Quantcast
Channel: Pengajar 4.0
Viewing all 517 articles
Browse latest View live

1Malaysia Entrepreneur Bootcamp 2013 | INTAN Kampus Sarawak 22 & 23 Sept

$
0
0

Are you an entrepreneur? or aspiring to be an entrepreneur?
Join 1MET Bootcamp 2013 now.

Adakah anda usahawan? atau ingin menjadi usahawan?

Sertai 1MET (1Malaysia Entrepreneur) Boothcamp 2013 sekarang. Sila layari laman web www.1met.org untuk keterangan lanjut dan pendaftaran.

Lokasi di Sarawak akan diadakan di Kuching bertempat di INTAN Kampus Sarawak, Kota Samarahan pada 21 dan 22 September 2013. Boothcamp ini adalah program 1/2 hari merupakan inisiatif Kementerian Kewangan Malaysia, khas untuk belia berumur 18-40 tahun. Peserta yang mengikuti program ini mungkin akan terpilih untuk mengikuti 4th Global Entrepreneurship Summit yang akan diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre pada 11 Oktober 2013 dan berpeluang bertemu Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Amerika Syarikat.



Kerajaan Akui Kelemahan Pelaksanaan PBS, Bukan Niat Bebankan Guru - Idris Jusoh

$
0
0
Idris Jusoh bercakap ketika sesi dialog bertajuk "Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia - Satu Perspektif" bagi mengupas isu pendidikan nasional anjuran Sinar Harian di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf.
SHAH ALAM – Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh mengakui wujudnya kelemahan dalam pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang diperkenalkan di sekolah-sekolah pada 2011 telah membebankan golongan pendidik selain daripada tugas mengajar di bilih darjah.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan pelaksanaan PBS itu akan ditambah baik dari semasa ke semasa supaya guru tidak tertekan dengan tambahan tugas terbabit menyebabkan mereka hilang minat untuk meneruskan kerjaya terbabit. 

"Pelaksanaannya ada sedikit masalah, lebih beri arahan terperinci dan ia menyusahkan guru.

"Sistem baru itu baik, cuma pelaksanaan perlu diperbaiki, saya akui kelemahannya," katanya pada program Bicara Minda yang bertajuk 'Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia-Satu Perspektif', di sini, hari ini.

Tambah beliau, pengenalan PBS itu bagi memastikan sekolah tempatan tidak lagi berorientasikan kepada peperiksaan dan mata pelajaran, sebaliknya ia berasaskan kepada penilaian pelajar itu sendiri.

Katanya, ia bagi menggantikan sistem peperiksaan sedia ada yang juga sebahagian daripada Program Transformasi Pendidikan negara.

“Guru akan menilai cara pelajar belajar, berinteraksi dan sebagainya, kemudian direkod penilaian itu secara menyeluruh, bukan peperiksanan semata-mata sahaja.

“Keadaan bertambah baik, kita akan pastikan guru tidak terbeban dengan PBS supaya kita boleh mencapai matlamat ke arah sekolah satu pertiga terbaik di dunia,” katanya sambil menyifatkan kerjaya sebagai guru itu merupakan profesional mulia dan murni kerana berupaya mendidik masyarakat ke arah lebih baik.

Sumber: Sinar Harian

Kerajaan Terus Laksana Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) Walaupun Wujud Bantahan

$
0
0
Dialog Bersama Menteri : YB Datuk Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan Malaysia II - Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, Satu Perspektif. kompleks Karangkraf, Shah Alam
SHAH ALAM: Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) akan dilaksanakan walaupun mendapat tentangan berterusan Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) yang turut merancang mengambil tindakan undang-undang terhadap Kementerian Pendidikan. 

Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata pihaknya tidak boleh berdolak-dalik berhubung pelaksanaan pelan itu memandangkan ia diperincikan dari segala aspek serta menerima pandangan daripada pelbagai pihak dari dalam dan luar negara. 

"Jika kita tarik balik sana-sini ia (PPPM) tidak akan berjaya. Kerajaan akan terus laksanakan program ini yang dilancarkan pada 6 Sept lepas oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin," katanya kepada media selepas menyertai dialog mengenai topik 'PPPM-Satu Perspektif' di sini, hari ini. 

Idris mengulas tindakan Dong Zong yang dikatakan merancang mengadakan bantahan melalui perhimpunan secara aman selain mengambil tindakan undang-undang terhadap kementerian sekiranya pelaksanaan pelan dilihat menjejaskan kedudukan bahasa Cina dalam pendidikan negara. 

Mengenai tindakan persekutuan itu yang masih membantah PPPM walaupun sudah diberi penjelasan terperinci berhubung pelaksanaannya, menteri itu berkata kerajaan tidak boleh memuaskan hati semua pihak dan apa yang penting ialah melaksanakan program yang boleh memberi kebaikan kepada rakyat dan negara. 

"Kita laksanakan apa yang terbaik selaras dengan falsafah pendidikan negara. Bukan semua orang setuju...kalau ada sesetengah orang cakap sistem pendidikan kita tidak berapa baik dan dia nak hantar anak belajar di luar negara, kita tidak menghalang mereka untuk berbuat demikian. 

"Tetapi untuk negara kita, kerajaan akan pastikan kita memberi yang terbaik dan termampu," jelas Idris. 

Terdahulu, ketika sesi dialog, Idris berkata PPPM yang merangkumi tempoh 2013 sehingga 2025 mempunyai matlamat utama untuk meletakkan sistem pendidikan negara pada kedudukan satu pertiga terbaik di dunia. 

"Melalui PPPM ini, kerajaan juga ingin memastikan sekolah kebangsaan menjadi pilihan utama pelajar tanpa mengetepikan sekolah vernakular," katanya. 

Mengulas kebimbangan mengenai sistem pendidikan yang berubah setiap kali kepimpinan kementerian bertukar, Idris menarik perhatian bahawa kerajaan menetapkan pelaksanaan PPPM untuk tempoh 2013-2025, justeru kebimbangan seperti itu tidak perlu timbul. 

Mengenai kebimbangan beban kerja guru bertambah dengan pelaksanaan PPPM, Idris berkata pihaknya sentiasa terbuka untuk perbincangan ke arah mencari jalan penyelesaian terbaik. 

- BERNAMA

Menteri Besar Kedah Tidak Berhajat Keluar Kertas Putih Kemelut KUIN & IHSB

$
0
0
ALOR SETAR: Kerajaan Kedah tidak berhajat mengeluarkan kertas putih mengenai masalah Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dan anak syarikatnya, Insaniah Holdings Sdn Bhd (IHSB).

Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata audit forensik yang dibuat jelas menunjukkan kemelut yang berlaku dalam KUIN dan IHSB.

Ketika ditanya perkembangan siasatan kemelut KUIN berikutan cadangan wakil rakyat pembangkang dalam sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini agar kerajaan negeri mengeluarkan kertas putih berikutan banyak pendedahan salah tadbir dan penyelewengan dalam KUIN dan IHSB semasa pakatan pembangkang memerintah, beliau berkata ia tidak perlu.

