Quantcast
Viewing all 517 articles
Browse latest View live

Pelajar Lepasan STPM, Matrikulasi Yang Gagal ke IPTA Berpeluang Ikuti Program Diploma UiTM

Mereka boleh ikuti program diploma di mana-mana kampus

SHAH ALAM: Pelajar lepasan program matrikulasi, asasi dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang tidak diterima masuk ke mana-mana institusi pengajian tinggi awam (IPTA), berpeluang mengikuti program diploma di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Naib Canselornya Prof Tan Sri Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata, tawaran itu membolehkan pelajar terbabit mengikuti program diploma di mana-mana kampus UiTM di seluruh negara dengan kelonggaran syarat.

“Mereka boleh merayu dengan menghantar surat rayuan secara terus kepada saya di pejabat Naib Canselor UiTM Shah Alam dengan menyertakan keputusan peperiksaan yang diperolehi,” katanya di sini semalam.

Sahol Hamid berkata, tawaran itu diberikan selepas beliau menerima banyak surat daripada pelajar lepasan program matrikulasi, asasi dan STPM yang merayu untuk mengikuti program ijazah di UiTM selepas gagal memasuki IPTA lain berikutan tidak melepasi syarat dikenakan mengikut sistem merit.

Beliau berkata pelajar dengan kelulusan Purata Nilai Gred Keseluruhan (CGPA) 2.0 ke atas akan diberi pertimbangan untuk pengecualian beberapa mata pelajaran atau dengan pengurangan beberapa kredit serta mungkin boleh menghabiskan program diploma dengan segera.

“Bagi pelajar lepasan STPM pula, mereka boleh membuat rayuan jika mendapat kelulusan kredit bagi lima mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mendapat CGPA tidak kurang 2.0.

“Mereka yang terpilih juga layak untuk memohon bantuan pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN),” katanya.

Sahol Hamid berkata, pelajar yang kurang cemerlang pula boleh memasuki mana-mana 22 buah kolej bersekutu UiTM di seluruh negara dengan syarat mendapat keputusan minimum lima kredit termasuk dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik.

Beliau berkata kolej bersekutu UiTM termasuk Institut Profesional Baitulmal dan Kolej Poly-Tech MARA di Kuala Lumpur serta Kolej Poly-Tech MARA Bangi dan Kolej Teknologi Timur di Sepang.

Sahol Hamid berkata jika pelajar terbabit masih mahu mengikuti program ijazah, mereka boleh mengemukakan rayuan untuk mendapatkan tempat bagi program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) atau program Luar Kampus (PLK) dengan pengecualian syarat pengalaman kerja selama setahun.

Beliau berkata pada masa ini, pemohon yang ingin mengikuti program PJJ atau PLK perlu mempunyai pengalaman kerja selama setahun atau dua tahun, bergantung kepada kursus yang dipilih.

Sahol Hamid turut menolak tanggapan sesetengah pihak bahawa piawaian sesebuah institusi pengajian tinggi akan jatuh sekiranya membuka peluang kepada pelajar yang menerima keputusan peperiksaan rendah.

Beliau berkata andaian itu adalah kurang bijak serta mementingkan diri sendiri.

“Kalau bangsa lain berusaha membantu bangsa masing-masing, tidak salah sekiranya UiTM berusaha untuk membantu bangsa Melayu,” katanya sambil mengingatkan pelajar yang ingin membuat rayuan supaya berbuat demikian dengan segera jika ingin mengikuti pengajian sesi baharu yang bermula September ini. — Bernama



Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Bantu Pelajar Luar Bandar Celik IT

YAN: Lazimnya masyarakat luar bandar agak ketinggalan dari segi teknologi maklumat (IT) kerana tidak mendapat pendedahan sewajarnya sekali gus meluaskan jurang digital dengan masyarakat bandar.

Sehubungan itu, kerajaan menubuhkan Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) yang merupakan inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk membantu masyarakat luar bandar mengenali IT.

Bagi pelajar Nurul Liyana Usup, 13, dari Kampung Seberang Jaya, Kuala Sala dekat sini sebelum ini dia langsung tidak berpeluang menggunakan komputer serta melayari Internet kerana keluarganya tidak mampu menyediakan kemudahan itu.

“Sebelum ini saya memang tak tahu mengenai hal berkaitan dengan komputer dan Internet, nak pegang komputer pun takut sebab memang tak reti (pandai). Sekarang saya dah boleh guna komputer tanpa rasa takut selepas diajar oleh tenaga pengajar PI1M,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di PI1M Kuala Sala di sini.

