Quantcast
Channel: Pengajar 4.0
Viewing all 517 articles
Browse latest View live

Jawatan kosong di Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Bangi

$
0
0
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Bangi sebagai:

1. KERANI PERPUSTAKAAN 
2. PELAYAN PEJABAT
3. KERANI PERSONEL


CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat menerusi laman jobsmalaysia, sila ikuti arahan dan juga panduan seperti dibawah.

1. Sila kelaman jobsmalaysia, sila klik disini
2. Sila ke Carian Segera dan pilih Cari Majikan serta masukkan keyword : KOLEJ POLITECH MARA BANGI (dan search).

3. Sila pilih majikan :
4. Sila klik pada senarai iklan jawatan dan mohonlah secara online.

Tarikh tutup permohonan pada 27 JANUARI - 25 FEBRUARI 2016

Jawatan Kosong Pengaja Jentera Elektrik Gred J17 MARA

$
0
0


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Majlis Amanah Rakyat (MARA) Negeri Pahang sebagai :


1. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK J17

Tarikh tutup permohonan pada 29 JANUARI 2016
Lokasi : Pahang
Sektor : Kerajaan


CARA MEMOHON 


Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyertakan  'resume' yang mengandungi maklumat-maklumat berikut :

a) Nama jawatan yang dipohon
b) Butir-butir Peribadi
c) No. Telefon / Email
d) Butir-butir Akademik
e) Pengalaman Kerja
f) Salinan Ijazah / Diploma / Sijil-sijil kelulusan (Salinan hendaklah disahkan benar)
g) Salinan Sijil Kelahiran
h) Salinan Kad Pengenalan
i) Sekeping gambar berukuran passport
j) Lain-lain kelayakan yang disyaratkan

Permohonan hendaklah dihantar kepada :

Pengarah
MARA Negeri Pahang
Tingkat 3, Plaza Gambut 
Jalan Gambut, Peti Surat 310
25730 Kuantan 
Pahang Darul Makmur.
No. Tel : 09-5144044 / 5144151 / 5156349
No. Fax : 09-5141179

Vacancies: Teachers at Tunku Putra School

$
0
0
We are seeking committed, experienced and fully qualified candidates to support our school’s expansion plans. Suitable candidates with relevant teaching qualifications and at least three years’ experience are invited to apply for the following roles in the International Sections:
  • Teacher of English
  • Teacher of ESL
  • Teacher of Mandarin
  • Teacher of Music
  • Kindergarten Teacher
All successful applicants are required to contribute to the extra and co-curricular programme.
Interested applicants are invited to submit a Letter of Application and Curriculum Vitae, listing 2 referees to info@tps.edu.my . 

Closing date: February 19th 2016.

Job Vacancies at Sarawak Skills Development Centre (PPKS)