Mukhriz ditemui pemberita di sini semalam selepas menyampaikan sumbangan peribadi dan zakat oleh Jabatan Zakat Negeri Kedah kepada 35 pelajar negeri ini yang akan melanjutkan pengajian di tiga buah universiti di Jordan.

Mengenai tindakan undang-undang, menteri besar berkata kerajaan negeri akan melihat keperluannya kemudian.

“Sekarang belum perlu kerana kita menghadapi masalah dengan akaun anak-anak syarikat IHSB. Nak dapat penyata kewangan yang boleh diterima pun susah,” kata Mukhriz.

Mengenai pelajar Kedah, beliau berkata seramai 156 orang yang sepatutnya melanjutkan pengajian di Mesir menerima tawaran Kementerian Pendidikan untuk belajar di universiti tempatan termasuk KUIN.

Di samping itu sebahagian besar pelajar Kedah di Mesir masih berada di negara bergolak itu atas sebab tertentu namun kerajaan negeri tetap memantau perkembangan mereka untuk dibawa balik sekiranya perlu, kata Mukhriz.

Mengenai Rektor Kuin yang baharu, menteri besar berkata seorang calon tempatan telah dipilih dan akan diumumkan apabila surat pelantikannya dikeluarkan dalam masa terdekat.

Beliau berkata Kementerian Pendidikan telah bersetuju dengan calon itu yang akan bertanggungjawab memulihkan maruah dan martabat KUIN dalam tempoh tiga tahun.

Terdahulu, ketika berucap kepada pelajar yang akan ke Jordan Rabu ini, Mukhriz menasihati mereka supaya menjaga hubungan baik Malaysia dengan negara tempat mereka belajar dengan tidak mencampuri urusan dalaman negara berkenaan.

“Jauhilah golongan penyebar ajaran Syiah dan politik yang tidak ada kena mengena dengan Malaysia. Belajarlah menjadi cemerlang,” katanya. — Bernama

Program Pembelajaran Sepanjang Hayat Kolej Komuniti

$
0
0

TANJONG KARANG - Tidak mengira latar belakang dan usia, penduduk  di  daerah ini masih berpeluang menuntut ilmu pengetahuan dan kemahiran tambahan meningkatkan kualiti hidup melalui Program Pembelajaran Sepanjang Hayat Kolej Komuniti Tanjong Karang.

Pengarahnya, Amalulkhair  Sarbini berkata, semua penduduk masih berpeluang untuk mengikuti program dan kursus jangka pendek seperti jahitan  manik,  masakan  kek dan komputer untuk membolehkan kemahiran sedia ada dipertingkatkan.

Menurutnya, setakat ini sambutan amat menggalakkan daripada kakitangan kerajaan yang mahu mengikuti kursus asas komputer tahap satu dan dua manakala golongan suri rumah pula lebih kepada kursus masakan, jahitan dan seni kraftangan.

“Kita sentiasa membuka ruang kepada penduduk yang ingin mengikuti kursus yang diadakan di Kolej Komuniti Tanjong Karang mengikut masa dan tenaga pengajar yang ditetapkan bahkan yuran dikenakan serendah RM5 sahaja sekali gus tidak membebankan.

“Bukan sahaja warga emas, peluang pembelajaran turut diberikan kepada golongan kurang upaya (OKU) kerana mereka lebih berminat kepada seni kraftangan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Merdeka Raya di pekarangan Kolej Komuniti Tanjong Karang.

Sementara  itu  mengenai program berkenaan  Amalulkhair berkata, 20 pelajar kolejnya turut berpeluang untuk mewakili daerah ini menyertai Pertandingan Deklamasi Sajak, Penulisan Esei  Kemerdekaan, Nyanyian  sempena  Semarak Kemerdekaan Wilayah

Selangor di Sabak Bernam pada 9 September ini.

“Untuk makluman, kita mempunyai rekod cemerlang pada penganjuran tahun lalu apabila menyapu habis kedudukan satu hingga tiga dalam Pertandingan Deklamasi Sajak dan mendapat tempat kedua dalam Pertandingan Lukisan Potret Tokoh Kemerdekaan.

“Saya optimis bahawa peserta kali ini akan mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dan mampu menaikkan nama Kolej Komuniti Tanjong Karang ke peringkat lebih tinggi malah usaha serta latihan berterusan menjadi kunci kejayaan kami,” katanya.

Sumber: Sinar Harian, 3 September

850 Graduan Terima Anugerah Diploma & Sijil Pada Majlis Konvokesyen Ke-6 Politeknik Mukah

$
0
0

Bangun modal insan penuhi agenda ETP, MBE yang beri penekanan kepada aspek inovasi, kreativiti

MUKAH: Kerajaan mahu menjadikan Politeknik sebagai institusi pendidikan teknikal bertaraf global, sekali gus dapat membangunkan modal insan negara bagi memenuhi agenda Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Model Baharu Ekonomi (MBE) yang memberi penekanan kepada aspek inovasi dan kreativiti serta menyediakan Politeknik menghadapi pelbagai senario dan cabaran masa depan.

Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata seiring dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dan transformasi pendidikan dan latihan negara, Politeknik dilaksanakan untuk menghasilkan modal insan yang mempunyai mentaliti kelas pertama dan menepati kehendak pasaran.

“Generasi depan merupakan modal insan Malaysia yang paling penting dalam usaha kerajaan merealisasikan kewujudan sebuah negara bangsa maju menjelang 2020 selaras dengan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 3 April 2008.

“Bagi merealisasikan matlamat tersebut, Politeknik mempunyai peranan khusus untuk menangani perubahan persekitaran pengajian tinggi negara yang bukan sahaja memerlukan modal insan berilmu tinggi tetapi mempunyai kemahiran pada peringkat tinggi.

“Sehubungan itu, anak-anak bangsa perlu dibela kerana mereka adalah pewaris masa depan negara.

“Apa yang kita lakukan hari ini akan menentukan daya saing negara,” katanya dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah yang mewakilinya.

Seramai 850 graduan menerima anugerah diploma dan sijil pada Majlis Konvokesyen Ke-6 Politeknik Mukah (PMU) di Dewan Serba Guna PMU, di sini semalam.

Selain itu, Taib menyarankan kepada PMU supaya sentiasa sensitif kepada perkembangan semasa yang berlaku terhadap perubahan landskap ekonomi negara dan dunia.

Beliau berkata kursus-kursus yang ditawarkan perlulah mengambil kira perubahan berlaku agar lebih relevan kepada keperluan semasa serta menyuntik elemen-elemen ‘soft-skills’, ‘multi-tasking’ dan keusahawanan dalam memastikan graduan yang dihasilkan berketrampilan serta dapat menyumbang kepada hasrat menjana modal insan berkualiti bagi menjayakan matlamat misi nasional.

“Saya juga berpesan kepada bakal graduan bahawa konvokesyen ini bukanlah bermakna masa untuk belajar dan menimba ilmu pengetahuan berakhir.

“Peningkatan produktiviti dan daya saing negara memerlukan tenaga kerja yang kreatif, berinovasi dan berintegriti.

“Oleh itu, diharapkan agar para graduan dapat terus meningkatkan kemahiran dan pengetahuan  dalam bidang-bidang yang berkaitan pada masa akan datang.

“Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) akan membuka peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan untuk berkhidmat dan menabur bakti kepada negeri ini.

“Pembangunan yang sedang dilaksanakan di Mukah, Tanjung Manis, Samalaju memerlukan tenaga mahir ‘soft-skill’ dan ‘hard-skill’ bagi mengimbangi keperluan modal insan yang berpengetahuan, inovatif, kreatif dan berdaya saing,” katanya.

Pada majlis tersebut, Fatimah memberitahu bahawa sekarang ini terdapat 100 kekosongan pekerjaan di Press Metal Sarawak dalam bidang kejuruteraan, pengkhususan elektrik dan mekanikal.

“Peluang seumpama ini harus diambil dengan baik oleh masyarakat kita dan ini adalah satu peluang baik bagi graduan belajar dalam bidang-bidang tersebut serta yang baharu menamatkan pengajian,” katanya.

Turut hadir Menteri Muda Promosi Pendidikan Teknikal dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng Abu Seman Jahwie, Pengarah Politeknik Mukah Abdubrani Yunus, Residen Bahagian Mukah Supaih Hamdan dan Pegawai Daerah Mukah Shafrie Saili.

Sumber: Utusan Borneo

Warden Asrama Ditahan Kerana Disyaki Merogol Pelajar

$
0
0
KUCHING: Seorang warden asrama sebuah sekolah menengah di Daerah Padawan, dekat sini di tahan semalam selepas disyaki merogol seorang pelajar perempuan.

Menurut sumber, suspek berusia 54 tahun tersebut dikatakan melakukan perbuatan terkutuk itu di sebuah bilik di sekolah berkenaan sekitar tengah hari kelmarin.

Ekoran itu, mangsa, 16, yang berjaya menyelamatkan dirinya, mengadu kejadian tersebut kepada ahli keluarganya yang kemudian membawanya membuat laporan di balai polis berdekatan.

Mangsa yang turut mengadu mengalami kesakitan pada alat sulitnya, kemudian dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk pemeriksaan kesihatan.

Hasil siasatan awal, sepa-sukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan semalam berjaya menahan suspek di sekolah berkenaan sekitar jam 1 petang untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Pauzi Bujang mengesahkan kes tersebut dan memberitahu suspek ditahan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Sumber: Utusan Borneo

USM Kampus Pertama Bebas Tembakau di Malaysia

$
0
0
YAHYA (tujuh dari kiri) bergambar bersama para peserta Bengkel Perancangan Strategik Projek USM Bebas Tembakau di USM, baru-baru ini.

GEORGE TOWN: Universiti Sains Malaysia (USM) menjadi institusi pengajian tinggi pertama melaksanakan polisi bebas tembakau secara komprehensif di negara ini menerusi Projek USM Bebas Tembakau (USMBT).

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar) USM Prof Dr Adnan Hussein berkata projek dengan kerjasama Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (Mysihat) itu bertujuan mewujudkan kampus USM 100 peratus bebas asap rokok dan bebas daripada sebarang bentuk pengiklanan, promosi dan penjualan produk tembakau.

Beliau berkata projek USMBT menggunakan pendekatan menyeluruh termasuk penggubalan Polisi USMBT yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Universiti pada 12 Sept tahun lepas.

“Yang paling penting adalah meningkatkan pengetahuan dan mendidik komuniti USM tentang kepentingan kawasan bebas tembakau kepada kesejahteraan warga kampus, seterusnya menggerakkan mereka untuk bukan sekadar menyokong tetapi terlibat sama dalam merealisasikan usaha murni ini,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Projek USMBT oleh Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, di sini semalam.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat) Prof Datuk Dr See Ching Mey, Pengerusi MySihat Tan Sri Dr Mohd Nasir Mohd Ashraf dan Pengarah Pusat Racun Negara Prof Madya Dr Razak Lajis.

Adnan berkata sebanyak 1,500 pelajar dari ketiga-tiga kampus USM menjadi sukarelawan yang berperanan mempromosi dan menyampai maklumat berhubung projek berkenaan kepada pelajar, staf serta masyarakat.
“Berbekalkan ilmu, kemahiran dan pengalaman yang ditimba daripada projek ini adalah diharapkan mereka berupaya memainkan peranan yang berkesan sebagai duta USM-MySihat dalam memimpin aktiviti kesukarelawanan berkaitan promosi kesihatan kepada masyarakat awam,” katanya.

Pada sidang akhbar kemudian, Adnan berkata setakat ini pelajar atau warga kerja yang didapati melanggar peraturan yang ditetapkan hanya akan dikenakan berbentuk pendidikan.

“Sekarang ini kita serahkan kepada unit perundangan sebab kita tak boleh menguatkuasakan dalam erti kata menangkap dan sebagainya. Tetapi, staf atau pelajar akan diberi surat tunjuk sebab oleh bahagian perundangan…bagi menunjukkan kami serius, hanya itu yang kita boleh buat setakat ini,” katanya.

Terdahulu, Dr Hilmi berkata 23.1 peratus atau 4.7 juta penduduk yang berumur 15 tahun ke atas adalah perokok semasa berdasarkan tinjauan Global Adult Tobacco Survey (GATS) Malaysia pada 2011. — Bernama



Masalah Penglihatan, Rigneshak Murid Pertama di Malaysia Jawab UPSR Guna Kertas Jawapan Bersaiz Besar

$
0
0


SUNGAI PETANI: Seorang calon Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang mengalami masalah penglihatan, menjadi calon pertama di Malaysia berpeluang menjawab soalan peperiksaan menggunakan kertas jawapan bersaiz besar.

Pengarah Pelajaran Negeri Kedah, Mansor Lat berkata pelajar lelaki berkenaan, K.Rigneshak Kumar, 12, diberi kelulusan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk menjawab soalan menggunakan kertas mahjung.

Beliau berkata saiz kertas berkenaan ialah 109 sentimeter (sm) panjang dan 79sm lebar bagi soalan bertulis, manakala kertas mahjung bersaiz 55sm lebar dan 75sm panjang bagi soalan objektif dengan menggunakan ‘marker pen’.

“Masalah kesihatan pelajar ini dikesan sekitar Mei lalu, bagaimanapun dia tetap dapat peluang untuk menjawab peperiksaan seperti calon-calon UPSR yang lain.

“Untuk membantunya menduduki peperiksaan yang bermula hari ini, soalan peperiksaan untuk semua subjek akan dibacakan oleh pengawas peperiksaan yang bertugas,” katanya pada sidang media selepas meninjau peperiksaan UPSR di Sekolah Kebangsaan Sungai Petani, dekat sini semalam.

Sementara itu, ayah pelajar berkenaan K.Kaneshan, 51, berkata masalah penglihatan anak keduanya itu dikesan ketika berusia lapan tahun namun ketika itu tidak begitu serius.

“Sekitar Mei lalu, masalah penglihatannya semakin teruk dan doktor mengesahkan dia mengalami ‘Accomadative Spasm’. Kami memang tidak jangka memandangkan ia tidak terjadi pada adik-beradiknya yang lain.

