Quantcast
Channel: Pengajar 4.0
Viewing all 517 articles
Browse latest View live

Guru Terlupa Anak Dalam Kereta

$
0
0

PETALING JAYA - Seorang kanak-kanak perempuan berumur tiga tahun mati akibat lemas setelah ditinggalkan tanpa sengaja oleh ibunya selama lebih lima jam dalam kereta di tempat letak kereta sebuah sekolah di Subang Jaya, di sini semalam.
   
Nawal Iris Samsudin, yang tertidur di kerusi belakang kereta, ditemui oleh ibunya Nor Zatusy Hazwa Abdul Rahim, 32, dalam keadaan kebiruan sebelum dibawa ke klinik berhampiran dan disahkan meninggal dunia.
   
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahaya Ramli berkata kanak-kanak itu ditinggalkan di dalam kereta dengan kesemua tingkap ditutup dan enjin dimatikan sejak pukul 11 pagi sebelum ibunya kembali ke kereta itu pada pukul 5.30 petang.
   
Ibu kanak-kanak itu yang merupakan seorang guru terlupa mengenai anak bongsunya yang sepatutnya dihantar ke pusat jagaan kanak-kanak sebelum dia ke sekolah, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
   
Beliau berkata sebelum ke sekolah, wanita itu menghantar adiknya ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

"Setelah habis tugasan si ibu pergi ke kereta pada 5.30 petang dan terkejut melihat muka Nawal Iris kebiruan, bibirnya pucat serta ada kesan muntah dan najis kanak-kanak itu di dalam kereta berkenaan," katanya.
    
Yahaya berkata menyedari keadaan anaknya yang tidak bergerak, wanita berkenaan segera membawa anaknya ke klinik swasta berdekatan di USJ4, Subang Jaya, di sini dan doktor mengesahkan kanak-kanak itu telah meninggal dunia.
   
Beliau berkata laporan bedah siasat oleh Hospital Serdang yang diperoleh tengah hari ini mengesahkan kanak-kanak itu meninggal dunia kerana 'heat stroke'.
   
Sementara itu, tinjauan Bernama di Hospital Serdang mendapati suasana pilu menyelubungi bilik mayat apabila lebih 30 ahli keluarga kanak-kanak itu hadir menunggu proses bedah siasat selesai.
   
Ibu kanak-kanak itu yang menangis teresak-esak serta ahli keluarganya enggan ditemu bual wartawan.
    
Polis mengesahkan jenazah kanak-kanak itu dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, Subang Jaya, di sini, hari ini.  - Bernama

Jawatan Kosong di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Mukah, Sarawak

$
0
0

Jawatan: Guru
Taraf Jawatan: Sambilan
Jumlah Kekosongan Mengikut Subjek: 
Pendidikan Islam (1)
  Kimia (1)

Permohanan boleh dibuat dengan menghantarkan resume / ataupun segera ke:

MRSM Mukah
Lot 910, Blok 76,
Mukah Land District, Jalan Service Centre,
96400 Mukah,
                                             Sarawak                                                      

Tel: 084-874207 / 084-874095

Jawatan Kosong di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Betong, Sarawak

$
0
0

Jawatan Kosong Sebagai Juruteknik Elektronik Gred J17
Borang permohonan borang didapati di:

MRSM Betong
Lot 175, Entaban Land District,
Jalan Feeder
95700 Betong, Sarawak
No. Tel : 083-471652, 471606
No. Faks : 083-471617






Aum Besai AEDIL 2013 | Serakup Pemansang Pelajar Jaku Iban

$
0
0


Komiti Besai AEDIL Penggal 2013-2015

Presiden: Dr. Lambat Lindong
Sapit: Dr. Linton Britten
Sekretari: Mr. Harold Unsie
Sapit: Mr. Graman Ringi
Tukang Wang: Mr. Raymond Braoh
Sapit: Mr. Sali Sumoh
Komiti:
Mr. Paul Langgang
Mr. Robin Sabai
Mr. Vivien Mujah
Mr. Aleksey Aman
Mr. Allen Sambau
Mr. Francis Mancha
Mr. Elvis Empawi
Mr. Satia Gerik
Mdm. Mariam Sabai

'Sesingkang sama sekaki,
Sedada sama seati'

Jawatan Kosong di Woodlands International School, Sibu Sarawak

$
0
0

Woodlands International School, Sibu sebuah sekolah swasta baharu di Sibu Sarawak mempelawa anda untuk mengisi kekosongan sebagai guru:

Sekolah Menengah:
1. General Science / Biology
2. Mandarin (Chinse Language)
3. BM (Malay Language)

Kindergarden / Primary
1. Teaching Assistant
2. Lower Primary Class Teacher

Closing date: 31 July 2013
Calon yang berjaya terpilih akan dipanggil untuk ditemuduga pada bulan Julai / Ogos ini.