$
0
0
A) GENERAL MANAGER, SARAWAK ELECTRICAL INDUSTRY TRAINING INSTITUTE (SEITI)
Requirements:-
  • Candidate must hold at least a Bachelor’s Degree or higher in Electrical or equivalent with minimum 5 years working experience in various aspects of managing training centre and various functions of management and leader duties.
  • Possess good communication skills to convey and elicit information effectively and good organizational skills to develop cooperative working relationships with internal and external customers.
  • Demonstrate integrity in handling sensitive information, passionate and highly driven to excel, good planning and implementation of new initiative.
  • Knowledgeable and experience in dealing with human relations.
  • Exhibit knowledge in basic financial management and budgeting.
  • Possess high order thinking skills
 B) ELECTRICAL (POWER) LECTURER
Requirements:-
  • Candidate must hold at least a Bachelor’s Degree or higher in Electrical Engineering / Electrical (Power) or equivalent with minimum 3 years working experience as an educator or in relevant field.
  • To teach and delivered quality teaching and learning processes, prepare course syllabus, lesson plan and exam questions, develop and manage students’ performance.
  • Familiar with student affairs and academic affairs, good coordination, leadership and communication skills.
  • Candidate with experience in electrical industries will be an added advantage.
 C) MECHATRONIC ENGINEERING LECTURER
Requirements:-
  • Candidate must hold at least a Bachelor’s Degree or higher in Mechatronic Engineering or equivalent with minimum 3 years working experience as an educator or in relevant field.
  • To teach and delivered quality teaching and learning processes, prepare course syllabus, lesson plan and exam questions, develop and manage students’ performance.
  • Familiar with student affairs and academic affairs, good coordination, leadership and communication skills.
  • Candidate with experience in mechatronic industries will be an added advantage.
 D) ELECTRICAL ENGINEERING LECTURER
Requirements:-
  • Candidate must hold at least a Bachelor’s Degree or higher in Electrical / Electronic Engineering or equivalent with minimum 3 years working experience as an educator or in relevant field.
  • To teach and delivered quality teaching and learning processes, prepare course syllabus, lesson plan and exam questions, develop and manage students’ performance.
  • Familiar with student affairs and academic affairs, good coordination, leadership and communication skills.
  • Candidate with experience in electrical industries will be an added advantage.
E) MECHANICAL ENGINEERING LECTURER
Requirements:-
  • Candidate must hold at least a Bachelor’s Degree or higher in Mechanical Engineering or equivalent with minimum 3 years working experience as an educator or in relevant field.
  • To teach and delivered quality teaching and learning processes, prepare course syllabus, lesson plan and exam questions, develop and manage students’ performance.
  • Familiar with student affairs and academic affairs, good coordination, leadership and communication skills.
  • Candidate with experience in mechanical industries will be an added advantage.
 F) ELECTRICAL INSTRUCTOR
Requirements:-
  • Hold at least Sijil Kemahiran Malaysia (Level 3) in Electrical, Vocational Training Officer Certificate and Induction Course PP/PPD/PPB, candidate with working experience will be an added advantage.
  • To teach and delivered quality teaching and learning processes based on NOSS, prepare course syllabus, lesson plan and exam questions, develop and manage students’ performance.
 G) COMPUTER SYSTEM INSTRUCTOR
Requirements:-
  • Hold Diploma Kemahiran Malaysia (Level 4) in Computer System, Vocational Training Officer Certificate and Induction Course PP/PPD/PPB, candidate with working experience will be an added advantage.
  • To teach and delivered quality teaching and learning processes based on NOSS, prepare course syllabus, lesson plan and exam questions, develop and manage students’ performance.
 H) INFORMATI0N SYSTEM INSTRUCTOR
Requirements:-
  • Hold Diploma Kemahiran Malaysia (Level 4) in Information System, Vocational Training Officer Certificate and Induction Course PP/PPD/PPB, candidate with working experience will be an added advantage.
  • To teach and delivered quality teaching and learning processes based on NOSS, prepare course syllabus, lesson plan and exam questions, develop and manage students’ performance.
Interested candidates are invited to write in with a complete resume, stating details of personal particulars, academic qualifications (result transcript), working experience, current and expected salary, contact number and non-returnable passport size photograph to:
Executive Director
PUSAT PEMBANGUNAN KEMAHIRAN SARAWAK
Jalan Canna Off Jalan Wan Alwi, Tabuan Jaya
93350 Kuching
(Attn: Human Resource Unit)
Tel: +6082-364198 / 9
Or Email us at: hresource@ppks.edu.my
* Please clearly mark the position title in the SUBJECT line of your email. Email without the job title in the SUBJECT line may not be considered.
Our Websitewww.ppks.edu.my
(Only shortlisted candidates will be notified)
Closing Date: 22nd February 2016 

Jawatan Kosong di MRSM Tun Ghafar Baba, Jasin, Melaka

MARA Berkerjasama Dengan Petronas Bina MRSM Bintulu

$
0
0
Kerjasama MARA dan Petronas, buka peluang kepada 750 pelajar apabila siap nanti