Nurul Liyana, anak nelayan dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Mu’adzam Shah, Kota Sarang Semut berkata kemudahan yang disediakan oleh kerajaan itu dapat digunakannya untuk menyiapkan tugasan serta mencari pelbagai maklumat berguna untuk tujuan pembelajaran.

Dia amat berterima kasih kepada kerajaan kerana mewujudkan PI1M di tempatnya yang mampu membuka mata pelajar dan masyarakat luar bandar di kawasannya tentang IT.

Nurul Huda Natasha Ismail, 12, pula berkata dia kini bukan sahaja mengulang kaji untuk Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) melalui buku, malah dapat belajar dalam Internet melalui aplikasi Zoom A.

“Memang seronok guna Internet, banyak yang saya dapat. Sebelum ini saya pernah ke Kafe Siber tapi tak boleh nak belajar sebab keadaan bising dan mengganggu tumpuan saya belajar,” katanya.

Pelajar Sekolah Kebangsaan Seri Mahawangsa, Kuala Sala itu berkata dia dapat mempelajari sesuatu yang baharu serta dapat melihat kertas soalan UPSR terdahulu secara dalam talian untuk dijadikan latihan harian.
“Bila ada PI1M ini saya mudah untuk belajar. Saya juga dapat belajar asas perisian komputer seperti Microsoft Office dan dapat panduan mengenai penggunaan Internet dengan betul “ katanya.

Nurul Huda berkata walaupun Internet juga mempunyai banyak keburukan, baginya setiap pengguna Internet perlu bijak setiap kali melayarinya dan hanya melayari laman sesawang yang berfaedah sahaja.

Sementara itu Pengurus PI1M Kuala Sala, Siti Fatimah Ayob berkata PI1M Kuala Sala menawarkan pelbagai aktiviti dan program kepada masyarakat di kawasan itu yang sebelum ini kurang terdedah dengan IT.

Katanya antara program yang dianjurkan ialah latihan ICT percuma, program ‘klik dengan bijak’, program 1 Citizen, Get Malaysian Business Online serta program pembangunan modal insan masyarakat. — Bernama


‘Don’t use kids to raise money’


Getting children to seek donations in public places, even by uniformed bodies, is illegal, says minister

KUCHING: Uniformed bodies and other non-governmental organisations (NGOs) must stop sending children to solicit donations in public places.

Minister of Welfare, Women and Family Development Datuk Fatimah Abdullah said this act was a violation of the Children Act 2001.

“We will write to them (uniformed bodies) to give them a gentle reminder about the provisions of the Children Act 2001 after the Hari Raya holidays,” Fatimah told The Borneo Post when contacted yesterday.

She was asked to respond to a public query about members of a uniformed body, mostly students, being spotted in public places here seeking donations the past few days. Some members of the public are unsure whether it was all right for uniformed bodies to use students to seek donations in public places.

Fatimah said schools were also no longer permitted to ask students to solicit donations from the public for activities such as jogathons.

This follows a directive from the Ministry of Education to protect children from exploitation.

However, she pointed out that parents were allowed to seek donations on behalf of their children, as often happened with school jogathons.

Last month Fatimah, with the aid of several agencies, ‘rescued’ several children from a private welfare institution from asking for donations in public places.

Meanwhile, several parents, when interviewed, cautioned that the law prohibiting children from seeking for donations in public places could dampen their children’s spirit of volunteerism.

- The Borneo Post

UiTM Sarawak Tawar Diploma Pengurusan Halal Kepada Bakal Pelajar Ambilan Nov 2013

KOTA SAMARAHAN 13 Ogos - Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarawak akan menawarkan program baharu iaitu Diploma Pengurusan Halal kepada bakal pelajar ambilan November ini.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Penolong Rektor Kampus 2 Samarahan UiTM Sarawak, Profesor Madya Dr. Firdaus Abdullah berkata, program itu bertujuan memenuhi keperluan pakar di wilayah Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE).

Katanya, permintaan terhadap program berkaitan bidang halal sentiasa tinggi terutama di wilayah SCORE, mendorong UiTM Sarawak untuk menawarkan program ini untuk ambilan November.