“Saya lihat semangat anak saya ini kuat, walaupun mengalami masalah penglihatan dia tetap belajar bersungguh-sungguh untuk menduduki UPSR. Sebagai ibu bapa kami turut membantu menyediakan nota dengan tulisan besar untuk dia mengulang kaji di rumah,” katanya. — Bernama

Bantuan Dana Pendidikan 2013 "Sedekah Online" BUKAN Program Tajaan KPM

$
0
0
Salam Sejahtera,

Pemberitahuan dan sekadar perkongsian..

Bantuan seperti risalah yang dilamprikan dan laman sesawang http://www.sedekahonline.org/ dan https://www.facebook.com/sedekahonline.org BUKAN satu program tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia. Pelajar dan ibu bapa adalah dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan bantuan yang ditawarkan tersebut.



Luahan Hati Seorang Guru Mengenai Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

$
0
0
Sekadar hiasan

Enam tahun sy menjadi Ketua Pentaksir Kebangsaan. Apa yang di luahkan oleh guru ini ada benarnya ...Setiap warga PENDIDIK,PPD,JPN,KPM sampai menteri wajib baca. Najib pun jangan lupa baca. Saya ambil daripada wall seorang sahabat. Isu PBS… apa bebannya… senang je kate deme … Mari tengok beban ke tidak …. Untuk memberi lebih gambaran / perkongsian pengalaman dan pemerhatian saya …

1. Contoh: Guru mengajar 24 waktu seminggu, 8 kelas, 1 kelas 36 orang pelajar

2. Selesai menilai 1 evidens bertulis … guru perlu memasukkan evidens ke dalam fail individu pelajar setiap kelas (36 pelajar x 8 kelas = 288 fail setiap kali nak masukkan dan keluaran evidens)

3. Waktu memasukkan evidens adalah pada masa waktu luang (free period) cikgu

4. Kelas cikgu2 mengajar 24 waktu (1 waktu = 30-40 minit) kadang2 ditambah waktu ganti kelas guru yg tidak hadir menjadikan 28 waktu seminggu

5. Ada ketika cikgu diminta melaksanakan tugas luar (termasuk Sabtu dan Ahad perkara biasa)

6. Kemudian cikgu perlu key in secara online band yang telah dilaksanakan oleh pelajar secara individu (alah … senang saja … cikgu tik saja kata deme…. Haaa…haaa…)

7. Cikgu pun buka lap top … mengajar sessi petang … tiba2 talian internet pulak ditutup konon dah lebih pukul 5 (adusss!!!)

8. Cikgu pakai broadband sendiri …. Berpusing2 (rendering) kekadang sampai 10 minit baru dapat … elok saja nak key in … loceng bunyi … masuk kelas … laksanakan PBS utk kelas berikutnya …

9. Ada pulak pelajar tidak hadir pada hari berkenaan … tidak ada band utk pelajar berkenaan … kerana ada band 1 tidak dilaksanakan … suPBS sekolah dan pengetua panas punggung kerana disergah PPD … cikgu ditekan supaya beri band pada pelajar tersebut dgn ayat “walau apa cara pun cikgu bagi band kat pelajar berkenaan” … mahu x mahu cikgu pun kadangkala gunakan masa luang utk menyelia pelajar berkenaan dan curi masa cikgu lain … maka berebut2 lah cikgu nak ambil pelajar berkenaan utk siapkan PBS … hu..hu… hipokrit … ada juga yg ambil jln mudah tik saja online habis cerita…

10. Cikgu sakit … masuk wad tertekan PBS… bila sihat datang balik sekolah terpaksa kejar masa utk siapkan kerja PBS yg terbengkalai … kelas pulak dibatalkan sebab ada program sekolah seperti raptai sukan, tuan rumah pertandingan dsb.

11. Ada juga kelas PBS termiss sebab kebetulan cuti umum jatuh pada hari yg ada subjek tertentu … problem lagi …

12. SUPBS sekolah pun wujudkanlah keseragaman ‘konon’ utk memudahkan guru2 … beban lagi kalau x buat, dituduh ingkar perintah… kata LPM beri kebebasan pada guru (bila sampai sekolah jadi slogan aja la)

13. Guru perlu menyediakan evidens tidak kurang dari 50 (50 x 8 kelas x 36 pelajar = 14400 evidens) kalau setiap evidens bercetak, katakan sehelai setiap eviden dah ada 14400 helai kertas. Kalau ada 8 subjek (8 x 14400 = 115200 helai kertas … banyak tu). Kalau di Malaysia ada10,066 (10066 x115200 helai kertas = 1158912000 helai kertas) Berapa banyak pokok yg perlu ditebang kerana PBS/ berapa banyak duit perlu dibazirkan. Guru nak buat secara lisan … boleh tapi ada “pihak” nak bukti pulak … ada yg minta gambar aktiviti … kena cetak …heeemmm 2x5 saja.

14. Boss kata pulak “saya x kira … cikgu tidur ke, bangun tengah malam ke … saya nak benda ni siap pada sekian… sekian haribulan” patut ka cakap macam tu … ingan mesin kea pa? mesin pun kena rehat jugak … kalau tidak lingkup! Kos lagi mahal … kalau cikgu “lingkup” apahal?

15. Bila mesyuarat PBS cikgu2 bagi cadangan nak meringankan beban … dicap pembangkang … hantar nama kat PPD minta tukarkan cikgu berkenaan … parasit!

16. Fail individu pelajar sebenarnya boleh diganti dengan fail mengikut subjek … satu kelas ada 8 subjek … baru 8 fail … x perlu fail tebal kerana evidens akan dipulangkan pada pelajar selepas keyin online … jimat masa guru dan pelajar … Boss kata takut pemantau … jawb ja la rasional kat pemantau …. apa masalahnya … yg jadi masalah kalau cikgu x buat PBS …

17. SUPBS sekolah pula nak setiap guru ada fail pentaksir … isinya jadual waktu, biodata guru, evidens, surat lantikan pentaksir, tugas guru dll… (ini semua kerja mengarut … apa guna Buku Persediaan Mengajar lagi kalau dah macam tu … semua maklumat tu dah ada dalam buku tersebut … nak apa lagi … Surat Lantikan Pentaksir 
pun sebenarnya dah x relevan kerana jadual waktu dah dikira sebagai arahan utk melaksanakan PBS

18. Setelah semua keadaan di atas diambil kira berapa baki waktu luang cikgu untuk buat perancangan / persediaan PBS untuk kelas dan subjek berikutnya … tepuk dada tanya …

19. Cikgu/mereka yg kata PBS ni mudah … x mengajar pun kelas PBS… kadang2 JU yg bagi kursus dan bagi idea yg cukup hebat pun x pernah mengajar kelas PBS pun…

20. Harap pihak Pegawai KPM buka mata dengan tulisan ni …


Sumber: Sumber: j-QAF batch 2011 Luahan hati seorang guru, Rashid Husin

Perintah Sarawak Beterima Kasih Ngagai KPM Laban Ngambi GSTT Kena Mutarka Penanggul Suntuk Pengajar

$
0
0
Laban udah nendurka baru atur pengawa ngambi GSTT ba nengeri tu kena mutarka penanggul suntuk pengajar 



KUCHING: Perintah nengeri Sarawak beterima kasih ngagai Opis Menteri Pelajar (KPM), ti udah  nendurka baru atur pengawa ngambi Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di nengeri tu.