KUCHING: Majlis Amanah Rakyat (MARA) dengan kerjasama Petronas akan membina Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) baharu di Bintulu pada tahun ini.
Perkara itu didedahkan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memberitahu bahawa tapak untuk membina MRSM baharu itu sudah ada dan kini hanya menunggu pelaksanaan sahaja.
“Di sini saya hendak umumkan bahawa sebuah lagi MRSM akan dibina di negeri ini iaitu di Bintulu melibatkan kerjasama antara MARA dan Petronas bagi memenuhi keperluan industri minyak dan gas di sini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Karnival Usahawan sempena Sambutan 50 Tahun MARA Peringkat Negeri di Bangunan MARA Plaza Astana di sini, semalam.
Pada masa sama Ismail berkata MRSM baharu itu akan membuka peluang kepada kira-kira 750 pelajar untuk menuntut di situ apabila ia siap dalam tempoh tiga tahun nanti.
“Pembinaan MRSM baharu di Bintulu ini dibiayai oleh Petronas sepenuhnya dan kita berharap ia akan mula dibina pada tahun ini dan siap dalam tempoh tiga tahun,” jelasnya.
Ditanya mengenai perancangan untuk mewujudkan MARA Digital di negeri ini, Ismail berkata pihaknya merancang untuk mewujudkan MARA Digital di seluruh negara dan untuk Sarawak ia akan dibina di Kuching.
Menyentuh mengenai sumbangan MARA di negeri ini, beliau menjelaskan Sarawak mempunyai tiga MRSM iaitu di Kuching, Betong dan Mukah yang mana telah melahirkan 7,000 pelajar.
“Selain itu, di 32 Pusat GIATMARA di negeri ini, kita telah melahirkan 20,000 pelatih manakala di dua Institut Kemahiran MARA (IKM) iaitu Kuching dan Bintulu seramai 13,000 graduan berjaya dilahirkan.
“Malah, IKM Kuching juga telah menerima pentauliahan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) untuk memulakan program Diploma Teknikal Automotif bagi sesi pengambilan Julai dan Disember tahun ini,” katanya.
Beliau turut mendedahkan sehingga kini MARA telah menaja 20,700 pelajar Sarawak yang melanjutkan pengajian dalam negara mahupun luar negara dengan pembiayaan sebanyak RM621 juta.
Selain itu, menurut Ismail, MARA juga bercadang menambah 23 unit lot perniagaan baharu di Sarikei dan Betong dengan kos sebanyak RM8.7 juta bagi membantu usahawan Bumiputera di negeri ini.
“Dalam meningkatkan industri keusahaawanan di negeri ini, MARA telah memberi RM600 juta pinjaman kepada 3,000 usahawan Sarawak.
“Menerusi program keusahawanan dan latihan seramai 50,000 orang telah dilatih dengan jumlah peruntukan diberikan lebih daripada RM73 juta dan untuk melancarkan pentadbiran MARA di negeri ini, kita merancang menubuhkan dua lagi pejabat MARA baharu di Betong dan Lawas,” ujarnya.
Justeru, beliau berharap MARA akan teru
s memberi tumpuan dalam membangunkan ekonomi rakyat Bumiputera di negeri ini.
Turut hadir Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Alexander Nanta Linggi, Pengerusi MARA Tan Sri Annuar Musa, Ketua Pengarah MARA Datuk Ibrahim Ahmad dan tetamu kehormat lain.

