Quantcast
Channel: Pengajar 4.0
Viewing all 517 articles
Browse latest View live

Pak Cik Tukang Kebun Berusia 56 Tahun Liwat 7 Pelajar Tingkatan 1

$
0
0

KUALA TERENGGANU - Seorang tukang kebun di sebuah sekolah di sini, diibaratkan bernafsu songsang apabila dipercayai tergamak meliwat tujuh pelajar lelaki berusia 13 tahun dalam kejadian berasingan di rumah sewanya, di Kampung Pasir Panjang, di sini.

Suspek yang berusia 56 tahun itu dipercayai melakukan perbuatan terkutuk itu sejak Januari lalu dan berlarutan sehinggalah rahsianya terbongkar kelmarin, selepas salah seorang daripada mangsa mendedahkan peristiwa hitam itu kepada ibu bapanya.

Menurut sumber, mangsa berusia 13 tahun telah memberitahu kejadian dia diliwat oleh suspek, kepada kedua ibu bapanya semasa berada di rumah kira-kira jam 10.30 malam, 17 September lalu.

Lebih mengejutkan, mangsa turut memaklumkan beberapa rakannya turut menjadi hamba seks kepada suspek yang layak dipanggil ayah itu.

“Terkejut dengan pendedahan itu, keluarga mangsa bersama beberapa penduduk kampung segera ke rumah suspek bagi mendapatkan kesahihan di sebalik cerita anaknya iaitu kira-kira jam 6 petang semalam (kelmarin).

“Sebaik sampai di rumah suspek, keluarga mangsa yang gagal mengawal perasaan marah bertindak menyerang dan memukul suspek, lebih-lebih lagi selepas mendengar pengakuan suspek melakukan perbuatan jijik itu,” katanya, semalam.

Bagaimanapun jelasnya, polis yang dimaklumkan juga kejadian berkenaan sebelum itu segera ke rumah suspek bagi mengawal keadaan sebelum menahan suspek, kira-kira sejam kemudian.

Katanya lagi, siasatan awal mendapati, suspek yang masih menjalani parol di sini, dipercayai menjadikan pelajar yang sering ponteng sekolah sebagai mangsa dengan mengumpan mereka ke rumah untuk makan, sebelum memuaskan nafsu jijiknya itu.

“Selain memberikan makan dan minum, suspek turut memasang video lucah bagi merangsang mangsanya sebelum melakukan perbuatan terkutuk itu,” katanya.

Jelas sumber, suspek yang turut memiliki rekod jenayah meliwat sebelum ini dan pernah menerima hukuman penjara serta sebatan atas kesalahan itu, baru tamat menjalani hukuman penjara Oktober tahun lalu.

Sehingga semalam, seramai tujuh remaja lelaki dipercayai menjadi mangsa membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan ketika dihubungi semalam, mengesahkan penahanan suspek yang direman selama seminggu bermula semalam sehingga 25 September depan.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 377C kerana melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan.


- Sinar Harian, 20 September 

MBM Akan Menganjurkan Ekspo Pendidikan & Kerjaya Belia Miri Dijadualkan Pada 14 Disember 2013

$
0
0
MIRI: Bagi menghargai dan sebagai cara memberi perkhidmatan kepada masyarakat setempat, Majlis Bandaraya Miri (MBM) buat julung kalinya akan menganjurkan Ekspo Pendidikan dan Kerjaya Belia Miri di sini.

Datuk Bandar MBM Lawrence Lai memberitahu, ekspo berkenaan bakal menjadi antara acara terbesar untuk masyarakat setempat yang dianjurkan oleh pihaknya yang dijadualkan pada 14 Disember depan di Stadium Tertutup Miri.

“Justeru, MBM berharap ekspo yang akan dianjurkan itu dapat dijadikan sebagai landasan serta maklumat terkini mengenai peluang kerjaya sedia ada untuk pengetahuan masyarakat khususnya golongan belia.

“Pada masa sama, ekspo pendidikan itu nanti turut menyediakan maklumat mengenai institusi dan pendidikan tempatan serta universiti awam bagi memberi kemudahan kepada lepasan sekolah,” katanya pada sidang media di sini.

Menyedari cabaran besar dalam pasaran kerjaya, Lai yakin ekspo tersebut bakal menarik lebih ramai pengunjung dengan adanya penyertaan daripada sektor berkaitan yang bakal memberi maklumat berkualiti.

“Pada ekspo itu nanti, pelbagai majikan serta perunding pengambilan pekerjaan, institusi pendidikan tinggi dan kolej latihan menawarkan beratus peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat dalam pelbagai kemahiran serta peluang melanjutkan pelajaran,” tambahnya.

Melalui konsep ‘menang-menang’, mereka yang terlibat dalam ekspo tersebut boleh mempromosikan perniagaan kepada masyarakat yang sedang mencari pekerjaan selain membolehkan pengunjung mengetahui peluang pekerjaan dan melanjutkan pelajaran.

Antara manfaat yang akan diperolehi melalui ekspo tersebut ialah mereka yang mencari pekerjaan berpeluang mendapat pekerjaan atau memohon jawatan yang disediakan.

