Quantcast
Channel: Pengajar 4.0
Viewing all 517 articles
Browse latest View live

Jawatan Kosong di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka

$
0
0

Jabatan Seni Teater SMART Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka ingin mempelawa kepada mereka yang layak bagi mengisi kekosongan jawatan pensyarah :


Jawatan : Pensyarah

Status kerja : Sepenuh Masa

Subjek yang mungkin diajar : 
- Kritikan drama
- Konsep dan idea
- Sejarah drama dan teater di Malaysia dan beberapa subjek amali yang lain.

Kelayakan :
Ijazah dalam bidang Seni Persembahan,  Ijazah dalam bidang teater, 

Pengalaman :
Biasa atau pernah terlibat dengan produksi teater. Sanggup bekerja lewat malam atau di luar waktu pejabat.

Umur :
Tak penting. Tapi mestilah akil baligh. Yang penting ilmu dan minat dan semangat.
Jika berminat, anda boleh poskan resume dan sijil kepada saya di alamat seperti di bawah : 

MOHD ZAMRI MOHAMAD
Ketua Jabatan
Jabatan Seni Teater,
School of Media Tecnology And Arts,
Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka,
No1, Jalan Bukit Sebukor,
75150 Melaka.

Tarikh tutup :
Sebelum 16 November 2013 jam 12.00 tengah malam.


Temuduga Terbuka Pengambilan Pelajar ADTEC Bintulu Sesi Jan 2014 di ILP Kota Samarahan, 18 & 19 Nov 2013

$
0
0

IKLAN TEMUDUGA TERBUKA PENGAMBILAN PELAJAR 
PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) BINTULU, SARAWAK 
SESI KEMASUKAN JANUARI 2014 
 (SASARAN : Warga Sekitar Kuching, Kapit, Mukah) 

(TERBUKA KEPADA CALON YANG MEMILIKI SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA 
(SKM) TAHAP 3 BAGI BIDANG YANG DITAWARKAN DAN SIJIL JURUTEKNIK 
PERINDUSTRIAN (SJP) TAHAP 2 BAGI BIDANG MINYAK DAN GAS) 

Pemohon yang berminat dan berkelayakan, sila hadir seperti ketetapan 
di bawah untuk temuduga terbuka : 

TARIKH : 18 – 19 November 2013 
MASA : 08.30 pagi – 4.30 Petang 
TEMPAT : Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Samarahan, Sarawak 

KURSUS YANG DITAWARKAN : 
K01- DIPLOMA TEKNOLOGI KIMPALAN 
K10 – DIPLOMA TEKNOLOGI AUTOMOTIF 
K12 – DIPLOMA TEKNOLOGI MINYAK DAN GAS 
 (SISTEM PAIP & REKABENTUK STRUKTUR) 

L01 – DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRIKAL 
L12 – DIPLOMA TEKNOLOGI MEKATRONIK 


PEMOHON DIMINTA UNTUK BERPAKAIAN KEMAS SERTA MEMBAWA DOKUMEN ASAL 
 DAN SATU (1) SALINAN ; 

1. Kad Pengenalan (warganegara Malaysia) 
2. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 
3. Sijil asal SKM tahap 3 / SJP tahap 2 bagi kursus berkaitan 
4. Transkrip keputusan peperiksaan institut terdahulu. 

Temuduga Terbuka Pengambilan Pelajar ADTEC Bintulu Sesi Jan 2014 di ILP Kota Kinabalu, 11 & 12 Nov 2013

$
0
0

IKLAN TEMUDUGA TERBUKA PENGAMBILAN PELATIH 
PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) BINTULU, SARAWAK 
SESI KEMASUKAN JANUARI 2014 
(SASARAN : Warga zon Sabah dan Labuan) 

Untuk lepasan SKM tahap 3 / SJP tahap 2 bagi kursus berkaitan 

Pemohon yang berminat dan berkelayakan, sila hadir seperti ketetapan 
di bawah untuk temuduga terbuka : 

TARIKH : 11 – 12 November 2013 
MASA : 08.30 pagi – 4.30 Petang 
TEMPAT : Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Kinabalu, Sabah 

KURSUS YANG DITAWARKAN : 
K01- DIPLOMA TEKNOLOGI KIMPALAN 
K10 – DIPLOMA TEKNOLOGI AUTOMOTIF 
K12 – DIPLOMA TEKNOLOGI MINYAK DAN GAS 
 (SISTEM PAIP & REKABENTUK STRUKTUR) 

L01 – DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRIKAL 
L12 – DIPLOMA TEKNOLOGI MEKATRONIK 


PEMOHON DIMINTA UNTUK BERPAKAIAN KEMAS SERTA MEMBAWA DOKUMEN ASAL 
 DAN SATU (1) SALINAN ; 

1. Kad Pengenalan (warganegara Malaysia) 
2. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 
3. Sijil asal SKM tahap 3 / SJP tahap 2 bagi kursus berkaitan 

Murid Dapat 5A Dalam UPSR Dihadiahkan Ayah Mini Cooper

$
0
0

Fatini Zulaikha bersama kereta contoh Mini Cooper yang akan dihadiahkan oleh bapanya selepas mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR. 