"Bagi memastikan objektifnya tercapai, kandungan program ini turut dirangka khusus untuk keperluan di negeri ini, terutama di wilayah SCORE," katanya di sini baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Firdaus memberitahu, lepasan sekolah yang kurang cemerlang dalam peperiksaan masih berpeluang melanjutkan pelajaran ke UiTM menerusi program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB)

"Program ini diperkenalkan sejak 2010 di UiTM di seluruh negara.

"Program ini bertujuan membantu golongan kurang cemerlang dalam peperiksaan mendapat peluang kedua untuk melanjutkan pelajaran ke universiti," katanya.

Beliau dalam pada itu memberitahu, permohonan kemasukan sesi akademik 2 2013/2014 ke UiTM secara dalam talian kini dibuka sejak 1 Julai lalu dan bakal berakhir 18 Ogos ini.

Keputusan SPM Ulangan 2013 Akan Diumumkan Pada 21 Ogos 2013 (Rabu)

KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Ulangan 2013 akan dikeluarkan Rabu ini.

Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan, slip keputusan akan diposkan atau calon boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri, tempat calon mendaftar peperiksaan.

Calon juga boleh membuat semakan melalui perkhidmatan mySMS 15888 dengan menaip SPMU RESULT, nombor kad pengenalan dan hantarkan ke 15888.

Seramai 12,520 calon menduduki peperiksaan dan daripada jumlah itu, 7,148 calon mendaftar untuk mata pelajaran Bahasa Melayu manakala 2,932 calon mendaftar bagi mata pelajaran Matematik dan 2,440 lagi bagi kedua-dua mata pelajaran.

Sebanyak 232 pusat peperiksaan dibuka pada 11 dan 12 Jun di seluruh negara. -BERNAMA

Jawatan Kosong di Universiti Teknologi Malaysia


UTM memerlukan individu yang dinamik, inovatif dan bercita-cita tinggi untuk bersama-sama menerokai teknologi baru dalam usaha merealisasikan Wawasan Universiti untuk Wawasan 2020. Selaras dengan hasrat ini, calon-calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di UTM Kuala Lumpur. Senarai jawatan kosong :

1. Penolong Jurutera (J29) - Kontrak

2. Penolong Pegawai Latihan Vokasional (J29) - Kontrak
3. Pembantu Tadbir P/O (N17) - Tetap / Kontrak
4. Pembantu Perpustakaan (S17) - Tetap

Tarikh Iklan : 14 Ogos 2013

Tarikh Tutup Iklan : 28 Ogos 2013

Permohonan jawatan dalah secara online application di pautan :
https://hrfin.utm.my/smuhr/portaliklan/portaliklan.do?action=displaySenaraiIklan

Pasangan Kekasih Bincang Soalan SPM Dalam Semak


KULIM - Hasrat sepasang kekasih berusia 17 tahun untuk memadu kasih di kawasan semak berhampiran Jana kuasa TNB di sebuah taman perumahan di sini tidak kesampaian apabila aktiviti mereka berjaya dihidu polis yang sedang membuat rondaan pencegahan jenayah, kira-kira jam 4.30 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, pihaknya curiga apabila ternampak sebuah motosikal diletakkan berhadapan jana kuasa itu.

“Setelah mengepung kawasan belukar itu, kami ternampak seorang remaja lelaki keluar dari belakang semak dan beberapa minit kemudian seorang remaja perempuan  pula keluar dari tempat sama.

"Siasatan mendapati mereka masih bersekolah dan memberikan alasan berbincang tentang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan diduduki,” katanya kepada Sinar Harian.

Ghuzlan berkata, sepanjang ditahan, pelajar perempuan menunjukkan reaksi agresif seperti menangis, ingin mencederakan dirinya sendiri selain berpura-pura hendak pengsan.

Katanya, bagaimanapun setalah dimaklumkan kepada pasangan itu bahawa polis akan menghubungi kedua-dua keluarga remaja terlibat, keadaan mula terkawal.

"Kedua-dua remaja itu kemudiannya diserahkan kepada keluarga masing-masing," katanya.

Sumber: Sinar Harian

Guru Wanita Sering Bawa Pulang Teman Lelaki Ke Rumah Nyaris Dicekup Khalwat

GONG PASIR – Tindakan seorang guru wanita yang sering membawa pulang teman lelaki ke rumah pada waktu tengah malam sehingga menimbul syak wasangka jiran tetangga nyaris membawa padah apabila rumahnya diserbu pihak penguat kuasa syariah, dekat sini, awal pagi kelmarin.

