Quantcast
Channel: Pengajar 4.0
Viewing all 517 articles
Browse latest View live

Kursus Kimpalan Arka Tinggi (Projek Link) Tajaan SHELL Bhd

$
0
0

Permohonan kursus Kimpalan Arka Tinggi (Projek Link) tajaan Sarawak Shell Bhd berpusat di Kolej Vokasional Miri telah di buka 
Tarikh tutup permohonan pada 10/11/14.
Borang boleh didapati d Kolej Vokasional Miri.
Terbuka kepada lepasan SPM yg berumur 18 tahun dan tidak melebihi 20 tahun pada 1 januari 2015.


Jawatan Kosong di MRSM Langkawi

Jawatan Kosong di Institut Kemahiran MARA Kuching

$
0
0
IKLAN JAWATAN KOSONG


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia Bumiputera yang berkelayakan untuk
mengisi kekosongan jawatan di Institut Kemahiran MARA Kuching, Sarawak seperti keterangan di
bawah :
1. Jawatan :
Bil Jawatan / Kursus Bil. Keperluan / Kekosongan
1 Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred J29
(Bidang Teknologi Kejuruteraaan Automotif)
2 Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred J29
(Bidang Teknologi Kejuruteraaan Maritim)
3 Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred J29
(Bidang Teknologi Kimpalan)
4 Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred J29
(Bidang Teknologi Baikpulih Badan Kenderaan)
5 Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred J29
(Bidang Teknologi Kejuruteraan Elektrik Domestik &
Industri)

2. Taraf Jawatan : Sambilan

3. Penempatan : Institut Kemahiran MARA Kuching, Sarawak

4. Jadual Gaji : Gaji Harian

5. Syarat : Kelayakan adalah seperti berikut:

i. Pemohon mestilah bertaraf warganegara Malaysia dan
berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh iklan ditutup.
ii. Diploma dalam bidang kejuruteraan yang berkaitan dan
diktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian
tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya; dan
iii. Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus
Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

6. Cara Memohon : Permohonan yang berminat dan mempunyai kelayakan
hendaklah mengisi borang permohonan jawatan dan
menghantar resume dan salinan sijil akademik yang telah
disahkan kepada :

Pengarah
Institut Kemahiran MARA Kuching
Jalan Kemahiran, Off Jalan Sultan Tengah
Petra Jaya 93050 Kuching, Sarawak

7. Tarikh Tutup Permohonan : 14 Julai 2015

Calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga. Mereka yang tidak dihubungi dalam
masa tiga (3) bulan daripada tarikh tutup permohonan hendaklah menganggap permohonan mereka
sebagai tidak berjaya.

Program Inkubator Jahitan 2015

Jawatan Kosong di Majlis Amanah Rakyat (MARA)

$
0
0
Syarikat : Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Website : http://www.mara.gov.my/
No. Tel : 03-26132000

Lokasi : Kuala Lumpur
Tarikh tutup : 28 Julai 2015
.
The Majlis Amanah Rakyat (Malay for Indigenous People’s Trust Council, commonly abbreviated as MARA), is a Malaysian government agency. It was formed to aid, train, and guide Bumiputra (Malays and other indigenous Malaysians) in the areas of business and industry. MARA was formed on March 1, 1966 under the Rural and National Development Ministry.MARA was formed by an act of Parliament in 1966. It had originally begun as the Rural Industrial Development Authority (RIDA), which was established by the British colonial administration in 1951, a program to provide economic assistance and support to Malay farmers and rural inhabitants. This organisation was expanded in scope and became the MARA in 1966.

1. Penolong Pegawai Tadbir N27
Sila klik pada setiap jawatan di atas untuk syarat kelayakan penuh.
Gaji: RM1362.00 – RM5092.00
Syarat minimum: STPM, STAM, DIploma dalam bidang pentadbiran awam, Diploma dalam pengurusan harta benda atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Mara menawarkan gaji yang kompetitif serta peluang membina kerjaya yang kukuh.
Calon yang berminat bolehlah membuat permohonan secara online ➡Permohonan Online

Jawatan Kosong Pensyarah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

$
0
0

JAWATAN KOSONG AKADEMIK

SILA BACA PANDUAN PERMOHONAN SEBELUM MEMOHON
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan secara seperti berikut :-

BIL
JAWATAN / GRED
SYARAT LANTIKAN
1PENSYARAH UNIVERSITI
DS45 / DS51 / DS53
KLIK DI SINI
2SKIM TENAGA AKADEMIK BARU (STAB)KLIK DI SINI