Jawatan Kosong Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) di MARA

$
0
0

Permohonan Online>> http://bit.ly/15hdHNl

Syarat-syarat permohonan: http://bit.ly/1bk20ex

Tarikh Tutup Permohonan : 9 Ogos 2013

Sedikit tips sebelum memohon secara online

1. Baca teliti syarat-syarat permohonan dan juga iklan.
2. Usah tergesa-gesa memohon kerana tarikh tutup permohonan adalah 9 Ogos. Sediakan dulu dokumen penting seperti keputusan UPSR, PMR, SPM, STPM, Ijazah Sarjana Muda dan segala sijil akademik yang berkaitan. Begitu juga maklumat adik-beradik dan keluarga, kokurikulum dsb. 
3. Apabila anda telah menyediakan dokumen penting barulah memohon secara online supaya proses pemohonan lebih lancar. 
4. Gunakan no telefon dan alamat email yang sah dan boleh dihubungi. Biasanya, pihak mara akan menghantar email kepada yang berjaya dipanggil temuduga. Maka sentiasalah rajin melawati email anda selepas permohonan dibuat.

Terima Kasih, Semoga Berjaya.

Ekspo Kemasukan ke UiTM Sesi November 2013 di Sarawak

Pelajar asing IPTA, IPTS bawa fahaman Syiah?

$
0
0

SHAH ALAM -  Pensyarah di Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam Universiti  Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Izhar Ariff Mohd Kashim mendakwa faktor penyebaran ajaran Syiah di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) adalah berpunca daripada kehadiran pelajar luar terutama dari Timur Tengah terutama dari Iraq dan Iran.

Menurut Izhar Ariff, pelajar terbabit dipercayai membawa ajaran tersebut dari negara asal dan cuba menyebarkannya di kalangan pelajar tempatan.

“Keadaan ini bagi saya sangat membimbangkan.

"Saya pernah melihat di sebuah masjid, ada mahasiswa sedang sujud di atas batu ketika solat Jumaat. Itu lambang ajaran syiah,” katanya ketika dihubungi oleh Sinar Harian Online.

Bagaimanapun Izhar Ariff menjelaskan bahawa ajaran syiah di IPTA dan IPTS masih belum menonjol.

“Mereka ini (pengikut ajaran Syiah) masih berdiam diri, tidak berani menonjolkan diri lagi, walaupun sudah bertambah pengikutnya,”  katanya.

Sehubungan itu beliau menyeru semua pihak terutama jabatan agama untuk ‘bersatu hati’ mengeluarkan fatwa pengharaman ajaran Syiah di Malaysia.

“Tiada kompromi, ajaran Syiah patut diharamkan di Malaysia, semua pihak harus bersatu hati.

“Baru ajaran Syiah boleh disekat,” katanya.

Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1996 telah menarik balik kebenaran mengamalkan mazhab Syiah aliran Al–Zaidiyah dan Jaafariah di Malaysia, menjadikan semua amalan Syiah tidak diterima di negara ini.

Fatwa itu menetapkan umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam berasaskan pegangan Ahlul Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak.

Ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahlul Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Islam.

Another School Head Accused of Being Racist

$
0
0
MCA Youth is calling for stern action to be taken against a school principal who allegedly rebuked her noisy students by telling them to "balik India dan China".

Datuk Dr Wee Ka Siong
MCA Youth Education bureau chairman Chong Sin Woon, said that if it was found that the principal of SM Alam Megah in Shah Alam was favouring one group over another, she was not fit for the profession and should also apologise to the affected students.

“Balik India dan China” is not subtle in any way. Did the principal believe her slurs would go unnoticed?" he asked.

Chong said that racial slur incidents in schools kept occuring as the punishment for wrongdoers was not harsh enough.