“Di samping itu, mereka yang memohon pekerjaan tersebut sekali gus membantu menjimatkan masa mereka untuk mencari pekerjaan di laman sesawang atau di mana-mana iklan dan akhbar,” ujarnya.

Menurut beliau, kira-kira 40 gerai disediakan yang disertai pelbagai sektor korporat, syarikat, institusi pendidikan dan pusat latihan di sini pada program sehari itu.

Justeru, orang awam dipelawa memeriahkan ekspo yang akan dibuka bermula jam 9 pagi hingga 5 petang. Kemasukan adalah percuma.

Sumber: Utusan Borneo


SMK Saribas, SMK St Augustine Rangkul Piala Pengarah Pendidikan Sarawak

$
0
0

BETONG: Pasukan Bawah 16 tahun Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saribas membuktikan bahawa mereka mampu mencabar mana-mana pasukan bola sepak di Bahagian Betong apabila menjuarai Kejohanan 7’S Piala Pengarah Pendidikan Sarawak.

Mereka menewaskan pasukan SMK Beladin dengan 3-0 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Kompleks Sukan Betong, petang kelmarin.

Manakala pasukan SMK Saratok dan SMK Pusa masing- masing di tempat ketiga bersama setelah mereka tewas pada aksi separuh akhir meletakkan mereka gagal beraksi pada final kejohanan tersebut.

Dalam satu lagi aksi final, pasukan Bawah 14 tahun SMK St Augustine Betong mengungguli kejohanan apabila menewaskan SMK Saratok dengan 2-0 pada kejohanan yang sama dan beraksi di padang SMK St Augustine.

SMK Beladin dan SMK Saribas pula di tempat ketiga bersama apabila mereka masing- masing tewas pada aksi separuh akhir.

Kejohanan tersebut merupakan salah satu aktiviti Pejabat Pendidikan Daerah Betong bagi mempersiap pelajar dalam memperkukuh kemahiran, selain melihat kebolehan pemain yang dipilih di kalangan pelajar sekolah menengah Bahagian Betong.

Sebanyak lapan pasukan terdiri SMK Saratok, SMK Beladin, SMK Pusa, SMK Saribas, SMK Spaoh, SMK Datuk Patinggi Kedit, SMK St Augustine dan SMK Ulu Layar menyertai kejohanan selama sehari itu.

Dalam pada itu, Pengarah Pendidikan Sarawak, Datu Abdillah Adam hadir menyaksikan perlawanan akhir dan merasmikan kejohanan tersebut seterusnya menyampaikan hadiah kepada pemenang.


38,725 Calon di Sarawak Akan Duduki SPM Bermula 6 November Ini

$
0
0
KUCHING: Seramai 38,725 calon di Sarawak akan menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) yang bermula 6 November hingga 5 Disember.

Daripada jumlah itu, 36,223 atau 93.45 peratus calon daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), 699 (1.81 peratus) calon sekolah swasta dan 1,803 (4.65 peratus) calon persendirian.

Terdapat 268 pusat peperiksaan disediakan merangkumi 243 pusat SMK, 12 pusat sekolah swasta dan 13 pusat swasta.

Seramai 179 penyelia dan 2,117 pengawas peperiksaan dipilih untuk menguruskan peperiksaan SPM di Sarawak.

Sehubungan itu semua calon diingatkan untuk membawa kad pengenalan dan slip peperiksaan.

Untuk keterangan lanjut, hubungi Sektor Peperiksaan dan Penilaian Jabatan Pelajaran Negeri di talian 082- 473532 atau 082-473507.


Jawatan Kosong Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di Lembaga Maktab Mahmud

$
0
0


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong seperti di bawah ini di Lembaga Maktab Mahmud.

1. GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH SISWAZAH (GSTT)

( Bidang Bahasa Arab )
( Bidang Pendidikan Islam )
( Bidang Bahasa Dan Kemanusian )
( Bidang Sains Dan Matematik )
( Bidang Bahasa Inggeris )

KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
TARAF JAWATAN : SANDARAN
GRED ELAUN : DC41
JADUAL ELAUN : P1 Minimum RM 1806.24 – P1 Maksimum RM 3560.08
BULANAN

1. Syarat Lantikan Bagi Jawatan Guru Sandaran Tidak Terlatih Siswazah

Calon – calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

a) Warganegara Malaysia ;
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan ;
c) (i) Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi luar negara/tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau ( Elaun Permulaan ialah pada Gred DC41 RM 2149.03 ); atau
(ii) Ijazah sarjana muda am yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi luar negara/tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
( Elaun Permulaan ialah pada Gred DC41 RM 1944.62 ); atau
(iii) Ijazah sarjana muda luar negara perlu mendapat pengiktirafan JPA;
d) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau Kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

CARA MEMOHON :

a) Sila kemukakan permohonan melalui borang permohonan jawatan yang boleh didapati di Laman Web berikut http://www.lmm.gov.my mulai 27 Oktober 2013 berserta Wang Pos bernilai RM 5.00 dibayar atas nama ‘SETIAUSAHA LEMBAGA MAKTAB MAHMUD’ .

b) Sila catatkan dengan lengkap nama jawatan serta bidang yang hendak dipohon di dalam ruangan borang permohonan yang disediakan.

c) Permohonan berikut akan ditolak :

i) Dokumen yang diperlukan tidak lengkap ;
ii) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;
iii) Tidak disertakan Wang Pos bernilai RM 5.00 bagi setiap satu borang permohonan.