Ketika serbuan kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, pasangan lelaki kepada guru sekolah rendah itu yang berada di ruang tamu difahamkan sempat melarikan diri sebaik melihat kenderaan pejabat agama tiba.

Guru wanita berstatus ibu tunggal berusia 30an yang mempunyai anak berusia 9 dan 11 tahun itu bagaimanapun mengakui perbuatan sumbang dilakukannya dan dinasihatkan agar tidak mengulangi perbuatan terbabit.

Sumber: Sinar Harian, 6 Julai 2013

Kementerian Kesihatan Mohon JPA Wujudkan 10,000 Jawatan Untuk Jururawat


BALIK PULAU: Kementerian Kesihatan telah memohon dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mewujudkan 10,000 penjawatan bagi perkhidmatan jururawat.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata jawatan baharu itu diperlukan bukan sahaja kerana kekurangan bilangan jururawat tetapi untuk menampung keperluan klinik dan hospital baharu serta bagi menampung peningkatan jumlah pesakit.

Kini kira-kira 1,600 juru-rawat terlatih dilahirkan setiap tahun.

Kementerian Kesihatan juga mencadangkan 3,000 klinik dan 140 hospital baharu, kata beliau kepada pemberita di majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediaman beliau di sini semalam.

Mengenai pengisytiharan harta yang dilakukan Ketua Menteri Lim Guan Eng dan anggota exconya, Dr Hilmi yang juga Ketua UMNO  bahagian Balik Pulau berkata amalan itu menjadi perkara biasa semasa pentadbiran Barisan Nasional (BN) di bawah Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Beliau turut mempersoal-kan sikap Lim yang juga Setiausaha Agung DAP yang mempertikaikan arahan ROS  agar DAP mengadakan semula pemilihan anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu “Kenapa perlu kecoh, ia hanyalah pemilihan semula,” katanya. — Bernama, 10 Ogos

Tawaran Mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Tabika/Taska) KEMAS Tahun 2013


Tawaran Mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Tabika/Taska) KEMAS Tahun 2013.

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (Tabika/Taska) KEMAS Tahun 2013

1. SYARAT & KELAYAKAN 
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 21 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan;
- Pemohon mestilah mempunyai kelayakan seperti berikut:

(a) DIPLOMA yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (keutamaan kepada calon yang memiliki Diploma dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak); atau

(b) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

(c) Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

- Kakitangan kerajaan bertaraf TETAP, lulusan Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tidak layak untuk memohon jawatan ini

2. MAKLUMAT ASAS KURSUS
- Tempat : Institut / Pusat Latihan KEMAS
- Tempoh : Satu (1) hingga dua (2) bulan atau tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh Jabatan

3. TARIKH PERLANTIKAN
- Calon yang LULUS KURSUS ini sahaja layak dipertimbangkan untuk dilantik sebagai Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat (Pemaju Masyarakat Tabika/Taska) Gred S27 KONTRAK
- Tarikh perlantikan ke jawatan ini dijangka berkuat kuasa Januari 2014 atau tertakluk kepada perubahan

4. PANDUAN MENGISI BORANG PERMOHONAN
- Pemohon dikehendaki menggunakan Borang KEMAS 1 Pin. 2005
- Isikan semua maklumat dengan jelas, tepat dan lengkap mengikut butiran yang dikehendaki seperti dalam borang berkenaan
- Borang juga boleh didapati di:

(a) Laman Web KEMAS : http://www.kemas.gov.my/
(b) Fecebook KEMAS
(c) Pejabat KEMAS Negeri atau Daerah/Parlimen. Alamat Pejabat KEMAS Negeri adalah seperti berikut :https://www.facebook.com/notes/jabatan-kemajuan-masyarakat-kemas/direktori-jabatan-kemajuan-masyarakat-kemas-negeri/500001019960

5. PANDUAN MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN
- Borang hendaklah dihantar ke PEJABAT KEMAS NEGERI yang dipilih SEBELUM tarikh tutup permohonan
- Sebarang kelewatan permohonan tidak akan dipertimbangkan
- Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dilayan

6. TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 30 OGOS 2013

7. TEMUDUGA DAN KEPUTUSAN
- Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk temu duga
- Hanya calon-calon yang berjaya dalam Kursus Asas Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak akan dipertimbangkan untuk berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat (Pemaju Masyarakat Tabika/Taska) Gred S27 secara kontrak di KEMAS.
- Calon-calon yang tidak dihubungi selepas enam (6) bulan daripada tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya. Surat pemberitahuan tidak akan dikeluarkan oleh Jabatan.