Menteri Pengintu Pengelantang, Orang Indu enggau Pemansang Ruang Bilik Datuk Fatimah Abdullah madah, nya ulih mutarka penanggul suntuk pengajar di nengeri tu.

Kitai enda tau ngelakka kelas nya nadai pengajar ngajar, ku iya.

“Pekara bekaul enggau GSTT udah teputar, sekula di Sarawak udah dikemendarka ngambi baru GSTT dikena mutarka penanggul suntuk pengajar, nyentuk ke KPM nganjung pengajar baru.

“Kitai beterima kasih ngagai Sapit Menteri Pelajar laban ti udah meri penerang nya (GSTT),” ku iya ti diberi tanggungpengawa nyaga pekara pelajar di nengeri tu.

Fatimah mansutka pekara nya lebuh dipinta meri penerang bekaul enggau GSTT di nengeri tu, ba sebengkah aum pengarang berita ditu kemari.

Nitihku iya, taun nyin kemari nengeri tu nerima surat tesau ti enda ngemendarka Opis Pelajar enggau sekula ngambi GSTT dikena ngisi penuduk ke nadai pengajar.

Taja pia ku Fatimah, nengeri tu dikemendarka ngambi Guru Sandaran Siswazah Terlatih (INTERIM) ti belajar Jurusan Pelajar ba universiti, ke bedau dianjung ngajar ngagai tempat ti ditetapka opis menteri.

“Tang penanggul iya ditu bisi sekeda nya enggai ti ngujungka kitai betapi enggau enda chukup pengajar sereta begunaka GSTT ngisi penuduk nya,” ku iya.

Kelimpah ari nya Fatimah mega ngenang isu pengajar ngajar di Sarawak patut peranak nengeri tu empu.

Kitai ngarapka pengajar ti peranak nengeri tu patut bejalaika tanggungpengawa nyadi pengajar enggau engkeman, ku iya.

“Pekara ti amat beguna ditu, pengajar ti diambi ngajar enda tau enda ti bekualiti ngambika ulih nempa mudal mensia ti bekualiti.

“Sida (pengajar) ke diambi ngajar nya amat tinggi komitmen enggau nitihka penyulut lalu pengawa ngambi pengajar patut dikemeratka ari pun,” ku Fatimah.

Nitihka statistik, penyampau pengajar ti peranak nengeri tu ke ngajar di Sarawak bisi 32,044 iku pengajar ari pemayuh 41,499 iku pengajar serata nengeri tu.


Sarawak Diberi Kelonggaran Ambil GSTT Tangani Kekosongan Guru

$
0
0
KUCHING: Sarawak diberi kelonggaran untuk menggunakan perkhidmatan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) bagi mengisi kekosongan guru di sekolah sementara menunggu penempatan Guru Sandaran Siswazah Terlatih (INTERIM).

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah berkata, ia ekoran kelulusan daripada Kementerian Pendidikan mengenai permohonan kelonggaran khasnya di Sarawak.
Menurut beliau, selepas pekeliling dikeluarkan pada 2011 untuk menghentikan penyerapan GSTT yang digantikan dengan guru INTERIM, Sarawak berdepan kekurangan guru yang se-rius.

“Bagaimanapun, ada di kalangan guru INTERIM enggan ditempatkan meskipun mereka belum mendapat penempatan dan pada masa yang sama, kita tidak dapat menggunakan khidmat GSTT.

“Maka berlaku kekosongan guru yang mana akan memaksa guru sedia ada di sekolah berkaitan mengajar lebih daripada tugasan mereka,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Fatimah menegaskan, masalah dihadapi Sarawak yang berbeza dengan negeri-negeri lain menyebabkan kelonggaran dari segi penyerapan GSTT harus diberikan.

“Kita memohon kelonggaran ini, iaitu sekolah yang mempunyai kekosongan boleh mengambil GSTT se-hingga kementerian menghantar guru dan ia telah diluluskan khas untuk Sarawak,” jelasnya.

Fatimah sebelum ini pernah mencadangkan agar Sarawak diberi kelonggaran untuk melantik semula GSTT bagi menangani masalah kekurangan guru.

Mengenai pengumuman Kementerian Pendidikan akan menyelesaikan isu pertukaran guru bertugas di Sara-wak dan Sabah dengan me-latih lebih ramai anak tempatan, Fatimah berkata ia langkah wajar dan menjadi isu utama sejak dahulu lagi.

“Kita amat gembira mengenai perkara ini, namun kita berharap ia juga akan diterjemahkan dalam tindakan atau pelaksanaan.

“Ini kerana apa yang pen-ting adalah mereka yang diambil betul-betul berkualiti demi melahirkan modal insan berkualiti,” katanya.

Semalam, Bernama dipetik sebagai berkata, Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh memberitahu kementerian akan menyelesaikan isu pertukaran guru bertugas di Sarawak dan Sabah ke Semenanjung de-ngan melatih lebih ramai anak tempatan.

“Dengan adanya lebih ramai guru dari Sabah dan Sarawak, kita akan dapat mengatasi isu perpindahan terlalu ramai guru di sana yang ingin balik bertugas di Semenanjung.

“Pengambilan baharu untuk melatih guru dari Sabah dan Sarawak akan dibuat tahun depan,” kata Idris.