Sumber: Utusan Borneo / 22/02/2016

Berita berkaitan: Utusan Sarawak / Sarawak Tribune

SMK Song Harumkan Nama Sarawak Juara Pesta Pantun di UKM Sekali Lagi

$
0
0

SIBU: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Song dari bahagian Kapit muncul juara Pesta Pantun Integrasi Budaya anjuran Kolej Ibu Zain, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang berlangsung dari 10 hingga 14 Februari lepas.
Kemenangan itu merupakan kedua berturut-turut diperoleh pasukan pemantun bukan Melayu dari sekolah berkenaan selepas kali pertama menjuarainya tahun lepas.
Menggunakan pakaian tradisional wanita Iban, Marlia Kilat, Angeline Cynthia Antai dan Emily Stephen Tanang yang dibimbing oleh guru kelahiran Kedah Azmi Md Said menewaskan 15 pasukan dari Johor, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perak dan Kuala Lumpur.
Mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000, sebuah piala pusingan dan sijil.
Naib johan dan tempat ketiga jatuh kepada SMK Tun Habab dan SMK Tasek Utara, kedua-duanya dari Johor.
Emily mengharumkan lagi nama SMK Song apabila muncul pemenang Anugerah Pemantun Terbaik Final dan membawa pulang sebuah piala, hamper, wang tunai RM150, sijil dan baucar RM100 Butik Permaisuri Signature.
Marlia pula muncul pemenang Anugerah Pemantun Terbaik Keseluruhan dan membawa pulang sebuah piala, hamper, buku dan sijil.
Azmi melahirkan rasa bangga dan puas hati berkata, kemenangan anak didiknya itu sangat bermakna buat beliau yang telah lima tahun bertugas di sekolah itu.
“SMK Song satu-satunya sekolah yang menghantar peserta bukan Melayu berbanding 15 sekolah lain yang mempertaruhkan peserta Melayu. “Kemenangan ini melambangkan pantun yang sinonim dengan budaya Melayu telah diterima dalam budaya kaum lain terutama kaum Iban,” katanya.

Utusan Borneo 18/02/2016

Jawatan Kosong Majlis Amanah Rakyat (MARA) Sarawak


Seramai 819 Guru Interim Ditemuduga Pada 9 Mac 2016 di Sarawak

$
0
0

     Sedikit terkejut dengan pengumuman di laman web Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak yang menyenaraikan 819 calon Guru Interim yang rata-ratanya dikalangan graduan pendidikan IPTS kali ini.

Isu Kuota Pengambilan Guru Melebihi Kekosongan

     Sekitar hujung tahun lepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri,  Datuk Joseph Entulu Belaun berkata dasar pengambilan guru tidak boleh dibuka kepada semua siswazah pendidikan termasuk daripada IPTS memandangkan terdapat kuota pengambilan agak melebihi kekosongan yang ada ketika ditanya menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat ketika itu.

Sasaran 90% guru tempatan di Sabah & Sarawak (2015)

     Sekitar hujung tahun lepas juga Timbalan Menteri Pendidikan, P Kamalanathan juga berkata permohonan pertukaran guru berasal dari Sarawakyang berkhidmat di Semenanjung untuk kembali ke Sarawak akan diberi keutamaan berkuatkuasa 1 Jan 2016, tanpa mengira tempoh perkhidmatan guru terbabit bagi mencapai sasaran 90% guru tempatan di Sarawak.

     Berita baik kepada guru-guru dari Semenanjung mengajar di Sabah & Sarawak begitu juga sebaliknya untuk balik ke negeri masing-masing apabila Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga turut membuat kenyataan media mengenai Isu pertukaran Guru bertarikh 13 januari 2016. Menarik perhatian pada status Dato’ Seri Mahdsir Khalid di facebook beliau meluluskan 1,848 permohonan bertukar sekolah bermula Jan 2016 daripada 7000 lebih permohonan. Ketika sidang kemuncak UNESCO pun, Dato’ sendiri tetap meluangkan masa untuk membaca luahan guru dengan cabaran yang dihadapi pasangan yang bertugas dan tinggal berjauhan berdasarkan status fb beliau. Sememangnya KPM memahami dukalara guru-guru yang berjauhan dengan terutamanya mereka yang telah bekeluarga dan tinggal berjauhan. 

Inisiatif Pengumpulan Data 90: 10 

     Pelancaran Inisiatif Pengumpulan Data 90:10 dilancarkan bagi merealisasikan 90% guru di Sabah & Sarawak adalah dikalangan anak tempatan dalam tempoh tiga tahun akan datang seperti yang diberitakan di akhbar.

     Namun agak berbeza di kedua-dua negeri di kepulauan Borneo ini, dimana JPN Sabah mengumpulkan data graduan jurusan pendidikan IPTa/s, manakala JPN Sarawak mengumpulkan data graduan pendidikan & bukan pendidikan. 