Kota Bharu: Siti Nur Fatini Zulaikha Zukila tidak menyangka hasrat memiliki kereta Mini Cooper sebagai hadiah mendapat 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) menjadi kenyataan. 

Semalam, selepas menerima keputusannya, pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Zainab 1 itu mendapat kejutan paling istimewa apabila dihadiahkan kereta idaman oleh bapanya, Zukila Deraman, 36, seorang peniaga ayam. 

Bapanya memandu kereta ke sekolah untuk menunjukkan hadiah kepada anak sulungnya itu. Gambar Siti Nur Fatini bersama Mini Cooper di hadapan sekolahnya kemudian dimuat naik dalam laman sosial Facebook dan blog oleh ibunya sehingga mendapat komen positif dan negatif. 

“Pada awal tahun saya, pernah menyuarakan untuk dihadiahkan kereta berkenaan, namun bapa hanya diam. Kira-kira sebulan sebelum peperiksaan, bapa memberitahu saya akan dapat kereta itu jika mendapat 5A. 

“Saya tidak menyangka bapa menunaikan janjinya, malah membawa kereta itu ke sekolah sebagai hadiah kejayaan saya. Ibu memuat naik gambar dalam Facebook sebagai kenangan dan saya tidak menyangka ia menjadi perhatian,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Tanjung Chat, di sini semalam. 

Ibunya, Nor Aishah Mahmud, 31, berkata hadiah kereta adalah sebagai hadiah kejayaan anaknya dan tidak bermaksud untuk menunjuk-nunjuk kemewahan. 

“Suami hanya menunaikan janjinya kepada anak dan kebetulan kami mampu membelinya. Gambar itu dimuat naik untuk kenangan keluarga dan tiada niat untuk menunjuk. 

“Kereta Mini Cooper jenis dua pintu dalam gambar yang dimuat naik dalam Facebook itu bukan kereta sebenar yang akan dihadiahkan. Suami akan bawa balik kereta lain tapi tetap jenama Mini Cooper mungkin empat pintu bagi kemudahan keluarga kami,” katanya.

Sumber: BH

Rujukan berkaitan: Utusan MalaysiahMetro.

Kesihatan Guru Terjejas Ekoran SPPBS : Presiden KGBS

$
0
0
KUCHING: Tahap kesihatan beberapa guru terjejas ekoran tekanan melaksanakan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS).

Presiden Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) Ahmad Malie yang berkata demikian memberitahu pihaknya menerima rungutan kerana bebanan kerja yang bertambah.

Ia turut mengganggu susulan sistem akses yang sering terjejas menyebabkan ramai guru tidak cukup tidur.

“Ramai guru merungut impak pelaksanaan SPPBS ini. Tidak kurang ada warga guru yang menyatakan kerisauan mereka tentang kesihatan semakin menurun kesan daripada berusaha untuk melaksanakan PBS ini.

“Kerja dan tugas guru semakin rumit dan rencam,” katanya ketika dihubungi semalam.

Baru-baru ini, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (KPPK) menggesa Kementerian Pendidikan memansuhkan pelaksanaan sistem itu.

Ahmad berkata, KGBS menyokong gesaan itu demi manfaat kira-kira 400,000 orang guru di negara ini.

“Sebelum terlambat, KGBS berharap Kementerian Pendidikan Malaysia tidak teragak-agak untuk memansuhkan sistem ini.

“Kelewatan akan memberi kesan yang besar dalam sistem pendidikan negara kita khususnya murid-murid yang berada dalam kohort SPPBS ini,” ujarnya.

Sumber: Utusan Borneo

Permohonan Kemasukan Program Sarjana Muda Ambilan Febuari 2014 UTM Space

$
0
0

Panduan Permohonan

1. Permohonan bagi Pengambilan FEBRUARI 2014 bermula 25 OKTOBER 2013 sehingga 25 DISEMBER 2013.
2. Sila semak Penawaran Program bagi kemasukan Februari 2014
3. Sila semak Syarat Kemasukan Program terlebih dahulu sebelum membuat permohonan

     3.1 Lepasan Diploma
     3.2 Lepasan Matrikulasi
     3.3 Lepasan STPM
     3.4 Lepasan STAM

4. Sila buat pembayaran Wang Proses RM 50 bagi setiap permohonan yang dihantar 
     -Secara ONLINE melalui Web Permohonan kemasukan
     -Melalui pemindahan Wang ke Acc CIMB atas nama UTMSPACE No Acc : 0116-0000426-107 (resit perlu di pos bersama dokumen diminta)
     -Wang Pos atas nama "UTMSPACE" (Wang Pos perlu di Pos bersama dokumen diminta)

5. Sila ke Permohonan Kemasukan untuk membuat permohonan. Hanya PERMOHONAN berserta DOKUMEN SOKONGAN 
    yang lengkap diterima
 sebelum 30 Disember 2013 sahaja akan diproses.