Utusan Borneo


Graduan DPLI GSTT Gesa Kerajaan Beri Tempat Mengajar

$
0
0
Keresahan graduan ambilan khas Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang masih belum mendapat penempatan tetap di sekolah menengah kerajaan mendapat perhatian Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming.
Beliau berkata, graduan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) GSTT yang masih belum diberikan tempat mengajar adalah pembaziran dana kerajaan.
“Graduan yang diberikan elaun RM1,300 sebulan selama 18 bulan itu menjadi pembaziran dana kerajaan apabila mereka masih belum mendapat tempat di sekolah kerajaan.
“Kementerian Pendidikan yang melatih mereka selama tempoh itu, seharusnya segera menempatkan mereka supaya kekurangan guru di sekolah dapat diatasi segera.
“Penjelasan segera perlu diberikan mengapa graduan ini masih belum ditempatkan dan berapa lama lagi mereka harus menunggu,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Beliau berkata, disebabkan penangguhan ini, ramai graduan yang masih belum mendapat pekerjaan dan tertunggu-tunggu panggilan oleh Kementerian Pendidikan.
Sementara itu, seorang graduan yang mahu dikenali sebagai Azwina, 32, graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berkata, status mereka ibarat ‘gantung tidak bertali’ apabila Kementerian Pendidikan masih belum memberi kenyataan rasmi berhubung penempatan mereka meskipun ramai yang mengikuti pengajian di Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tamat pengajian sejak Julai lalu.
Katanya, graduan DPLI ini banyak bergantung kepada khabar angin yang tersebar di media sosial selepas Kementerian Pendidikan gagal memberi kata putus berhubung penempatan mereka ke sekolah menengah kerajaan.
“Kebanyakan daripada kami berusia dalam lingkungan 30-an dan lebih menyedihkan apabila ada graduan yang kini berusia 35 tahun dikhuatiri gagal mendapat skim pencen selepas tamat perkhidmatan nanti ekoran kurang tahun perkhidmatan bersama kerajaan.
“Ramai yang bimbang apabila terus menganggur serta terpaksa menanggung kos sara hidup yang tinggi dan bebanan hutang. Mereka juga bimbang jika keputusan penempatan nanti terpaksa ditempatkan di Sabah atau Sarawak yang terpaksa berjauhan dengan suami dan keluarga.
“Kami juga terpaksa sentiasa berjaga-jaga menunggu panggilan kementerian menyebabkan kebanyakan masih belum bekerja. Apa yang dikhuatiri ialah tempoh bekerja kami yang singkat nanti akan memberi masalah lain kepada syarikat terbabit,” katanya ketika ditemui The Malaysian Insider.
Azwina turut membangkitkan kebanjiran graduan jurusan Perdagangan yang dikhuatiri gagal mendapat penempatan ekoran subjek itu adalah mata pelajaran elektif di sekolah.
Katanya, Kementerian Pendidikan harus menjawab isu ini bagi mengurangkan keresahan graduan yang masih berteka-teki berhubung status penempatan mereka.
Graduan menerima nasib sama yang mahu dikenali sebagai Shikin, 31, berasal dari Seremban meminta Kementerian Pendidikan segera menjawab segala kecurigaan pelajar DPLI bagi menjaga reputasi pendidikan negara.
Katanya, kerajaan sering diperlekehkan dengan kelewatan memberikan penempatan kepada graduan DPLI menyebabkan ramai yang sering menuduh kerajaan kini berdepan krisis kewangan.
“Situasi kami kini kian menekan setelah tiga bulan menamatkan pengajian, namun masih belum ada ‘hitam putih’ dari kerajaan. Seharusnya kumpulan kami tidak dipinggirkan kerana kami sememangnya mempunyai pengalaman mengajar sekurang-kurangnya dua tahun. Malah ada di antara kami yang pernah berkhidmat sebagai GSTT selama lima tahun.
“Ada pihak yang pernah memberitahu, kami akan ditempatkan mengikut keperluan mata pelajaran dan kekosongan. Ini tidak adil kepada graduan yang sudah berusia,” katanya semasa dihubungi The Malaysian Insider.
Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Rakyat mengesan pengabaian terhadap penempatan graduan DPLI ini sebagai salah satu kelemahan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) dengan mendapati tiga bulan selepas kursus DPLI tamat pada 23 Mei tahun ini, Kementerian Pendidikan masih gagal memberi tempat kepada graduan dan mencerminkan kelemahan kerajaan dalam membuat perancangan teliti serta pembaziran wang kerajaan.
Media turut melaporkan Setiausaha Agung Pemuda Gerakan, Dr Dominic Lau Hoe Chai, berkata masalah graduan DPLI ini menyukarkan mereka meraih pendapatan ekoran terikat dengan Perjanjian Pendidikan Guru DPLI.
Beliau berkata, jika perkara itu tidak diselesaikan, dikhuatiri menjejaskan pencen yang bakal diterima selepas mereka bersara.
Kira-kira 7,000 graduan DPLI GSTT menamatkan pengajian mereka di IPG dan IPTA yang menawarkan kursus berdasarkan mata pelajaran yang diajarkan di peringkat sekolah menengah.
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) semasa ditemui media merasmikan PPPM hujung minggu lalu, berkata masalah penempatan graduan DPLI GSTT adalah disebabkan guru yang sepatutnya berpencen masih belum ditamatkan perkhidmatan mengajar di sekolah kerajaan.
Katanya, masalah itu mengakibatkan perancangan Kementerian Pendidikan untuk menyerap kemasukan graduan berkenaan tergendala.
“Polisi kerajaan membenarkan seseorang guru berkhidmat sehingga 60 tahun tetapi masalah DPLI GSTT ini, kita akan lihat semula dan nama graduan berkenaan masih ada dalam sistem kementerian,” katanya selaku orang nombor satu di Kementerian Pendidikan yang masih belum dapat memberi kata putus berhubung masalah ini. – 13 September, 2013.

Sikap & Personaliti Guru Punca Utama Pelajar Sekolah Menengah Ponteng

$
0
0

Kuala Lumpur: Bosan dengan sikap dan personaliti guru yang terlalu mementingkan pencapaian akademik dikenal pasti antara sebab utama sebahagian besar pelajar sekolah menengah, ponteng. 

Ketika di dalam kelas, pelajar yang dikategorikan sebagai lemah merasakan diri mereka dipinggir oleh guru yang lebih cenderung memberi tumpuan kepada pelajar bijak atau mudah memahami pelajaran dalam kelas. 

Ketua Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Universiti Malaya, Dr Zahari Ishak, berkata personaliti guru dan keadaan persekitaran dalam sekolah adalah faktor utama punca pelajar tidak ke sekolah kerana mereka tertekan apabila kerap dimarahi di depan rakan sekelas menyebabkan mereka malu dan akhirnya mengambil jalan mudah untuk ponteng. 

Cara pengajaran guru 

“Kajian dilakukan juga mendapati antara sebab pelajar hilang minat belajar dan seterusnya bertindak ponteng ialah cara pengajaran guru yang terlalu laju dan sukar difahami terutama bagi subjek kritikal seperti Matematik. 

“Punca lain adalah personaliti guru yang bersikap negatif seperti terlalu garang, suka marah atau suka membebel serta meminggirkan pelajar yang kurang pandai ketika dalam kelas,” katanya pada pelancaran monograf bertajuk ‘Senario Ponteng Pelajar Sekolah Menengah: Suatu Analisis Statistikal’ di sini, semalam. 

Monograf dilancarkan Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye itu adalah hasil kajian 10 bulan sejak April tahun lalu oleh sepasukan penyelidik diketuai Dr Zahari dan Dr Low Suet Fin, pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan dari Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, serta beberapa pelajar ijazah sarjana. 

Penyelidikan yang dibukukan dan sudah dicetak 1,000 naskhah sebagai rujukan itu diterbitkan MCPF dengan kerjasama Universiti Malaya dan Kementerian Pendidikan. 

Dr Zahari berkata, hasil temubual yang dijalankan terhadap 472 pelajar ‘kaki ponteng’ sebagai sampel kajian dari 15 sekolah Semenanjung Malaysia di kawasan bandar, luar bandar, pulau dan FELDA, mendapati hampir 80 peratus menyatakan mereka suka ke sekolah tetapi sebaliknya tertekan dengan cara guru kelas. 

Tidak kreatif 

“Mereka tidak berasa seronok dengan cara penyampaian guru yang sukar difahami, tidak kreatif selain kerap dimarahi apabila sering mengajukan soalan sehingga menimbulkan rasa resah setiap kali berdepan guru yang mempunyai tabiat yang sama. 