PTPTN Bekerjasama Dengan Bank Negara Senaraikan Peminjam Ingkar Dalam CCRIS

KUALA LUMPUR 19 Ogos - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan melaksanakan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) dengan kerjasama Bank Negara bagi menyenaraikan peminjam ingkar, bermula bulan ini.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, CCRIS merupakan sistem pangkalan data Bank Negara yang menyimpan maklumat kredit peminjam yang telah dilaporkan oleh institusi kewangan.

Menerusi pendekatan ini peminjam PTPTN yang ingkar menerima kesan seperti peminjam institusi kewangan lain, terutama membabitkan kelulusan permohonan pinjaman, kad kredit, sewa beli dan sebagainya, kata Idris.

Beliau ditemui pemberita pada majlis mesra bersama pelanggan dan sambutan Aidilfitri PTPTN, di sini Isnin.

"Institusi kewangan atau bank akan menilai dan menganalisis setiap pinjaman, baki pinjaman, rekod bayaran balik serta bilangan bulan tertunggak yang terlibat. Ini akan mempengaruhi kelulusan permohonan atau jumlah pinjaman," katanya.

Idris berkata, pelaksanaan CCRIS tidak bertujuan membebankan peminjam PTPTN sebaliknya mahu menggalakkan budaya pembayaran balik sebagai kemudahan pembiayaan pendidikan kepada generasi seterusnya.

Pada masa yang sama, beliau berkata, PTPTN merangka beberapa penyelesaian bagi membantu peminjam yang disenarai dalam CCRIS termasuk membayar keseluruhan tunggakan serta membuat komitmen bayaran secara ansuran melalui potongan gaji atau Arahan Tetap bank.

"Selain itu peminjam juga mempunyai pilihan dengan membuat penjadualan atau penstrukturan semula pinjaman mereka yang tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh PTPTN," katanya.

Sehingga 30 Jun lepas PTPTN telah meluluskan pembiayaan pendidikan kepada 2.2 juta pelajar dengan amaun keseluruhan berjumlah RM49.9 bilion.

Dalam perkembangan lain, Idris berkata Kementerian Pendidikan sedang berbincang dengan Kementerian Pengajian Tinggi Mesir agar penangguhan peperiksaan membabitkan pelajar Malaysia dilanjutkan untuk satu tempoh yang lama.

Ini kerana katanya krisis di Mesir dilihat akan mengambil masa untuk pulih. - BERNAMA

Read in English: NST

Aktivis Mahasiswa Rancang Demonstrasi Bantah CCRIS PTPTN

Kumpulan aktivis mahasiswa merancang untuk mengadakan demonstrasi berhubung pengumuman Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh mengenai peminjam ingkar Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan dikenakan tindakan di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Adam Adli
Aktivis, Adam Adli Abdul Halim, berkata mahasiswa tidak memandang remeh isu berkenaan, dan mereka tidak akan membiarkannya tanpa sebarang tindakan.

"Perbincangan sedang dijalankan. Kita pasti akan melakukan aksi bantahan," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Idris ketika mengumumkan perkara itu berkata, menerusi pendekatan melalui CCRIS tersebut, peminjam PTPTN ingkar akan menerima kesan seperti peminjam institusi kewangan lain, terutama membabitkan kelulusan permohonan pinjaman, kad kredit, sewa beli dan sebagainya.

Adam berkata: "Selepas kenyataan yang dikeluarkan menteri, banyak kumpulan pelajar dan badan lain termasuk dari sayap parti politik mulai duduk berbincang, dan sedang berkira-kira untuk menunjukkan respon kembali.”

Menurut mahasiswa Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) itu, tindakan kementerian jelas membuktikan bagaimana PTPTN tidak pernah diwujudkan untuk tujuan membela kebajikan mahupun membantu sesiapa, melainkan hanya perangkap untuk terus membuat keuntungan hasil dari kesusahan pelajar sendiri.

"Tidak wajar untuk menyenaraikan individu yang berhutang dengan pinjaman pendidikan ke dalam CCRIS memandangkan golongan ini tidak berhutang untuk memiliki sebarang aset atau untuk membuat sebarang keuntungan seperti pinjaman perniagaan.

"Dengan keadaan ekonomi dan kadar pengangguran yang meningkat, ditambah dengan dasar kerajaan yang tidak bijak seperti umur persaraan, tidak hairan ramai graduan bakal terus jadi hamba kepada hutang,” katanya.