Borang yang telah lengkap diisi berserta salinan sijil-sijil yang telah disahkan hendaklah dikemukakan kepada :-

Setiausaha
Lembaga Maktab Mahmud,
Persiaran Sultan Abdul Hamid,
05050 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
( u.p : Unit Pengurusan Sumber Manusia )

Tarikh Tutup Permohonan : 07 November 2013

Catatan Am :

i) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

ii) Pemohon- pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tersebut tidak berjaya.

Semakan Temuduga Biasiswa HLP & CBBP TB Peringkat Sarjana dan Kedoktoran Tahun 2014

$
0
0

Adalah dimaklumkan bahawa semakan calon berjaya temuduga Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Peringkat Kedoktoran Dan Sarjana Tahun 2014 boleh mula disemak mulai 31 Oktober 2013 ( Khamis ) di laman sesawang KPMhttp://apps.moe.gov.my/ehlp/cbbptb/scbbptb/index.cfm

Vacancy: English Teacher - Pay Fong Middle School Malacca

$
0
0

PAY FONG MIDDLE SCHOOL MALACCA IS LOOKING FOR ENGLISH TEACHERS FOR OUR NEW ACADEMIC YEAR 2014. PLS SEND YOUR RESUME AND APPLICATION TO payfonghs@gmail.com or contact 06-2848829,2824217

Source: Jobstreet

English, Bahasa Malaysia, Moral & Sejarah Teachers Wanted

$
0
0


 SABAH TSHUNG TSIN SECONDARY SCHOOL 

Contact 60-88-254154 OR send your resume and application to principal@sttss.edu.my English, Bahasa Malaysia cum Moral and Sejarah teachers are wanted for our new academic year starts on 2nd Jan 2014. Minimum qualification : Bachelor Degree . Qualified candidates with orf without experience are welcomed to apply, intensive training will be provide.

Source: Jobstreet

Kenyataan Akhbar: Hebahan Pengumuman SPM 2013 Tema Umum Mata Pelajaran Sejarah 3

$
0
0

Sumber: Laman Web KPM

Semua calon dikehendaki membaca dan meneliti tema umum berikut dan membuat persediaan awal sebelum hari peperiksaan:
Tema UMUM: Malaysia dan Kerjasama Antarabangsa
Sejak mencapai kemerdekaan Malaysia telah menyertai dan bergerak aktif dalam pertubuhan serantau.
Semua calon boleh membuat rujukan daripada pelbagai sumber yang berkaitan dengan tema umum yang diberi sebagai persediaan menjawab soalan bagi tugasan spesifik dalam Sejarah 1249/3.
Makluman lanjut mengenai arahan dan tema umum bagi kertas peperiksaan Sejarah 3 (1249/3) boleh dimuat turun di portal rasmi Lembaga Peperiksaan di alamat www.moe.gov.my/lp bagi membuat persediaan sebelum peperiksaan bertulis SPM 2013 dilaksanakan pada bulan November ini.

Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
1 November 2013

Tips Kertas Bahasa Melayu SPM 2013

$
0
0

Untuk Calon SPM 2013
[Tips Kertas Bahasa Melayu]
Tarikh Perperiksaan: 6 November 2013 (Rabu)

KERTAS 1 : Penulisan

- Pertukaran pelajar antara negara
- Gejala sosial

KERTAS 2 :
- Cerpen T4
- Prosa Klasik T.5
- Puisi Tradisional T.5
- Ayt Aktif dan Ayat Pasif
-Ckp ajuk ckp pndh
-Peribahasa

NOVEL : Perbandingan

1. Watak
- Utama
- Sampingan

2. Latar
- M
- Masa
- Masyarakat

3. Nilai

4. Pengajaran

Rujukan Berkaitan: Bumi Gemilang

Job Vacancy in Sekolah Menengah Islam Hidayah

$
0
0

Job Vacancy in Sekolah Menengah Islam Hidayah 
 Positions offered are:

1. Tahfiz teachers
2
Diniah teachers
3. Chemistry teacher
4
Physics teacher
5Arabic teacher
6. History teacher


a) Malaysian citizen;
bNot less than 18 years on the closing date of the position;
c) Bachelor's degree or honors degree in the relevant field recognized by the state government as well as a Diploma of Education, and
eHonors English / Bahasa Melayu (including oral test) at SPM level.
fCandidates who do not possess a Diploma in Education but have qualifications as described above may also apply.


Interested candidates please send your resume to
 
Pn Masini bte Abd Latif
Pegawai Tadbir Sekolah Menengah
PUSAT PENDIDIKAN HIDAYAH BHD

Alamat:
Kg. Sinaran Baru,
Km 26, Jalan Johor Bahru,
Skudai,
Johor Darul Takzim
81300
Malaysia

closing date for application is 10 November 2013.


MORE INFO & HOW TO APPLY CLICK HERE

Job Vacancy at Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

$
0
0


Universiti Malaysia Terengganu (UMT) began as the Center for Fisheries and Marine Science of Universiti Putra Malaysia, located at Mengabang Telipot, Kuala Terengganu. It provided facilities for students from the Fisheries and Marine Science programs to conduct their practical sessions and there were also research facilities for lecturers.