“Ada juga yang sanggup ponteng kerana tidak suka belajar subjek tertentu terutama Sejarah selain tidak suka dengan polisi pentadbiran sekolah yang mengutamakan pencapaian akademik hingga mengabaikan pelajar yang ketinggalan,” katanya. 

Beliau berkata, kajian turut menunjukkan tidak semua kaki ponteng itu pelajar yang kurang bijak namun pihak sekolah dilihat gagal untuk memupuk rasa suka untuk pelajar datang ke sekolah atau memberi tumpuan khas untuk pelajar yang tidak cemerlang dalam akademik. 

Sementara itu, Lam Thye berkata, berdasarkan rekod kementerian pada 2010 menunjukkan 111,484 pelajar terbabit dalam pelbagai masalah disiplin dan untuk kes ponteng sekolah, mencecah 19,545 kes.

Berita Harian 

Pengambilan Guru Hanya Dari Kalangan 30% Graduan Terbaik

$
0
0


KUALA LUMPUR - Profesion keguruan akan menjadi lebih berprestij dan elit apabila pengambilan dibuat hanya dalam kalangan graduan 30 peratus terbaik dalam negara dalam usaha mentransformasi profesion itu menjadi profesion pilihan.

Ini bermakna Kementerian Pendidikan akan meninggikan syarat kelayakan kemasukan ke profesion keguruan bagi memastikan semua guru yang mengikuti setiap latihan perguruan memenuhi syarat minimum kelayakan akademik.

Kementerian turut berhasrat untuk mengubah Institut Pendidikan Guru (IPG) kepada universiti latihan guru bertaraf dunia menjelang 2020 dan menilai semula kurikulum latihan praperkhidmatan semasa bagi memastikan guru bersedia untuk mengajar kemahiran berfikir aras tinggi yang diperlukan murid.

Menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang dilancarkan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin, mulai tahun ini, guru akan menerima program Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) bagi membantu guru mencapai potensi penuh.

Program CPD itu termasuk latihan komponen teras dan elektif mengikut keperluan pembangunan diri yang akan diberi latihan secara individu daripada penyelia masing-masing.   

Pelan itu turut menyebut, guru boleh memilih laluan kerjaya yang menarik berdasarkan prestasi, potensi dan minat mereka, sama ada memilih untuk menjalankan tugas kepimpinan atau menjadi guru pakar.

Selain itu, guru juga akan dinilai secara tahunan oleh pengetua atau guru besar dengan menggunakan input yang mungkin diberikan oleh rakan sejawat dan menggunakan instrumen penilaian baharu yang memberi tumpuan kepada keupayaan guru menyampaikan pengajaran secara berkesan di dalam dan luar bilik darjah.

Dalam memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah, kementerian akan menukar kriteria pemilihan pengetua dan guru besar daripada pemilihan berasaskan tempoh perkhidmatan kepada pemilihan yang berfokuskan kecekapan kepimpinan.

Setiap pengetua atau guru besar juga dikehendaki mendapatkan sijil Kelayakan Profesional Kebangsaan bagi Kepimpinan Pendidikan (NPQEL) daripada Institut Aminuddin Baki sebelum boleh dilantik.

Pengetua dan guru besar yang bakal dilantik juga akan mengikuti program pementoran selama satu bulan di bawah bimbingan pengetua dan guru besar yang akan berpindah dan bersara.   

Dalam pada itu, kementerian akan memastikan 100 peratus sekolah memenuhi keperluan infrastruktur asas menjelang 2015, bermula dengan Sabah dan Sarawak bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat, bersih dan kondusif.

Kementerian juga akan melaksanakan prinsip asas yang telus dan saksama dalam pengagihan kewangan dan sokongan lain kepada semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.

Bagi memanfaatkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam meningkatkan kualiti pembelajaran, kementerian menyediakan akses Internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui iBestariNet bagi kesemua 10,000 sekolah menjelang tahun ini. 

Perpustakaan video pengajaran oleh guru cemerlang akan diwujudkan supaya guru boleh menggunakan sumber ini bagi mendapatkan idea dan murid pula dapat menjadikannya sebagai alat ulang kaji. - Bernama, 6 September 2013

Guru Kritik Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) Secara Terbuka Dipantau

$
0
0

KOTA BHARU - Kementerian Pendidikan meminta pengarah pendidikan negeri memantau tindakan segelintir guru mengkritik Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) secara terbuka.

Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata sebarang kritikan seharusnya disampaikan menerusi saluran yang betul bagi memastikan kelemahan dapat diperbaiki.

"Kalau mahu mengkritik boleh, tetapi beritahu saya. Saya terbuka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar PPPM di sini hari ini.

Beliau berkata guru yang mempunyai kemusykilan atau pandangan boleh memaklumkan kepada beliau secara langsung menerusi e-emel.

Pada masa yang sama beliau meminta rakyat memberi peluang kepada kerajaan melaksanakan PPPM sebaik mungkin.

Sementara itu, Idris turut membidas sebuah portal berita propembangkang yang memutar belit kenyataannya berhubung sistem pendidikan negara baru-baru ini.

"Saya tidak pernah mengatakan kalau tidak suka sistem pendidikan kita, mereka boleh keluar negara, saya tidak pernah mengatakan demikian," katanya.

Sebaliknya Idris berkata beliau maksudkan rakyat mempunyai pilihan untuk belajar di luar negara jika mereka berkemampuan.

"Saya harap pemberita dan penulis blog jujurlah...jangan apa-apa kenyataan kita buat, ditulis hinggakan banyak orang marah. Saya harap mereka membetulkan (perkara itu)," katanya. - Bernama, 15 September 

Status FB Guru Terkilan Page "Kelab Guru Malaysia" Dakwa Guru Ke Sarawak Ramai Menderita

$
0
0

Status “Guru Terkilan” ...


1. Apa benarkah ‘kawan’ yang beliau dimaksudkan hanya seorang guru perempuan muslim di Kapit? 

2. Terpaksa serumah dengan ‘ORANG IBAN’ yang makan b…
Apa benarkah guru baru ini dihantar ke Sarawak sehingga mereka dilayan macam bukan rakyat Malaysia?

Guru Terkilan ini harus kaji balik konsep 1Malaysia. Tanyalah guru lain yang pernah datang dari jauh datang ke Sarawak mengajar di sini. 

ORANG IBAN sangat menghormati agama orang lain, meskipun makan b… Mereka sanggup untuk tidak makan b… ataupun makan di tempat lain jika serumah dengan kawan muslim. 

ORANG IBAN sangat baik dengan cikgu lebih-lebih lagi di kawasan Kapit nun jauh di p3, percayalah...

Status terbaru Kelab Guru Malaysia memohon maaf isu ini...



Jawatan Kosong Pusat Internet 1Malaysia (Bintulu, Sarawak)

$
0
0

Jawatan Kosong Pusat Internet 1Malaysia 

Lokasi:

1. Sg Plan, Bintulu
2. Kuala Tatau, Bintulu

Jawatan: Pengurus
Gaji: RM2,000

Kriteria : Jawatan ini perlu diisi oleh calon yang mempunyai IJAZAH sahaja dalam apa-apa bidang. Mempunyai Kemahiran asas komputer dan mesra. Calon mestilah berdekatan dengan lokasi PJK dan anak tempatan adalah diutamakan.

