi di Kolej Matrikulasi Sarawak yang kini beroperasi sementara di Sekolah Menengah Teknik (SMT) Sejingkat.

Menurut Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah, kolej tersebut telah mula beroperasi pada 26 Mei lepas dan sedang dalam proses penambahbaikan prasarananya bagi menampung para pelajar baharu yang ingin belajar di situ nanti.

“Sebelum ini para pelajar yang mengikuti kursus matrikulasi terpaksa pergi ke Kolej Matrikulasi Labuan di mana kos serta masa perjalanan ke situ agak membebankan sehingga ada antara mereka yang mengambil keputusan untuk tidak mengikuti kursus terbabit,” ujar Fatimah pada sidang media selepas menerima kunjungan daripada wakil Kolej Matrikulasi Sarawak di pejabatnya semalam.

Menurutnya, setakat ini kolej tersebut mempunyai seramai 89 pelajar dan bercadang untuk mengambil seramai 160 orang pelajar baharu selepas melaksanakan dua fasa pembangunan di prasarana sedia ada termasuk mengadakan publisiti mengenainya.

“Fasa pertama melibatkan kerja-kerja naik taraf dan ubah suai termasuk bagi bilik kuliah, bilik komputer, makmal serta kabin bagi pegawai-pegawai kanan yang siap dibina dan menelan belanja sebanyak RM4.7 juta.

“Manakala fasa kedua yang melibatkan pembinaan sebuah blok baharu bagi menempatkan bilik-bilik akademik dan pentadbiran dijangka siap pada penghujung tahun depan,” tambahnya.

Beliau memberitahu, setelah pembukaan kolej tersebut, ramai pelajar di Kolej Matrikulasi Labuan yang memohon untuk berpindah ke sini.

“Kolej Matrikulasi Labuan mempunyai nisbah 49 peratus pelajar yang berasal dari Sarawak dan kebanyakan daripada mereka kini memohon untuk berpindah ke sini.

“Prestasi para pelajar yang mengikuti kursus matrikulasi di seluruh Malaysia juga amat baik dengan 95 peratus daripada mereka berjaya melanjutkan pengajian ke institusi-institusi pengajian tinggi,” katanya.

Ketika ditanya mengenai lokasi baharu yang tetap bagi kolej tersebut, Fatimah memberitahu bahawa perkara tersebut masih dalam perbincangan di peringkat kerajaan persekutuan.

- UB

Jawatan Kosong di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M)

$
0
0

Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) yang baru akan dibuka di beberapa kawasan seluruh Sarawak. Oleh yang demikian, sesiapa yang berminat untuk memohon jawatan Pengurus dan Penolong Pengurus di lokasi seperti yang tertera di bawah, boleh menghantar resume kepada saya untuk dimajukan kepada pihak atasan.

Lokasi Kekosongan : 1) Kg Seberang Sarikei
2) Kg Nanga Meluan,Julau

Jawatan : Pengurus dan Penolong Pengurus

Tarikh : 23 Julai 2013 (Selasa)
Masa : 9.00 Pagi

Tempat : Perpustakaan Awam Sarikei

Oleh yang demikian kepada petugas yang berada di lokasi perjawatan itu mohon untuk mencari samada jiran,rakan,saudara,atau sesiapa yang ingin bekerja dan bersedia untuk ditemuduga.

Syarat adalah mempunyai ijazah bagi Pengurus dan Diploma bagi Penolong Pengurus, berumur 20 hingga 28 tahun.

Sekian terima kasih.

Pertanyaan Lanjut Boleh Hubungi Zailina Razali

Samuel Unjah Ngarika Bansa Dayak Dipilih Masuk Program Felo Perdana

$
0
0
Samuel Unjah ba tengah begulai enggau Jin Wu (Felo ngagai Tan Sri Muhyidin Yasin) sereta Kee Tee (Felo ngagai Datuk Joseph Entulu)

Iya seiku bansa Iban tauka pengari semua Dayak ke mujur dipilih masuk program ‘Fellow Perdana’

KUCHING: Berasai temegah ati laban ngasaika diri semina seiku Iban tauka bansa Dayak ke dipilih masuk program ‘Fellow Perdana’ begulai enggau 70 iku nembiak bukai ukai semina ari menua tu tang menua tasik bukai.

Samuel Sila Mathew Unjah, 25, ari Saratok, seiku nembiak ke benung ngambi Masters (iya bisi Degree ngajar Sejarah) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak ke nyadi seiku ‘Fellow Perdana’, iya nya sebengkah program nyerumba ‘Fellow Whitehouse’ opis Presiden Amerika Syarikat, ari baruh Opis Menteri Besai Malaysia chukup gaga ati ketegal dipilih entara lebih 600 iku nembiak universiti ke minta masuk program nya.

“Penyampau minta masuk program ‘Fellow Perdana’ 2013 bisi 600 iku, udah nya dikurangka ngagai 100, lalu ke penudi bendar semina 70 iku mujur…Aku berasai temegah ati laban aku seiku aja nembiak Dayak ke dipilih masuk program tu.

“Tambah mega, opis menteri ke alai aku dilatih, endang opis menteri ke dikearap deka ngambi aku, iya nya Opis Menteri Pengawa Bekebun Bedandang Besai enggau Komoditi lalu menteri nya empu, Dato Sri Douglas Uggah Embas deka nyadi ‘mentor’ aku,” ku Samuel.

Nyauka setengah ari 600 peminta diterima ke program tu entara 9 Jun-20 Jun iya nya nembiak unviersiti ke benung belajar lalu 38 persin ari sida tu graduan.