Job Vacancy At Universiti Malaysia Terengganu (UMT) 

Applications are invited from suitably qualified candidates to apply for the following vacancies

1. Administrative Officer
2. Social Research Officer
3. Marine Assistant 
4. Hostel Supervisor

All positions will be appointed in PERMANENT. However, UMT entitled to appoint any post in the Contract / Temporary / Part Time.

to apply for positions and further information please go to http://job.umt.edu.my

Closing date 13 November 2013 

PEJABAT PENDAFTAR 
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
ARAS 1, BANGUNAN CANSELERI DAN PENTADBIRAN
21030 KUALA TERENGGANU
TERENGGANU DARUL IMAN
(u.p. SEKSYEN PERJAWATAN)
  
Official Website http://www.umt.edu.my

Job Vacancy at Universiti Utara Malaysia (UUM)

$
0
0


Universiti Utara Malaysia (UUM), which was officially established on 16 February 1984, is the sixth Malaysian public university. It is the only university that was set up to specialise solely in management education from the very beginning of its establishment. 

Job Vacancy At Universiti Utara Malaysia (UUM)

Qualified candidates are invited to fill vacancies in EDC UUM

1. Head Chef
2. Assistant head Chef
3. Assistant Pastry Chef
4. Food & Beverage Supervisor - Banquet
5. Housekeeping Supervisor
6. Cook
7. Food & Beverage Waiter
8. Food & Beverage Waitress 
9. Housekeeping Assistant - Public Area
10. Steward
11. Storekeeper
12. Cost Control Officer
13. Sales & Marketing Coordinator 
14. Maintenance Officer
15. Security Officer
16. Food & Beverage Captain
17. Driver


submit your application  to

Pendaftar 
Universiti Utara Malaysia 
06010 UUM Sintok 
Kedah Darul Aman 
(u.p : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)

Closing date 18 November 2013

Job Vacancy at Universiti Teknologi MARA (UiTM)

$
0
0


UiTM is Malaysia's largest institution of higher learning in terms of size and population. It has experienced phenomenal growth since its inception in 1956 and it is still growing. Beside the main campus in Shah Alam, the university has expanded nationwide with 12 state campuses, 6 satellite campuses in Shah Alam, 11 state satellite campuses and 21 affiliated colleges.

Job Vacancy At Universiti Teknologi MARA (UITM)

There are 42 positions are open to candidates who are interested to work with uitm




To apply, go to http://iapps.uitm.edu.my/epengambilanstaf/

Closing date 16 November 2013

Job Vacancy At Universiti Teknologi MARA (UITM) Perak

UiTM Perak invite qualified candidates to fill the following vacancies:

1. Research Assistant


to those interested, send your resume to nazihah.chuweni@gmail.com or norna692@perak.uitm.edu.my
more information please visit http://perak.uitm.edu.my

Job Vacancy At Universiti Teknologi MARA (UITM) Sabah

1. Pembantu Hal Ehwal Islam


Closing date November 8, 2013

Cadangan Bayaran Insentif Baru Ganti BISP Untuk Cikgu BI, Sains & Matematik

$
0
0

Cadangan ganti Bayaran Insentif Subjek Pendidikan bagi guru Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris

Kuala Lumpur: Kerajaan menimbang memberikan insentif baru kepada guru mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris berikutan pemansuhan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) mulai 1 Januari tahun depan.

Mengikut Surat Pekeliling Perkhidmatan KPM Bilangan 3 Tahun 2003 (SPP KPM 3/2003), yang ditandatangani Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Madinah Mohamad, cadangan insentif baru itu akan dimajukan bagi persetujuan agensi pusat. 
Pembayaran sehingga akhir tahun 

“Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang menerima BISP akan terus menerima pembayaran itu sehingga akhir tahun 2013,” katanya dalam pekeliling terbaru kementerian itu.

Madinah berkata, kelulusan pembayaran BISP hendaklah dilakukan sebelum tarikh penutupan akaun pada akhir 2013 dan direkodkan dalam buku perkhidmatan pegawai kerajaan.

Katanya, tuntutan BISP yang diterima selepas 1 Januari 2014 tidak akan pertimbangkan. 
Sementara itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata, jumlah elaun BISP berdasarkan kelayakan dan gred gaji PPP.

PPP bukan siswazah menerima 10 peratus daripada gaji bersih, manakala siswazah lima peratus daripada gaji bersih. 

Dasar PPSMI dimansuhkan mulai 2010 dan digantikan dengan dasar baru iaitu Memartabat Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) melalui keputusan mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Julai 2009.

Gesa teruskan elaun BISP

Ketika ditanya langkah kementerian itu, Hashim berkata, pembayaran elaun BISP patut diteruskan kerana masih ada guru Tingkatan Enam yang perlu mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

“Sekiranya kerajaan mahu menggantikan BISP kepada insentif lain, kita harap ia lebih baik berbanding yang terdahulu. Bagaimanapun, kita masih berharap pembayaran elaun seumpama BISP diteruskan kepada guru yang terbabit,” katanya, semalam.