6. Dokumen Sokongan/Akademik perlu di Pos ke : 
  

    Seksyen Kemasukan dan Rekod
    Pusat Pengajian Separuh Masa, UTMSPACE
    No 34-50 Jalan Kebudayaan 1
    Taman Universiti, 81300,
    Skudai, Johor
.
  

Semakan Panggilan Temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 (MARA) di MRSM Kota Kinabalu

$
0
0

Temuduga akan dijalankan pada 26, 27 dan 28 November 2013 


MRSM KOTA KINABALU, 
PETI SURAT 50167, 
88722 PUTATAN, 
KOTA KINBALU, 
SABAH.

Muat turun senarai nama berikut: 


Tekan [Download] berikan [Verification Code] dan Download

Semakan Calon Panggilan Temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 (MARA) di MRSM Kota Kinabalu pada 26, 27 dan 28 November 2013.

Seperti sebelum ini pihak MARA akan menghantar email senarai nama calon yang ditemuduga kepada email pemohon yang dipilih. Nama calon tersebut tidak dimaklumkan di laman web MARA, maka anda haruslah rajin-rajin bertanya dengan rakan yang lain untuk pernah memohon jawatan Guru / Pensyarah MARA ini.

Tidak semua yang memohon akan dipanggil untuk ditemuduga. Calon yang dipanggil kerana sesuai dengan bidang / subjek yang dipohon. Calon yang dipanggil juga tidak semestinya dikalangan graduan yang mempunyai latarbelakang pendidikan. Ini kerana pihak MARA akan menawarkan kursus DPLI kepada pemohon yang tidak mempunyai latarbelakang pendidikan yang berjaya.

[Terima kasih kepada rakan facebook Pengajar dari Sabah yang berkongsi email ini. Semoga anda yang dipanggil untuk temuduga berjaya dipilih untuk berkhidmat dengan Majlis Amanah Rakyat]

SPM 2013: Pelajar Terkejut Dengan Perubahan Format Kertas Pendidikan Moral

$
0
0
ETALING JAYA: Pelajar tingkatan lima yang menduduki SPM kertas Pendidikan Moral pada Rabu terkejut dengan perubahan drastik format peperiksaan yang didakwa tidak diumumkan terlebih dahulu.
P. Kamalanathan
Pelajar-pelajar yang menduduki kertas peperiksaan subjek berkenaan menyatakan kemarahan mereka berhubung perubahan itu.
"Perkara pertama yang kebanyakan kita sedari ialah mengenai 'di manakah nilai murni?," kata seorang pelajar dari Alor Setar, Kedah.
Berdasarkan 'posting', mereka menunjukkan bahawa format telah berubah daripada soalan struktur kepada bentuk yang lebih terbuka.
Antara yang dirungutkan mereka ialah apabila mereka menghabiskan berjam-jam menghafal definisi yang kini hanya menyumbang dua dari 100 markah dan soalan esei yang mereka tidak pernah hadapi sebelum ini.
"Apabila datang kepada subjek Pendidikan Moral, metodologi untuk menjawab perlu sempurna untuk kami mendapatkan A+," katanya.
G.Tang, seorang pelajar dari Selangor berkata, dia dan rakan-rakan yang menduduki peperiksaan terkejut dengan perubahan dan melihat antara satu sama lain dengan wajah yang buntu di dalam dewan peperiksaan.
Dia menambah kertas tahun ini seolah-olah menekankan kemahiran pemikiran peringkat tinggi.
Tang mendakwa guru juga tidak memberi taklimat mengenai perubahan itu.
Timbalan Menteri Pendidikan II P. Kamalanathan berkata beliau telah dimaklumkan mengenai perkara itu.
"Saya telah meminta jabatan (pendidikan ) untuk menyiasat dan memaklumkan semula kepada saya," katanya.

Sumber: mStar

Semakan Panggilan Temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 (MARA) di IKM Kuching

$
0
0

Sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan dipelawa mengikuti sesi “MARA Assessment Centre (MAC)” iaitu sesi pemilihan dan temuduga ke jawatan “Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41  seperti makluman berikut :-

TARIKH   :
27 & 28 November 2013Seperti di lampiran  ( rujuk no. ID di lampiran c. Senarai Nama)
MASA     :
7.00 pagi
TEMPAT : 
IKM Kuching, Jalan Kemahiran, Off Jalan Sultan Tengah, Peti Surat 3271, 93764 Kuching, Sarawak,  Tel  : 082-441149 / 441113

Muat turun senarai nama di bawah berikut:


PERHATIAN :
Sila bawa DOKUMEN ASAL dan satu salinan fotokopi seperti berikut :-
Ø  Resume yang lengkap
Ø  Kad Pengenalan
Ø  Kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia  (SPM)
Ø  Kelulusan Diploma Perguruan/Pendidikan dan Transkrip (jika ada)
Ø  Kelulusan Ijazah Sarjana Muda dan Transkrip
Ø  Dua (2) keping Gambar Berukuran Passport
Ø  Cetak & Lengkapkan Borang (disertakan dalam lampiran)
                                                                    i.                        Employment Application – 1 salinan
                                                                  ii.                        Micro Teaching Form – 2 salinan
                                                                iii.                        Interview Form – 3 salinan