Di Sabah

     Datuk Jame Alip mengumumkan seramai 2,284 guru yang mengajar di Sabah memohon untuk balik mengajar di negeri masing-masing ketika melancarkan inisiatif pengumpulan data 90:10 lalu. Katanya Sabah memerlukan lebih 200 guru mengajar Sains di samping guru kaunseling. Terdapat lebih 1,000 kekosongan ekoran guru balik ke negeri masing-masing.

Di Sarawak 

     Datuk Fatimah Abdullah, juga mengatakan KPM meluluskan permohonan 1,164 guru yang berasal dari Semenanjung mengajar di Sarawak untuk balik ke negeri itu setakat bulan Januari 2016. Setakat ini 77% adalah guru tempatan & 20% adalah guru di negeri lain katanya.

Apa itu Guru Interim?

      Guru Interim juga dikenali “Guru Sandaran Siswazah Terlatih”. Guru Interim mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Guru interim adalah guru yang dilantik JPN bagi mengisi kekosongan sementara di sekolah di bawah KPM. 

     Pada ada tahun 2012, daripada kira-kira 5,500 calon Guru Interim yang ditemuduga SPP, hanya 62 calon gagal, namun akhbar memberitahu bahawa calon yang gagal boleh mengemukakan rayuan. Berdasarkan statistik ini sebenarnya Guru Interim juga berpeluang untuk mendapat jawatan tetap untuk mengajar di sekolah rendah & menengah kerajaan.  

Bagaimana calon Guru Interim di Sarawak dipilih?

     Calon yang dipilih adalah melalui mereka yang mendaftarkan diri dengan JPN Sarawak yang bertempat di Kuching melalui perlaksanaan program inisiatif pengumpulan data 90:10 bagi jurusan pendidikan di Sabah & Sarawak pada oktober 2015.

     Walaupun sehingga lebih 14 ribu yang memohon berdasarkan facebook page JPN Sarawak, ini kerana JPN Sarawak mengumpulka data graduan pendidikan/bukan pendidikan dalam kalangan anak watan Sarawak. 

     Pelancaran Inisiatif Pengumpulan Data 90:10 ini bagi merealisasikan 90% guru di Sabah & Sarawak adalah dikalangan anak tempatan dalam tempoh tiga tahun akan datang seperti yang dikhabarkan dalam akhbar.

Rujuk nama terpilih di laman web http://jpnsarawak.moe.gov.my/.
[Surat panggilan temuduga juga telah dihantar melalui pos]

Tarikh & Tempat Temuduga

Calon akan ditemuduga di 5 zon dan 7 tempat yang telah ditetapkan pada 9 Mac 2016 (Rabu). Maklumat terpirinci rujuk di bawah:

     1. ZON KUCHING : 398 calon
- Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran
- Pusat Temu Duga, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
2. ZON SIBU : 223 calon
- Pusat Temu Duga SPA Sibu, Sarawak
- Unit Penilaian & Peperiksaan, Pejabat Pendidikan Daerah Sibu
3. ZON MIRI : 105 calon
- Pusat Temu Duga SPA Miri, Sarawak
4. ZON BINTULU : 55 calon
- SMK Bintulu
5. ZON LIMBANG : 38 calon
- Pusat Kegiatan Guru Bahagian Limbang


Menjawab persoalan graduan pendidikan IPTS Unitar/Unirazak 

     Jika sebelum ini Guru Interim ini hanya ditawarkan kepada graduan IPTA seperti UPSI, USM, UPM, UKM yang menawarkan bidang pendidikan dan beberapa IPTS yang menawarkan bidang pendidikan juga tersenarai pada permohonan SPP.

     Sekitar Mac, 2012 Universiti Tun Abdul Razak (BUA905) tersenarai dalam e-Permohonan SPP, satu berita baik bahawa graduan IPTS ini boleh memohon berkhidmat sebagai guru di sekolah kerajaan.

     Pada Sept, 2012 seramai 8 graduan daripada IPTS berjaya mendapat tempat melalui temuduga SPP, 7 daripadanya adalah dari Unitar dan 1 daripada OUM melalui permohonan e-gst & temuduga SPP pada bulan April.