Adam berkata, menggunakan ugutan seperti penyenaraian CCRIS itu tidak menyelesaikan sebarang masalah, melainkan hanya mendedahkan bagaimana singkatnya pemikiran menteri bertanggungjawab.

Sementara itu, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang berkata, pihaknya akan berusaha untuk bertemu dengan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin bagi membincangkan perkara itu.

"Kami rancang untuk bertemu dengan Khairy dan bawa isu ini. Kalau tidak selesai juga kami merancang akan berdemonstrasi sekali lagi," katanya kepada The Malaysian Insider.

"Kami bantah tindakan CCRIS ini dan ia makin membebankan. Sedangkan hasrat Khairy nak selesaikan isu kebankrapan anak muda tetapi menteri pendidikan semakin nak senarai hitamkan anak muda," katanya.

Adam juga berkongsi pendapat sama, dan berkata:"Perkembangan terbaru ini menunjukkan betapa Idris Jusoh bukan orang yang layak untuk mentadbir hal ehwal pendidikan terutama pendidikan tinggi. Beliau tidak memahami ehwal dan kebajikan pelajar."

Pada April 2012, sekumpulan 300 mahasiswa termasuk Adam dan Safwan mengadakan demonstrasi menuntut pemansuhan PTPTN di Dataran Merdeka.

Mereka berarak membawa gambar Perdana Menteri Datuk, Seri Najib Razak dan Datuk Seri Khaled Nordin yang ketika itu menteri pengajian tinggi dengan dikalungkan bunga malai sebagai simbolik meluahkan perasaan tidak puas hati mereka.

Kumpulan mahasiswa itu kemudiannya mendirikan khemah di kawasan dataran bersejarah dan merancang akan terus berkhemah di kawasan tumpuan pelancong itu sehingga Perhimpunan Bersih 3.0 yang berlangsung pada 28 April. – 20 Ogos, 2013.

Jawatan kosong di Cosmopoint International College Technology Kuching


Jawatan : Pensyarah
Bidang : E-Kesetiausahaan
Kelayakan : Bachelor Degree In Office Automation or Bachelor Degree In Secretary
                      (Minimum GGPA 3.0)
Status Jawatan : Tetap
Pengalaman : Jika ada pengalaman mengajar adalah kelebihan
Tarikh Tutup : 15 September 2013

*sekiranya berminat sila hantar resume ke alamat 

Kolej Teknologi Antarabangsa 
Cosmopoint Kuching, Lot 3128 Blok 10, 
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, 93250 
Kuching. 

Telefon: 082-240340 

Pelajar Patah Tangan Kiri Selepas Dipukul Guru Dengan Batang Penyapu

Image may be NSFW.
Clik here to view.
ANGKARA GURU: Keadaan tangan Mohd Fairiz yang berbalut.
(Sisipan) Tangan kiri mangsa kelihatan bengkak akibat tindakan
guru memukulnya menggunakan batang penyapu
.


SIBU: Seorang pelajar tingkatan tiga patah tangan kiri selepas dipukul oleh gurunya menggunakan batang penyapu.

Menurut kenyataan laporan polis yang dilakukan oleh abang mangsa, kejadian yang melibatkan adiknya, Mohd Fairiz Abdul Rahman berlaku di kawasan sekolah pada 21 Ogos lalu.

“Saya memang terkejut mendengar kejadian yang menimpa adik saya setelah dihubungi ibu bapa saya pada Jumaat lalu yang menyatakan dia patah tangan kiri dipukul oleh gurunya.

“Mendengar kejadian berkenaan saya terus bergegas pulang ke Sibu dan bertanya kepada adik saya apakah sebenarnya yang berlaku sehingga mengakibatkan hal yang amat serius itu.

“Ekoran itu, saya bertindak menghubungi guru berkenaan pada 24 Ogos untuk mendapatkan penjelasan sebenar berhubung perkara tersebut.

“Guru berkenaan memberitahu bahawa adik saya melakukan provokasi terhadapnya selama dua tahun dan atas dasar tidak berpuas hati akibat tindakan melampau seorang guru, saya bertindak membuat laporan polis.

“Ini kerana perbuatan guru terbabit bersifat dendam dan bukan berpunca daripada kesalahan disiplin sekolah,” katanya di sini semalam.

Dalam pada itu, abang Mohd Fairiz serta ahli keluarga hadir bersemuka dengan pihak sekolah yang melibatkan guru terlibat untuk mendapatkan penjelasan dan membuat keputusan bagi tindakan yang dianggap melampau.