KAEDAH PENILAIAN :
A.      Ujian Psychometric
B.      Penilaian Temu Duga
C.      Tugasan Individu ( Micro Teaching/Amali Pra- Mengajar)
ü  Pemilihan tajuk pengajaran adalah bebas mengikut Subjek yang bakal diajar.
ü  Penyampaian mengajar dalam Bahasa Inggeris diwajibkan kepada subjek Business Studies/ Accounting, Science Computer, Mathematic, Physic, Chemistry & Biology.
ü  Silibus pengajaran adalah berdasarkan peringkat pembelajaran di Sekolah Menengah (MRSM) .
ü  Subjek Business Studies/Accounting adalah berdasarkan silibus peringkat Diploma.
ü  Tempoh masa persembahan pra – mengajar  yang diperuntukan adalah 10 minit sahaja.
ü  Sediakan satu salinan set induksi mengajar.
ü  Calon dikehendaki mempraktikan kaedah pengajaran dalam bilik darjah dengan menggunakan papan putih sahaja.
ü  Calon dinilai dari segi personaliti, suara, kreativiti dan kebolehan (bakat mengajar). Kelebihan berbahasa inggeris akan diberi perhatian.
               
                KEHADIRAN

ü  Sila hadir 30 minit awal sebelum sesi MARA Assessment Centre (MAC)  bermula untuk urusan pendaftaran dan penyelarasan dokumentasi.
ü  Pemilihan tarikh adalah muktamad.
ü  Calon yang berjaya sahaja akan dihubungi oleh pihak MARA untuk urusan penempatan. ( Sila semak laman web MARA dari semasa ke semasa)
ü  Calon yang tidak menerima sebarang panggilan selepas 6 bulan dari tarikh temuduga diadakan, dengan itu dianggap tidak berjaya.

Info Persediaan & Persiapan Calon Menduduki Sesi Penilaian MAC Temuduga PPPS DG41

$
0
0
Syarat Asas Permohonan Calon Pendidik MARA & Syarat Lantikan Utama

PENDEKATAN & KAEDAH PENILAIAN PROGRAM MAC 2013

Berdasarkan pendekatan & kaedah penilaian program MARA Assessment Centre (MAC) tahun ini mungkin sedikit berbeza dengan tahun sebelumnya dimana tahun ini kalau dilihat ada item C iaitu Aktiviti Berkumpulan. Pada tahun 2012, persembahan individu ini ada dua iaitu Micro Teaching dan Tugasan manakala tiada aktiviti berkumpulan. Mungkin juga Tugasan & Aktiviti Berkumpulan ini sebenarnya lebih kurang sama. 

[Berikut adalah proses temuduga pada tahun 2012]


A. Ujian Psychometric
Setelah mendaftar awal pagi, pihak MARA akan menjelaskan proses perjalanan temuduga. Pada peringkat pertama ialah Ujian Psychometric (60 Soalan Aneka Pilihan). Ujian ini mengenai MARA, pengetahuan Am dan Isu-isu kependidikan.

Contoh:
Mengenai MARA
- MARA terletak di bawah kementerian apa?
- Sejarah MARA
- Misi dan Visi MARA

Pengetahuan Am
- Soalan Matematik, Bahasa Inggeris, Sains, 
- Perdana Menteri 

Isu-Isu Kependidikan
- Dasar Pendidikan Kebangsaan

B. Tugasan Individu (Mirco Teaching & Tugasan)

Peringkat ke-2, calon akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan daripada A hinggalah I, J mengikut jumlah calon. Setiap calon akan ditemuduga 3 panel penemuduga.

Soalan Esei (4 Soalan) ketika sedang menunggu giliran Mirco Teaching


Soalan dalam BI & calon dibenarkan untuk menjawab dalam BI ataupun BM.


1. Write CHANGES that you would like to see in the organization if selected.
2. What are the STRATEGIC INITIATIVES that you would implement to being the organization to the next level of excellence?
3. What are your CURRENT STRENGTHS that would ensure flawless execution of the strategic initiatives implement and GIVE RELEVANT example of each of your strength stated above.
4. Ada sebuah video klip ditonton. Soalan: Bagaimana anda menjadikan diri anda daripada seorang guru biasa kepada pekerja yang bersemangat untuk memandu organisasi ke hadapan.

{lebih kurang beginilah soalan ketika berada di dewan semasa menunggu giliran Mirco Teaching} 

Micro Teaching (10 minit)

Pilih satu tajuk yang sesuai untuk diajar berdasarkan subjek anda. 

Untuk subjek Biology, Chemistry, Mathematics, Physic digalakkan menggunakan Bahasa Inggeris ketika mengajar. 