     Kejayaan Unitar tersenarai dalame-Permohonan SPP juga memberi peluang kepada beberapa graduan pendidikan di univerisiti ini untuk menjadi guru bersama agensi Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang mana kini beberapa orang graduan juga mendapat tempat di Institut Pendidikan MARA seperti MRSM, IKM dan KKTM. Ini kerana kekosongan jawatan tetap Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) adalah ditentukan oleh SPP meskipun pihak KPM ataupun MARA membuat pengambilan guru. 

Pesanan Buat Guru Interim Yang Akan Mengikuti Temuduga

     Kepada Guru Interim yang terpilih, bersedialah mengajar subjek yang tidak mengikut opsyen anda, kerana guru interim mengisi kekosongan guru di sekolah untuk mengajar subjek yang tidak mempunyai guru. Apa yang lebih penting kepada calon yang tersenarai dalam temuduga Guru Interim di Sarawak ini agar lebih bersedia untuk ditemuduga ini kerana peluang ini begitu jarang sekali ada, sehingga begitu lama graduan IPTS ini sebenarnya menunggu panggilan temuduga seperti ini. Pengajar juga turut bersimpati apabila graduan pendidikan IPTS ini memberitahu bahawa ada yang menunggu dari tahun 2009/2010. Penulis mendoakan anda semua berjaya menjadi guru & berbakti kepada anak didik di Sarawak. 

Rujukan berkaitan: Utusan Borneo, Astro AwaniUtusan, JPN Sarawak, JPN Sabah

Jawatan Kosong Guru MARA 2016

$
0
0
PENGAMBILAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41 (GURU MARA) untuk tahun 2016
Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41.
Bidang dan subjek yang ditawarkan:


  • - Bahasa Melayu
  • - Bimbingan dan Kaunseling
  • - Sains (Biologi, Fizik dan Kimia)
  • - Ekonomi
  • - Matematik
  • - Pendidikan Jasmani
  • - Pendidikan Islam
  • - Pendidikan Islam (Tahfiz)
  • - Media
  • - Pengurusan Perniagaan
  • - Perniagaan Antarabangsa
  • - Pendidikan Senireka/Visual
  • - Senireka Grafik
  • - Rekacipta
  • - Komputer Multimedia dan Animasi
  • - Geografi
  • - Sejarah/Sivik
  • - Perakaunan
  • - Undang-undang
  • - Internal Affairs Management

Iklan Pengambilan >>IKLAN PDF
Borang Permohonan Online >>Permohonan Secara ONLINE
Tarikh tutup permohonan pada 4 April 2016
Lokasi : Seluruh Malaysia
Info Persediaan & Persiapan Calon Menduduki 
Sesi Penilaian MAC Temuduga PPPS DG41 sebagai rujukan: 
1. http://bit.ly/1u9eQBb (2013)
2. http://bit.ly/1ATAWfT (2015)

PPPS DG 41 yang berjaya akan ditempatkan Institut Pendidikan MARA seperti MRSM, IKM & KKTM. 

Jawatan Kosong Guru Tempatan Sabah & Sarawak KPM - SPP

$
0
0

Warganegara Malaysia yang berasal dari Negeri Sabah dan Sarawak yang memiliki kelayakan di peringkat Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Pendidikan  yang diiktiraf oleh kerajaan/ Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya adalah dipelawa untuk memohon jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 bagi opsyen seperti di Lampiran A dan Lampiran B.
Pengisian kekosongan jawatan melibatkan bidang-bidang pengkhususan tersebut adalah bagi keperluan di Sabah dan Sarawak.
Permohonan hendaklah dikemukakan secara atas talian (online) melalui portal JobsMalaysia di www.jobsmalaysia.gov.myTarikh tutup permohonan adalah pada 1 April 2016.Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi urus setia di talian 03-8871 7372/7406Calon akan dipanggil temu duga sekiranya melepasi asas tapisan yang telah ditetapkan.
Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian, sila pastikan daftar permohonan masih dalam tempoh sah laku.
Jawatan/ Gred Jawatan    : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Kementerian                        : Kementerian Pendidikan Malaysia
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional, Pelaksana                                                        (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
Klasifikasi                            : Perkhidmatan Pendidikan
Jadual Gaji                           :
Gred Gaji
Gaji Minimum
 (RM)
Gaji Maksimum
(RM)
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan (RM)
DG291,589.005,137.00145.00
DG411,917.008,652.00225.00