Bagi ayah mangsa, dia tidak menyangka seorang guru yang cukup berpengalaman dalam profesion guru sanggup memperlakukan seorang pelajar sehingga mengakibatkan patah tangan.

Hasil pemeriksaan doktor mendapati tulang tangannya patah tiga dan memerlukan sokongan pada anggota tersebut, tetapi masih menunggu perkembangan semasa.

“Walaupun hakikatnya anak saya seorang pelajar yang nakal di sekolah, apabila terjadinya keadaan yang boleh mengakibatkan anak saya mengalami kecacatan kekal, ia bukan lagi perkara remeh.

“Apa yang berlaku memang amat menyedihkan dan saya rasa amat kesal atas tindakan guru tersebut yang bertindak mengikut emosi dan mempunyai niat yang dipendam terhadap anak saya,” jelas ayah mangsa.

Tambahnya, jika tiada telefon bimbit pada kocek seluar sebelah kiri, beliau merasakan anaknya juga akan mengalami patah pada kaki.

“Ini kerana telefon bimbit anak saya yang ketika kejadian berada dalam kocek kiri seluarnya bengkok dan skrin dalamannya telah pecah dengan teruk.

“Ini menunjukkan kesan pukulan tersebut cukup kuat.

Saya amat sedih dan kasihan melihat situasi anak saya sekarang dan segala urusan yang berkaitan telah diuruskan oleh abangnya,” katanya.

Berikutan kejadian itu, kedua-dua pihak membuat laporan polis dan difahamkan pihak keluarga telah tampil berunding dengan guru tersebut untuk menyelesaikan masalah serta tuntutan pampasan yang sewajarnya ke atas pelajar terlibat.

Sumber: Utusan Borneo


Kursus Asas Penternakan Ikan Air Tawar di UPM Bintulu


TARIKH
07– 08SEPTEMBER 2013(SABTU-AHAD)

MASA
8.15 PAGI(Pendaftaran)

TEMPAT
DEWANTAKLIMAT
FAKULTISAINSPERTANIANDANMAKANAN,
UNIVERSITIPUTRAMALAYSIAKAMPUSBINTULU
SARAWAK.

IKLAN & BORANG di >>http://bit.ly/19XYF4t

Permohonan Secara Online Ke Institusi Pendidikan MARA (IPMa) Sesi Januari 2014


Untuk pelajar lepasan SPM, SPMV mahupun setaraf dengannya dipelawa untuk memohon melanjutkan pelajaran institusi pendidikan MARA (IPMa) bagi sesi Januari 2014. Antara Institusi terlibat adalah: 

1. Kolej Profesional MARA (KPM)
2. Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
3. Institut Kemahiran MARA (IKM)
4. German-Malaysian Institute (GMI)
5. Kolej MARA (Program Persediaan Keusahawanan Sains – UMK )

Permohonan secara online (atas talian) akan dibuka untuk kemasukan sesi Januari pada 4 September 2013 sehingga 4 Oktober 2013.

Iklan Permohonan IPMa Sesi Jan 2014>>http://bit.ly/17QfwED

Permohonan secara online>>http://bit.ly/1fACsXi

Guru Terbeban, Harga Rumah Tinggi di Bintulu


KUCHING: Harga rumah yang terlalu tinggi di Bintulu sehingga mencecah RM450,000 ke atas sebuah telah menyukarkan golongan guru memiliki atau membeli kediaman di situ.

Presiden Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) Ahmad Malie berkata, perkara tersebut telah menjadi rungutan dalam kalangan ahli KGBS Cawangan Bintulu sejak akhir-akhir ini.

“Sejak akhir-akhir ini, KGBS kerap menerima rungutan ahli-ahlinya khususnya dari cawangan Bintulu berhubung masalah untuk memiliki atau membeli rumah kediaman di Bintulu.

“Berdasarkan tinjauan rambang KGBS Cawangan Bintulu, didapati bahawa harga sesebuah rumah terlalu tinggi sehingga mencecah RM450,000 ke atas.

“Dengan harga yang terlalu tinggi inilah guru-guru khususnya ahli KGBS yang merupakan penduduk tempatan di Bintulu berasa sukar untuk membeli rumah sebagai hak milik dan kediaman keluarga yang dicita-citakan oleh setiap penjawat awam selama ini,” katanya menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) semalam.