Kerajaan memperkenalkan BISP di bawah PPSMI mulai 2003 berdasarkan keputusan Kabinet 29 Mei 2002.

Layak dipertimbang

Bagi menyokong pelaksanaan dasar itu, PPP yang mengajar mata pelajaran Sains atau Matematik dalam Bahasa Inggeris atau mengajar subjek Bahasa Inggeris dan PPP yang menggunakan kelayakan dalam tugas rasmi, layak dipertimbangkan BISP berdasarkan SPP KPM 3/2003.

Pelajar Meninggal Dunia Ketika Duduki SPM Bahasa Melayu Kertas Satu

$
0
0
PASIR PUTEH - Seorang pelajar Maahad Saniah di sini meninggal dunia selepas pengsan ketika sedang menduduki peperiksaan kertas satu Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pagi tadi.

Kematian Nursyazwani Arifin, 17, disahkan oleh doktor sejurus diberi rawatan kecemasan di Hospital Tengku Anis kira-kira 9 pagi.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd Kamal Zainal berkata, pihaknya kini menunggu keputusan bedah siasat unit forensik Universiti Sains Malaysia (USM) untuk mengetahui punca kematiannya kerana Nursyazwani dikatakan tidak mempunyai rekod penyakit kronik.

Bapanya Arifin Deraman, 48, seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Janggut membawa Nursyazwani ke hospital selepas diberitahu mengenai insiden itu kira-kira 8.45 pagi, katanya kepada pemberita ketika ditemui di hospital berkenaan hari ini.

Sementara itu, Arifin ketika ditemui berkata Nursyazwani pernah mengalami pening kepala, sakit belakang dan dada selama seminggu sebelum ini.

"Ketika itu doktor hanya mengesahkan Allahyarham mengalami gastrik tetapi dalam sehari dua ini beliau didapati sihat seperti biasa.

Pagi tadi, sebelum peperiksaan beliau ceria dan sempat mencium tangan saya," katanya.

Beliau berkata, Nursyazwani anak keempat daripada enam beradik adalah antara pelajar terbaik sekolah itu dan menyasarkan keputusan 10A.

"Arwah bercita-cita untuk menjadi seorang pensyarah," katanya yang berasal dari Kampung Kemudu Bongkok, Gaal.

Anggota Dewan Undangan Negeri Semerak, Zawawi Othman antara yang menziarahi jenazah Allahyarham di hospital. - Bernama, 6/11/2013

Calon SPM Meninggal Dunia Sempat Duduki 3 Kertas Pada Hari Pertama

$
0
0

JERTEH - Seorang lagi calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) meninggal dunia di Hospital Daerah Besut hari ini.

Norsuwana Safawa, 17, pelajar Sekolah Menengah Agama Ittifakiah di sini meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang dan lelah yang dihidapinya sejak beberapa tahun lepas kira-kira 5.12 pagi ini. 

Pegawai Pendidikan Daerah Besut Ab Halim Hassan ketika mengesahkan perkara itu berkata Norsuwana yang merupakan pelajar harapan sekolahnya sempat menduduki kertas Bahasa Melayu 1 dan 2 di hospital itu semalam. 

Katanya pelajar itu sepatutnya menduduki tiga kertas hari ini iaitu Kertas Bahasa Inggeris 1 pada 8 pagi, kertas Bahasa Inggeris  2 pada 10.20 pagi dan kertas Pendidikan Al-Quran dan Sunnah pada sebelah petang.

Jenazahnya dijangka dikebumikan di tanah perkuburan Islam Alor Lintang dekat sini selepas solat Asar hari ini. 

Semalam dua calon SPM iaitu di Dungun dan Pasir Putih, Kelantan meninggal dunia.

Mohd Nor Allif Harun, 17, pelajar SMK Sultan Omar di Dungun  meninggal dunia awal pagi semalam setelah koma sejak seminggu lalu setelah terbabit dalam kemalangan jalan raya.

Nur Syazwani Ariffin, 17,  pelajar Sekolah Menengah Agama Mahaad Saniah, Pasir Putih tiba-tiba pengsan ketika sedang menjawab kertas Bahasa Melayu 1 kira-kira 8.25 pagi semalam sebelum meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tengku Anis Pasir Putih untuk rawatan. - Bernama, 7/11/2013

Calon SPM Terpaksa Duduki Peperiksaan di Penjara Kerana Perintah Tahanan Reman

$
0
0

KOTA BAHARU - Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terpaksa menduduki peperiksaannya di Penjara Pengkalan Chepa di sini, kerana menjalani perintah tahanan reman berkaitan kes peras ugut bersenjata.

Gadis yang dikenali sebagai Nur itu menyifatkan pengalamannya menduduki peperiksaan tersebut di penjara sebagai satu mimpi ngeri yang tidak pernah diduga akan terjadi ke atas dirinya.

"Saya tidak menyangka pergaduhan adik-beradik boleh membawa saya ke sini," katanya kepada pemberita hari ini.

Nur, 18, berkata dia hanya mengambil kertas Bahasa Inggeris dalam peperiksaan kali ini bagi memperbaiki keputusan SPM yang diambilnya tahun lalu.