Syarat Lantikan
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred DG29
(i) diploma dalam bidang perguruan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi perguruan tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG29: RM1,589.00); atau
(ii) diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Sijil Kursus Perguruan Lepas Diploma atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG29: RM1,735.44).
(d) Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred DG41
(i) ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,018.52); atau
(ii) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
 (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,222.94); atau
(iii) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
 (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,222.94); atau
(iv) ijazah sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,733.98).
(v) ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM3,040.60).
Syarat-syarat Lain
  1. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Pendidikan  yang diiktiraf oleh kerajaan/ Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan mendapat markah CGPA/PNGK tidak kurang daripada 3.0;
  2. Lulus Ujian Psikometrik;
  3. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kredit dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Sejarah;
  4. Sihat tubuh badan;
  5. Aktif dalam aktiviti kokurikulum; dan
  6. Tiada rekod jenayah dan bukan seorang bankrap
Taraf Jawatan : Tetap

Vacancies at Tenby International School Miri

$
0
0

Jawatan Kosong di Tenby International School Miri:
Teaching Positions:
(A) Science Teacher
(B) PE Teacher

Non-Teaching Position:
(C) General Worker

Part Time Lecturer - Sabah & Sarawak

Jawatan Kosong MRSM Kuching 2016

$
0
0

Jawatan Kosong Guru MRSM Kuching, Sarawak 
1. Guru Pendidikan Islam
2. Guru Prinsip Akaun
3. Guru Bahasa Melayu
4. Guru Fizik
5. Guru Matematik 
6. Guru Bimbingan & Kaunseling


Tarikh Tutup: 18 Julai 2016

Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA

$
0
0

Iklan Lengkap Jawatan Kosong UiTM Perlis
Muat Turun: Borang Perjawatan

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN: 
a. Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA.
b. Borang dan syarat-syarat permohonan boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang UiTM
Cawangan Perlis di http://perlis.uitm.edu.my atau boleh diperolehi di Bahagian Pentadbiran, Universiti
Teknologi MARA Cawangan Perlis.
c. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
d. Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun
mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan salinan rekod perkhidmatan yang
dikemaskini.
e. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah
dianggap tidak berjaya.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 27 Julai 2016.

Sila kemukakan permohonan kepada :

TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
CAWANGAN PERLIS
02600 ARAU
PERLIS
No. Tel : +(604)-9882000

Business Challenge - Program Tunas Mekar Siri 6/2016

$
0
0

Program Tunas Mekar bagi tahun 2016 Siri 6 telah dibuka dengan beberapa penambahbaikan seperti berorientasikan "Business Challenge" di mana para peserta akan dipilih berdasarkan proposal awal perniagaan yang hendak dilaksanakan oleh mereka.
Untuk pelaksanaan Siri 6, permohonan bagi menyertai program ini perlu dibuat dengan mengisi borang permohonan secara atas talian. Bagi tujuan ini, borang permohonan secara atas talian ini telah disediakan di pautan berikut:


Permohonan bagi menyertai program Tunas Mekar Siri 6 ini dibuka pada 13 Julai 2016 (Rabu) dan akan ditutup pada 24 Julai 2016 (Ahad). 

Ujibakat Juruhebah Sambilan (Dj Radio) RTM

576 Guru Interim dilantik di Sabah

$
0
0

KOTA KINABALU: Lebih 500 orang dilantik sebagai guru secara interim bagi mengisi kekosongan guru sekolah menengah di Sabah. Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Maimunah Suhaibul berkata, pihaknya menerima waran seramai 576 guru interim. “Tetapi kita mempunyai masalah kekurangan guru untuk sekolah menengah seramai 581 orang. “Justeru, selepas menerima waran ini, kita cuba untuk memenuhkan kekurangan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media pada majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Sabah di sini, kelmarin. Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Aman bersama isteri Datin Seri Panglima Faridah Tussin menjadi tetamu kehormat majlis itu.