Justeru, melihat kepada senario tersebut di samping menjaga kebajikan guru khususnya bagi ahlinya, Ahmad yang juga setiausaha CUEPACS Sarawak menyeru kepada kerajaan negeri melalui Kementerian Perumahan agar dapat menyediakan perumahan yang berharga mampu milik untuk warga guru di Bintulu.

Dalam pada itu, katanya memandangkan isu ini amat memerlukan pertimbangan yang serius daripada kerajaan negeri, KGBS akan mengatur satu perjumpaan secara khusus dengan Menteri Perumahan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.

“Ini sebagai usaha membantu warga guru di bahagian Bintulu khususnya dan bahagian-bahagian lain di negeri ini yang menghadapi isu sama.

“Justeru, KGBS berharap agar perjumpaan dan perbincangan yang dirancang dengan Abang Johari nanti akan mencapai resolusi yang baik dan mencari jalan untuk menangani isu ini demi kebajikan dan perkhidmatan warga guru khususnya mereka yang berkhidmat di bahagian-bahagian yang mengalami isu yang serupa seperti di Bintulu,” katanya.

Sumber: Utusan Borneo

25 Belia Penan Jadi Pesawah Perintis Sertai Program Latihan Pertanian

BANYAK ILMU BAHARU: Belia-belia Penan berazam untuk menjadi perintis pertanian yang berjaya di Murum.

KUCHING 6 Sept. - Seramai 25 golongan belia Penan menyertai program latihan pertanian yang berlangsung selama 24 hari di Institut Pertanian Sarawak dekat sini baru-baru ini.

Menurut kenyataan akhbar Sarawak Energy Berhad (SEB), kumpulan itu terdiri daripada wakil beberapa komuniti Penan yang terbabit dengan pembinaan Empangan Murum di Kapit.

Katanya, belia tersebut merupakan kumpulan perintis yang diyakini mampu mendorong komuniti masing-masing mengguna pakai amalan pertanian lebih moden.

"Peserta-peserta ini terdiri daripada 17 lelaki dan lapan perempuan yang berusia dalam lingkungan umur 15 hingga 32 tahun.

"Mereka yang berasal dari Long Luar terdiri daripada enam orang, Long Wat (5), Long Menapa (5), Long Tangau (5), Long Singu (4)," kata kenyataan itu di sini baru-baru ini.

Menurut kenyataan itu lagi, program latihan pertanian tersebut merupakan sebahagian daripada Projek Home Garden Penempatan Semula Murum yang dilaksanakan kerajaan negeri dengan kerjasama penuh pihak SEB.

Lima modul utama disediakan untuk para peserta iaitu penternakan, tanaman, akuakultur, pembangunan ekonomi rumah serta rekod ladang.

"Berdasarkan maklum balas fasilitator dan instruktor, kesemua peserta menunjukkan sikap positif apabila menunjukkan minat mendalam untuk menuntut ilmu," kata kenyataan itu.

Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang dijadual merasmikan program latihan itu pada 11 September ini.

Sementara itu, seorang peserta, Steven Mutui, 21, mengakui berasa bertuah kerana diberi peluang mengikuti latihan pertanian tersebut.

"Sekembalinya saya ke kampung halaman, saya akan memanfaatkan segala ilmu yang ditimba untuk mengubah nasib komuniti kami," katanya.

Seorang lagi peserta, Lurang Usang, 21, dari Long Singu berazam untuk mengubah corak hidup keluarganya yang ketika ini masih bergantung kepada aktiviti memburu serta mengutip hasil hutan.

Sumber: UtusanThe Borneo Post

Jadual Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013 Bermula 10 - 12 September

478,848 Calon Duduki UPSR 2013 Bermula 10 September


KUALA LUMPUR 9 Sept. - Sebanyak 478,848 calon akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bermula esok sehingga 12 September ini di 8,268 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan hari ini daripada jumlah itu sebanyak 469,882 calon adalah dari sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan manakala 8,966 calon lagi dari sekolah swasta yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Sebanyak 49,117 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar seperti dijadualkan.

Jadual waktu peperiksaan itu telah diedarkan ke sekolah dan boleh dimuat turun daripada laman sesawang Lembaga Peperiksaan di alamat http://www.moe.gov.my/lp.

Calon juga diingatkan supaya membawa kad pengenalan masing-masing ke pusat peperiksaan bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan dengan lancar. - BERNAMA



Viewing all 517 articles
Browse latest View live