BIL
FAKULTI
BIDANG
1.
FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM DAN ALAM SEKITAR (FKAAS)KLIK SINI
2.FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK (FKEE)KLIK SINI
3.
FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN (FKMP)KLIK SINI
4.
FAKULTI SAINS, TEKNOLOGI DAN PEMBANGUNAN INSAN (FSTPI)Tiada Kekosongan
5.
FAKULTI PENGURUSAN TEKNOLOGI DAN PERNIAGAAN (FPTP)KLIK SINI
6.FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL (FPTV)KLIK SINI
7.FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT (FSKTM)KLIK SINI
8.
FAKULTI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN (FTK)KLIK SINI
9.PUSAT PENGAJIAN DIPLOMA (PPD)KLIK SINI
1. SYARAT KEWARGANEGARAAN DAN UMUR (PADA TARIKH TUTUP IKLAN)

Pemohon hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia dan calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan.
2. CARA MEMOHON
(a) Permohonan adalah secara 'online' melalaui laman web http://www.uthm.edu.my.
     Sila patuhi arahan-arahan berkaitan.
(b) Sebarang pertanyaan sila kemukakan e- mel kepada recruitment@uthm.edu.my
     - Sila sertakan bersama Nama Penuh, No. Kad Pengenalan, Jawatan dipohon dan Fakulti dipohon

3. KETERANGAN AM
(a) Permohonan adalah dibuka sehingga 31 Disember 2015.
(b) Hanya calon yang berjaya di senarai pendek sahaja akan dihubungi bagi tujuan temu duga.
     Proses pemilihan dan saringan adalah dilaksanakan di peringkat fakulti. 
(c) Calon yang tidak dihubungi sehingga tarikh tutup permohonan hendaklah beranggapan bahawa
     permohonan TIDAK BERJAYA.

Pertukaran Guru Dari Sarawak Diberi Keutamaan Berkuat Kuasa 1 Jan 2016

$
0
0
KUALA LUMPUR - Permohonan pertukaran guru berasal dari Sarawak yang berkhidmat di Semenanjung untuk kembali ke negeri itu akan diberi keutamaan berkuat kuasa 1 Jan depan, tanpa mengira tempoh perkhidmatan guru terbabit.

Timbalan Menteri Pendidikan, P Kamalanathan berkata langkah itu bagi mencapai sasaran 90 peratus guru tempatan di Sarawak dengan memberi keutamaan penempatan guru baharu adalah anak kelahiran negeri itu.

"Keutamaaan itu bagi mendapat mandat untuk menambah jumlah guru dalam kalangan anak tempatan Sarawak kepada 90 peratus yang berkhidmat dalam tempoh tiga tahun akan datang," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Anyi Ngau (BN-Baram) yang ingin tahu langkah kementerian untuk mencapai sasaran 90 peratus guru tempatan di Sarawak serta komposisi kaum minoriti di pedalaman seperti Orang Ulu, Penan dan sebagainya.

Sementara itu, Kamalanathan berkata, Institut Perguruan Malaysia (IPGM) telah melaksanakan pengambilan calon guru bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) mulai Jun tahun ini dengan memberikan keutamaan dan keistimewaan kepada calon yang layak dari Sabah dan Sarawak.

"Pendekatan khas dari segi syarat akademik kemasukan ke IPGM juga ditukar daripada lima gred cemerlang di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kepada hanya enam gred kepujian termasuk lulus Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, khusus kepada calon anak Penan dan anak Orang Asli di pedalaman yang ingin mengikuti  PPISMP di IPGM," katanya. - Bernama

Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor

$
0
0

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di SPA Negeri Selangor seperti berikut:


1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29/DG41
2. Penolong Jurutera JA29
3. Penolong Pegawai Veterinar G27
4. Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) N17
5. Pemandu Kenderaan H11
6. Pembantu Awam H11


Syarat-syarat & kelayakan rujuk IKLAN SPA NEGERI SELANGOR


Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi:

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor
Bangunan Darul Ehsan
3, Jalan Indah,
40000 Shah Alam
Malaysia

No Tel: 0355445411

Tarikh Tutup: 29 November 2015

Permohonan hendaklah diisi secara Online di http://spn.selangor.gov.my/
Mohon Sekarang!