"Few years ago when a principal made similar statements with racial overtones, she was transferred to another position.

"The Ministry of Education must understand that when serious action is not taken, the repercussions continue and more students are affected," he added.

Chong also urged the Education Ministry to conduct a thorough investigation, not only whether the incident took place, but to also find out why the principal thought this type of behaviour was acceptable.

He added that the alleged insults could sow racial tension and distrust in the school system and break up friendship among the different races in schools.

Chong also said that if found to be true, it is also a reflection of the headmistress' poor leadership skills.

Commenting on the issue, former Deputy Education Minister Datuk Dr Wee Ka Siong said in a statement that the recurring trend of targeting students who are not of the same ethnicity was disappointing.

“We are patriotic and loyal Malaysian citizens and Malaysia is our home. Where else can we ‘balik’ to?” Wee asked.

Malaysian Insider: July 3, 2013.


Education Ministry To Probe 'Balik China, India' Claim

$
0
0
The Education Ministry will probe the latest allegation concerning a secondary school principal who uttered racist remarks, said deputy minister P Kamalanathan.
In a text-message to Malaysiakin i, he said that the matter had come to the ministry ' s attention and an immediate investigation would be initiated.
"We do not condone such behaviour... If the allegation is true, then action would be taken (against the principal)," he added.
Kamalanathan was responding to Shah Alam MIC deputy division chief A Prakash Rao, who claimed that parents had complained to him about the incident.
Prakash said the principal of SMK Alam Megah had berated her Chinese and Indian students, telling them to "balik India dan China" 
(go back to India and China).
According to the parents, the principal was furious that the students were making noise during her speech at the school assembly.
Earlier, Gerakan vice-president A Kohilan Pillay had called for the principal's dismissal if investigations reveal that she had made those remarks.
He also warned that such remarks, if true, were a symptom of "overt racialism" in the civil service and amongst teachers, which was dangerous if left unchecked.
The latest incident comes hot on the heels of the 'shower-room canteen' controversy at SK Seri Pristana.
Principal 'will not take calls'
A SMK Alam Megah staff told Malaysiakini that the principal would not entertain queries from reporters.
"(The principal) will not take any calls from reporters as the school has decided not to make any statements via telephone," she said.
She also said the principal had earlier attended a meeting outside the school and is now waiting for "an officer" for another meeting.
She, however, did not disclose if the officer is from the ministry.
Source: Yahoo Malaysia

Kes Buli: Enam Nembiak SMK Julau Ngaku Salah

$
0
0
SARATOK: Enam iku nembiak Pom 5 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Julau ke maruk diri menyati seiku nembiak ari pom enggau sekula ke sama, ngaku salah udah bekau didawa di baruh Seksyen 324 Kanun Keseksaan di Kot Majistret,
ditu, ensana.

Keenam-enam iku sida nya ngaku nyerang mansa kena 3 Julai tu tadi, jam di antara pukul 9 ngagai 10 malam di bilik No.7, Asrama Unisains, SMK Julau.

Dalam penyadi nya mansa nya dibukut, ditendang, dipalu ngena papan lapis jemari.

Ketegal nya mansa pedis sebelah tubuh nyengkaum ba dada enggau mata kanan iya.

Bepelasarka tasat ke udah dipejalaika polis, pekara tu nyadi bepun ba pengawa lumba enggau main ba padang SMK Julau maya pagi nya ke alai mansa bisi renjan jaku ngagai orang ke dituduh lalu mansutka jaku tundi mai seiku nya belaya di rumah buding.

Enda lantang ati enggau jaku ke dipansut iya nya dia deh orang ke dituduh nya lalu ngangau mansa ke diau di rumah buding di bilik lumur 4, mai iya ngagai bilik lumur 7 iya nya tempat ke alai pekara tu nyadi lalu dibai belaya.

Lebuh ke di bilik lumur 7 nya, mansa dipejamah enam iku sida ke dituduh nya.

Majistret udah netapka 10 September tu ila ngambika ngelempai ukum ba semua sida ke dituduh nya.

Sida enam tu dilepas nengah ikat jamin kot RM3,000 enggau dua iku penjamin lalu RM1,000 dideposit ngagai kot.