"Saya mendapat gred D bagi kertas Bahasa Inggeris dan mahu memperbaiki keputusan itu kerana saya bercita-cita mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan," katanya yang mencatat keputusan 5A, 3B dan 1D dalam SPM tahun lepas.

Anak keenam daripada lapan beradik yang berasal dari Kampung Lembah, Gaal, Pasir Puteh itu ditahan reman sejak 24 Okt lepas bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu melakukan ugutan bersenjata.

Nur yang pernah menolak tawaran melanjutkan pengajian peringkat diploma dalam pengurusan ladang di Universiti Teknologi Mara, berkata dia belajar sendiri sebagai persediaan menghadapi peperiksaan itu.

"Fokus saya dalam peperiksaan ini agak terganggu dan berasa tidak yakin untuk menjawab soalan peperiksaan kerana terlalu memikirkan keadaan sekarang," katanya.

Gadis ini bagaimanapun tidak patah semangat dan berharap dapat merealisasikan cita-citanya untuk menjadi doktor pakar mata dan telinga.

Abang dan kakak saya juga doktor, dan mereka menjadi penyuntik semangat, katanya.

Sementara itu,  Timbalan Pengarah Jabatan Penjara Kelantan Wan Sani Abd Latiff berkata calon tersebut mempunyai semangat yang tinggi sekalipun berada di penjara serta tekun melakukan ulang kaji sebelum peperiksaannya hari ini.

"Selama dia berada di sini dia tidak membuat masalah, Kita bantu dia dari segi penyediaan bahan bacaan untuk dia menghadapi peperiksaan hari ini," katanya.    

Menurutnya pihak penjara juga mengasingkan calon yang bakal menduduki peperiksaan bagi memastikan mereka boleh memberi tumpuan kepada ulang kaji pelajaran.

"Keseluruhannya terdapat 20 calon yang mengambil peperiksaan pada tahun ini iaitu Penilaian Menengah Rendah dan SPM namun 19 daripadanya telah dipindahkan ke Sekolah Integriti di Bentong bagi banduan wanita dan Sekolah Integriti Marang, Terengganu bagi banduan lelaki," katanya. - Bernama, 7/11/2013

Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan "Guru Pelatih"

$
0
0
NOV 8 — Bagaimaknakah sekolah 30 tahun akan datang? Apakah peperiksaan nasional masih ada?

Bagaimanakah komputer digunakan di dalam kelas? Bagaimanakah cara kita mengajar anak-anak membaca? Apakah televisyen akan digunakan sebagai alat bantu mengajar? Menurut Neil Postmandi dalam ‘The End of Education’, ini adalah soalan-soalan yang perlu kita tanyakan untuk membuat jangkaan bagaimana sistem pendidikan yang akan membentuk anak-anak dan masyarakat kita pada masa hadapan.

Saya percaya yang akan memacu sistem pendidikan kita sehingga 30 ataupun 60 tahun ke hadapan adalah guru, yang masih dan tetap akan menjadi ‘epicentre’ di dalam kelas. Oleh yang demikian, perhatian perlu diberi kepada bagaimana sistem latihan guru dijalankan pada masa kini untuk menyediakan guru sekurang-kurangnya sehingga 30 tahun akan datang.

Malaysia mempunyai sehingga 27 Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), sebuah pusat pengajian tinggi yang berfungsi untuk melatih bakal guru sebelum mereka diserap masuk ke dalam sistem pendidikan negara. Tulisan ini akan ditulis di dalam tiga bahagian, setiap satunya akan cuba menganalisis dan melihat dengan kritikal bagaimana pusat latihan guru ini akan mempengaruhi sistem pendidikan nasional pada masa hadapan.

Bahagian Pertama ini akan fokus terhadap pelajar, mahasiswa atau pelatih guru, Bahagian Kedua pula akan fokus terhadap tenaga pengajar iaitu pensyarah dan Bahagian Ketiga pula nanti akan fokus kepada pentadbiran, hala tuju dan falsafah IPGM.

‘Guru Pelatih’ atau Mahasiswa?

Umumnya di IPG, para pelajar akan dipanggil dengan gelaran ‘Guru Pelatih’ dan bukannya mahasiswa. Mereka dikehendaki untuk meletakkan kad pelajar di pondok kawalan jika mahu keluarmasuk, walaupun hanya untuk membeli surat khabar di kedai yang jaraknya hanya 50 meter.

Urusan keluar masuk asrama terhad sehingga jam 11 malam sahaja. Rutin hidup mereka dipenuhi dengan kelas seawal jam 8.00 pagi membawa ke 5.00 petang dengan Perhimpunan Mingguan, menjadikan hidup mereka tidak lebih dari sekolah asrama (dengan surat merah jika pulang lewat dari jam 11 malam).

Saya percaya, para pelajar ini sendiri masih tidak tahu dan faham makna menjadi guru pelatih yang sebenar-benarnya. Hanya Tuhan sahaja yang tahu mengapa golongan ini tidak dipanggil dengan gelaran ‘Mahasiswa’ tetapi sebaliknya ‘Guru Pelatih’.