Jawatan Kosong Sebagai Penolong Pegawai Tadbir Kerajaan Gred N27

$
0
0

Sukacita dimaklumkan Majlis Perbandaran Alor Gajah mempelawa warga Malaysia yang yang berkelayakan dan memenuhi kriteria yang ditetapkan untuk mengisi kekosongan terkini sebagai:

1. Penolong Pegawai Tadbir N27

Syarat Lantikan

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan; atau
(Gaji permulaan ialah pada Gred N27 : RM1,362.00;
(ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh kerajaan; atau
(Gaji permulaan ialah pada Gred N27 : RM1,362.00;
(iii) diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya; atau
(Gaji permulaan ialah pada Gred N27 : RM1,662.00.00)
(iv) diploma dalam bidang pengurusan harta benda yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N27 : RM1,737.00)
dan (d) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL)

2. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi),
Pembantu Setiausaha Pejabat dan Pembantu Tadbir (Kewangan) adalah layak
dipertimbangkan untuk peningkatan secara lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir
Gred N27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam
perkhidmatan dan:-
(a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c) di atas; atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas
(b) Had umur bagi pelantikan secara PSL ditetapkan seperti berikut:-
(i) 54 tahun bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56;
(ii) 56 tahun bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; dan
(iii) 58 tahun bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun

TEMPOH PERCUBAAN
Pegawai yang dilantik adalah dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 1
hingga 3 tahun.

PROGRAM TRANFORMASI MINDA
Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program
Transformasi Minda.

SYARAT TAMBAHAN
Pihak Majlis berhak menentukan asas-asas tapisan dalam menyenaraipendek calon-calon
yang layak dipanggil untuk sesi ujian / temuduga. 

CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah menggunakan aplikasi atas talian (online) sahaja dengan melayari
laman web Majlis Bandaraya Ipoh di www.mbi.gov.my dan pemohon akan dihubungkan
ke Portal Laman Web Rasmi Gerbang Mesra Rakyat Negeri Perak di bawah Aplikasi
Permohonan Jawatan Kosong.

Tarikh tutup permohonan : 3 Disember 2015

Permohonan Kemasukan Tingkatan 4, Sesi 2016 Ke Maktab Tentera Diraja

$
0
0


Permohonan Kemasukan Putera 2016 Secara Online akan dibuka pada 2 Ogos 2015 sehingga 30 November 2015.
  
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkara ini boleh ajukan kepada :
Cawangan Promosi dan Pengambilan - 03 - 8946 5562


Jawatan Kosong di Syarikat Milik Penuh MARA

$
0
0

Majlis Amanah Rakyat (MARA) menawarkan jawatan kosong terkini kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut untuk mengisi kekosongan di syarikat milik penuh MARA iaitu Glocal Link (M) Sdn. Bhd.  :
1. Project Manager
2. Accountant
3. Admin Executive
4. Designer
5. Internal Audit Executive

Penempatan : Kuala Lumpur & Perak
The Majlis Amanah Rakyat (Malay for Indigenous People’s Trust Council, commonly abbreviated as MARA), is a Malaysian government agency. It was formed to aid, train, and guide Bumiputra (Malays and other indigenous Malaysians) in the areas of business and industry. MARA was formed on March 1, 1966 under the Rural and National Development Ministry.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai jawatan kosong yang ditawarkan oleh MARA ini, sila lihat di bawah atau klik pautan ini.
Tarikh tutup permohonan : 30 November 2015

Jawatan Kosong Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma DGA29 di SPP

$
0
0

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) mempelawa warganegara Malaysia yang berminat untuk memohon jawatan kosong yang ditawarkan sebagai :
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma DGA29
Sektor : Kerajaan

Lokasi : Kuala Lumpur
Berminat untuk memohon jawatan kosong yang ditawarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) ini?
Untuk mengisi jawatan kosong dan mengetahui lebih lanjut mengenai jawatan kosong terbaru diSuruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) sila layari jobsmalaysia.gov.my dan masukkan kata kunci Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran seterusnya pilih majikan SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN MALAY, WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA, W.P. PUTRAJAYA. SEKTOR: PENDIDIKAN PRA-SEKOLAH (AWAM).

Tarikh tutup permohonan : 17 Disember 2015

Dasar Pengambilan Guru Tidak Dibuka Kepada Semua Graduan Pendidikan Termasuk IPTS

$
0
0
Dasar pengambilan guru tidak boleh dibuka kepada semua siswazah pendidikan termasuk daripada Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) memandangkan terdapat kuota pengambilan jawatan itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri,  Datuk Joseph Entulu Belaun berkata pada masa ini graduan pendidikan lepasan Universiti Awam dan Institut Pendidikan Guru (IPG) juga agak melebihi kekosongan yang ada.