Sumber: Utusan Borneo

Kes Buli: 6 Pelajar SMK Julau Mengaku Bersalah

Bapa Buat Laporan Polis, Anak Dirotan Tidak Siap Kerja Sekolah

$
0
0
BUTTERWORTH – Seorang bapa mendakwa anaknya kini mengalami tekanan emosi setelah seorang guru wanita merotan dan mengusirnya dari sekolah kerana gagal menyiapkan kerja sekolah.

Syahrul Asmawi Rashid, 35, berkata akibat kejadian Jumaat lepas itu, anaknya Nur Emilia, 12, murid Tahun Enam sebuah sekolah rendah di sini, kini trauma dan tidak lagi mahu ke sekolah.


Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, katanya anaknya memaklumkan guru itu turut mengarahkannya mengambil borang tukar sekolah dan berpindah sekolah.

Syahrul yang berkerja sendiri berkata dia mengetahui kejadian itu pada kira-kira 9.30 pagi Jumaat apabila dihubungi guru terbabit yang memaklumkan anaknya telah pulang ke rumah kerana gagal menyiapkan kerja sekolah.

“Saya terkejut dan terus keluar mencari Emilia kerana dia tidak  pulang ke rumah sedangkan rumah kami terletak tidak sampai 100 meter sahaja dari sekolah tetap kemudiannya berjaya menemui anak sulungnya itu sedang menangis di kawasan kampung,” katanya.

Syahrul berkata anaknya tidak menceritakan insiden yang menimpa dirinya itu sehingga rakannya datang pada sebelah petang dan memaklumkan kejadian sebenar.

“Bila kawan dia cerita, baru Emilia berani muka mulut dan menceritakan perkara sebenar dan kami kesal dengan sikap guru yang tidak hiraukan keselamatan muridnya apabila menghalau pelajar balik ke rumah,” katanya.

Katanya dia membuat laporan polis semalam.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang Tarmizi Kamaruddin ketika dihubungi berkata guru besar sekolah itu diarah menyiasat dakwaan itu.

“Mungkin cikgu itu mengambil tindakan mengikut emosinya kerana mengikut prinsip pendidikan guru tidak boleh menghalau anak murid kerana pelajar mempunyai hak untuk berada dalam kelas bagi menuntut ilmu,” katanya. – Bernama

Jawatan Kosong di Yayasan Sarawak

$
0
0

Hantarkan resume ke:

Pengarah Yayasan Sarawak, 
Pusat Pembangunan Pendidikan Yayasan Sarawak
Jalan Sultan Tengah, Samariang, 93050 Kuching, Sarawak, MALAYSIA.

Tarikh Tutup: 6 Ogos 2013 

Semakan Keputusan Tawaran Kemasukan Pelajar Kursus DPLV, SKMT3+VTO, VTO Ambilan September 2013

$
0
0



























Pendaftaran Kemasukan Pelajar Baru CIAST bagi sesi Ambilan September 2013 akan diadakan pada 28 OGOS 2013 (RABU) jam 9.00 PAGI.
Semakan surat tawaran kemasukan boleh disemak

Semakan online>> KLIK SINI ! ! !

Jawatan Kosong di Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST)

$
0
0

Dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan mengisi 
jawatan-jawatan seperti berikut:

1. BUTIRAN JAWATAN

1.1 Tenaga Pengajar
a). Gred : 41 (12 kekosongan)
Bayaran Perkhidmatan : RM 2,300 sebulan

b). Gred : 29 (12 kekosongan)
Bayaran Perkhidmatan : RM 1,600 sebulan
Taraf Jawatan : Kontrak (Contract For Service) dan tiada jaminan
untuk dilantik ke jawatan tetap
Tempoh Pelantikan : Sehingga 31 Disember 2014
Penempatan : ADTEC Taiping (2:2) / ILP Selandar (2:2) / ILP 
Marang (2:2) / ADTEC Bintulu(2:2) / ILP Sandakan

(2:2) / Kolej Yayasan Sabah (1:1) / Akademi ITC 
Kuching (1:1)

1.2 Deskripsi Tugas
a. Merancang, menyelaras, melaksana, memantau dan menilai kursus
Vocational Training Officer I-031-3
b. Mengurus, mengendali, memantau dan menilai keberkesanan : 
- Latihan Metodologi (360 jam) secara sepenuh masa
- Latihan Internship (720 jam) secara sepenuh masa
- Kursus VTO, VTE dan VTM secara separuh masa
- Tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran latihan