Saya kira beza makna di antara ‘mahasiswa’ dan ‘guru pelatih’ itu cukup besar sehingga memberi petunjuk kepada masyarakat kini mengapa sebahagian besar ‘guru pelatih’ ini kurang responsif terhadap masyarakat dan isu pendidikan yang amat rapat dengan mereka. Mereka tidak rasa beratnya makna mahasiswa ke dalam diri mereka dan hanya menganggap diri mereka hanyalah seorang guru pelatih yang sedang menunggu giliran untuk dihantar mengajar di sekolah.

Majlis Perwakilan Pelajar

Untuk sebuah pusat pengajian tinggi, tenaga yang menjana kuasa kepada budaya pemikiran dan intelektualisme pelajar adalah gabungan kesatuan pelajar. Di Malaysia gabungan ini selalunya hadir dalam bentuk Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP).

Malangnya kewujudan JPP yang melalui proses pilihanraya dalaman ini tidak lebih dari kewujudan pengawas di sekolah. Tugas mereka tidak lebih dari membantu jabatan Hal Ehwal Pelajar menguruskan isu kebajikan serta mengendalikan program dan ritual tahunan tanpa ada sumbangan serius untuk membentuk ideologi dan sudut pandang pelajar untuk melihat dunia pendidikan dengan lebih realistik.

Fungsi JPP yang hanya terhad untuk mengendalikan Perhimpunan Mingguan dan hebahan tarikh keluar elaun menyebabkan mereka hampir tiada tenaga untuk memacu mentaliti pelajar. Ini diburukkan lagi dengan ribuan isu kebajikan seperti harga kafetaria, kelengkapan kelas yang serba kekurangan serta pelbagai isu lain yang masih tidak dapat diselesaikan menyebabkan fokus JPP terhadap isu kebajikan semata-mata.

Pelajar hampir tidak ada saluran untuk menyuarakan sesuatu. Istilah seperti hak pelajar tidak dapat dibincangkan memandangkan wacana seperti ini adalah sesuatu yang asing untuk didebatkan secara umum. Lebih-lebih lagi jika ada yang ingin membuat perubahan mereka akan ditakut-takutkan dengan Akta 174, sebuah akta yang akan dimomokkan daripada awal tahun pengajian untuk memastikan mereka tidak menimbulkan masalah kepada pihak pengurusan IPG.

Walaupun AUKU sudah dibuat bacaan semula dengan Pindaan (2012) berkaitan Perenggan 15(2)(c), sehingga hari ini masih belum kedengaran ada JPP daripada 27 IPG seluruh negara yang membuat permohonan untu bacaan semula Akta 174.

Indoktrinasi vs Jiwa Merdeka

Jadi, apakah harapan yang kita ada untuk guru pelatih, bakal guru yang akan mendidik anak cucu kita pada masa hadapan?

Saya melihat panggilan ‘Guru Pelatih’ ini adalah sebahagian dari usaha konsisten untuk melemahkan daya pemikiran dan intelektual para pelajar agar boleh menjadi kakitangan yang efisien apabila dihantar masuk ke dalam sistem nanti. Hasilnya, graduan IPG akan keluar sebagai pelaksana yang tidak punya kemampuan untuk meneliti dan mengkritik dasar secara konstruktif.

Indoktrinasi ini boleh dilihat apabila sehingga dua bulan pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, hampir tiada diskusi dan analisa kritikal dijalankan samada oleh JPP atau gabungan guru pelatih, di dalam IPG atau di luar IPG, sedangkan mereka adalah golongan paling rapat dengan isu tersebut. Bahkan sehingga jumlah 54.6 bilion diumumkan untuk disalurkan kepada sektor pendidikan di dalam Bajet 2014, juga tidak kedengaran analisa, perbincangan mahupun diskusi berkaitan dijalankan secara ilmiah oleh golongan ini.

Suara pelatih guru sebagai mahasiswa pendidikan perlu diangkat semula. Mereka perlu segera keluar dari zon selesa dan mula mengambil tanggungjawab intelektual yang terbeban di atas bahu mereka. Sebagai pelaksana dasar pada masa hadapan, golongan ini adalah ‘front-liner’, golongan yang paling sesuai untuk menghidupkan semula wacana pendidikan, bahas dasar serta kritik ke atas perubahan kurikulum dan amalan yang semakin kerap berlaku kini.

Sekian banyak isu pendidikan dari SPPBS sehingga kepada isu wajib lulus subjek Sejarah dan Bahasa Inggeris perlu diberi perhatian oleh golongan ini. Sebagai anak muda dan mahasiswa, mereka perlu memastikan setiap perubahan dasar dan amalan yang akan memberi kesan kepada sistem pada masa hadapan perlu mengambil pendapat dan suara mereka terlebih dahulu.

Untuk itu, JPP perlu diupayakan semula bukan sahaja sebagai badan untuk menjaga kebajikan, tetapi lebih dari itu agar ia berfungsi untuk memimpin ideologi, sudut pandang dan budaya intelektualisme di kalangan warga guru pelatih. Ini adalah sangat penting terutamanya untuk memastikan setiap graduan IPG ini nanti adalah pemimpin muda yang akan memimpin anak-anak Malaysia di dalam kelas ke arah masyarakat yang lebih baik.