Walaupun calon tidak diberitahu untuk membuat RANCANGAN MENGAJAR, namun sebagai bakal cikgu anda harus tahu setiap kali sebelum mengajar rancangan mengajar mesti ada. {Sila rujuk pada email ada BORANG PENYELIAN PENGAJARAN, di situ sebenarnya panel penilai lebih mudah memberikan markah untuk anda ada RP ataupun Lesson Plan. Berikan rancangan mangajar anda tersebut pada panel penilai tanpa perlu disuruh}

Tugasan (10 Minit)

Semasa dalam kumpulan, setiap calon dikendakali memilih satu sampul surat yang mengandungi 1 soalan yang berbeza untuk dibentangkan. 

Setiap calon hanya diberikan sehelai kertas mahjong dan maker. Calon dikendaki menyiapkan tugasan diberikan dalam tempoh diberikan dan bentangkan selama 5 minit. 

{Pada tugasan ini panel nak melihat bagaimana tulisan anda, kepantasan untuk berfikir dan memberikan idea}

C. Penilaian Temuduga

Contoh soalan semasa temuduga:

1. Perkenalkan diri anda - Latar belakang diri dan keluarga, Pendidikan. 

2. Apa pekerjaan anda sekarang? Pernah menjadi guru?
3. Apa perbezaan MRSM dengan Sekolah Menengah Kerajaan. 
4. Kenapa MARA harus ambil awak?
5. Nak tak dihantar ke Semenanjung (Bagi calon Sabah / Sarawak) manakala calon Semenanjung juga ditanya nak tak dihantar ke Sabah ataupun Sarawak.

10 Tips Temuduga

1. Sarapan dulu awal pagi. Bawa minuman / bekalan makanan kerana proses temuduga ini dari pagi sehinggalah ke petang. 
2. Rujuk pekara am mengenai Kehadiran, Pakaian, Ketepatan Masa dan Telefon Bimbit pada lampiran email anda.
3. Banyakkan bertanya dengan rakan ataupun mencari maklumat di internet mengenai temuduga ini. Setiap subjek adalah berbeza. Contohnya, Biology calon dikendaki untuk membuat latihan amali, untuk subjek Kaunseling tu micro teachingnya adalah membentangkan projek paper. 
4. Rujuk “Interview Assessment Form” - Competencies Demonstrated & Observed During Interview Session pada lampiran email untuk mengetahui skema markah panel penilai. 
5. MARA tidak menyediakan laptop dan LCD untuk tujuan pengajaran, jika perlu sila bawa sendiri. 
6. Kebolehan calon dinilai dari segi personaliti, suara, kreativiti dan kebolehan (bakat/kemahiran). Kelebihan berbahasa inggeris akan diberi perhatian.
7. Kegagalan calon mengikuti semua atau salah satu penilaian dalam 3 komponen penilaian akan menyebabkan calon tidak akan dipertimbangkan untuk pemilihan ke jawatan yang dipohon.
8. Bawa semuda dokumen yang diperlukan. Sila buat semakan pengiktirafan Ijazah melalui laman web JPA Iaitu: www.interactive.jpa.my. Sila cetak dan bawa semasa temduga. 
9. Tunjukkan Mirco Teaching anda yang terbaik dalam tempoh masa diberikan dimulai dengan set induksi yang menarik minat panel (anggap sebagai pelajar) untuk belajar. Perhatian, penyoalan anda terhadap pelajar interaksi penting. Bawa ABM jika perlu serta tunjukkan kreativiti anda semasa mengajar. Ada panel sengaja seperti tidak menumpukan perhatian, tidur dalam kelas, aktif bertanya. Berlakon mengajar dengan teliti dan mempunyai kasih sayang. Anda harus bijak menguruskan karenah pelajar serta mewujudakan budaya untuk minat belajar. 
10. Semasa temuduga, jawab soalan panel dengan ikhlas, yakin dan memberi respon dengan jawapan yang positif. 

****************
Artikel ini sekadar info berdasarkan pengalaman sendiri. Sebarang perbezaan dan perubahan maklumat pembaca perlu merujuk temuduga di tempat lain. Untuk mengetahui proses temuduga di Sarawak, Sabah ataupun Semenanjung baca tips dan pengalaman daripada blogger mengenai temuduga Guru / Pensyarah MARA ini:
5. Zahira - Bahasa Inggeris
6. Abaiis
7. Nurfauzi Bassar - Pendidikan Islam
8. Miera
9. Norhazrin
10. Nur Cahaya


****************
Calon yang berjaya terpilih dalam temuduga ini akan dipostingkan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Instutut Kemahiran MARA (IKM) dan Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM). Selamat menduduki temuduga sesi penilaian MAC bagi jawatan PPPS DG41. 

SPM 2013: Kertas Soalan Matematik, Matematik Tambahan Didakwa Bocor

$
0
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima aduan daripada tiga individu yang mendakwa kertas soalan Matematik dan Matematik Tambahan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini, bocor.