Jawatan: Penolong Pengurus
Gaji: RM1,500

Lokasi : Kriteria : Jawatan ini perlu diisi oleh calon yang mempunyai DIPLOMA sahaja dalam apa-apa bidang. Mempunyai Kemahiran asas komputer dan mesra. Calon mestilah berdekatan dengan lokasi PJK dan anak tempatan adalah diutamakan.

Maklumat lanjut hubungi Zailina Razali.

Jawatan Kosong di Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS)

$
0
0

PPKS KUCHING

ACADEMICS POSITIONS
A) LECTURER (KUCHING)
i) English
Requirements:-
  • Possess Master / Bachelor's Degree in Degree in TESL / English Studies or any related disciplines.
Added Advantages:-
  • Excellent communication skills and presentation skills.
  • Good interpersonal skills, analytical and leadership skills.
  • Interest and experience in curriculum development issues as well as student support.
  • Teaching experience will be an added advantage.
TECHNICAL & VOCATIONAL TRAINING POSITIONS
A) INSTRUCTOR (KUCHING)
i) Electrical
Requirements:-
  • At least 21 years old
  • Possess SKM Level 3/ DKM In Electrical
  • Possess PP&PPD induction course certificate
  • Possess Vocational Training Officer certificate (VTO)
Added Advantages:-
  • At least 1 - 2 years of working experience in the related field.
  • Excellent communication and presentation skills.
  • Good interpersonal skills, analytical and leadership skills.
  • Interest and experience in curriculum development issues as well as student support and performance issues

ADMINISTRATIVE POSITIONS
A) Admin Manager (Procurement & Facility)
Requirements:-
  • Possess at least Degree in Business Studies/Administration/Management, Commerce, Logistic or equivalent.
  • Minimum 5 years working experience in manufacturing or distribution environment
  • Specializing in warehousing/logistics/security and experience in customer service functionality or equivalent will be an added advantage
  • Excellent command of spoken and written English and Bahasa Malaysia.
  • Strong communication with the ability to communicate effectively at all levels.
  • Strong initiative, self motivated, able to plan and prioritize workload in order to achieve deadlines.
  • Ability to identify problems and develop potential solutions.
  • Preferably male candidate

B) Safety and Health Officer
Requirements:-
  • Degree in Occupational Safety and Health Administration or equivalent
  • Certificate in OSHA by a recognized institute
  • 3 years of working experience in the related field
  • Excellent command of spoken and written English and Bahasa Malaysia.
  • Strong communication with the ability to communicate effectively at all levels.
  • Strong initiative, self motivated, able to plan and prioritize workload in order to achieve deadlines.

C) Operation Executive - Tailoring (KUCHING)
Requirements:-
  • Possess SKM Level 3/ DKM In Fashion Design
  • Possess PP / PPD / PPB induction course certificate
  • Possess Vocational Training Officer certificate (VTO)
  • Minimum 5 years experience in tailoring production unit
D) Lab Technician (KUCHING)
i) Information Technology
Requirements:-
  • Certificate or Diploma in Information Technology
  • Well knowledge in RFID, Mobile, Bluetooth, EE and Compatia
  • Fluent spoken English & Bahasa Malaysia
  • Good communication skills
ii) Electrical Engineering
Requirements:-
  • Certificate or Diploma in Electrical Engineering
  • Computer literate with 1-2 years working experience
  • Fluent spoken English & Bahasa Malaysia
  • Good communication skills
E) Bus Driver
Requirements:-
  • Candidate must possess at least a Primary/Secondary School/SPM/"O" Level, any field
  • Driving Licence E
  • Required language(s): Bahasa Malaysia, English
  • At least 1 year(s) of working experience in the related field is required for this position

PPKS MIRI


ACADEMICS POSITIONS
A) LECTURER (MIRI)
i) Electrical Engineering
Requirements:-
  • Possess Master / Bachelor's Degree in Electrical Engineering or any related disciplines.
Added Advantages:-
  • Excellent communication skills and presentation skills.
  • Good interpersonal skills, analytical and leadership skills.
  • Interest and experience in curriculum development issues as well as student support.
  • Teaching experience will be an added advantage.


PPKS MUKAH


TECHNICAL & VOCATIONAL TRAINING POSITIONS
A) Instructor (MUKAH)
i) Electrical
Requirements:-
  • At least 21 years old
  • Possess SKM Level 3/ DKM In Electrical
  • Possess PP&PPD induction course certificate
  • Possess Vocational Training Officer certificate (VTO)
Added Advantages:-
  • At least 1 - 2 years of working experience in the related field.
  • Excellent communication and presentation skills.
  • Good interpersonal skills, analytical and leadership skills.
  • Interest and experience in curriculum development issues as well as student support and performance issues
B) Pegawai Penilai (MUKAH)
i) Mechatronic
ii) Motorcycle Mechanic
iii) Plantation
Requirements:-
  • At least 21 years old
  • Possess SKM Level 3/ DKM In related fields
  • Possess PP&PPD induction course certificate
  • Possess Vocational Training Officer certificate (VTO)
Added Advantages:-
  • At least 1 - 2 years of working experience in the related field.
  • Excellent communication and presentation skills.
  • Good interpersonal skills, analytical and leadership skills.
  • Interest and experience in curriculum development issues as well as student support and performance issues

C) Pegawai Pengesahan (MUKAH)
i) Mechatronic
ii) Motorcycle Mechanic
iii) Plantation
Requirements:-
  • At least 21 years old
  • Possess SKM Level 3/ DKM In related fields
  • Possess PP&PPD induction course certificate
  • Possess Vocational Training Officer certificate (VTO)
Added Advantages:-
  • At least 1 - 2 years of working experience in the related field.
  • Excellent communication and presentation skills.
  • Good interpersonal skills, analytical and leadership skills.
  • Interest and experience in curriculum development issues as well as student support and performance issues

Download Job Application Form ]

Those interested are invited to apply with a comprehensive cover letter & resume stating education history/qualifications/ employment history/experience together with your current & expected salary and recent passport-size photograph(n.r), to:
for PPKS Kuching,
Executive Director/ Chief Executive Officer
PUSAT PEMBANGUNAN KEMAHIRAN SARAWAK
Jalan Canna Off Jalan Wan Alwi, Tabuan Jaya
93350 Kuching
(Attn: Human Resource Unit)
Tel : +6082-364198 ext 207 Fax : +6082-364197 Email: hresource@ppks.edu.my
for PPKS Miri,
Pengarah Wilayah
Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak Lutong
Block 1 MCLD, Jalan Shell, Lutong
98000 Miri
Tel : +6085-622184 / 622194 Fax : +6085-622164 Email: ppkslutong@ppks.edu.my
for PPKS Mukah,
Pengarah Wilayah
Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak Mukah
Lot 21, Mukah Light Industrial Estate
96400 MUKAH
Tel : 084-872198 Faks : 084-873198 Email: ppksmukah@ppks.edu.my
Closing Date : 30th September 2013
Viewing all 517 articles
Browse latest View live