Tempoh masa belajar di IPG sehingga 5 tahun adalah tempoh waktu yang paling baik untuk membentuk ideologi, sudut pandang serta makna diri sebagai pendidik ke dalam anak muda ini. JPP perlu berfungsi untuk menghidupkan semula seminar, kolokium serta bahas isu pendidikan bermula di IPG masing-masing. Anak muda di dalam IPG harus digerakkan untuk cakna dengan dasar dan falsafah pendidikan serta kaitannya dengan realiti masyarakat dan masalah pendidikan yang masih belum dapat diselesaikan walaupun negara sudah 56 tahun merdeka.

Serentak dengan perkembangan teknologi yang pesat tatkala negara seperti India dan China berlumba-lumba menghantar misi ke planet Marikh; sudah pasti kita tidak mahukan guru yang mempunyai jiwa hamba, sekadar menurut dan mengangguk dengan dasar yang disediakan oleh Putrajaya pada masa hadapan. Ritual tahunan dan budaya yang tidak mampu menggerakkan budaya intelektualisme seperti membaling topi ketika habis minggu orientasi harus segera ditukar kepada penerbitan kajian akademik merentas pedagogi sehingga falsafah pendidikan terutamanya idea baharu menjelang perubahan teknologi masa hadapan.

Guru masih dan tetap menjadi ‘epicentre’ di dalam kelas. Sistem pendidikan berpusatkan kelas, bukan Putrajaya walaupun dasar berubah setiap tahun. Oleh yang demikian yang kita perlukan kini adalah anak muda berwawasan, pemimpin muda yang kelak di dalam kelas akan memacu pemikiran anak bangsa dengan ideologi. Mereka harus dilengkapkan bukan sahaja dengan kemahiran pedagogi yang pelbagai, tetapi juga kebolehan untuk adaptasi dengan teknologi dan kurikulum secara dinamik dan konstruktif.

Dan sudah tentu, ini tidak dapat dilakukan jika mereka masih mempunyai jiwa hamba.

Azizi Hj Abdullah di dalam buku beliau, Jiwa Hamba, menulis; “orang yang berjiwa besar akan menjauhkan daripada bersikap jiwa hamba. Orang yang menafikan sikap berjiwa hamba ialah orang yang melihat ke kanan dan ke kiri. Berapa ramai orang di dunia ini terbaring dan lemah hanya kerana bersikap positif dan menyerah; dan berapa ramai pula yang berjaya kerana mereka positif dalam segala hal. Berapa ramai antara mereka sekarang, dipenjarakan hanya kerana tidak rela berjiwa hamba. Akhirnya mereka menjadi orang yang menang dalam merdeka, bebas dari segala ikatan. Orang yang positif ialah orang yang tidak menghambakan jiwanya kepada pengaruh dan sistem perhambaan walaupun ia berselindung di sebalik perutusan atau protokol,”

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan akhbar. 

Sumber: The Malay Mail Online.

Jawatan Kosong Pensyarah di Kolej Sains & Pengurusan Sarawel

$
0
0

Jawatan : Pensyarah
1.    Bahasa Inggeris 

2.    Bahasa Melayu / Pengajian Malaysia
3.    Teknologi Maklumat
4.    Syariah
5.    Psikologi
6.    Perkhidmatan dan Pengurusan Makanan Halal
7.    Sains Senaman dan Sukan


Kelayakan:-
a)    warganegara Malaysia;

b)    berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c)    mempunyai tahap kesihatan yang disahkan oleh doktor yang bertauliah;     
d)    mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang berkenaan; dan
e)    kepujian dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia  atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan)
f)    Calon harus mempunyai kelulusan minima Sarjana Muda dalam bidang berkaitan. Calon yang mempunyai kelulusan Sarjana atau Doktor Falsafah adalah suatu kelebihan.
g)    Kakitangan akademik yang dilantik akan terlibat dalam pelbagai tugasan yang berkaitan dengan proses pembelajaran dan pengajaran dalam membantu memantapkan halatuju dan kualiti akademik mengikut standard yang dikehendaki dan tugasan berkaitan dengan pembangunan organisasi.


Perhatian kepada pemohon:-

a) Pemohon boleh mendapatkan borang permohonan perjawatan di ;-

•    Pejabat KIST Group Holdings Sdn Bhd, Tingkat 2, Kelantan Trade Centre, Kota Bharu, Kelantan.

b) Bagi pemohon yang tinggal berjauhan dan berminat mengisi kekosongan jawatan tersebut, 

pemohon boleh mendapatkan borang permohonan dengan menghantar sampul surat beralamat sendiri, 
bersaiz A4 bersetem RM1.00 dan wang pos atas nama KOLEJ ISLAM SAINS DAN TEKNOLOGI berjumlah RM5.00 untuk bayaran wang proses.

c) Pemohon juga boleh memohon dengan menghantar resume kepada mohd.hr.kgh@kist.edu.my.
d) Tarikh tutup permohonan adalah 15 November 2013 dan pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan daripada tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
e) Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta sijil-sijil yang disahkan hendaklah dihantar ke alamat:-
Bahagian Sumber Manusia

KIST Group Holdings Sdn.Bhd.
Tingkat 2, Kelantan Trade Centre,
Jalan Bayam, 15200 Kota Bharu,
Kelantan.
09-7444223

Viewing all 517 articles
Browse latest View live