Mohd Husaini Jaslee, Nor Izwan Abu Bakar dan Mohd Rizuan Abd Rashid turut menyerahkan salinan yang didakwa kertas soalan bocor itu kepada pemberita pada sidang media di pejabat PPIM di sini hari ini, yang dihadiri Pengarah Latihan PPIM Dr Izham Nayan.

Mohd Husaini, 30, berkata beliau mengetahui perihal kertas soalan yang didakwa bocor itu daripada beberapa pelajar sebuah sekolah di Seksyen 5, Wangsa Maju pada 19 November lepas.

"Kata mereka, kertas itu diedar ketika mengikuti satu seminar SPM 2013 yang dikelola seorang guru di Masjid Mua'adz Bin Jabal, Setiawangsa pada 17 November lepas bermula jam 8 pagi hingga 4.30 petang.

"Selepas itu, saya ke Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) di Putrajaya pada 20 November untuk membuat aduan, bagaimanapun, pegawainya meminta dikemukakan bukti," katanya.

Mohd Husaini berkata bukti kebocoran soalan hanya diperoleh pada 21 November apabila seorang pelajar menghantar gambar Kertas 2 Matematik Tambahan berserta jawapan, yang didakwa soalan bocor, melalui aplikasi 'WhatsApp'.

"Maklumat itu mengandungi tiga gambar mengenai soalan beserta jawapan yang berkemungkinan sama dengan kertas 2 Matematik Tambahan tersebut," katanya.

Beliau berkata segala maklumat itu kemudian diserah kepada LPM untuk siasatan lanjut dan satu laporan sudah dibuat di Balai Polis Wang Maju semalam.

Mohd Husaini berkata beliau membuat pendedahan itu atas dasar tanggungjawab kerana tidak ingin melihat kemusnahan masa depan pelajar SPM.

"Saya berharap pihak LPM dapat menjalankan siasatan menyeluruh sekiranya benar perkara ini berlaku," katanya. - Bernama

Lembaga Peperiksaan Siasat Dakwaan Kertas SPM Matematik & Matematik Tambahan Bocor

$
0
0

KUALA LUMPUR: Lembaga Peperiksaan memulakan siasatan berkaitan aduan kebocoran kertas soalan Matematik dan Matematik Tambahan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013. 

Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan di sini, hari ini tindakan susulan segera juga akan diambil selepas siasatan lengkap dijalankan. 

Sebagai sebuah institusi awam yang tertakluk di bawah Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), Lembaga itu bertanggungjawab untuk mengurus dan mengendalikan peperiksaan awam di Malaysia. 


Lembaga Peperiksaan sentiasa memelihara kredibiliti dan integriti pengendalian peperiksaan dengan mematuhi Arahan Keselamatan yang dikeluarkan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia. 

Lembaga Peperiksaan sentiasa mengambil tindakan sebelum, semasa dan selepas peperiksaan bagi memastikan pengendalian peperiksaan dijalankan dengan penuh integriti. 

Ini termasuk memberi taklimat peringatan dan amaran kepada semua petugas peperiksaan dan pentadbir sekolah tentang pengurusan peperiksaan dan menyediakan Prosedur Standard Operasi serta Garis Panduan dan Senarai Semak Petug
as Peperiksaan supaya petugas peperiksaan mematuhi prosedur pengurusan pusat peperiksaan. 

Lembaga Peperiksaan turut menjalankan pemantauan pusat peperiksaan dan bilik kebal di seluruh negara sepanjang penghantaran kertas soalan dan tempoh peperiksaan, menubuhkan Pasukan 'Flying Squad' bagi mempertingkatkan langkah keselamatan sepanjang tempoh peperiksaan dikendalikan. 
Ia juga menyediakan Bilik Gerakan Peperiksaan bagi menerima aduan dan maklum balas daripada pihak awam sepanjang peperiksaan dilaksanakan. 

"Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak yang terbabit dalam pengurusan dan pengendalian peperiksaan untuk mematuhi segala prosedur yang ditetapkan demi menjamin keselamatan dan kewibawaan peperiksaan yang mempunyai kepentingan awam," menurut Lembaga Peperiksaan. 

Lembaga itu juga menghargai keprihatinan dan kerjasama semua pihak dalam memelihara integriti dan kredibiliti pengendalian peperiksaan itu. 

- BERNAMA

Permohonan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) Sesi 2013/2014

$
0
0
BIASISWA PINJAMAN KERAJAAN NEGERI SARAWAK (BPKNS)
PERMOHONAN BIASISWA PINJAMAN KERAJAAN NEGERI SARAWAK SESI 2013/2014

A. SYARAT PERMOHONAN

(I) MERUPAKAN WARGANEGARA MALAYSIA DAN
PEMASTAUTIN TETAP DI SARAWAK.

(II) SEDANG MENGIKUTI PENGAJIAN BAGI KURSUS-
KURSUS
DI PERINGKAT DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA
SECARA SEPENUH MASA DI INTITUSI PENGAJIAN TINGGI
AWAM SAHAJA.