1.3 Syarat Lantikan
a. Warganegara Malaysia 
b. Berumur tidak kurang dari 25 tahun dan tidak melebihi 65 tahun

1.4 Kelayakan Akademik Dan Kemahiran
a. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf 
dengannya oleh kerajaan dengan kepujian dalam Bahasa Malaysia;
b. Mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah bagi Gred 41 dan Diploma bagi 
Gred 29 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan atau 
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; 
c. Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang-bidang yang 
berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; 
d. Mempunyai Sijil VTO I-031-3 atau TM001 (Pedagogi CIAST) dan sijil 
induksi PP/PPD; dan
e. Pengalaman mengajar dalam bidang kemahiran berkaitan dan mengurus 
latihan kemahiran sekurang-kurangnya 5 tahun.

1.5 Bidang Kemahiran Diperlukan
a. Hospitaliti - Makanan & Minuman (F&B)
b. Hospitaliti 
- Masakan
- Pastri
- Penyedia roti
- Pemandu Pelancong
- Pengemasan
- Kaunter hadapan
-
c. Penggubah bunga (Florist)
d. Pendandan rambut
e. Kesihatan (Kosmetologi)
- Jurukecantikan/Juruestetik
f. Kesihatan (Alternatif therapy)
- Reflexologist

PANDUAN PERMOHONAN
Pemohon adalah perlu mengisi borang permohonan seperti yang dilampirkan di web CIAST
Borang dan lampiran-lampiran yang telah disusun dan dikepilkan hendaklah dihantar ke 
alamat:

PENGARAH 
PUSAT LATIHAN PENGAJAR DAN KEMAHIRAN LANJUTAN (CIAST)
PETI SURAT 7012, JALAN PETANI 19/1, SEKSYEN 19,
40900 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN.
(U.P: UNIT SUMBER MANUSIA, BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN)

Sila catatkan nama jawatan yang dipohon di penjuru atas sebelah kiri sampul surat. 
Hanya permohonan yang lengkap dan diterima sebelum/pada tarikh tutup permohonan 
sahaja akan diproses. 

Jika pemohon tidak menerima sebarang pemberitahuan dalam tempoh tiga (3) bulan
selepas tarikh tutup permohonan, sila anggap permohonan adalah tidak berjaya.

C. TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Tarikh tutup permohonan adalah pada 21 Ogos 2013 (Jumaat)

Muat Turun Iklan PDF >> DI SINI !!!

Jawatan Kosong di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Sebagai Jurulatih Sukan

$
0
0
IKLAN PENGAMBILAN JURULATIH SUKAN GRED 29 HINGGA 44
 (JAWATAN TERBUKA) DI SEKOLAH SUKAN MALAYSIA 

Permohonan adalah dipelawa daripada Pegawai Perkhidmatan Awam atau 
warganegara Malaysia bukan penjawat perkhidmatan awam yang berkelayakan 
untuk mengisi jawatan Jurulatih Sukan (Jawatan Terbuka) di Sekolah Sukan 
Malaysia Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Sekolah Sukan Malaysia Tunku Mahkota Ismail 
Kota Tinggi, Johor, di Sekolah Sukan Malaysia Gambang, Pahang dan Sekolah 
Sukan Malaysia Kota Kinabalu, Sabah.

Kekosongan adalah untuk mengisi jawatan jurulatih sukan.

Cara Memohon
i. Permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan yang 
boleh dimuat turun di laman web www.moe.gov.my atau 
www.moe.gov.my/bsukan mulai 30 Mei 2013.
ii. Semua permohonan hendaklah disertakan salinan sijil/ dokumen 
sokongan yang telah disahkan serta sekeping gambar berukuran 
paspot (tidak dikembalikan) dan dihantar melalui Ketua Jabatan 
kepada:

Pengarah 
Bahagian Sukan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 1 & 7 , Blok E13, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 
62604 Putrajaya
iii. Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon di sebelah atas kiri sampul 
surat permohonan.
iv. Permohonan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada 30 Ogos
2013 (Jumaat).

Catatan :Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk 
temuduga. Calon-calon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari 
tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak 
berjaya.