Semua peminta ‘Fellow Perdana’ ari Malaysia, enggau 53 persin benung belajar tauka udah  graduate ari universiti menua tu lalu 37 persin bepalan ba universiti menua luar.

Kena hari 15 Julai tu tadi, Menteri Besai Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bejadika program ‘Fellow Perdana’ ke nyambut 70 iku nembiak universiti ke deka dilatih nengah program nya di Putrajaya, ngagai pengabis lama tiga bulan ungkup sekeda graduate lalu sekeda naka 6 minggu ungkup nembiak universiti ke benung belajar.

Ari menua Sarawak empu, antara 70 nembiak ke dilatih nengah ‘Fellow Perdana’, bisi 7 iku (Samuel seiku aja nembiak Dayak lalu ke bukai nya bansa Melayu enggau Cina).

Lebuh dikerandau nengah telefon kemari, bakani ku asai ati iya, seiku nembiak Dayak ke mujur bulih ‘Fellow Perdana’, ku Samuel:

“Aku gaga ati kena pilih masuk program ‘Fellow Perdana’ tu laban ngasaika diri betuah besemekih enggau raban graduate bukai, ukai semina ari menua tu empu tang universiti menua tasik.

“Kelimpah ari nya mega, aku ngasaika peneleba ‘hands-on experience’ ari menteri empu, nyadi ‘duta’ ke perintah, bepeluang mantaika polisi perintah enggau penemu ke di ulih kami ngagai redak baru diatu,” ku iya.

Maya dikerandau, Samuel enggau semua raban ‘Fellow Perdana’ bukai benung bejalaika program peneleba enggau Opis Menteri ke ngatur program tu, iya nya Opis Menteri Nembiak, Lumba enggau Main ari baruh menteri Khairy Jamaluddin, sebedau sida iya dianjung ngagai opis menteri bukai ke endur sida iya dilatih.
“Enda sabar nganti dianjung ngagai Opis Menteri Pengawa Bekebun Bedandang Besai enggau Komoditi. 

Aku deka belajar enggau chukup segala utai ke patut ditemu aku, lalu mai peneleba tu ngagai nembiak bukai,” ku Samuel.

Program ‘Fellow Perdana’ komited deka meri pengawa latih ke pengabis manah ngagai pelatih program tu, ke deka bulih peneleba sida terus ari menteri ke nyadi ‘mentor’ sida iya, nyengkaum di Opis Menteri Besai enggau Opis Sapit Menteri Besai empu.

Bida entara graduate ‘Fellows Perdana’ enggau program ungkup ke benung belajar iya nya graduan ‘Fellow Perdana’ diatur ungkup bala graduate ke baru abis belajar di universiti, lalu sida ke benung belajar, bisi ungkup diri.

Program graduate ‘Fellow Perdana’ patut bisi komitmen pengabis pandak 3 bulan ba program tu, lalu pengabis lama manggai 6 bulan.

Lalu ungkup graduate ke benung belajar (Fellow Perdana Undergraduate), timpuh pengabis pandak, 6 minggu lalu ke pengabis panjai manggai 3 bulan.

Tiap iku nembiak graduate ‘Fellow Perdana’ nerima elawin tetap ari Perintah Besai.

Enti sida deka terus gawa ba opis menteri ke endur sida iya dilatih, sida iya tau minta perambu nya ari opis menteri ke endur sida dilatih, lalu enti bisi atur bukai, bepanggai ba program ‘Fellow Perdana’.

Kelimpah ari nya mega, tiap iku ‘Fellow Perdana’ deka nerima setipikit ari ‘mentor’ sida nyengkaum pemutus pengelandik sida gawa ba pengujung program tu ila.

Program ke ditengkebang Menteri Besai Datuk Seri Najib Tun Razak agi ngiga nembiak Malaysia ari baruh umur 30 taun, sereta ngembuan penyulut akademik sererta aktif dalam ko-kurikulum, ke deka disengkaum dalam program ‘Fellow Perdana’ nangkanka rintai tu dudi ila.

Kumpulan Interhill Anjur Majlis Beri Bantuan Kewangan Kepada 13 Pelajar Penan Lanjut Pelajaran Ke IPT

$
0
0
KUCHING: Kumpulan Interhill akan menganjurkan majlis penyampaian anugerah dan jamuan tengah hari bagi menyerahkan bantuan kewangan kepada 13 pelajar Penan.

Ia merupakan pengiktirafan atas kejayaan kecemerlang mereka termasuk seorang melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana, lapan orang (ijazah sarjana muda) dan empat orang (diploma).

Bantuan kewangan khas akan disampaikan kepada Elia Bit dari Miri untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dalam bidang Pengajian Media dan Maklumat di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.

Cristie Sophie dari Bintulu pula akan melanjutkan pengajian keperingkat ijazah sarjana muda dalam Penyelidikan Alam Sekitar di Universiti Malaya.

Selain itu, Malvin Yong juga dari Bintulu melanjutkan pengajian diploma dalam bidang Kejuruteraan Mekatronik di Politeknik Kota Kinabalu.

Madau Rarak dari Long Bangan, Baram melanjutkan pengajian peringkat diploma dalam bidang Pentadbiran Awam di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kota Samarahan.

Majlis berkenaan akan berlangsung di Hotel Pullman, Kuching pada 3 Ogos (Sabtu) bermula jam 10.45 pagi hingga 12 tengah hari.

Sumber: Utusan Borneo


Viewing all 517 articles
Browse latest View live