(III) PEGAWAI-PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM/ BADAN
BERKANUN YANG BERCUTI BELAJAR DAN MENERIMA
SEPARUH GAJI ATAU BERGAJI PENUH ADALAH TIDAK
LAYAK MEMOHON.

B. CARA PERMOHONAN

1. SEMUA PERMOHONAN HENDAKLAH DIKEMUKAKAN
SECARA DALAM TALIAN (ONLINE) MELALUI DI LAMAN
WEB HTTP://ESCHOLARSHIP.SARAWAK.GOV.MY;

2. PERMOHONAN SECARA DALAM TALIAN YANG TELAH
DIISI HENDAKLAH LENGKAP DAN TEPAT SEPERTI YANG
TERCATAT DALAM DOKUMEN ASAL;

3. PERMOHONAN YANG TIDAK LENGKAP AKAN DITOLAK.


C. BIDANG PENGAJIAN YANG DITAJA

(1) KEJURUTERAAN
(2) SAINS DAN SAINS GUNAAN
(3) UNDANG-UNDANG
(4) PENGURUSAN
(5) EKONOMI DAN PERNIAGAAN
(6) SAINS SOSIAL
(7) TEKNOLOGI MAKLUMAT

SILA RUJUK KEPADA SENARAI PROGRAM PENGAJIAN
YANG DITAJA DI LAMAN UTAMA E-SCHOLARSHIP.


D. SEBARANG URUSAN PERTANYAAN SILA HUBUNGI

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
NEGERI SARAWAK DI TINGKAT 9 & 10, WISMA SATOK,
JALAN SATOK, 93400 KUCHING ATAU DI TALIAN 082-
236325 ATAU 082-236554.


E. TARIKH TUTUP

TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH 30 DISEMBER
2013.

Tindakan Pantas Bomba Berjaya Selamatkan Cubaan Pelajar Institut Latihan Kemahiran Membunuh Diri

$
0
0

MIRI: Swift action by Lopeng firemen managed to save a student of a training skills institute in Permyjaya here from a suicide attempt on early Friday.

It is believed that the student had felt humiliated after being insulted by his religious teacher (Ustaz) at his institute on Thursday evening for his failure to recite the ‘Azan’ prayer.

Around 7.40am the next day, Lopeng Fire Station received a call regarding a suicide attempt.
Upon arrival, the team of 13 firemen saw a teenager standing at the edge of his hostel window.

Clad in the institute’s blue colour T-shirt and dark long pants, the 18-year-old hospitality student was said to have been standing at the edge since 7am that day.

Initial coaxing from the firemen failed as the teen refused to abandon his suicide attempt.
His father arrived 15 minutes later and joined in the coaxing.

Things however took a sudden change when the teen suddenly jumped off from the edge but held onto the building’s drain pipe at the last minute.

This made the onlookers below gasp in terror.


The firemen immediately launched a rescue effort where two firemen and the teen’s father attempted to reach him (teen) on the fire engine’s ladder.

When they were within reach, they then pulled him into the ladder’s carrier where the tearful father embraced his son.

Miri deputy police chief Supt Stanley Jonathan Ringgit when met during a press conference yesterday confirmed that a report has been lodged on the incident.

“The case is being investigated as suicide attempt,” he said.

He added that the police had detained the student to help facilitate their investigation.

Stanley credited the swift action taken by the firemen for preventing a tragic ending.

Tawaran Menghadiri Program MAC Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 (Calon Semenanjung)

$
0
0

Tawaran Menghadiri Program MARA Assessment Centre (MAC), Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 Bagi Calon di Semenanjung>>http://bit.ly/198U5us



Permohonan Keahlian Kumpulan Guru Simpanan Kebangsaan (KGSK) / Guru Ganti 2014

$
0
0

ASSALAMUALAIKUM / SALAM SEJAHTERA

Syarat permohonan :
     i. Warganegara Malaysia
     ii. Umur tidak kurang 18 tahun pada 1.1.2014
     iii.Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya dan mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu dan empat (4) mata pelajaran lain.
     iv.Sekurang-kurangnya lulus dalam Bahasa Inggeris dan Matematik peringkat SPM.
     v. Mempunyai pengalamanmengajar sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) atau Guru Ganti - diutamakan.
     vi. Sihat tubuh badan

Borang permohonan rasmi boleh diambil di kaunter Pejabat Pendidikan Daerah Kulim Bandar Baharu (PPDKBB) mulai 1 Disember 2013. Tarikh tutup permohonan bagi tahun 2014 pada 28 FEBRUARI 2014.