Maimunah berkata penempatan guru-guru interim itu meliputi seluruh Sabah terutama di daerah yang kekurangan guru. “Ini termasuklah daerah di pantai timur seperti Sandakan, Lahad Datu dan Semporna serta daerah Pitas dan Kudat.

“Sekarang ini, subjek yang kritikal kekurangan guru adalah Pendidikan Islam dan ada juga sedikit kekurangan guru untuk Bahasa Inggeris. “Sehubungan itu, saya meminta kepada guru-guru interim yang dilantik supaya mereka bersedia untuk berkhidmat di kawasan luar bandar,” jelasnya.

Ia kerana katanya, kawasan berkenaan adalah keperluan sebenar guru-guru terbabit. Sebelum ini, pihaknya mengadakan sesi temu duga pada 19 dan 20 Julai lepas untuk pengambilan guru-guru interim di Sabah. Menurutnya, kelayakan hanya kepada mereka yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Pendidikan sama ada dari universiti awam atau swasta.

Sumber: Utusan Borneo, 23 Julai 2016 

Jawatan Kosong Guru Vokasional (Interim) 2016 Kementerian Pendidikan Malaysia

$
0
0

Jawatan/ Gred: Guru Vokasional/ Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 (Interim)
Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan dan Profesional
Klasifikasi Perkhidmatan: Perkhidmatan Pendidikan


Bidang yang ditawarkan adalah seperti berikut;
a) Elektrik
b) Elektronik
c) Kimpalan
d) Automotif
e) Pemesinan Industri
f) Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara
g) Pembinaan
h) Kejuruteraan Mekanikal
i) Kejuruteraan Awam
j) Pelancongan

Cara Memohon:

Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian dengan melayari laman web Kementerian Sumber Manusia Malaysia di alamat: http://www.jobsmalaysia.gov.my/ mulai 24 Julai 2016. Borang tersebut boleh dikemaskini pada bila-bila masa sahaja dan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup permohonan iaitu pada 7 ogos 2016. 

Tiga Pelajar IPTA Berdepan Hukuman Gantung Miliki Ganja

$
0
0
DIRAMPAS: Dadah jenis ganja yang dirampas daripada suspek

KUCHING: Tiga pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) berdepan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan selepas didapati memiliki ganja bernilai RM2,000 minggu lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak Superintenden Lukas Aket berkata ketiga-tiga pelajar terbabit termasuk seorang wanita ditahan kerana memiliki ganja seberat 367 gram di Kota Samarahan, Jumaat lalu.
Menurutnya, ketiga-tiga pelajar terbabit berusia antara 20 dan 23 tahun dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
“Bertindak atas maklumat pengedaran dadah pada 22 Julai lepas iaitu sekitar jam 11.45 malam, sepasukan polis dari JSJN Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) menjalankan operasi dan menangkap dua lelaki dan seorang wanita warga tempatan.
“Hasil pemeriksaan terhadap mereka yang juga merupakan pelajar sebuah IPTA telah berjaya merampas dadah jenis ganja seberat 367 gram dan dianggarkan bernilai RM2,000,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Lukas berkata, ketiga-tiga pelajar tersebut juga telah menjalani ujian saringan air kencing dan dua pelajar lelaki didapati positif dadah jenis Amphetamine.
“Ketiga-tiga mereka kini masih direman sehingga 29 Julai ini untuk siasatan lanjut,” katanya.
Difahamkan, ini merupakan kes ketiga tangkapan dadah membabitkan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) pada tahun ini.
“Kita percaya lebih ramai lagi akan ditangkap untuk diambil tindakan hasil daripada penangkapan ketiga-tiga pelajar ini,” katanya.

Utusan Borneo, 27 Julai 2016 
Viewing all 517 articles
Browse latest View live