"Oleh sebab itu susah kita hendak buka ruang kepada pelajar IPTS yang dilatih (dalam bidang pendidikan) untuk diambil menjadi guru di sekolah menengah dan rendah," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2016 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat semalam.

Beliau menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Datuk Hasbullah Osman (BN-Gerik) mengenai dasar pengambilan guru agar dibuka kepasa semua calon siswazah pendidikan pada sesi perbahasan sebelum ini.

Bagaimanapun beliau berkata pengambilan guru dibuat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) manakala Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) hanya melaksanakan urusan pelantikan."Pengambilan guru tertakluk kepada kekosongan yang dimaklumkan oleh KPM," kata Joseph.

Sementara itu menjawab soalan Datuk Zainudin Ismail (BN-Jelebu) yang membangkitkan kelewatan penyampaian perkhidmatan kerajaan, Joseph berkata kerajaan sentiasa berusaha meminimumkan kerenah birokrasi yang boleh menjejaskan reputasi dan imej agensi kerajaan.

"Selaras dengan usaha kerajaan untuk merakyatkan perkhidmatan awam, usaha mengurangkan kerenah birokrasi fokus kepada aspek pemerkasaan, proses dan prosedur kerja di semua peringkat agensi kerajaan.

"'Business Process Reengineering' (BPR) merupakan peningkatan strategik untuk meningkatkan perekayasaan proses dan prosedur kerja melalui penghapusan langkah-langkah yang tidak cekap, syarat paling ketat dan tidak menyokong objektif kerajaan, undang-undang lapuk serta borang yang banyak."Semua ini dinilai semula untuk memberi kesenangan kepada rakyat untuk berurusan dengan agensi kerajaan," katanya.

Sumber: Bernama 17/11/2015



Teachers Vacancies at Krista Kindergarten

$
0
0
Jawatan Kosong Guru Tadika di Krista Kindergarten (Sarawak)


Lokasi Cawangan:

1.       Jalan Batu Kawa-Matang, Kuching
2.       Jalan Stampin Timur, Kuching
3.       Pelita Height-BDC, Kuching
4.       Taman Tiya Vista, Kota Samarahan, Kuching


Source: Classifields, Saturday, Nov 21, 2015 The Borneo Post

Vacancy: Teacher of English, Science & Bahasa Melayu


Sarawak Energy: Mechanical Trainee Technician Programme - Jan 2016 Intake

$
0
0

Sarawak Energy menjemput anda yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon jawatan kosong terkini sebagai :
Mechanical Trainee Technician Program
Program ini dijalankan selama 6 bulan dimana pelajar akan dilatih secara teori & praktikal dalam (Modul Sijil DOSH) & Specialized Modul Kursus untuk Coal Power Plant. 

Kelayakan:
1. Warganegara Malaysia bermastautin di Sarawak.
2. Berumur diantara 20 -28 tahun.
3. Memiliki sijil dalam Kejuruteraan Mekanikal dalam Universiti atau Institusi yg diiktiraf oleh MQA/JPA. 
Cara Memohon:
Borang Permohonan bolehlah dimuat turun di laman web www.sarawakenergy.com.my dan dihantar bersama resume dan sijil yang berkaitan kepada:
"CONFIDENTIAL: MECHANICAL TRAINEE TECHNICIAN PROGRAMME APPLICATION"
SEB/SESCO Training Centre, Jalan Belian, Sg. Biawak,
93450, Kuching, Sarawak.

Tarikh Tutup: 20 Disember 2015 
Sarawak Energy is responsible for the generation, transmission and distribution of electricity for the Sarawak state in Malaysia. It is wholly owned by the State Government of Sarawak.

Certificate In Engineering (Technical Mathematics 2)

Tawaran Mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS Tahun 2016

$
0
0

TAWARAN MENGIKUTI KURSUS SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SPAKK) TAHUN 2016 DI JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS)
Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (TABIKA / TASKA) KEMAS Tahun 2016:
1. Syarat-syarat:

*Warganegara Malaysia;
*Berumur tidak kurang dari 21 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan;
*Terbuka kepada lelaki dan perempuan;
*Pemohon mestilah memiliki kelayakan akademik seperti berikut :-
(a) Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (keutamaan kepada calon yang memiliki Diploma dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak); dan
(b) Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
*Kakitangan bertaraf tetap dan lulusan Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tidak layak untuk memohon jawatan ini;
*Hanya calon yang telah menamatkan pengajian di peringkat diploma dan telah bergraduasi sahaja dibenarkan memohon.
2. MAKLUMAT ASAS KURSUS
Tempat : Institut/ Pusat Latihan KEMAS
Tempoh : Tiga (3) atau Enam (6) bulan atau tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh Jabatan

a) PANDUAN IKLAN JAWATAN KOSONG SPAKK dan;
b) BORANG PERMOHONAN

Boleh dimuat turun pada pautan berikut>> SISTEM KEMAS

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 11 JANUARI 2016 (ISNIN)

Jawatan Kosong Guru International Baccalaureate Diploma Program (IBDP)

$
0
0

IKLAN JAWATAN KOSONG:  GURU INTERNATIONAL BACCALAUREATE DIPLOMA PROGRAM (IBDP)
Bidang :
a.  Economics - di The Malay College Kuala Kangsar, Perak
b.  English - di The Malay College Kuala Kangsar, Perak
c.  Mathematics (SL) – di The Malay College Kuala Kangsar, Perak
d.  Biology – di Kolej Tunku Kurshiah, Enstek, Negeri Sembilan

Syarat Lantikan :
1.  Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
2.  Kelulusan Ikhtisas pendidikan dari mana-mana institusi Pendidikan di Malaysia
3.  Sedang berkhidmat di Kementerian Pendidikan Malaysia.

SYARAT-SYARAT UMUM
A. TARAF JAWATAN
a)     Semua jawatan akan dilantik secara TETAP.
B. KEWARGANEGARAAN, UMUR DAN KEMAHIRAN
Calon-calon lantikan terus hendaklah warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan tidak melebihi 45 tahun pada tarikh lantikan.
Calon-calon hendaklah fasih Berbahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Mampu bekerja dengan pengawasan minimum serta proaktif dalam tugas yang diberikan.
C. PERMOHONAN OLEH PEGAWAI SEDANG BERKHIDMAT
Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan / Pihak Berkuasa Berkanun / Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan / Majikan dengan melampirkan salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan dan Kenyataan Perkhidmatan yang terkini dan lengkap.
D. PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
CARA-CARA MEMOHON:
Resume yang telah lengkap diisi boleh dialamatkan kepada:-
PENGARAH
BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH
DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN
ARAS 3, BLOK 2251, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR 

TARIKH TUTUP PERMOHONAN:
24 Januari 2016
KEPUTUSAN :
Calon-calon yang berjaya ditapis sahaja akan dipanggil untuk ditemu duga. Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan daripada pihak Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan dalam tempoh enam (6) bulan daripada tarikh permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Permohonan Kemasukan Ke Kolej Komuniti Santubong Sesi Mac 2016

$
0
0


»»»PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR BAHARU«««
»SESI MAC 2016«
🏻Anda Lepasan SPM?
🏻Masih Tercari-Cari Tempat Melanjutkan Pengajian?
🏻Nak Belajar SIJIL PEMASANGAN ELEKTRIK?
🏻Nak Berkerjaya Dengan Gaji Yang Berpatutan?
🏻Nak belajar jadi USAHAWAN pun ADA?
🏻Minat latihan teknikal/kemahiran?
🏢🏢Kolej Komuniti TERBUKA untuk ANDA
=============================================
🎓🎓🎓Permohonan diBUKA SEKARANG!!!🎓🎓🎓
=============================================
💥💥💥PENTING!!!💥💥💥
👉Pendaftaran pada 7 & 8 MAC 2016.
👉Syarat kemasukan: LULUS SPM/Setara
👉 Syarat Khas: Tidak buta warna
👉 Yuran Pengajian: RM200/semester sahaja
—---------------------------------------------------------------------—
Sebarang pertanyaan boleh berhubungi:
📲WhatsApp/Telegram: 0198678666
📲WhatsApp/Telegram: 0198678666
📲WhatsApp/Telegram: 0198678666
atau
💻 layari www.jpkk.edu.my
💻 layari www.jpkk.edu.my
💻 layari www.jpkk.edu.my
—---------------------------------------------------------------------—
p/s: 📝SIJIL diiktiraf MQA
p/s: 🙏Mohon SEBARkan dengan anak-anak/rakan-rakan yang dikasihi.
TERIMA KASIH
==================================================
🖋UNIT PENGAMBILAN KOLEJ KOMUNITI SANTUBONG🖋
==================================================

Viewing all 517 articles
Browse latest View live