Sekian, terima kasih

Iklan Kekosongan Jawatan Kontrak Kerajaan Negeri Selangor di JAIS

$
0
0

 CARA MEMOHON:

a) Permohonan hendaklah dibuat dengan melengkapkan Borang Permohonan 
JAIS – BP.1. Borang tersebut boleh diperolehi di: 
UNIT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA, 
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN, 
JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR, 
TINGKAT 1, MENARA SELATAN, 
BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH, 
40676 SHAH ALAM 
@ www.jais.gov.my 

b) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran 
pasport, salinan kad pengenalan, salinan kad pengenalan ibu dan bapa serta 
salinan Sijil Kelahiran pemohon, sijil-sijil persekolahan dan lain-lain dokumen 
yang berkaitan. 

c) Semua salinan sijil hendaklah diakui sah. 

d) Permohonan yang berikut akan ditolak :- 
i. Tidak disertai dengan dokumen yang diperlukan. 
ii. Tidak lengkap atau tidak terang. 
iii. Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan. 
iv. Tidak besertakan gambar. 
v. Tidak ditandatangani. 

e) Permohonan hendaklah sampai kepada : 

PENGARAH 
JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR, 
TINGKAT 1, MENARA SELATAN, 
BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH, 
NO. 2, PERSIARAN MASJID, BUKIT SUK, 
SEKSYEN 5, 40676 SHAH ALAM. 

Sebelum atau pada 16 Disember 2013 (Isnin) 

f) Hanya calon yang berkelayakan dan melepasi saringan sahaja yang akan 
dipanggil temuduga. 

g) Permohonan adalah dianggap Tidak Berjaya sekiranya tidak dihubungi dalam 
tempoh berikut: 
i.Selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup atau 
ii.Selepas 6 bulan dari tarikh temuduga 
(sekiranya berjaya dipanggil temuduga) 

h) Sebarang pertanyaan boleh menghubungi urusetia di talian 03-55143405 / 3424 

Gaji Permulaan Tinggi Untuk Penjawat Awam Miliki Sarjana dan PhD

$
0
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menetapkan gaji permulaan yang lebih tinggi sebagai insentif untuk penjawat awam yang mempunyai kelayakan akademik Doktor Falsafah (PhD) dan Sarjana meliputi 33 skim perkhidmatan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata 33 skim perkhidmatan gaji tersebut termasuk pensyarah universiti, pegawai teknologi maklumat, pegawai penyelidikan, akauntan, pegawai kanan polis serta pegawai tadbir dan diplomatik.

Bagi pegawai yang sedang berkhidmat dan masih berada di gred lantikan, dan kemudiannya memperoleh kelulusan akademik tersebut, beliau berkata kerajaan akan turut menawarkan insentif hadiah kenaikan gaji (HKG).

"Ini adalah khusus bagi skim-skim perkhidmatan seperti pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai perkhidmatan pendidikan lepasan diploma," katanya.

kepada soalan Senator Baharudin Abu Bakar pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.

Teks jawapan Najib dibaca oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berhubung soalan mengenai langkah pemberian insentif khas kerajaan kepada penjawat awam yang mempunyai kelulusan akademik di peringkat PhD dalam bidang-bidang kritikal kepada pembangunan negara.

Selain itu, Najib berkata Lembaga Kenaikan Pangkat akan menimbang pegawai yang layak bagi urusan kenaikan pangkat berdasarkan sistem merit.

"Pegawai yang mempunyai PhD mendapat kelebihan dalam proses pertimbangan ke sesuatu jawatan kenaikan pangkat.

"Sebagai contoh, bagi pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah di Kementerian Pendidikan Malaysia, pegawai dinaikkan pangkat melalui Laluan Cemerlang yang mengambil kira kelayakan akademik termasuk PhD dan pengalaman yang dimiliki," katanya.

Najib berkata wajaran yang akan pegawai penilai berikan ialah 15 peratus daripada keseluruhan kriteria kecemerlangan.

Sumber: Tv3, Astro Awani

Temuduga Terbuka di Sarawak Kemasukan Ke INSTEP Sesi Jan 2014

$
0
0

 Temuduga terbuka untuk latihan di INSTEP Petronas Terengganu bagi Sesi Jan 2014.
(Untuk penduduk tempatan di Sarawak)

Temuduga pada 12 – 15 dan 20 – 22 Disember 2013.
Masa: 8.00am – 6.00pm
Tempat: 1. Merdeka Palace Hotel, Kuching
               2. Boutique Hotel, Fortune Park, Bintulu

Syarat-syarat:
Memiliki Diploma dalam Mekanikal, Elektrik, Elektronik dan Mekatronik.

Sila bawa bersama sijil asal dokumen semasa menghadiri temuduga . 

Vacancies at Sri Mawar School in Miri for the Academic Year 2014

$
0
0
Sri Mawar School in Miri, Sarawak has been vacancies for the Academic Year 2014

1. Assistant Principal / Principal (Primary Level)
2. Accounts Assistant
3. Part Time kindergarten Assistant Chinese Teacher
Primary Teacher in Chinese, Science English & Music
4. School Librarian cum Teacher


Interested candidate please send in your detailed resume with recent passport photo to

hr85srimawar@gmail.com

Human Resourse Officer,
Sekolah Sri Mawar,
Lot 738, Jalan Datuk Permaisuri,
Piasau Jaya, 98000 Miri
Viewing all 517 articles
Browse latest View live