Muat Turun Iklan PDF >> KLIK SINI !!!

Peluang Kerjaya Dalam Perkhidmatan Awam Bulan Ogos 2013

$
0
0

Warganegara Malaysia yang berminat untuk berkhidmat dalam sektor Perkhidmatan Awam diperlawa untuk mengisi jawatan kosong seperti berkut:

1. Pegawai Sains Gred C41
2. Pembantu Akauntan Gred W17
3. Pembantu Perpustakaan Gred S17
4. Pemeriksa Kereta Motor Gred A17
5. Pembantu Tadbir Gred W17
6. Pembantu Pegawai Latihan Vokasional Gred J17

Permohonan adalah melalui portal SPA

Tarikh tutup 11 Ogos 2013

Masalah Tekanan Air 3 Buah Sekolah di Kawasan Sri Aman Mendapat Perhatian YB

$
0
0
SRI AMAN: Masalah tekanan air yang sering melanda tiga sekolah menengah di kawasan Sri Aman selama ini nyata mendapat perhatian serius daripada wakil rakyat di sini.

Ia terbukti apabila Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Menteri Muda Perumahan Datuk Francis Harden Hollis tampil menghulurkan bantuan berupa 50 tangki simpanan air berkapisiti 2,000 liter kepada tiga sekolah tersebut.

Daripada jumlah itu, 30 tangki simpanan air diberi kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simanggang dan SMK Sri Aman dan SMK St Luke yang masing-masing menerima 10 tangki simpanan air terbabit.

Menurut Harden, bagi menyelesaikan masalah ini beliau terpaksa menggunakan peruntukan projek kecil luar bandar (MRP) untuk membeli kesemua tangki simpanan air itu daripada syarikat Welda bernilai RM500 untuk seunit.

“Saya berharap tangki itu sedikit sebanyak mampu menyelesaikan masalah kekurangan air di tiga sekolah menengah itu nanti,” katanya pada Majlis Penyerahan Tangki Simpanan Air di SMK Simanggang kelmarin.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang turut bercadang mahu menambah sejumlah 10 buah tangki simpanan air lagi untuk SMK Sri Aman memandangkan 10 tangki air sebelumnya didapati masih belum cukup untuk menampung keperluan pelajar asrama di situ.

Beliau berkata, masalah tekanan air akan dapat diatasi sekiranya cadangan pembinaan stesen kawalan tekanan air di Sri Jaya dan pusat bandar Sri Aman diluluskan oleh kerajaan.


Sumber: Utusan Borneo

Empat Murid Mendakwa Dicabul Guru

$
0
0
BESUT - Empat murid perempuan sebuah sekolah rendah di sini, mengadu dicabul oleh seorang guru di dalam sebuah bilik di sekolah berkenaan pada 9 Jun lalu.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira jam 9.45 pagi itu, guru lelaki itu didakwa mencabul murid tahun dua di bilik kesihatan sekolah berkenaan.

Kisah itu terbongkar pada 21 Jun lalu apabila salah seorang daripada murid tersebut telah memaklumkan kepada ibunya mengenai perbuatan guru terbabit. Kanak-kanak itu memberitahu, guru berkenaan telah melakukan perbuatan lucah terhadapnya dan dua lagi rakannya.

Sebaik sahaja mengetahui kejadian itu, ibu kanak-kanak terbabit segera membuat laporan polis di Balai Polis Jertih pada 24 Jun lalu.

Ketiga-tiga murid tersebut tinggal di kampung sama dan berdekatan dengan sekolah tersebut. Manakala sumber memberitahu, mangsa keempat murid tahun dua sekolah sama tampil membuat laporan kelmarin, mendakwa turut menjadi mangsa guru tersebut.

Difahamkan, perkara itu terbongkar selepas ibu mangsa mendengar kes berkenaan lalu bertanyakan kepada anaknya sama ada dia turut dicabul guru tersebut.

Murid terbabit mengadu menerima nasib sama seperti rakannya dengan mendakwa guru berkenaan telah memasukkan jari ke dalam kemaluannya selepas menutup mata dan mulut dengan pita pelekat manakala kaki dan tangannya diikat dengan tali.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu tetapi enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan.

Sumber: Sinar Harian


Viewing all 517 articles
Browse latest View live